CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Lagenda Budak Setan

  [Copy link]
Post time 2-6-2010 10:18 PM | Show all posts
aku da booking bf aku utk tgk esok.. nasib baik dier dpt cuti.. heheh.. dulu aku beriyer baca novel nyer.. kali nih nak tgk movie lak.. mesti best..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2010 11:16 PM | Show all posts
xtgk kowt ai citer nih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 11:43 PM | Show all posts
No wonder acting LISA better dlm Adamaya sbb LBS ni shooting long before that kan..sdgkan dlm Adamaya pon masih kaku..apatah lagi LBS yg shoot last year,...
Ak x tgk lag citer ni tp the biggest mistake bg aku yelah pengarah citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 12:32 AM | Show all posts
rebiuku



Salaam..

Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel yang sangat popular di tahun 80an. Jadi..adakah ceritanya masih seronok pada hari ini? Secara peribadi, saya katakan bahawa plot asasnya sangat klise dek kerana pengulangan plot konflik cinta bersegi-segi di antara Kasyah, Ayu dan Azmi (dan Katerina) sudah diulang berkali-kali di sepanjang lebih 20 tahun yang lalu sehingga kini samada di televisyen atau filem. Namun begitu, seandainya filem ini dibikin di tahun-tahun terdekat semasa penerbitan bukunya dahulu, ia pasti sangat-sangat 'akan' popular dan laku. Itulah perjudian nasib filem ini yang bakal ditayangkan mulai 3 Jun 2010 nanti samada pembaca tegarnya dahulu akan berduyun-duyun ke pawagam berserta penonton yang tidak pernah langsung membaca novelnya seperti saya? Tidak dinafikan bahawa sesebuah kisah cinta akan kekal evergreen sampai bila-bila pun kerana keperluan azali seksualiti adam-hawa itu adalah sama cuma acuan dan latar zaman kisahnya yang mungkin berbeza.

Cerita Lagenda Budak Setan telah menekap dan memimik pola sosial dan budaya semasa novel ini ditulis dimana teknologi internet dan telefon bimbit belum ada. Ok..betul tiada komunikasi pantas dan ringkas seperti sms, e-mail, twitter, facebook atau BlackBerry Messenger waktu itu yang memudahkan lagi penceritaan bagi 'merumitkan' lagi konflik di antara Kasyah-Ayu. Maksud saya, pemutusan hubungan semasa Kasyah berkelana menyiapkan kajian bagi menamatkan pengajiannya ialah elemen penceritaan yang sangat-sangat berkesan untuk mengiyakan bahawa berita perkahwinan Ayu-Azmi tidak diketahui oleh Kasyah..selama setahun beb!

Penceritaan filem ini meletakkan khalayak seolah-olah 'membaca' novelnya mengikut bab..agaknyalah? Saya akui kesukaran utama sebuah adaptasi dari novelnya ialah pemilihan blok-blok cerita terpilih dari kronologi kejadian yang berlaku di sekeliling kehidupan Kasyah yang sangat panjang (tebal). Di sinilah kompromi di antara kehendak penceritaan Ahadiat Akashah sebagai penulis novel dan Armantono penulis lakonlayar untuk memilih yang terbaik dan terpenting untuk dipadatkan dalam ruang durasi sebuah filem. Kemudian perlu ditangani oleh Sharad Sharan sebagai pengarah dengan kerja berkumpulan para pekerja filemnya. Ok..pemilihan inilah yang perlu berhati-hati supaya penceritaannya tidak melompat-lompat, tertinggal atau perlu ditokok-tambah untuk menjalin kronologi yang sesuai sebagai sebuah filem secara berdikari.

