CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MeLanKoLia

[TEMPAT] <TempaT MenariK d MelaKa>

[Copy link]
Post time 22-5-2007 10:41 AM | Show all posts
siannyer laling...dah lebih 12 jam tak dapat bergerak2 nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2007 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by angel01 at 22-5-2007 10:41 AM
siannyer laling...dah lebih 12 jam tak dapat bergerak2 nih....





takkan keje girl nak dok depan PC dok tunggu orang jer?

takkan takleh ader juri jemputan len?

girl pon ader keja gak nak wat
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:05 AM | Show all posts
ok dh review

mintak maaf ye..lmbat masuk..smlm pon lambat masuk gak pe

1. penerangan - jelas (pic yang bersesuaian, ada peta, kos dan waktu lawatan)

2. ayat yang mudah difahami

ok team ni lepas

check pm untuk next clue
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:10 AM | Show all posts

MELAKA DESTINASI PELANCONGAN DUNIA

Berckp psl Melaka...
Semua org tahu bahawa Melaka adalah negeri yg plg kaya dengan kesan tinggalan Sejarah yg amat dikenali seluruh dunia. Saya sendiri bersama keluarga pernah melawat Melaka tu pun 2 tahun yang lepas tapi ingatan pada Melaka masih kuat di ingati.

Untuk itu kepada yang belum pernah lagi melawat Melaka. Saya syorkan anda bersama keluarga datang dan melihat sendiri kesan2 sejarah ni dan dalam masa yang sama sambil-sambil tu kita boleh mendidik anak-anak berkenaan dengan Melaka.

Di sini saya ingin menerangkan serba ringkas asal usul Melaka sehinggalah ianya digelar "Bandaraya Bersejarah" kepada mereka yang tidak mengenali dan melawat Melaka.


Sejarah Melaka

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Pelembang, pada tahun di antara 1440 hingga1403. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga itu Melaka ditakluk dan dijajah oleh bangsa asing bermula dengan penaklukan pihak Portugis dari tahun 1511-1636. Kemudian Pertugis tewas kepada Belanda yang menguasi Melaka dari tahun 1641-1824. Terakhir negara yang menguasai Melaka adalah British dari tahun 1824 sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan akhirnya Melaka diisytiharkan sebagai BANDARAYA BERSEJARAH pada 15 April 1989.

Peta Melaka.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:10 AM | Show all posts
team ni..aku xfahamla..sebenarnye masarju buat smlm dh ok

cume letakla pic yg bersesuaian..bkn pic2 yg ni yg aku nak..

kowang paham x
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:11 AM | Show all posts
dan disini saya lampirkan dulu peta yang menunjukkan kawasan bersejarah dan tempat2 menarik untuk memudahkan anda mencarinya disamping itu juga boleh menjimatkan masa.



[ Last edited by  isabel at 22-5-2007 11:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2007 11:11 AM | Show all posts
Setelah mengenali asal usul Melaka, saya ingin mengsyorkan tempat2 tinggalan sejarah yang dah menjadi lambang dan sinonim gan Melaka bermula dengan makam pahlawan dan serikandi terbilang Melayu dan tempat-tempat bersejarah yang lain.

Makam Hang Tuah, Tanjung ******

Makam ini dipercayai Makam Hang Tuah, terletak di dalam kawasan tanah perkuburan Kampung Tanjung ******, Melaka. Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah hilang begitu sahaja dan ada pula yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Menurut Sejarah Melayu, naskah tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih di dalam pengkisahan Sejarah Melayu, Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung ****** dengan penuh adat istiadat dan Nobat Diraja tidak dimainkan selama tiga hari.


   

Makam Tun Teja
Makam ini dipercayai Makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara Pahang. Beliau adalah tunangan Yang Dipertua Pahang iaitu Sultan Abdul Jamil. Mengikut Sejarah Melayu Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang oleh Hulubalang Hang Nadim untuk diperisterikan oleh Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Hasil dari perkongsian hidup ini baginda berdua dikurniakan Putera Amar Dewi. Semasa pengunduran Sultan Mahmud Syah dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja telah mangkat dan dipercayai dimakamkan di sini iaitu di Solok Mentaja dengan penuh kehormatan.



  
Perkuburan Belanda (maaf tiada gambar)

Perkuburan yang terkenal ini terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka. Kubur ini telah digunakan pada akhir suku kurun ke-17. Kini, 5 kubur Belanda dan 33 kubur British terdapat didalam kawasan ini. Kawasan perkuburan ini telah digunakan pada dua peringkat di antara 1670-1682 dan kemudian pada 1818-1838. Di antara kubur yang menarik ramai perhatian ramai pelancong ialah kubur yang mempunyai menara yang tinggi di atasnya di mana dua orang pegawai telah mati semasa Perang Naning (1831-1832)

Kota Santiago, Jalan Kota
Merupakan salah satu dari pintu masuk ke kota orang Portugis Pada mulanya pintu masuk ini telah dibina dengan tapak-tapak bersejarah di bawah menggunakan kayu tetapi telah diperbesar dan diperkuatkan dengan menggunakan batu-batan yang terdiri daripada runtuhan istana Sultan, masjid dan makam-makam.


Perigi Raja, Jalan Munshi Abdullah/Jalan Puteri Hang Li Poh
Merupakan perigi yang tertua di Semenanjung Malaysia. Ianya telah digali atas perintah Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka (1458-1477) untuk isterinya seorang puteri dari Negeri China, Hang Li Poh. Perigi Raja ini disebut juga perigi Hang Li Poh atau perigi Sam Poh. Perigi ini terletak di pinggir Bukit China. Airnya bersih dan boleh diminum serta tidak pernah kering. Menurut legenda sesiapa yang meminum air dari perigi ini akan balik semula ke Melaka.


