CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
 Author| Post time 1-11-2013 12:36 PM | Show all posts
woobin^^ posted on 1-11-2013 12:32 PM
budak2 kecik wane ijau ni mmg suka main2 mcm tue kan.  berapa thn dulu, kat kg iols pun penah keco ...

serius! dulu mula-mula aku ingatkan toyol ni keje die cuma jadi musibat je, curik duit orang. takde la pulak terlintas kat benak otak ni yang diorang mampu bermain-main jugak. dah macam anak manusia pulak rupenye.. boleh main-main, gurau senda gitu.
bila jiran aku cerita then, ada la beberapa cerita yang aku dgr, rata2 sume cakap terserempak toyol tgh main2. nampak toyol main2. terjumpa toyol main lompat2 dgn member.
pehhh..ajer gileee toyol nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2013 11:22 AM | Show all posts
wehh..siang2 pun boleh jadik penampakan ehhh..??(refer kazen ko yg nmpk gula2 tuh slps dicabar)

nk tanya...even ko dah selalu lalu sgt nmpk mender2 ginih pun still rasa takut lagi ehhh?aku fikir

org yg besa nmpk nih akan rasa annoyed jah instead of rasa takut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 08:06 PM | Show all posts
parangskeper posted on 2-11-2013 11:22 AM
wehh..siang2 pun boleh jadik penampakan ehhh..??(refer kazen ko yg nmpk gula2 tuh slps dicabar ...

yup! takut jugak.. sebab aku tak penah bersedia nak nmpak bnde2 mcm tu..
sbb aku selalu rasa, bende yg aku nampak itulah yg terakhir.. tapi nmpak jugak akhirnyaa...

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 10:12 PM | Show all posts


@non.sari terbaik!



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 12:42 AM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 6-11-2013 10:12 PM
@non.sari terbaik!

woi! terkejut aku ko!
nak tercampak laptop ni. terima kasih la bg aku kawan cun malam-malam cenggini...

alaaa... cerita ko lagi best.. semua suspen seram.. semua ada gamba seprais..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:00 AM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 6-11-2013 10:12 PM
@non.sari terbaik!

weiii...blh tak ngko jgn buat iklan gambo2 antu nih..disebabkan gambo2 seprise cenggini la

aku takut nak masuk thread ko...thread ko tuh takyah gambo pun dah seram...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2013 10:24 AM | Show all posts
parangskeper posted on 7-11-2013 09:00 AM
weiii...blh tak ngko jgn buat iklan gambo2 antu nih..disebabkan gambo2 seprise cenggini la
...

kaunselor aku cakap (setelah buat bbrp test), aku ni tergolong dlm kumpulan "pictual person" bermaksud kalau aku nak describe something, aku akan guna 'gesture/body language dan gambar'. so aku tak boleh nak ubah benda ni bcoz this is part of me. minta maaf lah yer, harap dapat memahami. kalau tak suka gambar2 aku, abaikan je k. *peace*
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 10:41 AM | Show all posts
non.sari posted on 22-10-2013 03:07 PM
BAYANGAN PEREMPUAN BERAMBUT PANJANG GILER!

satu lagi pengalaman aku. sebelum tido. aku ingat lagi ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2013 04:17 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 6-11-2013 10:12 PM
@non.sari terbaik!

opocot gile ko.. tekejut aku siang2 buta ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 04:27 PM | Show all posts
akkkkkkkkkkk....citer lg2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 04:56 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 7-11-2013 10:24 AM
kaunselor aku cakap (setelah buat bbrp test), aku ni tergolong dlm kumpulan "pictual person" berma ...

avatar tu muke muke ko ke?
kalo benar bagai ditunjuk.. jambu rupa nya ko nih......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 04:58 PM | Show all posts
addicted posted on 7-11-2013 04:17 PM
opocot gile ko.. tekejut aku siang2 buta ni

untung ko siang2 buta terkejut...
aku malam2 buta lagi dah terkejut.. pukul 1.30 mlm tadi..
mmg time2 diorang ambik shift...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 04:59 PM | Show all posts
HAnaNAjima posted on 7-11-2013 04:27 PM
akkkkkkkkkkk....citer lg2...

kejappppppppp.....
belum ade mase nak draft.. kang update..
amik nih. g main jauh2.. kang dah siap, akak panggil..


