|
Papp!!! Bahunya yang tiba2 ditepuk membangunkan Farid dari lamunan. Dasuki tersenyum di sebelahnya.
“Mana kau pergi?” soal Farid.
“Tandas,” pendek jawapan Dasuki. Farid diam. Dasuki memandang Farid yang tunduk merenung tar jalan di depan bangunan hospital.
“Diana okay?” soal Dasuki. Farid angguk. Dasuki turut angguk. Masing2 terdiam. Dasuki memaut bahu Farid.
“Marilah kita balik! Lama2 hilang, Ustaz Khalid dan yang lain2 cari pulak..” Dasuki sudah bangun. Farid memandang Dasuki, kemudian akur. Dia bangun mengekori langkah Dasuki. Sesekali, Farid menoleh kea rah hospital dibelakangnya penuh makna.
Aku balik dulu Diana. Insya-Allah, kalau ditakdirkan memang ada jodoh antara kita, kita akan jumpa semula di Malaysia. Selagi saat itu tidak sampai, aku takkan mencari kau atau menunjukkan diri aku depan kau lagi. Aku tak nak kau rasa terbeban dengan cinta ini lagi.
Farid merenung lampu2 jalan yang menerangi kawasan sekitar. Tuhanku!!!Andai benar Diana adalah jodohku, janganlah kau jauhkan dia dariku!! Aku cintakan dia!!! Hati Farid menjerit. Namun, cuma Farid yang mendengar. Dasuki di sebelahnya sibuk mencari teksi untuk pulang. Farid pasrah pada keadaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fizziany at 29-11-2010 20:38
Daniel memandang pemandangan yang terbentang di luar tingkap van Pak Longnya. Mereka sekeluarga baru saja tiba dari Malaysia dan dijemput oleh Pak Long Hanafi. Keluarganya masih rancak bercerita tentang kemalangan yang dialami Diana.
“ Keadaan dia dah semakin baik.Insya-Allah hari ni dia boleh keluar hospital,” kata Pak Long Hanafi.
“Kita bawak balik teruslah dia. Biar dia berehat kat Malaysia…” celah Puan Nariah. Nadanya berbaur bimbang. Encik Tahir mengangguk saja.
“Macammana dia boleh terlepas ke pekan tu sorang2 diri Pak Long? “ Daniel menyoal kerana agak hairan dengan punca kejadian.
“Emm..itulah. Dia nak pergi cari kawannya,” balas Pak Long Hanafi.
“Tapi kenapa dia tak pergi dengan Sofiah atau orang lain? Kenapa mesti dia degil sangat sampai tak sabar2 nak pergi seorang diri?” keluh Daniel pula. Dia masih kebingungan.
Pak Long Hanafi terdiam. Segera bayang wajah Farid menerpa ruang matanya. Anak muda berhati tulus itu agak rapat dengan Diana sepanjang mereka berada di Gaza. Adakah anak muda itu menaruh hati pada Diana sehingga sanggup mendermakan darahnya?
“Siapa kawan dia tu?” soal Puan Nariah pula. Seingat Puan Nariah, cuma Sofiah satu2nya peserta perempuan dalam pasukan sukarelawan itu. Pak Long Hanafi menarik nafas.
“Nama budak tu, Ahmad Farid. Dengarnya, mereka satu university dulu,” kata Pak Long Hanafi. Daniel terkesima mendengar nama itu. Pelbagai telahan menjelma di benaknya.
Daniel merenung jauh ke dalam kotak ingatannya. Mungkinkah budak lelaki yang Di ceritakan dulu adalah Ahmad Farid??
Mata Daniel mencerlung lagi. Jadi, mungkinkah antara sebab Diana mahu ke Gaza ni, kerana mahu berada di sisi budak lelaki itu? Takkan Diana nak membohongi kata2nya pada aku selama ni?
Daniel menarik nafas payah. Wajah ibu dan ayahnya yang masih berbual dipandang tanpa rasa. Perasaannya keliru saat itu. Lantas dia melemparkan pandang kea rah tingkap. Membiarkan teka teki di kepalanya tergantung tanpa jawapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Diana merenung langit Mesir yang perlahan2 ditinggalkannya. Kapal terbang sudah mula berlepas ke udara. Puan Nariah di sisinya memeluk tangannya. Diana masih merenung awan yang yang tergantung luas. Maha Suci Allah yang menjadikan langit seluas ini!