   








[ Last edited by  isabel at 22-5-2007 11:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:12 AM | Show all posts
Perigi Hang Tuah , Kampung Duyung

Perigi ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya. Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit. Yuran tiada dikenakan.

  
Bangunan Stadhuys

Merupakan salah satu bangunan merah di Melaka yang dikenali dengan nama Bangunan Stadthuys. Stadthuys di dalam bahasa Belanda bermakna Dewan Bandaran. Dipercayai bahawa inilah bangunan pertama yang dibina oleh Belanda pada tahun 1650-an. Bangunan ini telah menjadi kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke-18 dan pusat pentadbiran Belanda. Walaupun terkenal dengan warna merahnya tetapi warna asalnya adalah putih. Bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran Negeri hingga ke tahun 1961. Yuran dikenakan adalah RM2 dan masa melawat adalah setiap hari dari pukul 9 pagi - 6 petang.

Gereja St. Paul, Jalan Kota

Gereja Khatolik yang tertua ini asalnya hanya sebuah 'chapel' yang kecil di bina di atas Bukit Melaka oleh seorang Kapitan Portugis, Duarto Coelha pada tahun 1521. Pembinaan 'chapel' ini adalah untuk mengingati Mary atau dikenali juga sebagai 'Our Lady of the Hill' (Nosa Senhora Do Oiteiro) kerana beliau telah terselarnat dari mati di Laut China Selatan. Paderi Francis Xavier telah tinggal di sini setiap kali beliau melawat Kota Melaka di antara tahun (1545-1553) dan jasad beliau telah disemadikan buat sementara waktu di sini selama 9 bulan. Pada tahun 1556, bangunan ini telah diperbesarkan menjadi dua tingkat dan dinamakan Gereja 'Annuciation' dan pembinaannya memakan masa selama 12 tahun. Pada tahun 1590, sebuah menara telah didirikan di atas pintu gerbang untuk tujuan pertahanan. Pada tahun 1641, pihak Belanda telah menukar namanya kepada Gereja St. Paul dan Bukit St. Paul mengambil sempena nama gereja tersebut. Yuran tiada dikenakan.

Rumah Tradisional Melayu

Rumah tradisional Melayu Melaka sememangnya merupakan daya tarikan kepada para pelancong yang singgah ke Melaka. Sebagai langkah pemuliharaan maka beberapa rumah tradisional telah dipilih untuk dijadikan model dan dinaiktaraf  berdasarkan kedudukannya yang srategik dan keunggulan senibina rumah Melayu yang telah diwarisinya sejak turun temurun.

Rumah Melayu ini juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri di mana setiap binaan dan struktur asas rumah seperti tiang, bumbung, bendul, tingkap dan tangganya dikatakan dibina dengan mewakili pelbagai maksud yang tersendiri. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah terdiri daripada kayu yang mudah diperolehi. Kerja-kerja baiikpulih semula kedua-dua rumah tersebut telah dilaksanakan oleh pihak Perbadanan Muzium Melaka melalui peruntukan Kerajaan Negeri Melaka. Tiada Yuran dikenakan untuk melawat kesemua Rumah Tradisional Melayu ini.

Rumah Tradisional Melayu Pondok Kempas
Rumah Tradisional Melayu Bukit Godek
Rumah Tradisional Melayu Pengkalan Batu
Rumah Tradisional Melayu Bukit Palah


[ Last edited by  isabel at 22-5-2007 04:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2007 11:15 AM | Show all posts
jap ye..aku tgh review..harap bersabar
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:21 AM | Show all posts


jambatan ni dekat hutan rekreasi kan

pukul bape bley naik..setahu aku dia ade mase2 je bley naik
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:32 AM | Show all posts
aik reserved je..ok aku tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:33 AM | Show all posts

Balas #4 pandapenyek\ catat

jap yer panda..
lynn carik..
server ku ini dah buat
xpdc kutub ke kutub
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:40 AM | Show all posts
no hal

panda setia menanti
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:47 AM | Show all posts

Balas #4 pandapenyek\ catat

info drpd. pihak pengurusan Hutan Rekreasi Ayer Keroh:

Jambatan bernama 'Titian Selera'
Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 5/6 petang
(bergantung kepada kehadiran pengunjung/cuaca)
Jika hari hujan, tidak dibuka
Masuk, tiada bayaran
tetapi jika ingin meniti di Titian Selera,
bayaran dikenakan seperti berikut:

Dewasa                                - RM3.00
Budak Sekolah/kanak-kanak - RM1.00

Jika ingin berkhemah di dalam kawasan,
bayaran sebanyak RM1.00 sekepala akan dikenakan
masak semua boleh...

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:55 AM | Show all posts

Reply #7 lynna164's post

mmg cekap partner aku cari info...

aku terkial2 lagi mencari...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 12:00 PM | Show all posts

Balas #8 aku1265\ catat

tq dear...

Panda sayang, bolehlah yer:love: :love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2007 12:05 PM | Show all posts
ok last soklan ni

tasik ayer keroh tu..ade kayak sume kan tok rekreasi

free ke??info xcukupla
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 12:07 PM | Show all posts

Reply #10 pandapenyek's post

ok.. sat naa
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 12:11 PM | Show all posts

Reply #5 pandapenyek's post

tu reserved sbb nak carik bahan2 dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 12:13 PM | Show all posts
ok aku tunggu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.153618 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list