CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanie

✤ ~ ✤ 1KLANG ~ V15 ✤ ~ ✤

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-11-2010 08:53 AM | Show all posts
morning
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 09:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by princebrunei at 3-11-2010 10:02

Salam dan morning warga 1 Klang lapor diri di page 13, happy DEEPAVALI, hari rabu pertengahan minggu yang ceria, cerah, nyaman dan melegakan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:58 AM | Show all posts
Salam dan morning warga Shah Alam  lapor diri di page 13, hari rabu pertengahan minggu y ...
princebrunei Post at 3-11-2010 09:53



salah umah ke ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:59 AM | Show all posts
ni teori ape ekau pakai ni......

kan skrg ni... mmg musim tengkujuh... dah masu ...
muffins Post at 2-11-2010 05:49 PM


Teori den x tepat sebab x de link bookmark mcam hakak Pin tu bookmark bercampur2 memang membawa bencana, haruskan den delete bookmark yg ada dah hanya letak 1 bookmark je macam hakak Pin buat, leh la share2 rahsia dan keajaban dengan hanya menggunakan 1 bookmark..

Btw kan taun 90an ada letusan gunung berapi Pinatobo kat Filipina sana, kebetulan den berada kat Sabah kat umah nenek den, memang la terasa gegarannya cam nak gempa kebetulan rumah nenek berdekatan pantai area Pantai Barat Sabah, so masa petang tu kecoh la bermain2 sampai penat, duk kat tangga terasa tangga tu bergoyang kiri kanan, mula ingatkan kepala pening x pon rumah kayu bergoyang ada budak2 duk berlari tapi duk kat tangga simen mana leh goyang kan.. esoknya dah hujan lebat selebat2nya selama 3-4 hari sampai banjir gak la, den baru tau yang tu kesan letusan gunung tu sebab habuk dah hablur bertebaran dilangit menutupi kawasan sebahagian Sabah, sebab tu la den fefeling paham punca banjirnya di utara..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:10 AM | Show all posts
Den pernah tengok NGEO kat Astro dulu, katanya dunia semakin panas, so kalau berterusan macam ni ice kutub akan mencair dan banyak banda2 di tepi laut akan tenggelam akibat kenaikkan air laut, pastu citer pasal bandar Bangkok, Milan yang akan tenggelam bla bla bla.. pastu ada saintis kata ada beberapa cara dan langkah untuk memnbuatkan dunia ni kembali sejuk, caranya membuat letusan gunung berapa palsu di langit bumi, kesannya sesetengah tempat akan bergelap beberapa hari dan mengakibatkan suhu menurun dan hujan kebat selama beberapa hari macam kisah Pompei tu, tapi impactnya sangatlah besar mengakibatkan banjir bla bla bla..

Btw taun 2005 masa den keje kat Bangsar, pernah Bukit Tinggi hujan 3 hari tanpa henti walaupun hujan renyai2, memang menyebabkan banjir gak, kebetulan area perumahan den tu baru dibina rumah flat hijau bersebelahan, tanah kuning sampai masuk ke highway KESAS, dan memenuhi longkang tepi highway sebabkan banjir..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 10:12 AM | Show all posts
Teori den x tepat sebab x de link bookmark mcam hakak Pin tu  bookmark bercampur2 memang memba ...
princebrunei Post at 3-11-2010 09:59


tp skrg pon takot gak. bace kat CI ade 21 lg gunung berapi mayb akan meletus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2010 10:28 AM | Show all posts
klo on9 dpt siapkan dlm sehari xpela gak
nanie Post at 2-11-2010 07:32 PM


Btw kan pasal siap 3 jam tu auta jek, alasan tu kalau kat Puterajaya je baru 3 jam. Kawan den yang blacklist PTPTN tu lepas settlekan problem ngan PTPTN dia try apply balik tapi tetap blacklist, call balik pihak PTPTN kata dah update tapi system diorang yang x update2 last2 buat esoknya.. esoknya awal pagi member tu dah sampai office, pas buat itu ini makan hari gak la siap den pon maleh nak tanya lelebih coz kawan tu dah ati pasas je seharian kat situ..