Hati Diana bebisik sendirian. Keluarganya datang membawanya pulang terus dari hospital Mesir ke Malaysia. Barang2nya yang Cuma tinggal satu beg kecil, di sampaikan melalui Pak Long Hanafi.
Menurut Pak Long Hanafi, rombongan sukarelawan mereka bakal pulang 2 hari lagi. Meski gembira dengan kehadiran keluarganya, namun Diana mengakui, hatinya agak terkilan kerana tidak sempat bersua Farid.
Farid! Terima kasih…Diana menggenggam bucu beg sandangnya. Di dalamnya terkandung ukiran Masjidil Aqsa dari kayu pemberian Farid. Diana redha. Setiap memori di bumi Gaza terpahat kukuh diingatannya. Sedikitpun takkan dilupakannya. Terbayang wajah anak2 Palestin yang akan ditinggalkannya. Terbayang wajah remaja2 Palestin yang menjadi kawannya saban hari. Aduh…Ya Allah..kuatkanlah hati aku…
“Di….” Puan Nariah menggenggam erat tangan anak bongsunya. Pipi Diana dielus lembut. Pantas Diana tersedar. Ada air di kolam matanya yang hendak gugur.
Diana senyum pahit memandang Puan Nariah. Puan Nariah membawa Diana ke dalam pelukannya. Dahi Diana dikucup. Masing2 enggan bersuara. Rasa hiba mengunci bibir untuk berkata2. |
|
|
|
|
|
|
|
Dasuki menyuap perlahan2 bubur gandum yang dimasak oleh Sofiah malam itu penuh selera. Sofiah menghampirinya lalu duduk. Penat berkemas di dapur masih terasa. Mujurlah ada Dasuki yang sudi membantunya di dapur tadi.
“Kau tengok tu Sofiah..” unjuk Dasuki ke satu sudut dengan bibirnya. Sofiah memandang ke arah itu. Di hujung kerusi, Farid sedang duduk menguis2 bubur gandum di hadapannya. Sofiah mengeluh kecil.
“Tak sedap ke bubur tu?” soal Sofiah gusar. Manalah tahu, bubur gandum yang dimasaknya masin atau kelat pula.
“Bukanlah. Dia tengah merana tu,” kata Dasuki sambil menghabiskan baki bubur di mangkuknya. Sofiah mengintai2 Farid dari jauh.
“Panggillah dia ke sini..” kata Sofiah. Kasihan melihat Farid keseorangan. Dasuki geleng.
“Dia yang tak nak diganggu. Tadi aku dah duduk sebelah dia. Dia suruh aku bangun pergi jauh2 dari dia…” kata Dasuki lagi. Sofiah mengerut kening.
“Esok kan kita dah nak balik Malaysia. Jadi, still boleh jumpa Diana kan?” ujar Sofiah ragu2.
“Entahlah…diorang ni nama saja berkawan. Nombor telefon masing2 pun tak simpan. Habis tu, apa kau nak expect?” keluh Dasuki. Sofiah melongo.
“Oh..lupa pulak! Bagi aku nombor telefon kau. Insya-Allah bila senang, boleh kita buat reunion..” kata Dasuki. Sofiah memandang Dasuki, kemudian angguk.
Di hujung meja, Farid masih merenung bubur gandum. Diana telah pulang ke Malaysia semalam bersama keluarganya! Itu berita yang dikhabarkan padanya oleh Pak Long Hanafi apabila dia bertanya.
Musnahlah harapannya untuk bertemu Diana lagi!! Mungkinkah benar…bahawa jodoh mereka tiada? Mungkinkah sudah tersurat…kau dan aku cuma akan kekal begini selama2nya Diana?? Mungkinkah??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 324# fizziany
Fizz cepat sambung cerita menarik
QIMI PM FIZZ tlg check |
|
|
|
|
|
|
|
seksanye bila tpaksa mmendam rasa .....smbung lagi fizz |
|
|
|
|
|
|
|
sian DIANA ngan FARID... ![](static/image/smiley/default/sad.gif)
x pe kalu ada jodoh x kemana... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
terpaksa memendam perasaan...
ada jodoh x kemana... |
|
|
|
|
|
|
|
Qimi..saya dah check PM tu. tengkiu....