Secara peribadi, saya melihat filem ini pada awalnya begitu khusus kepada kisah konflik percintaan Kasyah-Ayu sebagai jalan cerita utama dan kemunculan Azmi sebagai orang ke-3, konflik Azmi-Ayu-Leha (ibu Ayu) sebagai subplot. Namun begitu apabila masuk ke pertengahan cerita, filem ini disumbat plot-plot baru yang bertimbun-timbun, bertimpa-timpa, silih-berganti! Waktu itulah saya terfikir bahawa kembali kepada tajuknya Lagenda Budak Setan ialah kisah di sekeliling Kasyah iaitu melibatkan Ayu, Emilia, Suzana, Azmi, Leha dan paling mengejutkan tambahan watak Katerina hampir ke penghujung cerita? (hook untuk sekuel mungkin?) Saya tidak menidakkan apa cerita yang ada di dalam novel asalnya. Cuma penceritaan ke penyudahnya terasa seakan terkejar-kejar dan berkecamuk serentak untuk dihabiskan dalam durasi yang terhad kerana sudah hampir ke penamat filem. Penukaran lompatan kronologi (time-frame) sangat pantas dan pendek. Semuanya berlaku dalam 3rd act! Semuanya!

Namun begitu, saya salut kepada kualiti lakonan para pelakon dan sinematografi filem ini. Adakah adaptasi bermaksud benar-benar setia kepada jalan cerita asal? Persoalan samada untuk memenuhi 100% kehendak pembaca novelnya atau mengangkat semula novel ini sebagai sebuah filem cerita baru yang mengandaikan semua khalayak adalah sama (pembaca dan bukan pembaca). Perbezaan di antara 'inspired by' dengan 'based on'?..dan filem Lagenda Budak Setan ada jawapannya sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 12:34 AM | Show all posts
lakonan lisa kadang2 ok kadang2 ko dlm adamaya..so overall citer ni tak best la ek? farid kamil pun dah cukup jadik reason aku tak nak tgk citer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 12:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by hijau88 at 3-6-2010 02:28
lakonan lisa kadang2 ok kadang2 ko dlm adamaya..so overall citer ni tak best la ek? farid kamil pun  ...
arisa_imamura Post at 3-6-2010 00:34


kuikuikui... kalu aku fikirkan pelakon2nya... mmg aku rasa tak nak tgk... tp bila memikirkan jln cerita... tgk trailer pun nmpk best...mayb nnti aku nak tgk jgk ni... nnt bila dah tgk... aku komen la kat cni. harap2 ada la masa nak tgk crita ni.
kuikuikui.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2010 01:59 AM | Show all posts
sy br lepas tgok pilem ni..
kesimpulannya bg sy ni cite ni padat. dlm ms hampir 2 jam
pgarah cuba nk masuk smua adegan dlm novel
even ada gk plot xde.
but for me sy sgt puas ati..
best.
x lari dr cerita asal..
walaupon permulaan pasal perkenalan kashah dan ayu x sama cm novel. (kalo x silap la)
da ingt2 lupa cite ni..
mmg x rugi byr rm7..
tp pelik lak.. nape ahadiat kata dia mnangis tgok pilem ni..
miza x nangis pon..
sebak ada la...
ahadiat menjiwai btul..
kesimpulannya.. best dan padat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 02:02 AM | Show all posts
Reply  hijau88

dah tengok last week masa premier
Fazura memang superb
Lisa Surihani should do  ...
kekure Post at 31-5-2010 11:41 PM


aku sgt sokong statement ko yg bdk ganti lisa tu..
sgt irritating aku tgok dia..
knapa diorg amik dia?
xde plakon lain ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 01:43 PM | Show all posts
lakonan mantap lisa..harap bakal mng award.ni lah  filem dia yg acting dia commendable. real tears and convincing body language.i nvr thought lisa could pull off this good.boo 'her film I'm Not Single' in which she earned breakthru award.haha.... .superb acting by que and layak mng best supporting actor award.camera work is amazing and backround score/music is syahdu and sesuai dgn jln citer.FK is worth watching as Kasyah.FK and Lisa made a sizzling chemistry.raja farah also quite good.first half filem ni very romantic+intense especially time Que+lisa gaduh besar b4 lisa accident.babak romantik Lisa+FK is captured beautifuly.skrip x meleret2sweet and make your heart pound for more.

but something fall aparts bila masuk 2nd half after ayu tuka jd amelia and kasyah habis assignment. i dont like yg belakon amelia tu.kaku at times.inconsistent.but suara ayu+amelia sama la.believable!!it seems like too many sub plots happening and can't be helped much by editing.mcm tergesa2 pon ade.there's no sebak and syahdu spt di first half.

finally queen Fazura@Katrina arrived with her usual cute2 bitchy atiitude and acting which is a pleasant to watch.(remember Pisau cukur? hillarious!!haha).Kat+Kasyah storyline seems to be more attractive than Kasyah+Ayu amnesia attempts to recover her memory.momentum cinta Kasyah+Ayu amnesia dah menurun dan x menarik lg.ditambah plak ngan lakonan Ayu amnesia yg kdg2 kayu.

