CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: faziraniq

ANEKA RESEPI SAYUR

[Copy link]
Post time 12-2-2007 06:08 PM | Show all posts
nak tanya....kenapa bila masak sayur yg hijau tue, dia macam lebam...macam tak brp nak masak daun hijau tue...boleh beri petua...terima kasih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 08:24 PM | Show all posts
I dah baca all the 14 pages and tak jumpa anything mengenai cara-cara basuh sayur.

Anyone has tips?  Sebabnya sayur ni banyak pesticide and pastu yang organic pulak selalunya ada living thing melekat!  

Hari tu makan sayur campur kat kedai punyalah sedap tiba-tiba terpegang benda lembik!  Ulat!  Ewwwww.......besar gila ada lah macam seinci.  Colour dia sebijik macam buncis!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 08:29 PM | Show all posts

Reply #342 AnitaSabrina's post

kalau cuci dengan air yang dicampur garam....ulat-ulat tu akan timbul....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 04:49 PM | Show all posts
wah banyaknyer resipi yer....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by NoorMasri at 31-12-2006 03:43 AM
peria masak taucu..my feveret :love:


sedapnya sesapa ada resepi ni tak?  
lama tul zie tak masak sayur peria..dah bertahun2 gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by nhuda at 3-11-2006 09:20 AM
fish ball ~ org tganu panggil calung....kan kak noor kan...tak silap kak noor pernah tepek resepi kat thread mana tah.



...

alang dh try buat calung.... wallaaaa.... sedap.... alang rebus pastu masukkan kedalam masak lemak putih bayam, masukkan calung yg dh direbus dengan air rebusan tu sekali la... walla.... sodap....

nk contribute resepi gak...

Masak lemak putih bayam

Seikat bayam
5/6 ulas bawang merah
santan yang diperah drpd setengah biji kelapa (buat 2 portion, satu santan cair dan santan pekat)
cili hijau
calung
ikan bilis
garam/gula (optional)

cara2
1. siang bayam
2. rebus calung. air jgn byak sgt, agak2 calung tu masak. sbb nnt dh ada santan...
3. Panaskan santan cair, masukkan bawang merah yg telah dimayang dan ikan bilis, bila dh mengelegak masukkan calung yg telah direbus.
4. Pastu masukkan bayam. Biar bayam separuh masak dan masukkan cili hijau.
5. Last sekali masukkan santan pekat, garam dan gula (gula sikit je tau, nnt manis tak sedap, kalau x nak letak pun tak pe, just sbg pemangkin rasa)
6. Dh mengelegak, tutup api. sedia utk dihidangkan....

Fuhhh... mmg sedap especially ngan calung ni... dulu alang hya pakai ikan bilis, tp bila alang nampak resepi calung ni alang try la  modify masukkan calung, mmmm bertambah  sedap....

note: boleh letak ubi keledek kalau suka, tp ubi keledek kena potong kecil2 dan rebus bersama santan cair (step no 2) dahulu sblm masukkan bayam. Nnt takut bayam dh lecur, ubi tak empuk lg... ataupun bole masukkan petola (alang makan yg dengan petola waktu pegi kota bharu last week)

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 27-4-2007 01:46 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2007 07:45 PM | Show all posts
ada resepi sayur kangkung, bayam ngan kailan untuk orang tengah diet tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 09:02 AM | Show all posts
msk ni urap kangkung dan togeh...cepat dan sedap.




URAP KANGKONG DAN TAUGE - blog diana
Sumber : Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1/2 kilo kangkong, siang dan potong ikut suka hati
1/2 kilo tauge, bersihkan buang ekor dan kepalanya
1 biji kelapa parut putih
50 gram udang kering, direndam
6 biji lada kering
15 biji lada padi
4 biji bawang putih dikisar halus
2 biji bawang besar
1 sudu teh belacan
6 biji cekur
4 helai daun cekur, dirampai
Garam secukup rasa

Cara Cara
Rempah kisar disanggar dengan kelapa parut, sehingga setengah masak, supaya tahan bila disimpan. Tabur sedikit garam Kemudian masukkan daun cekur, gaul rata dan terus matikan api.
Kangkong di celur satengah masak dan ditoskan. Siram tauge dengan air panas dan toskan.
Semasa hendak menghidang, ambil sedikit sambal kelapa dan gaulkan dengan kangkong dan tauge.

PANDUAN
Untuk mempelbagaikan urap ini, tambahkan pucuk ubi, hirisan kacang panjang, atau sayur-sayuran lain yang sesuai dan boleh dicelur atau dimakan mentah seperti kobis, keceper dll.

Urap ini juga boleh dihidangkan dengan nasi putih berserta kacang tanah/ikan bilis goreng, serta tahu/tempe goreng. Hidangan nasi ini pula dikenali sebagai NASI BACAAN, dan lazat sekali jika dibungkus didalam daun pisang.

[ Last edited by  MAKLANG at 10-4-2007 09:05 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2007 11:00 PM | Show all posts

Pucuk Paku Tempoyak



Pucuk Paku (sometime I change to Pucuk Ubi) - plucked, cleaned & drained
2 pcs turmeric leaves - thinly sliced
1 big scoop Tempoyak (durian paste )
15 stalks cili padi
1 handful Anchovies
2 stalks lemon grass - thinly sliced
3 shallots
1 small clove garlic
2 pcs dried tamarind (asam keping)
250 coconut milk (can be changed to plain water)
salt to taste
3 tbsp cooking oil

Heat the cooking oil.
Pound to crush the lemon grass and cili padi, then add in shallots, garlic and anchovies. Put in Tempoyak and mix well.
Stir fry pounded ingredients in hot oil and add in the coconut milk (or water). Bring to boil.
Add in salt, dried tamarind and Pucuk Paku. Keep stirring until the gravy thicker.
Add in the sliced turmeric leaves before take off from fire.