Nanti la kot...pikir2 dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Diana merenung tingkap biliknya.Masuk hari ini, sudah 2 minggu dia pulang dari Mesir. Bermakna, sudah 2 minggu juga dia tidak berjumpa Farid. Diana bingung. Wajah Farid dan kenangan bersama Farid menerjah kotak ingatannya hampir saban waktu.
Sejak pulang dari Gaza, dia masih membela badan di rumah, menghabiskan sisa2 masa yang ada dengan bermenung. Kadang2, apa yang dimenungkan, dia sendiri tidak pasti.
Diana duduk berteleku merenung langit malam. Satu keluhan dilepaskan. Farid…kau kat mana sekarang…Kau dah lupakan akukah? Kau dah tak ingatkan aku lagi kah? Ukiran kayu Masjidil Aqsa di tangannya direnung tak berkedip.
Tapi, kalaupun benar perasaan ini, apa yang aku boleh buat? Hendak pergi mencari Farid? Untuk apa? Sekadar untuk melepaskan rindu? Selepas itu?? Apa yang harus aku buat?? Tak ada gunanya Diana!!!
Diana mengeluh lagi. Biarlah…biarlah aku simpan perasaan ini saja. Sekurang-kurangnya, ia dapat menjadi peneman hidup aku yang sepi. Diana merenung langit lagi. Fikirannya terbang melayang entah kemana. Dia sendiri tidak pasti arah tuju fikirnya. Sesekali, Diana tersenyum keseorangan apabila kenangan2 indah bersama Farid menerpa ruang minda. Sesekali, apabila kenangan luka menjengah, Diana tersedu2 sendirian. |
|
|
|
|
|
|
|
cinta x kesampaian atau masa yang menentukan segala2nya....
tq fizzi nanti sambung lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Farid merenung langit dari tingkap biliknya. Bunyi bising radio yang dipasang di hujung katil menemaninya sepanjang malam. Penat menyusun resume dan salinan sijil2, Farid merebahkan badannya sambil merenung langit dari tingkap biliknya.
Kak Langnya siang tadi bising2. Mulutnya tak henti2 membebel kerana kelembapan Farid untuk mengisi borang kerja yang di bawa pulang oleh suaminya. Suami Kak Lang bekerja di Petronas. Kata abang iparnya yang agak pendiam itu, di pejabatnya terdapat satu kekosongan di bahagian IT. Sesuai benarlah kelulusan Farid jika Farid mahu mencuba nasib untuk memohon. Hendak tak hendak, terpaksa Farid menadah telinga mendengar ceramah motivasi dari Kak Langnya petang tadi.
Hmm..isi sajalah…manalah tahu ada rezeki aku kat situ… Meskipun agak mustahil untuk syarikat gergasi itu untuk mengambil graduan yang baru tamat belajar untuk bekerja, Farid pasrah. Dalam situasi seperti sekarang, tak boleh memilih kerja sangat.
Kalau lambat bekerja, bagaimana hendak mengumpul wang untuk meminang anak dara orang. Eceh…Farid tersenyum sendirian. Ada hati jugak kau nak menikah ya Farid…
Farid tersenyum sendirian. Borang kerja Petronas sudah dimasukkan ke dalam sampul. Esok, dia akan menyerahkan kepada abang iparnya untuk disampaikan kepada bahagian hal ehwal sumber manusia untuk penilaian.
Farid merenung ke langit malam. Malam cerah tanpa bintang. Hanya cahaya bulan yang menyinari suasana malam. Wajah Diana segera menjengah ruang mindanya. Sesekali telinganya menjengah bunyi lagu yang diputarkan dari radio. Farid menarik nafas payah.
Diana!! Kau kat mana sekarang? Pasti kau tak perlu bersusah payah macam aku untuk mencari kerja kan… family kau ada perniagaan sendiri untuk diwariskan kepada kau. Aku?? Masih terkapai2 mencari arah tuju hidup aku.