I thought they adapted 3 novels into 1 film.apparently just the first part of the novels is being made.i nvr read those novels and i wanna see whr the movie will go.

overall a nice local movie to watch this year.bg 3.5* out of 5*.lagu tema "Bila Cinta" sggh syahdu lah.i predict Que haidar will win acting award and hopefully Lisa also.Kudos Kak Ogy yg coach lakonan pilem nih.

lastly.. Pls bring back Lisa in 2nd and 3rd sequel(if any)...She's so good.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 02:15 PM | Show all posts
ok da tau da nape suara sama.sebab Lisa dub suara Amelia tuh...hoho

sumberhttp://www.hmetro.com.my/myMetro ... alAliSetan_/Article
Bagi Lisa pula, walaupun watak Ayu bukanlah unik atau jauh berbeza daripada watak yang pernah dijayakan sebelum ini, hakikatnya, LBS memberi banyak cabaran untuk dirinya.



Katanya, ada tiga cabaran besar yang dilaluinya sepanjang menjayakan filem terbitan Tarantella Pictures Sdn Bhd dan Tayangan Unggul Sdn Bhd. Pertama, babak tercekik tertelan cicak hingga tidak boleh bernafas. Pengalaman itu tidak pernah dialami Lisa hingga tertanya-tanya bagaimana keadaan orang yang berada dalam situasi itu. "Kedua, babak bergaduh dengan Que Haidar. Ia pengalaman menarik kerana saya tidak pernah kena belasah sebelum ini dan kami lakukan babak ini betul-betul. "Saya juga bersedia terima risiko. Bagi saya, ia sekadar bergaduh, bukannya perlu terjun bangunan. Ternyata Que belasah saya betul-betul. Saya ditendang, dicekik dan ditarik rambut, memang sakit, tetapi saya puas.


"Cabaran ketiga, ketika dubbing (memasukkan suara) untuk Emilia lakonan Shikin. Selama ini saya buat untuk lakonan sendiri, tetapi kali ini untuk lakonan orang lain. Saya harus sesuaikan dialog dengan ekspresi wajah Emilia dan kena dengan gerak mulutnya. Saya juga akui suara Shikin lebih lembut, tidaklah kasar seperti saya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 02:52 PM | Show all posts
Review from aku. Antara orang pertama yang tengok di Jusco Bukit Raja tadi...

Overall: 6.5 dari 10

Yang POSITIF
-sinematografi yang gempak, boleh lawan ngan movie CINTA tapi tak dapat duduk sama rendah n diri sama tinggi
-dialog simple kelakar yang menjadi. 1st hour yang pertama mmg kelakar and dramatik. cukup smooth
-penghayatan pelakon yg menjadi. memang solid lah lakonan hampir semua pelakon. 1st hour citer nih mmg mantap

Yang NEGATIF
-mcm komen forumner yg dah tgk awal2 lg. aku pun setuju ngan diorang. 45 minit terakhir mmg KELAM KALIBUT. tiber2 je flow jadi 'sesak'
-atr babak yg bagi aku pttnya boleh jd sgt dramatik dan boleh gugur air mata mmg fail. korang leh imagine tak kalau babak sedih pastu org gelak plak kat wayang. maknanya?? WTF!!!
-aku konfius citer ni kata wat latar belakang 80-an. dgn baju ala2 80-an. tiada hp, internet, facebook dan mcm2 lagi. ok, I get it lah. logik gak hero masuk pedalaman terus lost kontek. mmg logik latar 80-an. pastu time kat kad kawin lak tertera tarikh................tgk sendirilah nnt....
-banyak best2 korang dah tgk kat trailer and the making. sampai bila tgk muvi nih. korang tercari cari magical moment. sighhh
-perangai orang kita yg tak reti adab nak hormat org lain. dgn bersembang-sembang. ingat diorang saja ke yg bayar tiket. (off topik about manners org kita)