Happy trying!!! aaahhhhhhhhhhhhh!!! its hotttttt!!!!!!!!!!!


source:  http://penyulawa.fotopages.com

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 27-4-2007 01:52 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 01:53 PM | Show all posts


sayur campur / chapchai

bahan:

cendawan
kacang manis
baby corn
lobak merah
capsicum hijau
cili merah-buang biji, hiris memanjang
bunga kobis
brokoli
sedikit udang sederhana
5 biji bawang putih - ketuk/ tumbuk
4 sudu sos tiram
2 sudu tepung jagung
sedikit air
minyak utk menumis
garam secukup rasa.

cara:

potong sayuran
celur lobak merah dan bunga kobis (bubuh sedikit garam supaya sayur tak hilang warna)
tumbuk bawang putih
panaskan kuali..bubuh minyak
tumis bwng putih sebentar hingga naik bau..
masukkan sos tiram
masukkan udang, kacau sebentar.
masukkan sayur2 dan campur sedikit air supaya agak berkuah..
kacau..
masukan tepung jagung yg dibancuh air..kacau hingga kuah pekat..
siap..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 02:05 PM | Show all posts


sayur cendawan campur kacang manis


bahan2
cendawan
kacang manis
bwng putih 2 biji
bwng merah 1 ulas
sos tiram
garam

tumbuk bawang2..
tumis bawang
masukkan sos tiram
bubuh air sket
masukan sayur..
kacau sekejap...
siap..

[ Last edited by  pentium_catz at 29-3-2008 11:40 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 9-7-2007 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by faziraniq at 29-9-2005 08:59 PM
ASSALAMUALAIKUM SEMUA

saya nak mintak pandangan kawan2 kat board nie mengenai resepi segala jenis sayur....setiap kali tibanya ramadhan saya sering mengalami masalah nie...tak tau nak mempelba ...
ok cam kailan tu awak rebus setengah masak dulu pastu tos kan

n awak amik bawang putih cincang halus2 n tumis kan dengan sedikit minyak pastu masuk kan sos tiram dah agak masak tu tuang kan je lah atas kailan tadi..senang je tu kalau nak cepat lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 08:27 PM | Show all posts
terung goreng pedas




bahan-bahan

2 biji terung bulat-belah 8
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggan ikan bilis- basuh
6 biji cili api
minyak utk menumis
2 sudu sos tiram
3 cawan air
garam secukup rasa

cara2:

tumbuk bawang2, cili dan ikan bilis
tumis bahan tumbuk sampai naik bau
masukkan terung..kacau
masukkan sos tiram
masukkan air..biar terung lembut dan kuah pekat
bubuh garam secukup rasa

siap..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 03:32 PM | Show all posts
saya nak tambah sket..

masak pucuk ubi ngan sardin

pucuk ubi dicelur pastu perahkan air nyer dan dihiris2 halus..ala2 cam buat kerabu

sardin ditumis cam biasa..

agak2 lah

bwg merah ( diblend)
bwg putih  ( diblend)
halia ( diblend)
cili kering ( diblend)
cili padi ( diketuk2)
kicap manis
garam
air limau nipis


tumis bahan2 sampai naik bau..letak kan sardin dan kuahnyer..agak2 kuah dah masak..isi sardin dipecah2kan..dah tue letakkan pucuk ubi tadi...

makan ngan nasi panas...sedap kalu pedas2 sbb nak ilangkan rsa hanyir sardin...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 05:04 PM | Show all posts
resepi terung cili ade tak?

nk try buat....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 07:21 PM | Show all posts



Asparagus bersos tiram


Bahan-bahan:

Asparagus
Sos tiram-4 sudu
bawang putih - 4 ulas (ditumbuk)
minyak
garam
air

Cara-cara:

Didihkan air , bubuh garam.
Matikan api, masukkan sedikit minyak.
Masukkan asparagus, celur dlm 1 minit, toskan.
Panaskan kuali, masukkan minyak sedikit dan tumis bawang putih hingga naik bau.
masukan sos tiram, kacau dan masukan asparagus tadi.
kacau 2 minit. siap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2007 07:29 PM | Show all posts


bendi goreng

bahan-bahan:

kacang bendi
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
udang kering-rendam
garam
minyak

cara-cara:

tumbuk bawang putih, merah dan ikan bilis
basuh bendi, potong serong.
tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
masukkan bendi,kacau.
Tambah sedikit air jika suka,masukkan udang kering.
kacau, bubuh garam secukup rasa. siap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 07:35 PM | Show all posts


sup cendawan (cendawan masak air)

bahan-bahan:
cendawan tiram
air
pati ayam (kiub knorr)
daun sup

cara-cara:

Panaskan air dlm periuk
masukkan kiub ayam knorr . biar mendidih.
masukkan cendawan, kacau 5 minit. Masukkan daun sup dan garam.
siap.

[ Last edited by  pentium_catz at 9-8-2007 07:36 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 08:25 AM | Show all posts

Reply #356 pentium_catz's post

wah.. catz... senang yg amat..resipi asparagus nie... samer cara nak sediakan instant mee.... 2  min siap ... hihi.. tq...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 01:47 PM | Show all posts
ye..resepi2 sayur hjau nih mudah..terpulang sebenarnya nak masak berapa lama..cuma kalau lama sgt nnati benyek..tak crunchy dah and vitaminnya kurang..so masak sekejap je dah ok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.410983 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list