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 05:00 PM | Show all posts
non.sari posted on 7-11-2013 04:58 PM
untung ko siang2 buta terkejut...
aku malam2 buta lagi dah terkejut.. pukul 1.30 mlm tadi..
mmg  ...

ohhhh nooooo klu aku mau x leh tdo
tekelip2 la smp siang
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 05:58 PM | Show all posts
non.sari posted on 7-11-2013 04:56 PM
avatar tu muke muke ko ke?
kalo benar bagai ditunjuk.. jambu rupa nya ko nih......

Ya, itu aku. Sedihnya ramai fikir aku ni cina. walhal aku sabahan pure.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 06:07 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 7-11-2013 05:58 PM
Ya, itu aku. Sedihnya ramai fikir aku ni cina. walhal aku sabahan pure.

yeke...
nasib baik aku tak fikir kau cina..
aku fikir kau ni jambu...
takpe2... jambu itu manis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2013 06:22 PM | Show all posts
non.sari posted on 7-11-2013 06:07 PM
yeke...
nasib baik aku tak fikir kau cina..
aku fikir kau ni jambu...


jambu ke? hahha! *blushing*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 06:30 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 7-11-2013 06:22 PM
jambu ke? hahha! *blushing*

ye dik.. ko jambu..
tapi jgn risau. stok akak stok remy ishak...
*tetibe*

demi tak nak keluar tajuk, ada p/s sket,
malam sikit insyaAllah, ada update baru ye...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 10:18 PM | Show all posts
assalammualaikum..

UNCLE TELENG

oke nak share cerita tentang makcik aku yang baik ni pulak. aku ada mention sikit pasal dia, tapi sikit je tak banyak dekat tajuk nenek kebayan vol 3 -summarize. hal yang dia ikhlas nak tolong ubatkan pakcik aku, bukan sebab ego dia. bole selak kat 1st thread. situ ada link.

tapi hal dia ni bukan lah sebab nenek kebayan tu. hal ni dia yang mengalami sendiri bersama suaminya di satu tempat yang begitu tersohor dengan kisah angkernya... jeng! jeng! jeng!. benda ni berlaku di jalan bukit putus kuala pilah. benda ni pun bukan sebab ramai yang cerita bab bukit putus ni, aku pun sibuk nak cerita. kebetulan aku tengok cerita misteri jalan lama dekat tv aritu dengan famili aku. kebetulan dia pun datang rumah aku, saja nak jumpa mak aku. then tiba-tiba dia jugak lah yang bukak kisah ni dengan kitorang sebab dia teringat kisah dia masa tengok cerita ni. sambil tengok cerita misteri jalan lama tu, sambil dengar cerita misteri dia jugak. makanya seram malam itu adalah  berganda-ganda.

oke.. masa ni dia tengah sambung belajar, baru kawen masa tu. amik degree dekat dungun. harap sume maklum lah ye uni apa yang ada dekat sana. so cuti belaja tu balik la KL jumpa hubby nya. abis belaja hubby nya pun berniatlah nak anta balik ke dungun. masa tu terpaksa gerak malam sebab hubby nya keje sampai pukul 8 malam. packing-packing gitu gini akhirnya jejak ke pukul 10 malam baru setel. tu belum berenti makan lagi tu. so gitu gini gitu gini, sampai ke jalan bukit putus tu dah tengah malam. tak sure pukul berapa. tapi memang dah malam sangat dah tu. dia pun tertido masa tu.

