|
heheh.. sayang lak umah tu x gerak2..... so kasi meriahkan sikit la board johor nnie
selimutpurple Post at 3-1-2011 11:23
Ok tu Cimut,
Oleh kerana ini umah cimut,
jadi nak bertanya ni (kalau soalan berulang, tolong jawab juga) :
1. Apa pandangan Cimut tentang isu Bahasa Melayu dikalangan anak-anak muda?
2. Apa pendapat Cimut tentang anak-anak muda yang kurang/tidak ambil tahu tentang sejarah bangsa Melayu? Benarkah? Sejauh mana kebenaran ini?
3. Apa Cimut faham tentang proksi Yahudi dalam merencana dunia?
Setakat ini dulu. Lepas ini ada banyak soalan mencabar menanti Cimut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok tu Cimut,
Oleh kerana ini umah cimut,
jadi nak bertanya ni (kalau soalan berulang, tolong jaw ...
attokz Post at 3-1-2011 11:35
heheh.... soalan berulang pon muleh..janji soalan... kihkihkih.....
tapi nanti yer cimut jawab...kene sedaikan n reserch bahan2.... |
|
|
|
|
|
|
|
heheh.... soalan berulang pon muleh..janji soalan... kihkihkih.....
tapi nanti yer cimut jawa ...
selimutpurple Post at 3-1-2011 11:38
Teruskan usaha Cimut~
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 323# attokz
   1. Apa pandangan Cimut tentang isu Bahasa Melayu dikalangan anak-anak muda?
bahasa melayu sekarang sudah menjadi begitu mencabar . ramai kalangan cerdik pandai sedang berusaha memartabatkan bahasa melayu di kalangan anak muda kini. 
bahasa melayu anak muda kini telah di campur adukkan seperti bahasa rojak atau malayglish. dari pandangan cimut, perkara ini berlaku disebabkan oleh tekanan pihak kerajaan dalam memansuhkan bahasa melayu dan di gantikan dengan bahasa inggeris di dalam beberapa subjek di sekolah rendah dan menengah (math dan sains). sebeanrnya perkara ini banyak kebaikannya.
tetapi pernguatkuasaan perkara tersebut terlalu mendadak dan ramai anak2 ini tidak bersedia dan menggunakan bahasa melayu yang di tukar kepada bahasa inggeris tanpa memahami penggunaan tatabahasa dalam bahasa inggeris.
selain itu, peningkatan teknologi di negara ini juga menjadi punca kecelaruan bahasa di aklangan muda mudi. sistem pesanan ringkas(sms) misalnya telah menjadikan bahasa mereka semakin parah. rasanya tidak perlulah di berikan contoh. dalam berforum juga penggunaan bahasa malaysia juga amat lemah(termasuk cimut)
tetapi perkara ini telan di pandang serius oleh pihak kementerian. banyak usaha untuk meningkatkan mutu bahasa malaysia di kalangan muda mudi di malaysia. kempem bulan bahasa, kempen mari membaca, kempen budi bahasa juga dapat membendung isu bahasa ini. di sekolah2 juga terdapat banyak pogram yang dapat meningkatkan penggunaan bahasa malaysia di kalangan remaja.
sebenarnya isu bahasa ini menjadi terlalu serius apabila ramai pelajar menjawab soalan bahasa malaysia dengan menggunakan bahasa yang tidak betul dan salah.
di harap pihak2 kementerian dapat meneruskan dan meningkatkan segala macam pogram dan usaha dalam memartabatkan bahasa malaysia nei di kalangan rakyat malaysia khasnya.