Btw kan bukan tu yang den nak citerkan, ni pasal sepasang pakcik makcik yang nak naik gi haji yang kebetulan den renew passport kat Sabah masa raya aritu, ada anak dia temankan kebetulan tadek orang so borak2 la ngan anak diorang.. brother tu x puas hati sebab semalam mak pak dia kene bodoh2kan, pagi2 dah gi sana nak buat passport, tapi x bawak gambar so diorang gi la begambar jauh plak tu kene naik teksi, bila dah sampai sana gambar plak x memenuhi kateria katanya ada color, naik haji x perlu ada color macam tu la den pon x ingat.. so terpaksa la pakcik makcik tu naik teksi lagi ambil gambar tanpa color, x sempat la juga coz jammed.. brader tu bising2 kata apa situ tadek tempat ambik gambar ke, menyusahkan orang tua kehulu kehilir, dah la caj teksi mahal dan lokasi tempat tu jauh dari kedai2, btw sesetengah tempat macam kat Kota Kinabalu yang town patutnya diorang improve kan ni cam terabai..

Den pernah gi Shah Alam punya, kes dapatkan lesen memandu antarabangsa tu, senang je x leceh, nak ambik gambar ada je kedai2 gambar area situ, cam tu gak kat Senawang ada jek kat tepi2 tu walaupun tempat kecik jek, patut la orang2 Sabah marah dan memberontak kan, mendek2 remeh temeh macam tu x terjaga..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:35 AM | Show all posts
tepi bank yg ramai bangla dok bertenggek kek situ ke ?
nanie Post at 2-11-2010 07:37 PM


Den x sure plak pasal bangla betenggek tu, tapi den pasan situ ramai orang2 kita melepak ala2 konsep 1Klang di 1Malaysia dah.. melayu, india, cina, sabahan, sarawakian semua ada, pelancong pon ramai gak sebab situ port makan2 sebelum nak ke pulau Ketam sana, masa den pegi ramai omputih makan kat Langkapuri tu, orang asing ramai tapi diorang lepak kedai2 lain sebab kat mamak Langkapuri tu leh tahan gak mahalnya kalau makan seafood, kalau ada pon indon je makan tapi x ramai, bangla2 maybe lepak kat kedai mamak A-Z tu sebab sana lebih murah.. ramai je awek2 makan situ, kalau diorang kurang selera ramai yang tapau jek, area belakang tu pon ada Nasi Padang memang la sedap ala2 kat Padang Indon sana, tapi x ramai pon indon lepak sebab mahal yang lepak ramainya orang2 kita gak melayu ngan cina.. indon2 plak lebih selesa makan kat medan selera kot, tengok ramai je diorang makan kat situ, bukan takat murah tapi banyak portion dan sedap gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 10:35 AM | Show all posts
Ni info pasal Langkapuri kat Port Klang tu, try la x kan rugi..


Restoran Langkapuri Nasi Kandar (Port Klang, Selangor)
dalam mingu ni dah dua kali aku layan movie tamil nadu kat astrerol. crita lain asyik2 ulangan, dan cerita orang kita pulak macam hampes. layan cerita tamil lagi best, nak2 pulak dua2 movie jothika yg jadi heroin. memang faveret heroin akulah tu. lagi best, movie yg dua malam lepas, hero crita tu bercakap pasal kisah ketam tamil dan ketam india lain seperti ketam malayalam, ketam punjabi dan lain2. kisah ketam ni mencritakan bahawa ketam tamil je yg selalu jatuhkan ketam bangsa tamil lain, sedangkan ketam india lain saling membantu untuk lepas dari bekas. kisah ketam ni tapi dalam version KETAM MELAYU VS KETAM CINA pernah aku ceritakan kat blog ni. kalau rajin nak baca korang klik link berikut http://izzi-income.blogspot.com/2009/01/ketam-melayu-vs-ketam-cina.html

