CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amalina

KPH - VILLA 98TH ~ Keep On Banzaiing Ku Akui @ HotFM & EraFM ~

 Close [Copy link]
Post time 1-6-2012 01:37 AM | Show all posts
HAFIZ AND HIS NEW BANZAIII SHIRT

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2012 11:10 AM | Show all posts
salam and good morning KPH!!! wah.....thanks for the picture nemo.....tu baju banzaiii ke? lain macam je design dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 11:30 AM | Show all posts
Manusia perlukan hiburan

Oleh Roslen Fadzil
[email protected]      

SEJAK lima bulan pertama tahun ini, kita melihat pelbagai perkembangan menarik berlaku dalam industri hiburan tempatan mahupun peringkat antarabangsa.

Di peringkat dunia mahupun negara kita sendiri, pembikinan anugerah, konsert, karya muzik dan filem terus terlihat walaupun perkembangan dunia seni tidak lagi seperti dulu. Makin banyak yang boleh didapati secara percuma dengan kecang�gihan teknologi siber.

Namun, selagi ada matahari dan bulan, manusia masih perlukan hiburan kerana itu naluri yang lahir secara semula jadi dalam diri manusia. Hiburan itu juga sangat subjektif dan masing-masing ada cara untuk menghiburkan diri sendiri.

Dalam dunia perfileman Barat, kita melihat karya yang unik diiktiraf dalam Academy Awards dan Golden Globe Awards.

The Artist adalah contoh yang saya maksudkan itu kerana ia dihasilkan dalam bentuk filem hitam putih. Melihat karya hitam putih dalam zaman komputer ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing kerana sebelum ini filem Schindler’s List malah filem kita sendiri, Kala Malam Bulan Mengambang pernah dihasilkan dalam bentuk hitam putih.

Namun, kelainan The Artist kerana ia menonjolkan konsep filem bisu seperti karya pada awal abad ke-20 yang cukup gah bersama aura Rudolph Valentino dan Greta Garbo.

Dalam dunia muzik pula khususnya Grammy Awards, kita melihat munculnya penguasaan Adele, penyanyi British yang selalu dijolok sebagai wanita bertubuh besar atau gempal. Namun, jangan pandang sebarangan kerana penyanyi Someone Like You, Rolling In The Deep dan Set Fire Through The Rain itu sebenarnya mempunyai raut wajah nan jelita.

Bukan sengaja saya hendak ‘propa’ namun kecantikan Adele itu diakui aktres terkenal - Kate Beckinsale - ketika saya bertemunya di luar negara, baru-baru ini. Kata Kate, Adele adalah salah seorang wanita yang dianggapnya sangat cantik.

Dari sudut lagu pula, saya mula perasan lagu We Are Young nyanyian Fun begitu popular di luar negara dan sekarang sudah menular ke negara kita. Melodi, lirik yang ‘catchy’ dan nyanyian bercorak koir dan harmoni ala band muzik legenda, Queen, membuatkan lagu itu seronok didengar macam juga nama kumpulan itu sendiri, Fun.

Minggu lalu, kita baru saja melihat kemunculan juara baru American Idol (bagi musim ke-11), Phillip Phillips. Dalam acara kemuncak itu, Phillip beraksi dengan rakan finalis Jessica Sanchez, selain berkongsi pentas yang sama dengan JLo dan Rihanna yang turut beraksi.

Nyata dari setahun ke setahun, final American Idol menjadi semakin hebat dan pihak penerbitan akan cuba membuat apa saja bagi memastikan acara kemuncak itu berbaloi dengan pelaburan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang ditaburkan peminat kepada acara itu sepanjang musim lalu.

Bagi negara kita sendiri, beberapa acara yang hebat terus mengambil tempat di pentas hiburan. Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) menjadi antara acara yang terus-terusan menjana dunia hiburan kita agar terus berkembang dan tidak membosankan.

Setakat ini saya melihat satu zaman kebangkitan buat anak muda dari Kuching, Sarawak, tidak lain daripada Hafiz AF7 atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 22. Dalam usia dua tahun lebih muda daripada Adele, saya merasakan Hafiz akan mampu menjadi seorang penghibur serba boleh kebanggaan Malaysia satu hari nanti dan bintangnya nyata semakin cerah.

Selain berjaya dalam AJL lalu dan terbarunya pula, Mania, saya harap pihak Astro akan lakukan sesuatu kepada Hafiz mulai sekarang untuk meluaskan penguasaannya sehingga ke negara jiran. Sia-sialah kalau kita beri tempat kepada Ahmad Dhani daripada Dewa19 di dalam Mania jika kita sendiri tidak ‘mempergunakan’ komposer, penyanyi dan pemuzik itu untuk kebaikan artis kita seperti Hafiz di Indonesia.