2. Apa pendapat Cimut tentang anak-anak muda yang kurang/tidak ambil tahu tentang sejarah bangsa Melayu? Benarkah? Sejauh mana kebenaran ini?
sejarah bangsa melayu....... dengar sahaja sudah terbayang jenis2 ayat yang di gunakan dalam bahan2 tersebut. bahasa2 yang puitis, bahasa2 yang berbunga2, perkataan2 yang berkias......... semua ini membosankan. di tambah lagi dengan ketebalan buku yang mencecah 2-3 inci. semua ini tidak dapat menarik minat ramai muda mudi dalam membaca sekaligus mereka  tidak tahu sejarah melayu ini. 
dari hasil pengamatan cimut di sekolah dahulu, ramai pelajar lebih cenderung emmbaca novel2 cinta dari buku2 sejarah melayu ini. jika di buat kaji selidik, berapa orang yang tahu berapa orang raja melayu yang memerintah melaka sebelom di serang oleh belanda? dapatkah mereka menyenaraikan kesemua raja2 melayu melaka tersebut mengikut urutan?
faktor fakta juga menyebabkan ramai anak muda tidak menggemari sejarah melayu ini.
kita tidak perlu pergi jauh dengan menanyakan soalan2 yang pening kepala seperti pahalwan2 melayu menentang penjajah, asal usul terciptanya baju melayu etc.... seperti yang eprnah di tayangkan di tv, ramai anak muda yang tidak tahu menyanyikan lagu NEGARAKU.... RUKUN NEGARA pon teraggap2 untuk di senaraikan. perkara asas begini pon mereka tidak  tahu, apatah lagi nak bertanaykan perkara2 yang mereka tidak laluinya.....( tu belom tanya mengapa rundingan baling gagal, pasti demam sebulan mereka semua)
di harapkan usaha kementerian pelajaran mewajibkan lulus mata pelajaran sejarah kelas dapat meningkatkan pemahaman warga malysia terutama muda mudi terhadap sejarah melayu serta sejarah di malaysia ini.
3. Apa Cimut faham tentang proksi Yahudi dalam merencana dunia?
atokz... cimut masa spm, bm dapat 5c jerk. so kalau salah tulun betolkan yer....
tadi serch kat wikipedia.  yang ada perang proksi...
    "     Perang proksi
Perang Proksi ialah satu peperangan di antara dua kuasa yang menggunakan pihak ketiga untuk penambahan ataupun penggantian terus kepada perlagaan secara terus oleh kedua-dua pihak tersebut.
Jika kuasa-kuasa besar menggunakan kerajaan negara-negara kecil selaku bidak dalam percaturan mereka, kumpulan pengganas juga digunakan, dengan harapan kumpulan kecil ini boleh membedal musuh tanpa membawa kepada peperangan terbuka di antara kuasa-kuasa besar.
Umpamanya, Pakistan menyokong pergerakan pemisah Kashmir untuk memartabatkan kepentingannya di Kashmir tanpa membabitkan peperangan terbuka dengan India, walaupun India mengesyaki Pakistan melengkapkan dan memberikan latihan kepada kumpulan gerila ini.
Perang proksi juga pernah diperangi seiringan dengan peperangan terbuka. Umpamanya, semasa Perang Iran-Iraq kedua-dua Iran dan Iraq membekalkan dan memberikan latihan kepada pihak-pihak yang bertelagah di dalam Perang Saudara Lubnan.      "
. tu ej yang cimut paham.... kalau da penambahan boleh shere di sini yer... shering is caring
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply attokz
bahasa melayu sekarang sudah menjadi begitu mencabar . ramai kalangan cerdik ...
selimutpurple Post at 3-1-2011 12:27
Terima kasih Cimut kerana berusaha gigih untuk menjawab soalan.
Tentang soalan 1, itu Cimut jawab dengan agak baik.
Tapi soalan 2 dan 3 tak menjawab soalan.
Tapi tak mengapalah.
nanti kita bincangkan lagi pasal Bagaimana untuk memperkasa Bahasa Melayu dikalangan anak-anak Melayu.
Juga peri pentingnya memahami susur-galur jatidiri Melayu di Alam Melayu itu sendiri.
Ok, sila jawab pantun ini, sudi-sudikan~
"Mawar jambangan mekar memerah,
serupa cempaka indah pinggiran,
guris di tangan tampak berdarah,
di hati luka mana gambaran?"
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Cimut kerana berusaha gigih untuk menjawab soalan.