memandangkan hari ni masih dalam mood tamil nadu, lunch tadi aku dan 3 orang kawan seopis sepakat makan kat restoran orang tamil jugak. mukan tamil kuffara, tapi tamil 786. india muslim daa.... kami ke RESTORAN LANGKAPURI di port klang. restoran ni dah lama aku tak jengah. sebab kawan seopis aku si azmir yg beria2 nak pergi sebab ketagihan makan ayam goreng dia selepas ditunjukkan oleh saiful beberapa minggu lepas. sorang lagi kawan, shahrizal pun nak tumpang semangkuk. so, pergi berempat le.

restoran ni agak tersorok, dan terletak sebaris dengan pasar port klang. kalau nak cari, korang carilah RHb bank, dari situ dah nampak. kedudukan restoran ni adalah dibarisan kedai2 usang di port klang, dan dibelakang mati. ala laluan bawah jambatan. yang special kat sini ialah nasi biryani dengan ayam goreng. mintak anne tu letak semua kuah yang ada. pergh! memang syioklah...

ni sedikit gambar kat restoran tu :-





semua ambik hidangan yang sama. biasalah dah ujung2 bulan ni duit dah tinggal serdak. mana mampu nak makan ketam goreng. tapi kalau datang sini takat nak makan nasi biryani dengan telur goreng, baik tak payah! ini set makanan aku. nasi biryani campur nasi putih dengan peha ayam goreng. dicucuri dengan semua jenis kuah yg ada termasuk kuah kambing, kuah ayam, kuah kari kepala ikan, kuah sotong dan segala macam kuah. sebab aku manis mulut, tokey tu bagi free kepala sotong untuk aku satu. untuk minuman, aku pilih barli ais. harga untuk set begini dalam rm7 hengget plus je. tiada tax.



masa makan, kebetulan time manusia normal yg lain rehat makan tengahari jugak. tiba2 masuk sekumpulan anak2 gadis yg agak comel. mereka asyik2 jeling pada kami je (perasan). may be sebab nak tiru pilihan makanan yg kami pilih atau sekadar suka hati nenek dia nak tengok uniform kami yg seragam. "mentang2 dalam kedai nasi kandar penang, kami pakai sedondong, hang ingat kami boria ke hape!.

ha... cakap pasal uniform, aku teringat kisah masa sekolah2 dulu. masa tu dah terlebih akhil baligh dah. dah upper six. masa lower six, aku ulang alik. masa upper six, aku duduk hostel. senang ulangkaji (konon!).

sape pernah duduk hostel taulah perangai budak2 hostel. ada yg baik, dan ada yg perangai macam setan. dah lah miskin hina, buat pulak kerja hina dengan mencuri uniform kawan2 lain. sebab kes kecurian uniform sekolah menjadi2, yg selalunya hilang masa dijemur diampaian. pihak asrama sepakat supaya semua uniform ditandakan dengan 3 abjad pertama nama masing2.

jadi pada pagi hari ahad, semua penghuni asrama dipanggil ke gelanggang raja lawak, opss! maksud aku gelanggang sepak takraw di asrama putra. kami disuruh bawak semua uniform termasuk baju, seluar, stokin, kasut, tali leher. spender? woi ariyon! spender mana termasuk dalam uniform la.... tak sekolah tamil ke.

warden asrama minta setiap pelajar daftarkan 3 huruf untuk singkatan harta benda masing2. kalau mereka nak tulis nama penuh, sangat2 dialu2kan. warden sediakan permanent marker pen. maksudnya, kalau tulis pakai marker pen tu gerenti tak hilang tulisannya. sebab pengawas sekolah dan pengawas sekolah dalam form 5 dan upper six cuma 12 orang, kami duduk satu bilik. memang sangat luas, siap jadi gelanggang bola tampar lagi... baju pengawas warna biru, payah lah nak curik. tapi nak ambik hati warden kami tulis jugaklah. tulisan kecik je di bawah kawasan butang terakhir. kalau pakai baju 'tight in' memang tak nampaklah tulisan tu. dan tulisan tu selamat bersama harta yg paling berharga bagi lelaki.

