Disamudera bergelora
kasihku sejuta lara
dihempas bahtera
derita
ketulusan cinta lalu
kering kontang dilanda kemarau
sukarnya meniti titian cinta
kehausan
kau hadir bagai gerimis
mereda kebuntuan silam
tak berdaya ku menahan
sinar cintamu yang suci
ketulusan cintamu
yang kau curahkan
membawa impian yang nyata
salju terasa
cinta yang pudar
kini bercahaya diufuk rindu
elusan cinta penawar luka
umpama masih kabur
dihembus pancasona
terjalin kini jalinan kasih
bertakhta didalam jiwa
tak bisa dileraikan
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Ucapkanlah kasih
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu
Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu
Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada dalam rinai hujan
Dalam terang bulan juga dalam shedu sedang
Mengapa sulit mengaku cinta padahal ia terasa
Dalam rindu dendam hening malam cinta terasa ada