Hmmm. bagi aku boleh layanlah citer nih. boleh layan utk peminat novel LBS cam aku. aku tak kisah cerita ni diubah. tapi bila flow n plot dah tak cantik. momentum korang utk kureng skit. selamat menonton guys.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 03:36 PM | Show all posts
baru tengok tadi...

pendapat saya yg tak mahir sgt soal perfileman nih..

kenapa jurukamera ambil gambar bahagian muka tak abis??nampak mata idung mulut...tapi dagu pun kadang2 ilang...mata pun same..tapi takperla, dimaafkan.. sbb farid kamil & lisa ..dua orang makhluk yg menarik utk dilihat/ditatapi katenye...

jalan cerita ofcoz lah best. saya akan tengok lagi cerita ni tapi kalau boleh memang nak tengok dari awal sampai ayu accident jer...sebab lepas tu...

ya Allah..sangat terseksa dgn pemegang watak Amelia tuh.seriously! kemunculan perempuan yg pegang watak Amelia tuh sangat POTONG mood! spoil! bukan watak yer tapi pemegang watak..yg lngsung mematikan segala perasaan manisnya percintaan kasyah & ayu, kerinduan kasyah dr mula..tak paham kenapa dalam byk2 pelakon wanita yg ada kat Malaysia nih kena ambil dia sebagai Amelia??? kalau lah cerita ni boleh di remake, tolonglah keluarkan dia..tengok kat poster tadi, memperkenalkan Shiqin Kamal katanya...please lah..tak perlu perkenalkan..perlu ke?...sangat tak perlu utk perkenalkan dlm filem ni, filem lain mungkin lah kut..

dek kerana dia, pada saya watak ayu tu dh mmg mati mase accident lagi...pd masa tu lgi bagus kalau terus jer masuk bab fazura..tak perlu wujud Amelia..sbb betul2 potong....agak frust sebenarnya...

so lepas ni nak tengok balik cerita nih & ambil mood utk permulaan je...yg ujung2 tuh, klau leh kuar, mmg terus nak blah...

and bayangkan, cerita yg patut dihayati..sebak..sedih...sayu...jadik kelakar...hurmmmmmmmm

so utk yg dr mula sampai accident, wajib tengok & BEST~!

lepas accident...terpulang pada penilaian masing2..to me, fail big time
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 04:43 PM | Show all posts
kepada forumer yang dah tgk, nak tnya ni, ramai x dlm panggung masa tgk td?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 05:20 PM | Show all posts
ramai yang dah tgk hari 1st....
sok la aku p.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 07:01 PM | Show all posts
tempat aku 70% penuh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 07:11 PM | Show all posts
budak yg ganti lisa tu ada masalah nak sebut R ek?

girl tgk tadik,bila dia cakap je, semua gelakkan dia....

lisa buat muka marah macam kelakar je...

overall ku kasik 2.5 atau 3 je....

tak la best pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 07:12 PM | Show all posts
kepada forumer yang dah tgk, nak tnya ni, ramai x dlm panggung masa tgk td?
al-tapahi87 Post at 3-6-2010 16:43



    tadi time ku tgk dlm 40%
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 07:16 PM | Show all posts
tapi kenapa pompuan kayu tu yg diambil pengarah/produksi ek?

sah2 dia tu gelap....

kunun time lisa berbungkus muka tu,ada mahap la lagik tangan cerah....

lepas plastic surgery terus si 'ayu' bertukar jadi tan kulitnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 07:57 PM | Show all posts
sian pelakon baru tuh. shiqin kamal nama dia. dia buat babak sedih pun jadi kelakor. kesian betul. kalau dia ada kat panggung masa aku tgk LBS nih tadi. maunya dia amik beg plastik n taruh kat kepala dia lps hbs show.

tak logik gak pasal kulit dia. mmg operate muka, tapi pesal kulit pun tukar kan. amiklah pelakon yg sama kaler mcm lisa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 08:24 PM | Show all posts
aku expect tinggi utk filem nih sebab dulu nangis giler2 time baca novel...
tp lepas tgk citer nie aku frustla..mood tak sampai. maybe pengarah cuba nk masukkan semua plot novel dlm filem nih..
frust..frust..frust...
aku bagi dlm 2.5 jek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.176708 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list