Pasti kau dah lupakan aku kan Diana…Siapalah aku ni dalam hidup kau..Diana…Mengapakah aku masih teringatkan kau? Entah2 kau langsung tak ingat aku. Tapi..kalau ingat pun, untuk apa?
Hubungan ini tiada noktahnya. Hubungan ini tiada hujung pangkalnya. Hubungan ini seperti tergantung!! Perasaan aku tergantung entah dimana. Perasaan kau tergantung entah di mana. Kita pasti sama2 keliru dengan keadaan.
Ku harus menemui cintaku, mencari tahu hubungan kita..apa masih atau telah berakhir…
Kau menggantungkan hubungan ini, kau diamkan aku tanpa sebab, maunya apa, ku harus bagaimana…
Tiba2 lagu yang berkumandang dari radio nyanyian Melly Goeslow itu benar2 terkena batang hidungnya sendiri. Ah…pantas Farid memasang telinga sekaligus memasang layar lamunan.
Sampai kapan kau gantung, cerita cintaku, memberi harapan hingga mungkin ku tak sanggup lagi dan meninggalkan dirimu…
Detik-detik waktu pun terbuang..teganya kau menggantung cintaku, bicaralah biar semua pasti…
Farid menarik nafas resah. Perlukah aku menunggu dan menunggu macam menunggu kucing jantan beranak? Sedangkan aku tak tahu apa kesudahannya nanti??
Diana…agak-agak…masihkah ada sedikit kerinduan yang tersimpan di hati kau untuk aku??? Farid termangu keseorangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Daniel yang baru pulang terus menuju ke dapur. Malam ini dia pulang agak lewat kerana ramai pelanggan di kedainya tadi di akhir2 waktu operasi. Enggan membiarkan pekerjanya bertungkus lumus, Daniel mengambil keputusan untuk turut sama membantu.
Lampu dapur ditekan.
“Mak oiii!!!!” Daniel segera terperanjat besar sebaik lampu dapur dibuka. Diana sedang duduk bersila di meja makan sambil merenung mugnya yang sudah separuh kosong.
“Apa Di buat dalam gelap ni? Kenapa tak pasang lampu???” marah Daniel. Dia masih mengurut2 dadanya. Peti sejuk dihampiri dan dibuka.
“Silau…” balas Diana perlahan tanpa menoleh kea rah abangnya. Daniel kembali ke meja makan bersama jus oren dan satu gelas kosong.
“Silau?? Kau ni menakutkan abang tau malam2 buta macam ni…lain kali jangan buat macam ni lagi…cukup 10 kali kau buat macam ni, abang meninggal kat sini jugak!” ugut Daniel. Marahnya masih bersisa.
Daniel meneguk minuman. Diana di sebelahnya dipandang. Wajah adiknya agak sembab. Matanya kelihatan bengkak.
“ Di tak sihat ke?” soal Daniel risau. Sejak pulang dari Palestin, Diana asyik berkurung di dalam rumah. Enggan kemana2. Puas dipujuk untuk keluar, namun dia menolak.
“Sihat…”balas Diana pendek.
“Habis tu, kenapa mata bengkak?” soal Daniel.
“Banyak tidur sangat….” Balas Diana pendek. Daniel mendengus, Iye ke….
“Ke…Di menangis?” soal Daniel. Diana diam.
“Nak menangis buat apa…tak ada makna…” sangkal Diana lagi.
“Manalah tahu…” Daniel mengeluh kecil. Masing2 terdiam.
“Tak keluar dengan kak Ayu?” soal Diana. Sepanjang hari bersendirian di rumah, tiba2 moodnya untuk bersembang datang pula.
Daniel geleng. Sudah 4 hari dia tak bertemu kekasih hatinya itu. Kesibukan kerja menhadkan masanya bersama Ayu. Lebih2 lagi sejak Diana sendirian di rumah, dia sentiasa memikirkan cara untuk menggembirakan Diana.
“Bila nak kahwin? Takkan nak biar kak Ayu tu tunggu lama2?” soal Diana sambil menghirup air.
Daniel terdiam. Dia memandang Diana. Kalau aku kahwin, Diana macam mana? Daniel memperkemaskan duduknya. Wajah Diana dipandang lama.
“Di…abang nak tanya sikit boleh?” soal Daniel.
