CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Mohd Fazli dihukum gantung selepas didapati bersalah bunuh Syafiah Humaira!!

  [Copy link]
Post time 28-9-2010 12:58 AM | Show all posts
bingai btol pempuan ni...siap pingsan2 raung2 bagai...
patot dia ni pun di gantung gak skali..
ifbest Post at 22-9-2010 11:52



    aik? pasal apa kena gantung sekali? pasal sedih sgt anak nak kne hukum gantung kah? atau pasal tak didik anak elok2 masa die kecik dolu? atau sebenarnye da silap baca?? wahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 01:03 AM | Show all posts
baca post #5,8,12,14,15 membuatkan saya ketawa terbahak-bahak.

terima kasih kerana menc ...
sixret Post at 26-9-2010 13:21



    they made my day too...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 01:25 PM | Show all posts
aku rasa ni jenis ibu yg da longgar skrew dlm paler otak dia :@:@ org banak dia pon nk banak...patut dgn dia2 skali hukom gantung..tkleh pakai dah nih..lunyai kaedahnyer..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 10:39 PM | Show all posts
Isnin Julai 8, 2013

Sebab Kematian Syafiah Humaira: Hukuman Mati Pemandu Teksi Diganti Penjara 18 Tahun

PUTRAJAYA: Pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil, yang didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya tiga tahun lepas, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Malik Ishak, dalam keputusan sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Mohd Fazli, 31, kerana menyebabkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3.

Abdul Malik memutuskan sabitan Mohd Fazli bagi kesalahan membunuh tidak selamat kerana masih terdapat keraguan siapa yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepada kanak-kanak malang itu.

Beliau berkata, laporan bedah siasat menunjukkan Syafiah Humaira mengalamikecederaan di kepala dan bahagian perut.

"Kami sudah mempertimbang keteragan saksi pendakwaan dan mendapati kecederaan di bahagian perut kanak-kanak itu adalah jelas akibat perbuatan Mohd Fazli yang menendang serta memijak mangsa dengan but bola sepaknya," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada bukti yang menunjukkan kecederaan mangsa di bahagian kepala adalah disebabkan oleh Mohd Fazli.

Abdul Malik juga berkata, hakim Mahkamah Tinggi gagal mempertimbang isu berkenaan.

Sehubungan itu, panel berkenaan membenarkan rayuan Mohd Fazli untuk mengetepikan hukuman bagi sabitan atas kesalahan membunuh dan menggantikannya dengan pertuduhan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, memerintahkan Mohd Fazli menjalani hukuman penjara berkenaan dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 26 Februari 2010.

Mohd Fazli dilihat mengesat air matanya apabila Abdul Malik mengumumkan keputusan mahkamah.

Terdahulu, peguam Gurbachan Singh berkata Mohd Fazli menyesali perbuatannya dan amat sedih kanak-kanak malang itu meninggal dunia.

"Perkara itu akan menghantui tertuduh untuk selama-lamanya," katanya ketika meminta mahkamah meringankan hukuman penjara terhadap Mohd Fazli.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin pula meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun kerana perbuatan tertuduh menendang serta memijak seorang kanak-kanak merupakan satu jenayah kejam.

Pada 22 September 2010, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Mohd Fazli bersalahmembunuh Syafiah Humaira dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di padang bola sepak di Jalan Utama, Kawasan Rumah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 25 Februari 2010. - BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 10:53 PM | Show all posts
eh ada update ehhh.. x kena hukum gantung dah.. iskkk apsal aku rasa x setimpal je nihh.. dlm lbh kurang 15 thn je lg mamat ni dlm jel..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 10:55 PM | Show all posts
Syd posted on 8-7-2013 10:39 PM
Isnin Julai 8, 2013

Sebab Kematian Syafiah Humaira: Hukuman Mati Pemandu Teksi Diganti Penjara 1 ...

mmmmm...terlepas kat dunia...
kat pdg masyhar nanti jumpa la si kecil tu balik...taulah nanti perhitungan dr Allah..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2013 11:04 PM | Show all posts
little_sis posted on 8-7-2013 10:53 PM
eh ada update ehhh.. x kena hukum gantung dah.. iskkk apsal aku rasa x setimpal je nihh.. dlm lbh ku ...