sebab marker terhad, dan kalau lambat siap kami akan lambat boleh tengok tivi, atau menyeberang ke asrama puteri, opss! maksud aku sambung studi sebab nak exam, semua orang rushing. adik2 form 1,2,3 jadi mangsa kena suruh tulis cepat2. terhegeh2! tapi, aku jenis penyayang... mana marah2 orang. tambahan pula aku kat sekolah adalah penolong ketua pengawas sekolah. kena tunjuk macho sikit la depan adik2. korang faham2 je lah, dalam ramai2 tu gerenti ada yg ada kakak cantik.

lari tajuk lagi? pedulilah... ini blog aku apa. dah jadi trade mark aku tulis panjang2. aku sambung balik.....  sebab ada yg terkujat kena marah, semua pakat gelabah cepat2 tulis nama pada baju. ada yang terlebih bijak, siap tulis nama pada kolar baju. cerdik lah tu. kata depa "tulis nama kat situ lagi selamat sebab orang tak boleh padamkan atau koyakkan. kalau tulis kat tempat aku tulis tu, nanti ada malaun yg gunting. memang logik! tapi apa kejadahnya tulis nama penuh kat kolar tapi bila pakai baju orang kat belakang boleh baca nama kita. ha.3x... samdol, samdol. kalau nak tulis nama tu, tulislah belah dalam kolar supaya masa pakai baju, nama tu ada kat tengkok korang, bukannya mencemar nama baik korang kat belakang. yang lagi best, nama pun jadi terbalik. kuang.3x.... setahunlah korang pakai baju ada nama terbalik tu, lagi2 best semua baju mereka ditanda sebegitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 10:37 AM | Show all posts
Btw kan pasal siap 3 jam tu auta jek, alasan tu kalau kat Puterajaya je baru 3 jam. Kawan den ya ...
princebrunei Post at 3-11-2010 10:28


xde org komplain ke? suppose ade kiosk or mesin utk ambil gambar. so senang la sikit. mcm kat pkns shah alam tu ok je. ari tu den g kuar2 lif yo terus pakcik tu tanye 'ade gamba tak? klo xde leh amik dulu kat sini'. kat dlm tu pon siap ade instant photo machine.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:43 AM | Show all posts
tp skrg pon takot gak. bace kat CI ade 21 lg gunung berapi mayb akan meletus.
nanie Post at 3-11-2010 10:12 AM


Mak oi banyaknya, tapi kalau meletus sekaligus memang terjejas la Klang ni, Pulau Indah kira dekat gak ngan Sumatera selain Penang ngan Melaka, den rasa memang terjejas teruk.. ni kesah gunung berapi di Sumatera ke Filifina ke seluruh dunia, x sempat lagi terjah CI sebab memang berkampung kat sini jek.. den pernah gak lepak2 kat Pulau Indah sana, kan situ ada taman apa ntah kat perumahan baru yang ada konsert dulu tu, macam ceria tempatnya siap ada orang mancing, pernah sekali tu musim tengkujuh, manakutkan gak sebab air tu macam dah separas jalan maksudnya perumahan tempat mat rempit melenjan motor tu cam x selamat jek, btw harga umah kat situ murahkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 10:48 AM | Show all posts
Mak oi banyaknya, tapi kalau meletus sekaligus memang terjejas la Klang ni, Pulau Indah kira dek ...
princebrunei Post at 3-11-2010 10:43


ni mmg kat indon je.

Indonesia gusar aktiviti seismik meningkat selain Merapi

YOGYAKARTA: Indonesia pada masa ini bukan saja memantau Merapi yang memuntahkan gas dan debu panas semalam tetapi juga 21 gunung berapi lain yang menunjukkan tanda-tanda semakin aktif termasuk Galunggung, Dempo, Sinabung dan Anak Krakatau.