Dari sudut filem pula, saya melihat lambakan filem seram tempatan sudah tidak lagi berlaku lagi di panggung. Begitulah yang selalunya terjadi dalam dunia sinema kerana segala-galanya akan mengikut ‘trend’ atau tiupan angin. Nampak gaya macam sekarang orang kembali meminati filem bercorak drama dan filem seperti aksi dan komedi akan terus bertahan.

Sebenarnya bagi saya filem aksi dan komedi adalah genre yang lebih selamat dibuat oleh pembikin kita kerana penontonnya sentiasa ada. Memang sudah naluri orang menonton pun untuk menghiburkan hati, jadi genre itu selalu memberikan pulangan yang agak melegakan kepada produser.

Namun, minggu lepas saya mendapat satu peluang yang saya sudah lama tunggu. Saya akhirnya dapat menonton filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera. Ia melalui satu previu tertutup bagi melihat 90 peratus hasil kerja Shuhaimi atau Shumi ke atas filem bercorak patriotik itu.

Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas panjang, cuma apa yang mahu saya katakan, ia adalah filem terbaik daripada Shumi setakat ini dan dalam produk yang belum 100 peratus siap itu pun, ia sudah membuatkan saya tiga kali menitiskan air mata kerana tersentuh dengan pengorbanan bekas Perdana Menteri kita, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail. Kedua-duanya dilakonkan dengan cemerlang oleh Rusdi Ramli dan Zizan Nin.

Keluar saja dari bilik tayangan di pejabat Pesona Pictures, saya terus menggenggam ta�ngan Shumi dan berkata: “Thank you so much Shumi for giving us this such beautiful movie. I’m so touched.” Jadi, untuk anda pembaca semua, kita nantikan bersama Tanda Putera di pawagam sekitar September ini. -- [email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 09:07 PM | Show all posts
salam and good morning KPH!!! wah.....thanks for the picture nemo.....tu baju banzaiii ke? lain maca ...
Along_XX Post at 1-6-2012 11:10



kekekeke.. tak tau.. ambil dr fb auntie yatimah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:00 PM | Show all posts
CILOK DARI INSTAGRAM BELIAU









Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:05 PM | Show all posts


RE-POST
calling Hafiz fans all over.... interested to be in a music programme featuring our beloved Hafiz? well, this is your opportunity to be in the audience. Hafiz will be involved in a programme on NTV7 called Rooftop. Recording session will be held on 18th June 2012 (Monday) at Lot 10, KL. We need 35-40 Hafiz fans to join in. Interested? For further details, submit ur name and contact number to us at http://www.hafizfc.blogspot.com/ or just inbox Aida Shylunny, Mumicikgu Ester or Nurul Ezyantie as soon as possible....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2012 12:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by blackberry90 at 2-6-2012 16:06

HAFIZ



Perhelatan  MANIA SUPERSTAR yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil-Malaysia pada tanggal 19 May 2012 menjadi ajang apresiasi yang besar bagi Mohd Hafiz Suip yang biasa disapa dengan HAFIZ. Pada ajang bergengsi untuk para musisi Malaysia ini HAFIZ  mendapatkan gelar “Superstar Singer”. Ini merupakan prestasi yang sangat membanggakan bagi HAFIZ yang juga pada awal tahun 2012 mengeluarkan single “Awan Nano” hasil karya cipta composer M. Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat di Indonesia.

Sesungguhnya ini bukan penghargaan HAFIZ yang pertama semenjak dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) tahun 2009.  Dalam 17 bulan terakhir ini banyak penghargaan yang diperoleh HAFIZ yaitu :

2012

-Champion of Mania Superstar programme 2012 with Ahmad Dhani as the mentor (May 2012)

-Anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular in Malaysia di Anugerah Berita Harian (April 2012) – beating Anuar Zain, Faizal Tahir and Black.  
  • -Best Vocalist in Anugerah Juara Lagu 26 - Hafiz Awan Nano (January 2012)
  • -Best Song in Anugerah Juara Lagu 26 - Hafiz Awan Nano (January 2012)



2011

-Best Vocalist in Malaysia in Anugerah Juara Lagu 25 for the song – Noktah Cinta (January 2011)

-2nd Runnersup in Anugerah Juara Lagu 25 for the song – Noktah Cinta (January 2011)
  • -Best Song in Malaysia in Anugerah Planet Muzik 2011 - Hafiz Awan Nano (June 2011)
  • -Best Regional Song in Malaysia, Indonesia, Singapore in Anugerah Planet Muzik 2011 - Hafiz Awan Nano (June 2011)