“Banyak pun takpe…” Diana agak bosan. Rambut yang berjuntai di dahi diseka ke telinganya.
“ Siapa Ahmad Farid?” soal Daniel. Diana merenung abangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Ahmad Farid yang mana satu?” soal Diana bingung. Daniel mengetap bibir.
“Berapa ramai Ahmad Farid yang Di kenal?” soal Daniel pula. Diana tarik nafas sebelum menjawab.
“Sorang..” balasnya dalam nafas pendek.
“Hmm…jadi, siapa dia?” soal Daniel tegas. Diana memandang abangnya. Hmm…kenapalah beruang kutub utara ni tanya aku soalan2 macam ni waktu ni…Kat muka aku tertulis ke yang aku tengah rindukan si beruang kutub selatan tu???
“Hmm…kawan..” balas Diana. Daniel mengerling kea rah Diana.
“Siapa Ahmad Farid yang sekampus dengan Di yang Di cakap Di hampir2 suka tu ..dengan Ahmad Farid yang di Palestin tempohari? Sampai Di boleh terkena peluru sesat sebab nak cari dia? “ soal Daniel.
Mata Diana terjungkit. Wah! Cemerlang sungguh ingatan abangnya! Dia tak lupa rupa2nya cerita lama…
“Hmm..orang yang sama…” ujar Diana berterus terang. Itulah dia..sejak kecil, dia tak pernah berselindung apa2 dari abangnya. Kalau dia berbohong sekalipun, abangnya pandai saja meneka.
Daniel terdiam. Muka Diana yang selamba di depannya direnung.
“So…what’s your explanation?” soal Daniel lagi. Diana sedikit bingung.
“Apa pulak ni bang?” soal Diana gusar. Abangnya sudah bertukar kerjaya menjadi ejen CIA pula.
“Dulu kata nak ke Palestin sebab nak cari ketenangan. Alih2…si Ahmad Farid tu pun ada sama kat sana? Cari ketengangan atau Di yang mengekori budak tu?” soal Daniel. Bimbang jika adiknya kembali mengulangai perangai lamanya dahulu. Terlalu obsess dengan cinta hingga tidak nampak baik buruk.
Diana ternganga. Begitu sekali tuduhan abangnya terhadapnya. Diana meneguk air sehingga ke titisan terakhir. Mug diletak kasar ke meja. Kuat sikit lagi saja, mug itu dijamin retak.
“Abang tak percaya pada Di ya? Abang ingat Di terhegeh2 nak ikut budak tu kemana saja dia pergi? Demi Allah bang, cinta dah tak ada erti dalam kamus hidup Di.Demi Allah jugak, Di tak tahu pun yang Di akan jumpa budak tu kat Palestin. Salah satu sebab Di pergi Palestin pun, sebab nak lupakan budak tu. Kalau Di tahu yang dia ada kat sana jugak, Demi Allah Di tak akan ikut dari awal…” marah dengan tanggapan abangnya, Diana bangun meninggalkan meja makan.
Langkahnya diatur kasar memanjat tangga ke biliknya. Daniel terkesima, bagaikan tersedar dengan sikapnya yang agak keterlaluan. Daniel mengetap bibir. Si adik sudah merajuk. Daniel menggaru kepalanya. Apa dia harus buat…. |
|
|
|
|
|
|
|
snng je daniel g la satukan diana dgn farid tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
cepat pujuk...
dahlah tgh sakit... ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Qimi..saya dah check PM tu. tengkiu....
Nanti la kot...pikir2 dulu....
fizziany Post at 28-11-2010 21:31 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Cepat peluang terbuka cerah
hanya datang sekali aja tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fizziany at 29-11-2010 20:47
Farid menghampiri ibunya yang sedang leka menyiapkan kulit karipap. Rajin benar ibunya sejak Farid menjadi penganggur bertauliah di rumah sejak akhir2 ini. Setiap petang, ada saja kuih yang akan dibuatnya.
Rumah kampong yang lama ditinggalkan sejak Farid melanjutkan pelajaran, kini dihuni semula oleh ibunya. Jika dulu, semua kakak2nya menegah ibunya untuk kembali ke rumah tua itu kerana tiada peneman, tapi kali ini ibu punya alasan kuat untuk kembali ke rumah yang penuh kenangan buatnya dan arwah suami. Di rumah itu, kasih sayang bersemarak antara dia, arwah suami dan anak2 yang masih kecil suatu ketika dulu. Farid yang sedang menanti panggilan kerja diheret ke kampong.