Letusan baru itu dilaporkan ketika Indonesia turut bertungkus lumus menangani kesan tsunami dengan dua bencana itu mengorbankan hampir 500 penduduk menyebab-kan tentera turut membantu.
   Merapi adalah antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. Letusannya menyebabkan 38 kematian sejak seminggu lalu. Lebih 69,000 penduduk sudah dipindahkan daripada kaki gunung itu yang kini diselaputi debu.

   Penduduk yang berada di khemah perlindungan sementara beberapa kilometer jauhnya turut lari mencari tempat lebih selamat selepas Merapi meletus lagi diikuti letupan kuat, kata Subrandrio, pegawai pemantau Merapi.

   Gunung itu  banyak kali meletus sejak dua abad lalu. Pada 1994, 60 orang maut manakala 1,300 terbunuh dalam letusan pada 1930 yang memusnahkan lebih 24 kampung.

   Kerajaan juga meningkatkan tahap berjaga-jaga membabitkan 21 gunung berapi lain yang menunjukkan peningkatan aktiviti termasuk gegaran dan muntahan debu hitam sejak dua bulan lalu, kata pakar gunung berapi, Syamsul Rizal.
   Seorang lagi pegawai, Gede Swantika berkata adalah biasa tahap berjaga-jaga ketiga tertinggi ditetapkan lima hingga 10 kerana sesebuah gunung berapi itu mungkin meletus dalam tempoh dua minggu.

   Katanya, pegawai yang memantau aktiviti gunung berapi mengesan lebih banyak tempat menunjukkan aktivisi seismik lebih tinggi.

   “Kita akui ini suatu yang luar biasa kerana membabitkan lebiht 20 gunung berapi pada satu masa. Kami perlu terus memantau tetapi saya tidak boleh kata atau ramal mana satu akan meletus. Kami hanya dapat kesan coraknya,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:56 AM | Show all posts
xde org komplain ke? suppose ade kiosk or mesin utk ambil gambar. so senang la sikit. mcm kat pk ...
nanie Post at 3-11-2010 10:37 AM


Orang Sabah ni terlampau berlembut dan suka sangat cakap asalkan ada ok lah tu, susah2 skit x pe la.. den selalu dengar macam tu, terutama macam BSN kat area pekan nenek den, mana ada machine cash deposit tu, nak masukkan duit kene la beratur gak, x de sapa pon nak complain kan, bila tanya syukur ada gak bank leh simpan duit masuk berbaris pon x pe.. tapi idak ke leceh tu, dah la kene gi office hour bukan waktu bekerja, so senang cakap yang bekerja simpan duit kat bank lain tu pon ada 1 atm dan 1 cash deposit CIMB, bank lain tarak.. kalau kat Klang ni tadek cash deposit, jangan kan orang kita, indon2 naik tongkang datang sini pon sepak2 tong sampak bank tu tanda protes, keji kan indon2 tu tak kenang dek untung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 10:58 AM | Show all posts






tetibe ari ni blaja geografi
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:05 AM | Show all posts
ni mmg kat indon je.