Tentang soalan 1, itu Cimut jaw ...
attokz Post at 3-1-2011 12:38
hahah,tu ler,,, alih2 jerk tersasul..sebab tu dapat 5c |
|
|
|
|
|
|
|
hahah,tu ler,,, alih2 jerk tersasul..sebab tu dapat 5c
selimutpurple Post at 3-1-2011 12:42
Cimut,
np tak jawab lagi pantun tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh... cimut de umah sndiri rpenye....
tumpang lalu jp ek???..... |
|
|
|
|
|
|
|
Cimut,
np tak jawab lagi pantun tu?
attokz Post at 3-1-2011 15:29
serupa cempaka indah pinggiran,
tercarik kelopak satu persatu
di hati luka mana gambaran
terlihat muka gelisah mulut membisu
dah jawab dah... huuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh... cimut de umah sndiri rpenye....
tumpang lalu jp ek???.....
miszIzzaz Post at 3-1-2011 15:38
hikhik.. umah nie dah dok kat belakang2 sangat...tu yang x pasan...  selalu2lah lalu lalang |
|
|
|
|
|
|
|
soalan seterusnya........
1. apa pendapat selimutpurple tentang roh kembali@balik semula ke rumah?
2. adakah selimutpurple percaya kepada hantu?mengapa?
3. sepanjang hidup selimutpurple, pernahkah terserempak dengan hantu? huraikan.....
terima kasih kerana kerana sedia menjawab soalan soalan yang mencabar walaupon selimutpurple bukan seorang penganalisis politik mahupun sebagai penganalisis ekonomi serta bukan imam masjid di tempat selimutpurple..... |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana Pawana dah tanya pasal hal-hal mistik ni, aku pun nak tanya gak la.
Tapi bak kerohanian dan tarekat.
1. Apa yang Cimut tahu tentang Ilmu Mengenal Diri?
2. Sejauh mana tingkat pemahaman Cimut tentang aliran-aliran tarekat di Malaysia?
3. Apa yang Cimut tahu tentang Wali Songo di Tanah Jawa?
Sila. Silalah jawab.
|
|
|
|
|
|
|
|
soalan seterusnya........
1. apa pendapat selimutpurple tentang roh kembali@balik semula ke rumah ...
pawana2011 Post at 4-1-2011 02:15
adoyai...pawana nie... soalan mencabar adrinal cimut nei... bg masa nanti cimut jawab yer.. pagi2 nie nak santai2 jerk... huhuuhu |
|
|
|
|
|
|
|
dah byk page dh... x larat jijah nk bkak selai selai.....
terus jerk page last.... :sw ...
miszIzzaz Post at 4-1-2011 08:00
   x yah nak selak2 dah jijah....... teruskan jer berseisi soal jawab hahahhahah |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana Pawana dah tanya pasal hal-hal mistik ni, aku pun nak tanya gak la.
Tapi bak kerohanian ...
attokz Post at 4-1-2011 11:12
attokz pon sama gak... semua soalan cimut kiv kan dulu... if ada masa nanti cimut jawab soalan2 tersebut yer...... |
|
|
|
|
|
|
|
adoyai...pawana nie... soalan mencabar adrinal cimut nei... bg masa nanti cimut jawab yer.. pagi2 ...
selimutpurple Post at 4-1-2011 12:15
baiklah selimutpurple,,,ana akan menunggu jawapan dari selimutpurple |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 333# attokz
1. Apa yang Cimut tahu tentang Ilmu Mengenal Diri?
atokz.... soalan pe nie..?
sobsob k cimut try jawab yer......
Bila kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan panggilan Badan, tapi sebenarnya tidak. Diri yang di maksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus nya faham perbezaan dua kata kata ini, sebelum kita lafaskannya.
Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin, Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita?
Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?? Perbezaan ini lah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.
Kebanyakan dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini lah di panggil "Diri" dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa jika tidak ada "enghidupnya" yang duduk nya didalam jasad itu sendiri. Penghidup ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad , oleh itu faham lah kita bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.
Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil Jasmani (Jasad) dan Rohani.Atau ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak lagi nama nama yang di beri kepada Diri dan jasad untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu.
