sellie003 posted on 28-8-2013 09:01 PM ![](static/image/common/back.gif)
sama2...teruskn cerita.... & kongsi2 le apa2 tip utk kami2 kat sini....
Kalau nak tips kena la bertanya... Tak gitu??? Sebut pasal tips, nie ada sedikit tips la untuk panduan dan peringatan..
Ada former yang bertanya tentang kaedah memagar rumah.Kaedah memagar ada banyak bergantung pada apa yang perawat belajar dan amal.Disini aku bukan nak bercerita tentang kaedah pagar tetapi bagaimana untukmenjaga pagar agar diri dan rumah terhindar dari gangguan jin. Ada segelintir orang berpendapat, apabila kita memagarrumah maka jin tak akan dapat masuk. Bagi aku yang hanya ada sedikit ilmu nietidak mampu menjamin jin tak akan masuk setelah rumah dipagar. Semuanya ataskeizinan Allah, jika Allah tidak benarkan maka jin tak boleh masuk tapi jikaAllah benarkan maka jin tetap boleh masuk. Contohnya mudah saja, kita imbaskembali kisah dimana Iblis masuk kedalam syurga kemudian memperdaya Nabi Adamdan Siti Hawa. Jika syurga yang dikawal oleh Malaikat itu pun Iblis boleh masukdengan izin Allah apatah lagi pagar yang manusia macam kita nie buat. Perawat boleh memagarkan rumah tetapi kebanyakannyabersifat sementara kerana kesannya makin lemah. Kedaan ini bergantung kepadapenghuni rumah itu sendiri. Jika penghuni rumah tidak menjaga pagar tersebutdengan beramal maka, robohlah pagar tu. Ibarat kata tukar pagar hanya memasangpagar besi dan kemudian tuan rumah yang menjaganya. Kalau pagar tak dijagaelok, tidak dicat kembali kalau berkarat, besi pagar akan rosak. Bukan susah untuk beramal, asalkan jaga solat lima waktudan sentiasa mengalunkan bacaan Al-Quran tetapi bukan nya pasang cd. Itu sudahmemadai untuk mengelakkan gangguan jin. Apa yang penting yakin dengan kuasaAllah. Bukan yakin dengan kuasa pagar manusia. Islam juga mengajar kita tertibjika hendak keluar dan masuk kerumah. Ramai yang tidak mengamalkan walaupunianya terlalu mudah. Apabila hendak masuk kerumah hendaklah member salamwalaupun tiada orang. Kenapa? Apabila kita member salam jin akan berdukacitakerana dia tidak boleh ikut kita masuk kerumah. Suami yang masuk kerumah denganmemberi salam akan menyebabkan jin yang memporak-porandakan rumah tangga lari.Maka terhindarlah kita dari hasutan jin yang memecah-belahkan rumah tangga. Apabilakita makan bacalah basmasalah, dengan bacaan basmasalah maka jin tidak bolehikut makan bersama kita. FirmanAllah SWT yang bermaksud : "Apabila kamu memasuki rumah-rumah, makahendaklah kamu memberi salam kepada sesama kamu, sebagai penghormatan yangberkat, lagi baik disisi Allah". (Surah An-Nur ayat 61).
SabdaNabi SAW yang bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasukirumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan dikala makan, maka berkata syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengankamu dan tiadalah pada makanan malam kamu." Dan apabila seorang masuk kerumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkatasyaitan : "Aku akan bermalam dengan kamu." Seterusnya apabila diatidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akandapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)" (HadisRiwayat Muslim)
Apa yang penting keyakinan kita pada Allah, tidak kiralahrumah kita dipagar atau tidak tetapi kalau kita tidak yakin pada Allah, apaagama kita?? Imarahkan rumah kita dengan amalan-amalan zikir dan bacaanAl-Quran dan mohonlah perlidungan dengan Allah. Allah itu Maha Berkuasa danMaha Mengetahui apa yang tersirat didalam hati kita. Jika kita berpegang padaRukun Islam dan Rukun Iman, InsyaAllah bantuan Allah akan sampai… p/s: aku bercakap secara umum dan bercakap tentang kaedahpagar yang aku tahu sahaja. Bukan bertujuan untuk komen kaedah pagar perawatlain. Setiap perawat ada ilmu dan guru yang berbeza. Jika ada silap harapperbetulkan.
|