Indonesia gusar aktiviti seismik meningkat selain Merapi

YOGYA ...
nanie Post at 3-11-2010 10:48 AM


Baca pon menyeramkan, agak2 kalau meletus secara serentak ada x tsunami mesti gegarannya lebih dari 6 skala richter kan, mesti di antara gunung berapi bawah laut gak meletus sekali.. den pernah tengok documentary pasal gunung berapi dalam laut ni, impact dia lagi besar kalau ia berdekatan daratan sebab dia ada menarik memontem apa ntah, mengakibatkan ia meletus dan mengakibatkan tsunami.. tapi kalau kat daratan ia sebabkan gempa kuat, idak la ada tsunami, tapi sebab ada pergerakkan tanah bla bla bla so rekahan blok kat dasar laut yang pernah berlaku 2005 dulu bergoyang leh letuskan tsunami besar.. pastu ada pasal pulau Hawai, katanya pulau tu dalam proses terbelah jadi 2, bilah sebelah tu mengelonggsor jatuh ke laut maka akan berlaku la mega tsunami yang akan menyerang Mediterranean dan sekitar Florida, NY US..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 11:06 AM | Show all posts
Orang Sabah ni terlampau berlembut dan suka sangat cakap asalkan ada ok lah tu, susah2 skit x pe ...
princebrunei Post at 3-11-2010 10:56


mayb sbb dah terbiasa susah...tak mcm org KL. sume nak complain
diorg simpan kat umah je la kot dah susah nak jumpe bank.
mcm sedare den kek sabah nun. duit bertimbun simpan dlm peti ok. siap xboleh tutop dah. duit byk sgt.
dulu klo dtg sabah mmg fefeling org kaya.
sampai2 je airport terus dtg amik. siap naik jeep segala. makan xyah ckp la. sume dah terhidang. segala seafood.
time nak alik siap dpt duit plak. tp tu dulu la. mase den kecik2 dulu. skrg xtau la klo sedare den tu simpan dlm peti lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 11:10 AM | Show all posts
tetibe ari ni blaja geografi
nanie Post at 3-11-2010 10:58 AM


Walaupun kita dikelilingi dan x kan ada berlaku gempa, tapi kita still terdedah kepada impact dan kesannya sebab tu dia tanda merah gak.. lagi 1 perlu diingat iklim dunia semakin berubah sekarang, 2km dari luar laut Tawau pun dah ada gempa bumi skng, macam tu gak kat Janda Baik Pahang dan Pilah, N9 walaupun x kuat tu tanda2 adanya pergerakkan bawah tanah yang x sihat untuk masa2 akan datang.. gunung Kinabalu walaupun x active, tapi x tau apa terjadi akan datang, Poring tu kawasan air panas tu di kaki gunung Kinabalu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:16 AM | Show all posts


Kalau 2 gunung merapi kat Acheh tu meletus mungkin tul2 impact teruk kat area utara sana, tapi kalau baca info active area Krakatau sana tu bermakna kat selatan Sumatera, maksudnya impact kat area selatan Malaysia, Singapore dan persisir pantai Barat Semenanjung..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:25 AM | Show all posts
mayb sbb dah terbiasa susah...tak mcm org KL. sume nak complain
diorg simpan kat u ...
nanie Post at 3-11-2010 11:06 AM


Yup ramainya jenis bersyukur, sebab dulu atas pemerintahan parti sebelum2 ni katanya semua tadek, so terus bangga bila kita kiritik saja kata x kenang budi, pastu orang sana sensitif betul cepat sangat sentap terutama kalau melibatkan kritikkan terbuka cam tempat x best, x maju siap aribulan siap kene banned kat FB ada group khas tapi betul diorang cepat sangat berpuas hati, bukan x leh berpuas hati tapi kene compare gak dengan negeri2 lain kan barulah puas hati.. kalau tadek Sabah ngan Sarawak bila2 masa goment sekarang boleh tumbang, so better buat sesuatu supaya memuaskan hati orang sana.. mungkin pelaburan dah dibuat, tapi penglibatan tangan2 orang atas tu yang buat jadi macam tu, tu yang orang kaya tambah kaya siap kawin artis lagi, yang miskin jadi miskin sampai nak gi sekolah pon terpaksa naik perahu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 11:27 AM | Show all posts
pg td den beli karipap. slalo beli rm1 3 ketul. terkejut den. tetibe dah naik plak. satu 40 sen.
so total rm1.20
den tgk size samo yo. karipap tu kecik je ok. leh sumbat dlm mulut terus xyah nak gigit dulu sbb mmg kecik. harga naik sempena RON97 naik harga ke ape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.158819 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list