Renung kembali kesah ujudnya Adam
Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah " Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?" maka Allah pun menjawab, " Masuklah melalui mana mana yang kau senangi" dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan seterusnya kita bernafas melalui hidung.
Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan bila Roh masuk kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga di panggil Bernyawa.
Diri sebenar Diri
Setelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya "Diri" atau jelasnya "Diri" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti jasad nya sendiri. Maka dengan sebab ini lah "Diri" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.
Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang menjadi "enghidup" kepada Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.
BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA
Saperti yang telah di terangkan diatas Diri ini rupa nya saperti kita cuma ia nya ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugas nya menghidupkan jasad kita dan dia juga di panggil nyawa dan macam macam nama lagi mengikut Aliran Perguruan yang mengajar Ilmu Mengenal Diri ini. Walau bagaimana pun perlu di tegaskan disini semua Aliran Perguruan adalah benar dan mempunyai kelebihan kelebihan tersendiri.
Ini lah Diri Sebenar Diri yang harus di kenal dengan rasa dan perasaan, dan dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?
Diri sebenar Diri yang duduk nya dalam jasad itu, dimana tugas nya menghidupkan jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya dengan erti kata kenal sebenar benar kenal tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.
Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya yang tersendiri..........menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan nya.
Dengan itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari sana................dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.
Untuk itu lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri, yang maksud nya dengan membuka pintu bagi nya untuk keluar, (jalannya) dan cara melahirkan nya ada 3:
1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan Sendiri.
3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.
Apa Maksud Dibuka ( dilahirkan ).
1. Terbuka Sendiri.
Mengikut pengalaman saya sendiri. saya telah berjumpa dengan 5 insan yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan Diri ini diperdapatkan nya pada satu hari mereka berdoa dan tiba tiba jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa, di dalam badan mereka terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau bergerak perlahan lahan.
Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini.
Mereka mereka yang mendapat cara ini selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.
2. Membuka dengan sendiri.
Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman
Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin di buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah
Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 ia itu dengan di bukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya.
Selalu kita mendengar orang berkata zahir dan batin, luar dan dalam jiwa dan raga, tapi cuba kita renungkan, adakah kita faham apa yang kita katakan?
Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:
1. Aliran Zahir atau Jasmani
Aliran ini bertitik tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.
2. Aliran Batin atau Rohani
Aliran ini berisikan daya hidup yang pangkalnya dari "Hidup" yang mengaliri aliran tertentu saperti aliran Jasmani, cuma beza nya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sain dari Cina dimana mereka berjaya mengambil gambar arus letrik yang mengalir dalam badan manusia ini.
DIRI
Ianya duduk didalam jasad
Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib
Dia lah yang Menghidupkan kita
Punca tenaga
Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana
KEHIDUPAN KITA DI DALAM
"Diri" ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna....Insyaallah
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya saperti Sabda Nabi junjungan kita" Barang siapa mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan Tuhannya"
sumber
http://internatebest.webs.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 333# attokz
   2. Sejauh mana tingkat pemahaman Cimut tentang aliran-aliran tarekat di Malaysia? 
soalan nei pon xder masa spm... serch kat pokcik google jerk....
http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/13/aliran-tarekat/
Saya sertakan disini perkataan Syeikh Ali Jumaah Ulamak Mesir yang terkenal mengenai pengertian tasawwuf dan tareqat sebagai panduan buat kita semua :
Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olahnya kamu melihatnya, maka jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya dia (Allah SWT) melihatmu”.
Maka tasauf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah SWT. Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah manusia dalam hubungan bersama Allah SWT, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri.
Tarekat sufiah pula ialah sebuah madrasah yang menyempurnakan melaluinya penyucian jiwa dan pembentukan peribadi. Syeikh pula sebagai pembimbing atau guru yang bersama-sama dengan muridnya.
Jiwa manusia secara tabiatnya terangkum di dalamnya pelbagai himpunan penyakit seperti takabbur, ujub, angkuh, keakuan, bakhil, marah, riya’, sukakan maksiat, berkelakuan tak senonoh, gemar membalas dendam, kebencian, dengki, khianat, tamak dan rakus.