“Haa…apekehei yang hang dok tersengih2 macam kerang busuk ni adik?” Farid tersengih bila disapa ibunya sebaik duduk berdepan dengan ibunya dimeja makan. Panggilan “adik” itu masih kekal utuh biarpun rupanya sekarang tak ubah macam laki orang.
“Mak ni…tau aja niat adik..” Farid tersipu2. Mak Kiah senyum. Tahu benar hati anak bujangnya yang tunggal dan bongsu ini, jika mahukan sesuatu, pasti dia akan datang macam ular berlingkar.
“Apa dia..” soal mak Kiah. Farid tarik nafas. Bismillah…
“Mak..adik nak tanya sikit..” ujar Farid teragak2.
“Haa..tanya apa? Nak menikah?” soal Mak Kiah. Zupp!!!terus ke jantung Farid soalan itu.
“Mana mak tau?” soal Farid bingung.
“Muka dah macam ayam berak kapur hari2..takkanlah mak tak boleh agak…” ujar Mak Kiah pula. Farid tersengih.
“Mak ni pandailah! Boleh jadi penyiasat persendirian..” usik Farid. Mak Kiah memasukkan inti kentang bercampur daging ke dalam kulit karipap.
“Budak mana?” soal Mak Kiah tiba2. Gulp! Farid telan air liur pekat.
“Bukanla nak kahwin sekarang mak..tapi adik nak tanya pendapat mak dulu. Lagipun, adik mana ada kerja sekarang. Macammana nak tanggung anak orang. Silap2, adik pulak yang kena tanggung…” kata Farid memberi penjelasan.
Mak Kiah tersenyum. Dia tergeleng2.
“Apa nak bimbang, tanah sawah dan tanah kebun yang arwah ayah tinggalkan untuk Farid kan banyak. Kalau nak dikira semua nilai tanah tu…3 keturunan pun makan tak habis,” kata Mak Kiah pula.
“Mak ni…” rajuk Farid. Dia mahu berdiri di atas kakinya sendiri. Tidak mahu dituduh mengharap harta pusaka semata2. Sedangkan kakak2nya semua berjaya dalam bidang masing2, inikan pula dia, satu2nya anak lelaki dalam keluarga ini. Kalau arwah ayahnya ada pun, pasti arwah mengharapkan agar Farid menjadi seorang yang berguna.
“Hmm..ceritalah..budak mana? Nak mak hantar orang pergi merisik ka?” soal Mak Kiah lagi sambil tersenyum.
“Mak….melampau ni. Macam ni mak..” Farid terdiam sejenak sebelum menyambung ceritanya. Dia mahu menjelaskan segala2nya tentang perihal Diana. Termasuk status gadis itu. Dia tidak mahu kasih yang akan dikejar nanti, sia2 di hujung jalan jika keluarganya menolak kehadiran gadis itu.
“Adik suka kat sorang budak perempuan ni. Dia dulu, satu universiti dengan adik. Kami pernah sama2 masuk persatuan, masuk pertandingan. Adik memang suka kat dia…” Farid memandang reaksi ibunya yang sedang tekun mendengar ceritanya.
“Baru2 ni, kami terjumpa di Palestin..” kata Farid lagi.
“Dia pergi jugak? Beraninya..” tutur Mak Kiah. Farid angguk.
“ Adik betul2 suka dia mak. Adik nak bagitau dia yang adik suka kat dia, tapi sebelum tu, adik nak tanya pendapat mak dulu..” kata Farid. |
|
|
|
|
|
|
|
“Bagitau sajalah. Awat adik dok teragak2 lagi? Dia tak suka kat adik ka?” soal Mak Kiah pula. Tangannya masih menggentel kulit karipap sambil mengelip hujung kulit karipap. Kali ini, Farid terdiam sejenak sambil merenung Mak Kiah.
“Adik rasa dia suka kat adik, tapi…”
“Tapi apa..” pintas Mak Kiah. Karipapnya hampir siap.
