|
yang ni buat saya tersenyum..
assafdiyah Post at 4-10-2010 21:35
|
|
|
|
|
|
|
|
Faham daahh
bintang Post at 4-10-2010 21:57
baguss..dah ada pickup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru pulang dari berlawan,
sudah lewat nak bersawang,
nak mengetea barang secawan,
esok-esok la pula jawab soalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam ceria di pagi hari
semoga berbahagia sepanjang hari
meneruskan perjuangan sendiri
moga tercapai seperti dihajati. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya lantunkan puisi yang menyisa
meninggalkan gulir kenangan dan angan...
Tentang
seny ...
bintang Post at 4-10-2010 20:02
Kutip yang semalam sebagai harta sezaman
nikmati hari ini dengan ketenangan
hadapi hari esok dengan seribu pengalaman
moga impian dijejaki berpedoman
tidak hanyut di lembah kehinaan
jadi ummat penuh keimanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika rasa sayang mula menyiksa
saya atasi dengan rasa benci
lalu rasa itu kian terbunuh
w ...
bintang Post at 4-10-2010 19:56
Bila sayang menyelimuti jiwa
harta dan nyawa jadi taruhan
Bila benci menusuk di jiwa
dendam selaut api membakar jiwa
Hati-hati menyemai rasa
kelak diri hancur binasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 5-10-2010 21:22
Alam memberi tanda
Di galiran angin
terukir seribu rahsia
membawa aku seribu tanya
mencari tanda mengenali Maha Kuasa.
Di galuran air
tercoret seribu makna
membawa aku seribu petanda
mengenali Agung Maha Pencipta.
Di gumpalan awan
terlukis seribu gambaran
memaparkan aku seribu lukisan
memilih jalan kembali kepada Tuhan.
Di alunan ombak
tersembunyi seribu babak
melakonkan aku seribu dampak
buat pedoman kembali menapak.
~Golkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
harapnya makna bahasa bukan sekadar keindahan berkata-kata. harapnya sang kunci pun melaksanakan apa yang dibicara. manusia memang bijak bermain kata tapi sekadar meluah rasa tapi tak bermimpi pun untuk dilaksana..
kenapa tak bertandang walaupun dah diundang
akan ku menghilang dari kalangan kalian
* macamana sekarang saya dah pandai bermain katakan ? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Inginku berlari
Inginku berlari
mengejar seribu mimpi
akan kubawa ke dunia realiti
indahnya mimpi menguliti diri.
Inginku berlari
mengejar bayangan pelangi
akan kubawa ke dunia realiti
indahnya warna memayungi diri.
Inginku berlari
mengejar alunan desiran angin
akan kubawa ke dunia realiti
indahnya berlagu mendamai diri.
Inginku berlari
mengejar cahaya halilintar
akan kubawa ke dunia realiti
indahya menerangi keperibadian diri.
Inginku terus berlari
tanpa berhenti lagi
mencari dan mencari
indahnya anugerah Illahi.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalaulah awak bukukan puisi awak ni.. boleh laku.. ( pada pencinta seni lah macam kita2 ni )nanti saya bukukan ... boleh ? |
|
|
|
|
|
|
|
kalaulah awak bukukan puisi awak ni.. boleh laku.. ( pada pencinta seni lah macam kita2 ni )nanti sa ...
assafdiyah Post at 5-10-2010 10:00
kalau puan ada kebolehan silalah, saya hanya kunci tiada upaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
harapnya makna bahasa bukan sekadar keindahan berkata-kata. harapnya sang kunci pun melaksanakan apa ...
assafdiyah Post at 5-10-2010 09:54
Insyaallah apa yang dibahasakan akan dikota,
cuma hamba insan biasa, adakala lalai terlupa.
telah kutitipkan kata pergilah baca. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau puan ada kebolehan silalah, saya hanya kunci tiada upaya..
Goldkey Post at 5-10-2010 10:15
tak pernah ke hantar karya awak di mana - mana ?
awak ada bakat semulajadi
pernah ke pergi mana - mana majlis puisi
goldkey mesti awak pendiam dan suka menyendirikan?
tumpuan awak mesti untuk puisi je
tak bosan ke
tak jemu ke |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah ke hantar karya awak di mana - mana ?
awak ada bakat semulajadi
pernah ke pergi ma ...
assafdiyah Post at 5-10-2010 10:24
tidak pernah.
kata diam tak juga.
jemu..tak lah..ada masa tulis nanti tak der masa senyaplah saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bicara hati
Panasnya sinar mentari
tidak sepanas hatiku
membakar daun-daun jiwa
marak menyala rasa dendam membara.
Dinginnya butiran salju
tidak sedingin nuraniku
menyejukan api kemarahan
membeku dendam yang tak terpadam.
Lembutnya titis embun
tidak selembut kemaafanku
meredhai apa yang berlaku
mengubati duka yang memburu.
Lunaknya desiran bayu
tidak selunak doaku
memanjatkan syukur beribu
pada Tuhan yang satu.
Gemersiknya suara ombak
tidak segemersik lontaran suaraku
mengalunkan lagu rindu
kepada Tuhan yang memberi restu.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
vs
Benci atau sayang
Dari mata turun ke hati
dari hati meresap ke jiwa
dari jiwa tumbuh dalam nurani
dari nurani berbuah pada perbuatan
dari perbuatan dapat ditafsirkan
benci atau sayang.
~Golkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Malam yang sayu
Di bingkai malam yang suram
aku mendongak memandang ke langit
melihat awan berarak perlahan
melindungi bintang yang bekerdipan
tiada cahaya bulan yang kelihatan
dingin angin malam menyelubungi diri
sedingin pungguk yang enggan berlagu
mendendangkan lagu rindu pada bulan yang membisu
malam sayu selepas hujan lebat yang menderu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Puyuku
ada 3 ekor
siang malam airnya bermotor
kasi bersih jangan kotor
sihat berenang mengekor-ngekor.
Puyuku
sudah lama dibela
buat menenang hati yang lara
hari-hari kumenyapa
diberikan makan, makannya berlumba-lumba
seronok memerhati gelagat mereka
hati tenang setenang air di muara.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 5-10-2010 23:22
Aku menulis II
Aku menulis
kerana ingin berbicara
pada alam yang berjasa
memberi nikmat yang tak terhingga
jadikan diriku rasa bangga.
Aku menulis
kerana ingin berkongsi rasa
sesama insan di dunia nyata
saling ingat mengingati pahala dosa
jadikan diriku selalu mentaati yang Esa.
Aku menulis
kerana ingin menyata
rasa syukur pada yang Esa
masih diberi ruang dan masa
mengutip amalan bekalan ke syurga.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kita diduga
Kita sering kali diduga
dengan perkara yang tak terduga
menyesak jiwa kalau tak bersedia
merana badan kalau salah urus cara.
Kita sering kali diduga
dengan perkara yang tak dipinta
menyiksa rasa mahu saja meronta
bertabah menerima sabar lebih utama.
Kita sering kali diduga
dengan perkara yang tak disengaja
menimbulkan cemas di dada
keringat dingin memercik di muka.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|