Firman Allah SWT yang mendedahkan kisah isteri Al-Aziz:
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ
Yang bermaksud : “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. [Surah Yusuf: 53]
Kerana itulah, golongan terdahulu menginsafi hal ini dan menyedari betapa perlunya pentarbiyahan jiwa dan membersihkannya dari segala penyakit-penyakitnya agar (penyucian tersebut) bersekali dengan masyarakat serta mencapai kejayaan dalam perjalanan menuju tuhan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Tarekat sufiah hendaklah melengkapi dengan beberapa perkara.
Pertamanya ialah pegangan kukuh dengan kitab Al-Quran dan Sunnah Nabawiah. Ini kerana tarekat sufiah itu ialah manhaj kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka ia bukan daripada tarekat. Bahkan tarekat itu sendiri menolaknya dan melarang daripadanya.
Kedua ialah tidak meletakkan tarekat itu sebagai pengajaran yang terpisah daripada pengajaran syariah, bahkan ia merupakan intisari kepada syariah.
Bagi tasauf terdapat tiga elemen utama yang digesa oleh Al-Quran akan ketiga-tiganya iaitu :
1-Menitikberatkan jiwa, sentiasa mengawasi jiwa (muraqabah) dan menyucikannya daripada sebarang kekotoran.
Firman Allah SWT:
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا ، فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ، قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا ، وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا
Yang bermaksud: “Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”. [Asy-Syams : 7-10]
2-Memperbanyakkan zikrullah.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya”. [Al-Ahzab: 41]
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT”.
3-Zuhud di dunia, tidak terikat dengan dunia dan gemarkan akhirat.
Firman Allah SWT:
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَ
Yang bermaksud : “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”. (Al-Anaam : 32)
Adapun syeikh yang memperdengarkan kepada murid-muridnya akan zikir-zikir dan yang membantu usaha menyucikan jiwa dari sebarang kekotoran serta menyembuhkan hati mereka daripada penyakit-penyakit maka dia adalah penyelia (qayyim) atau seorang guru (ustaz) yang menunjukkan cara yang tertentu yang paling sesuai dengan penyakit yang ada atau keadaan murid itu sendiri.
Petunjuk Nabi SAW juga menasihatkan setiap manusia dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT berdasarkan kepada keadaan setiap jiwa yang berbeza. Pernah seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW, lalu dia berkata : Wahai Rasulullah ! Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang menjauhkan diriku daripada kemurkaan Allah SWT. Maka sabda Rasulullah SAW : Jangan kamu marah !. Dalam kes yang lain, Rasulullah SAW didatangi seorang lelaki yang berkata kepada Rasulullah SAW : Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang aku boleh berpegang dengannya ! Jawab Rasulullah SAW : Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT.
Di kalangan para sahabat terdapat golongan yang membanyakkan qiamullail, antara mereka juga yang memperbanyakkan bacaan Al-Quran, ada yang banyak terlibat dengan jihad, ada yang banyak berzikir dan ada yang membanyakkan bersedekah.
Perkara ini tidak membawa erti meninggalkan terus keduniaan. Tetapi di sana terdapat suatu ibadat tertentu yang memperbanyakkannya oleh orang yang melalui jalan menuju Allah SWT. Secara asasnya berbilang-bilangnya pintu-pintu syurga. Tetapi pada akhirnya walaupun ada kepelbagaian pintu masuk tetapi syurga tetap satu.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Setiap golongan yang melakukan amalan (baik dan soleh-ketaatan) ada satu pintu daripada pintu-pintu syurga yang memanggilnya oleh amalan, dan bagi puasa itu ada satu pintu yang memanggil golongan yang berpuasa, digelarkannya ar-rayyan”.
Demikian juga tarekat-tarekat, ia mempunyai berbilang-bilang jenis berdasarkan syeikh masing-masing dan murid masing-masing. Antara mereka ada yang mengutamakan puasa, ada yang mengutamakan al-Quran lebih banyak dan tidak mengabaikan puasa dan demikianlah seterusnya.