“Dia…dah pernah berkahwin dan bercerai sebelum ni…dan dia tua dari adik 2 tahun…” perit Farid menuturkan kata2 itu didepan ibunya. Enggan menggunakan gelaran “janda”, ayatnya diperkemas agar kelihatan sedap didengar di telinga ibunya.
Farid terus merenung si ibu. Mak Kiah terdiam, wajah Farid dipandang teliti. Masing2 terdiam sambil berpandangan. Farid mencapai tangan ibunya yang dipenuhi tepung gandum. Tangan ibunya digenggam erat sambil merenung mak Kiah penuh harapan.
“Kenapa dia bercerai?” soal Mak Kiah. Sedikit kebimbangan terselit jua dihati.
“ Dia kena aniaya dengan bekas suami dia sebelum ni. Tapi, itu bukan persoalannya. Bagi adik, semua orang ada kisah silam masing2. Setiap orang pun, pernah buat silap dalam hidup. Tapi, takkan semua orang yang bersalah, kita nak terus menghukum diorang tanpa beri kesempatan untuk diorang kembali ke jalan yang betul. Takkan disebabkan dia pernah bercerai, maka kita nak cop dia sebagai seorang gadis yang tak boleh dikahwini atau disayangi lagi. Pada adik, dia seorang yang terlalu baik mak…” makin erat genggaman Farid pada tangan ibunya.
Mak Kiah tunduk, merenung genggaman tangan Farid. Tangan itu dileraikan. Perlahan2 Mak Kiah bangun bersama besen yang kosong menuju ke sinki. Farid termangu. Hatinya penuh resah merenung setiap pergerakan ibunya.
Mak Kiah memulas paip. Air keluar perlahan2 dari paip. Mak Kiah merenung air yang jatuh ke tangannya. Perlahan2 Mak Kiah menggososk2 tangannya yang terpalit tepung. Air direnung tanpa rasa. Pearasaanya kosong. Sejujurnya, mindanya berputar 360 darjah memikirkan kata2 Farid.
“Mak…” Farid bersuara apabila Mak Kiah terlalu lama di sinki. Resah hatinya menggunung tinggi. Mak Kiah diam.
“Hmm…kalau mak nak jumpa budak tu dulu, boleh?” soal Mak Kiah memecah kesunyian. Farid ternganga. Mak Kiah menutup paip lalu berlalu ke meja makan. Kain tuala kecil diambil lalu tangannya dilap kering.
“Mak nak jumpa dia?” soal Farid tidak percaya. Mak Kiah angguk sambil tersenyum.
“Ajak dia tinggal sini dalam seminggu ka..” tutur Mak Kiah lagi. Farid ternganga. Habis aku! Nak memujuk Diana menerima aku pun susah, inikan pula nak meminta Diana tinggal kat rumah kampung ni seminggu!Mati!
“Tapi mak… adik bukan nak kahwin sekarang! Nak bagi anak orang makan apa…” balik2 itu saja modalnya.
“Ya la..mak pun bukan suruh adik bawak balik budak tu sekarang…Nanti, bila adik dah sedia, bawakla mai sini…” tukas Mak Kiah pula. Jawapan yang cukup melegakan hati Farid. Bermakna, dia punya masa untuk menjalankan misi yang tak berapa mustahil ini. Itupaun kalau ada jodohnya dengan Diana lah…
“Siapa nama budak tu..” soal Mak Kiah pula.
“Diana..” balas farid tersipu2. Otaknya msih ligat mencari jalan untuk mencari Diana.
“Tapi mak…kak macammana? Depa tak kisah ka ?” soal Farid gusar dengan penerimaan kakak2nya nanti.
“Ala…kalau mak kata okay, depa pun okey ja…lain la kalau hang nak kawin dengan orang yang tua 20 tahun dari hang adik..” balas Mak Kiah sambil memandang anak bujangnya. Farid tersengih.
“So..maknanya mak setuju la ni?” soal Farid. Matanya bercahaya. Mak Kiah diam, malas hendak menjawab. Farid terus memeluk ibunya.
“Tengkiu mak…adik sayang mak!!!” Farid sudah gembira tidak terkata. Mak Kiah senyum cuma. Manja! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|