Album HAFIZ akan segera dirilis oleh Warner Music Indonesia pertengahan tahun 2012 dan semoga kembali mendulang sukses dan memperkuat eksistensinya di kancah musik Indonesia.


~~~ warnermusic.co.id ~~~

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2012 07:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by blackberry90 at 2-6-2012 19:02
02 June 2012

Pesta Sungai Melaka 2012



Pesta Sungai Melaka 2012 Edisi Keenam anjuran Perbadanan Sungai dan  Pantai Melaka (PPSPM) telah membuka tirainya, 1 hingga 30 Jun ini.

Pesta  yang berlangsung selama sebulan di beberapa lokasi seperti
Dataran Sungai Melaka, Taman Rempah, Dataran Pengkalan  Rama dan Dataran 1Malaysia, Klebang bakal menyajikan lebih daripada 80 acara  menarik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baharom Majid  berkata, segala persiapan telah dibuat dan PPSPM telah mengatur pelbagai acara  menarik dan padat yang bakal menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang sebulan  ia diadakan.
Menurutnya, PPSPM yakin sasaran 500,000 pengunjung mampu dicapai terutamanya  sewaktu musim  cuti persekolahan selama dua minggu yang bermula Jumaat lalu.


Pelbagai acara kali ini disusun lebih menarik dan teratur kerana hampir kesemua  agensi kerajaan negeri, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa  tempatan (PBT) dan institusi pengajian tinggi (IPT) turut serta menganjurkan  aktiviti masing-masing.


Pelbagai acara yang diatur berlangsung pada hari biasa  dan lebih menarik sewaktu cuti hujung minggu bermula dari pukul 9 pagi hingga 11  malam.

Beberapa acara yang diatur untuk tahun ini mendapat  penyertaan peserta dari luar negara seperti pertandingan badang, perahu naga,  bot kawalan jauh dan tarian singa. Antara negara yang telah mengesahkan  penyertaan ialah Portugal, Belanda, United Kingdom dan beberapa negara  Asia.


Lima artis terkenal tanah air bakal  memeriahkan acara pembukaan Pesta Sungai 2012 yang akan diadakan  di Pengkalan  Rama  8 Jun ini.

Artis yang dijangka membuat persembahan itu ialah  penyanyi popular era 90-an, Francesca Peter; juara AF7, Hafiz; naib juara  rancangan One In A Milion 2008, Shila Amzah dan penyanyi 60-an, J.  Sham.

Kehadiran lima artis berkenaan bakal memeriahkan upacara pembukaan Pesta Sungai  2012 yang akan berlangsung selama sebulan bermula 1 hingga 30 Jun ini.



Read more: http://gotomelaka.blogspot.com/2012/06/pesta-sungai-melaka-2012.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2012 10:41 PM | Show all posts
dari FB Aku Sudirman....

Pelangi Petang dari Hafiz ketika sesi raptai Konsert Kenangan SUDIRMAN.

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2012 10:59 PM | Show all posts
Grabbed from Reanna Anna

  
  

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2012 11:04 PM | Show all posts
dari FB Aku Sudirman....

Pelangi Petang dari Hafiz ketika sesi raptai Konsert Kenangan SUDIRMA ...
blackberry90 Post at 2-6-2012 22:41



#perghhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 10:28 PM | Show all posts
dari FB Aku Sudirman....

Pelangi Petang dari Hafiz ketika sesi raptai Konsert Kenangan SUDIRMA ...
blackberry90 Post at 2-6-2012 22:41



    Best Hafiz bawak Langit petang...stail dia........
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 11:15 PM | Show all posts
Best Hafiz bawak Langit petang...stail dia........
Teh_90 Post at 3-6-2012 22:28



    kelakar ah, tiru rambut kail Sudir, pakai spect hitam macam Arwah....menghayati betul...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 11:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by blackberry90 at 3-6-2012 23:32


“With my idol!!!”




“Me and dato ac”


~~~ twitter Hafiz ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 11:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 08:18 AM | Show all posts
salam and good morning KPH!! thanks bb and nemo for all the pictures, VCs and articles.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 11:21 AM | Show all posts
Assalamualaikum Warga KPH...Selamat Pagi...Harap Sihat2 Semuanya...Den masuk sat tuk post artikel yang den jumpa setakat nih...

Sumber Metro 04 June 2012
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:22 AM | Show all posts
Sumber Metro 31 May 2012
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:23 AM | Show all posts


Sekian...Selamat Berforum Dengan Aman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062166 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list