tapi dia tersedar kemudian nya bila dah sampai dekat area jalan jerangau jabor.. masa tu memang langsung tak ada kenderaan. hanya kereta dia sahaja bertemankan sinaran bulan. radio yang dia pasang pun dah tertukar frekuensi. memang agak sunyi la masa tu. sempat di tanya hubby dia, letih atau tak. yelah seharian bekerja, balik malam terus kena hantar dia balik. tapi baru kawen masa tu kan, i rela apa saja untuk you, kata nyaaa.. so bila ditanya soalan itu, haruslah jawab, okey. tak penat pun..

dorang nak berenti minum pun memang tak ada tempat nak berenti kat situ kan. so tadah je lah mata tu tengok jalan mengharap tak tertido or terlelap. masa masing-masing tengah berborak sikit-sikit tu baru lah nampak ada kenderaan kat depan tu. sejalan dengan kereta makcik aku. maksudnya menuju ke arah yang sama la. so dorang agak lega sikit. malang nya kenderaan itu adalah motor.. motor macam motor yamaha lama gitu. bawak pun slow. konfem-konfem lah boleh potong kan. makin lama kereta dia makin dekat dengan motor tu. bila dia dekat tu tengok dari segi pakaian penunggang tu macam cina. kita pun boleh tau kan kalo just tengok cara pemakaian dia. just seluar pendek, kemeja warna putih itu pun nampak lusuh, selipar jepun, dengan topi keledar yang janji boleh masuk kepala je tu. haa, macam tu la penampilan penunggang motor tu. cuma makcik pakcik aku ni perasan yang kepala uncle tu macam teleng. teleng tau kan? yang senget tu. makcik aku masa tu tak fikir apa-apa langsung. dia just terdetik ''alahai.. sian nye uncle ni. mesti balik keje malam-malam, lalu jalan sunyi sorang-sorang'' gitteww.. bersangka baik saja dia masa tu.

so takkan nak follow pulak kan motor tu. pakcik aku pun potong. sempat pulak makcik aku ni pandang uncle tu. tapi dia kata tak nampak muka. gelap. oke lah kan. so dia pun sambung la borak-borak dengan pakcik aku. borak punya borak punya borak lebih kurang dalam 10-15 minit, motor yang sama iaitu motor uncle kepala teleng tu ada lagi kat depan. makcik aku pulak boleh cakap ''eh, bila masa pulak uncle ni potong bang? bukan kita dah potong ke tadi??'' tanya makcik aku kepada suaminya. dan suaminya pun menjawab dengan husnudzon nya ''alaa..dia potong tadi kita tak perasan kot. kan enjin moto dia slow, kita bukak econ, mana kita dengar dia potong ke tak. abang bawak pun tak laju'' jawab suaminya begitu yakin. so makcik aku just admit je lah. memang tak fikir apa-apa pun masa tu.

so gerangan manusia menunggang motor yang makin diorang hampiri tu tetap sama. uncle teleng yang baru dorang lepasi tadi. memang sah lah uncle ni potong senyap-senyap. kata makcik aku. uncle teleng tu masih bawak di bawah kelajuan yang sama macam tadi. so pakcik aku pun potong la motor uncle tu. sempat lagi makcik aku toleh uncle tu. pun tak nampak. gelap katanya. so sambung la borak borak. borak-borak sambil bergelak ketawa untuk hilangkan rasa ngantuk dan bosan.

tiba-tiba, muncul sekali lagi motor uncle yang teleng tadi tak jauh dari kereta diorang.makanya dari berborak dan bergurau senda keadaan terus menjadi sunyi dengan tiba-tiba. ni bukan valentinno rossi lagi dah ni, ni dah tahap mahadewa valentinno rossi gamaknye.. cepat nya potong. berdesup kemahen..  dan masa ni lah dorang baru perasan bahawasanya diorang ni dah masuk ke dalam zon sakat menyakat membawa derita. masa ni dalam kereta memang sunyi. pakcik aku tak bercakap. makcik aku terus membatu. mata dia masa tu pandang je motor kat depan dengan harapan apa yang dia nampak nanti bukan uncle teleng tu lagi