Undang2 ciptaan manusia... begitulah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 11:09 PM | Show all posts
@Muntz

mintak edit tajuk


Mohd Fazli terlepas hukuman mati sbb bunuh adik Syafiah Humaira!! (updated)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 11:12 PM | Show all posts
Syd posted on 8-7-2013 11:09 PM
@Muntz

mintak edit tajuk

WHAT ??? !!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 11:24 PM | Show all posts
setan ni boleh lepas??? tak setimpal 18 tahun ja...
panjang umur sungguh...



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 11:29 PM | Show all posts
bolehh laa tawen ngan mak humaira yang setia tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 07:53 AM | Show all posts
nuralisa posted on 8-7-2013 11:12 PM
WHAT ??? !!!!!!!

Pemandu teksi terlepas hukuman gantung sampai mati
MOHD. FAZLI


PUTRAJAYA - Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil yang didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya tiga tahun lalu, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Malik Ishak dalam keputusan sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Mohd. Fazli, 31, kerana menyebabkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3.

Abdul Malik memutuskan sabitan Mohd. Fazli bagi kesalahan membunuh tidak selamat kerana masih terdapat keraguan siapa yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala kanak-kanak malang itu.

Beliau berkata, laporan bedah siasat menunjukkan Syafiah Humaira mengalami kecederaan di kepala dan bahagian perut.

"Kami sudah mempertimbang keterangan saksi pendakwaan dan mendapati kecederaan di bahagian perut kanak-kanak itu adalah jelas akibat perbuatan Mohd. Fazli yang menendang serta memijak mangsa dengan but bola sepaknya," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 08:18 AM | Show all posts
Menyesali perbuatan nya? Hakim bodoh ka loyer yg bodoh? Depa x tauka org yg dera budak ni akn selama lamanya jadi pendera  

aku doakan ang mampos dlm cara paling keji nanti  
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 08:24 AM | Show all posts
alieyrina posted on 9-7-2013 08:18 AM
Menyesali perbuatan nya? Hakim bodoh ka loyer yg bodoh? Depa x tauka org yg dera budak ni akn selama ...

pendakwaraya laa kot yang mengong..
kalau ikut apa hakim tu ckp...
tak cukup apa yang dorang tunjuk bukti..

loyar just gunakan apa yang boleh tuk bela dan timbulkan keraguan

dan hakim jatuhkan hukum atas apa yang try dibuktikan oleh pendakwaraya dan apa yang dihujahkan oleh pihak pembela


dalam banyak2 kes yang seumpamanya mcm neh, pendakwaraya mmg selalu wat mcm nehh

tak tahu laaa kalu dalam kes altantuya pendakwaraya dorang mmg hebat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 08:26 AM | Show all posts
tak jadi plak gantung mamat pembunuh ni??? ish, dunia, dunia......... harap kau mampos terus dalam jail lah!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 08:29 AM | Show all posts
eee mcm mana boleh terlepas .. 18 tahun je hukuman penjara?
boleh ganti balik ke nyawa adik humaira yg ko tendang sepak mcm bola??
kat dunia bolehlah terlepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 08:31 AM | Show all posts
Ya Allah.. nasib dia sgt baik, dpt peluang hidup lagi!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 08:36 AM | Show all posts
zamnie posted on 9-7-2013 08:31 AM
Ya Allah.. nasib dia sgt baik, dpt peluang hidup lagi!!

Ramadan ooo Ramadan

amat bernasib baik

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 08:42 AM | Show all posts
cam syial je...uhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 08:45 AM | Show all posts
Bapak arwah dok tunggu je mamat nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.051663 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list