Apa yang dijelaskan di atas adalah tasauf yang sebenarnya, tarekat yang sahih dan syeikh-syeikh yang komitmen dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita juga telah mengetahui kenapakah berbilang-bilangnya jenis tarekat, iaitu kerana kepelbagaian cara pentarbiyahan dan rawatan serta perbezaan cara untuk mencapai maksud yang dicita-citakan. Akan tetapi keseluruhannya satu sahaja pada maksud dan tujuan iaitulah keredhaan Allah SWT sebagai tujuan utama.
Kami juga ingin mengingatkan bahawa apa yang dinyatakan di atas tidak dilaksanakan oleh sebilangan besar golongan yang mendakwa sebagai ahli tasauf iaitu golongan yang merosakkan bentuknya. Mereka di kalangan orang yang tidak mempunyai agama dan kebaikan. Mereka yang melakukan tarian pada hari-hari perayaan dan melakukan amalan keghairahan yang khurafat. Ini semua bukan daripada tasauf dan bukan dari jenis tarekat sufiah. Sesungguhnya tasauf yang kami nyatakan tentangnya tiada hubungan langsung dengan pandangan kebanyakan manusia berhubung fenomena negatif yang memburukkan. Tidak harus juga bagi kita untuk mengenali tasauf dan menghukumkan ke atasnya dari kalangan sebahagian pendakwa-pendakwa tasauf yang jahil (yang mendakwa tarekat sebagai ajaran yang salah). Sepatutnya kita bertanyakan ulama’ yang memilih tasauf sehingga kita memahami punca sanjungan mereka terhadap tasauf.
Untuk akhirnya, kami mengambil kesempatan ini untuk membantah pendapat golongan yang menyatakan : “Kenapakah tidak dipelajari adab-adab sulukiyah dan penyucian jiwa dari Al-Quran dan As-Sunnah secara langsung?”.
Pendapat ini pada zahirnya terkandung rahmat. Tetapi pada hakikatnya terkandung azab. Ini kerana kita tidak mempelajari rukun sembahyang, sunat-sunat sembahyang dan perkara-perkara makruh dalam sembahyang dengan semata-mata melalui bacaan Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi kita mempelajarinya melalui suatu ilmu yang dikenali sebagai ilmu feqah.
Fuqaha’ telah menyusunnya dan mengistinbatkan semua hukum-hakam tersebut daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bagaimana pula lahirnya kepada kita mereka yang mendakwa bahawa kami mempelajari fiqh dan hukum agama daripada kitab dan sunnah secara langsung? Kami tidak pernah mendapati seorang ilmuan/ulama’ yang mempelajari fiqh daripada kitab dan sunnah secara terus.
Demikian juga, di sana terdapat perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi tidak dapat tidak daripada mempelajarinya dengan guru secara musyafahah (secara berdepan atau mengadap guru).
Tidak boleh sekadar melalui kitab, sebagai contohnya ilmu tajwid. Bahkan mestilah beriltizam dengan mustalah-mustalah yang khusus dengannya. Maka ulama’ menyatakan sebagai suatu contoh : “Mad Lazim enam harakat” ! Siapakah yang menjadikannya sebagai mad lazim? Apa dalilnya dan siapakah yang mewajibkannya ke atas ummat Islam? Tentunya mereka adalah ulama’ dalam bidang tersebut.
Begitu juga dengan ilmu tasauf. Ilmu yang diasaskan oleh ulama’-ulama’ tasauf sebermula zaman Junaid rahimahullah dari kurun yang keempat sehingga hari ini. Ketika rosaknya zaman tersebut dan rosaknya akhlak, rosaklah juga sebahagian tarekat-tarekat kesufian. Mereka mula bergantung dengan fenomena-fenomena yang bercanggah dengan agama Allah SWT. Lantas manusia menganggap ianya merupakan tasauf. Sedangkan Allah SWT akan mempertahankan tasauf, ahlinya dan melindungi mereka dengan kekuasaannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|