tetapi makcik aku silap. memang uncle teleng tu ada kat depat dorang. rilek rilek je bawak motor sambil teleng kepala. then time ni lah makcik aku sedar, takkan orang seteleng itu mampu bawak motor. malam-malam dalam gelap-gelap macam tu. dengan lampu motor pun macam lilin, terang tak terang gelap tak gelap. dah tu teleng pulak. korang bayangkan, kalau berjalan atas tanah, then kepala kita ditelengkan pun jalan boleh tak stabil apatah lagi bawak moto malam-malam. rilek je....  dan masa tu baru makcik aku sedar yang teleng ni bukan sebarang teleng. ini teleng luarbiasa punya. teleng ni seolah-olah uncle ni patah tengkuk! sebab makcik aku cakap sambil dia telengkan leher kepala dia..memang nampak teleng lah, tapi makcik aku cakap, uncle tu lagi teleng dari apa yang dia buat. makcik aku cakap orang yang patah tengkuk je mampu buat. so kalau eksiden, patah tengkuk ending dia apa??? mati la kan?? so makcik aku bole simpulkan yang mendiang ni mati eksiden di kawasan berdekatan dengan case patah leher/tengkuk.

so bila makin dekat tu makcik aku tengok betol-betol leher uncle tu, dalam jelas tak jelas dia cerita memang nampak kesan tulang dekat kulit dia. macam mana nak cakap ek.. tulang tu patah, tapi tak sampai koyakkan kulit. still dalam kulit tapi bole nampak kesan or bekas tulang tu dekat kulit dia. so nampak jelas bahagian leher yang teleng tu ada kesan tulang yang hampir terjojol keluar tapi tak keluar lagi.. aisshhh!! harap-harap ada yang faham. haaa, gitu lah yang dia nampak. masa ni lah dia cakap dia terus pegang lengan suami dia. kuat gila! baca-baca apa yang terlintas kat kepala. masa tu laki dia memang fokus. tak nak sampai dikhayalkan atau dikaburkan penglihatan tiba-tiba.

masa nak potong tu pun dah satu hal. tiba-tiba rasa kereta tu berat dan lambat sangat. makcik aku cakap, bayangkan masa nak potong tu rasanya macam uncle tu bawak motor limousin. padahal motor coet gitu nak potong bukan ke senang and cepat. tapi makcik aku cakap macam panjang je motor uncle ni. lambat. lalu kat situ jadi slow motion. dan kali ketiga ni makcik aku toleh jugak uncle tu. makcik aku cakap macam spontan sangat dia punya rasa nak pandang tu. masa ni lah makcik aku baru nampak muka uncle ni. dia just nampak benda putih kat muka uncle ni. then bila diamati semacam uncle tu tengah tersengih menyeringai panjang sambil bawak motor tapi tak pandang makcik aku. rilek je sambil teleng, sambil senyum sambil bawak motor.. betapa la senang hati uncle tu masatu. dia punya menyeringai tu makcik aku cakap memang benda paling seram yang dia pernah tengok seumur hidup dia. lain macam sangat.

terus makcik aku tarik-tarik lengan pakcik aku then dia teriak ''cepat bang! cepat! dia senyum bang! dia senyum!'' laki dia memang tak nak terpengaruh sangat cakap bini dia even perkataan ''dia senyum'' tu pun memang dah meremangkan pakcik aku masa tu. tak cakap banyak, terus dia laung ALLHUAKBAR!!! kuat-kuat.. masa tu jugak terus dia rasa ringan dan laju je kereta dia. cepat je dia potong uncle teleng tu. then lepas tu terus tak jumpa-jumpa motor uncle tu. lepas kejadian tu, memang tobat lah dorang tak lalu lagi tempat tu lebih-lebih lagi malam-malam cenggitu.sekarang ni pun makcik aku dah abis degree.. cerita ni pun cerita lama. ni pun dia tengah sambung phD di uni dekat penang. pon ada cerita jugak.. hehe
sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 10:38 PM | Show all posts


@non.sari seram sejuk aku baca. best bangat deh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.122953 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list