|
♥Istana V Faizal Ramly♥ Disebalik tabir Momok The Movie @ Astro Ria
[Copy link]
|
|
assalamualaikum...semoga semuanya sihat
kak long, kak mel, kak lib, chunna, axxie, dik mad, anok tupa... irone mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan bathin semoga kalian bergembira disamping keluarga tercinta |
|
|
|
|
|
|
|
tak lupa kepada hero kesayangan ku mohd faizal ramly ...selamat hari raya aidil fitri semoga bergembira bersama keluarga tersayang , semoga dimurahkan rezeki dan filem awak berjaya...good luck.... |
|
|
|
|
|
|
|
selamat hari raya semua..maaf zahir batin.. |
|
|
|
|
|
|
|
"selamat hari raya warga istana faizal" |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua... baru berkesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin untuk semua.... |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Hari Raya Semua Warga Istana....
Maaf Zahir dan Batin...
Seoga ceria dan senyum sokmo.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by axxie at 24-9-2009 11:22
Cinta tiga pasangan dalam Pulau Asmara
file:///C:/Users/induk/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-11.jpg
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
file:///C:/Users/induk/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-7.jpgfile:///C:/Users/induk/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-10.jpg
file:///C:/Users/induk/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-8.jpg
file:///C:/Users/induk/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-9.jpg
TIGA hero filem Pulau Asmara (dari kiri), Abby Aziz, Faizal dan Sheikh Bolkiah.
TIDAK dinafikan filem-filem lebih mudah mengundang minat ramai penonton untuk bertandang ke pawagam. Buktinya, salah satu filem yang berjaya mencipta fenomena serta impak besar kepada dunia perfileman tempatan sedikit masa dahulu iaitu Sembilu 2 (1995) arahan Datuk Yusuf Haslam berjaya mengaut jumlah kutipan lebih RM6 juta.
Semenjak kebelakangan ini, ketika kebanyakan karyawan filem lebih condong menghasilkan filem-filem berkisar aksi dan seram, terselit juga beberapa filem berkisar cinta dan alah satu daripadanya ialah Pulau Asmara.
Pulau Asmara menggandingkan barisan pelakon seperti, Leez AF4, Faizal AF4, Shasha Arsheela, Sheikh Bolkiah, Nadia Kesumawati dan Abby Aziz.
Pelakon senior yang turut membintangi filem tersebut termasuklah Datuk Aziz Singah, Latif Ibrahim dan Azie Shah.
Menariknya filem yang 100 peratus pemandangannya berlatarkan kawasan di sekitar Pulau Langkawi, Kedah itu tidak membariskan nama-nama besar untuk dijadikan tunjang utama.
Sebaliknya, berlandaskan skrip dan jalan cerita di samping kesan sinematografi, pengarahnya, Uttam Kumar Thangiah atau Kumar yakin Pulau Asmara mampu membawa mesej tersendiri kepada penonton kelak.
Ini kerana, skrip filem tersebut telah disiapkan sejak tiga tahun lalu dan sepanjang tempoh itu pengolahannya dilakukan sebaik mungkin oleh pihak penerbitan, Alakazam Productions Sdn. Bhd.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.3 juta itu bukan sahaja fokus kepada kisah percintaan semata-mata tetapi, turut menyelitkan unsur-unsur kekeluargaan.
Menyorot tentang Pulau Asmara, kisah bermula apabila tiga sahabat iaitu Taufik, Jeffri dan Sam bercuti ke Pulau Langkawi.
Di sana, mereka bertemu dengan tiga gadis muda bernama Lina, Amy dan Sofia.
Biarpun mempunyai persepsi berbeza terhadap cinta, namun kejelitaan serta keperihan hidup yang dialami oleh tiga gadis tersebut membuatkan hati mereka tersentuh.
Bagaimanapun, mampukah tiga jejaka itu mencari cinta sejati andai keegoan dan kepentingan diri melebihi segalanya?
Menurut Kumar, terdapat tiga kisah yang membabitkan tiga pasangan dalam filem tersebut.
"Pasangan pertama ialah dalam lingkungan umur 29 tahun (Abby dan Nadia), kedua ialah 25 tahun (Sheikh Bolkiah dan Shasha) dan yang paling muda ialah pasangan 23 tahun (Leez dan Faizal).
"Biarpun ini merupakan filem pertama bagi ketiga-tiga pasangan itu, namun saya lihat kesemua mereka memberikan komitmen yang begitu baik.
"Selain berjaya menonjolkan keserasian, kebaikan yang saya nampak terdapat saingan yang sihat di antara ketiga-tiga pasangan," katanya.
Sudah pasti ramai di kalangan peminat filem Melayu tempatan masih belum mengenali Kumar.
Sebelum ini Kumar lebih banyak terlibat dalam pengarahan dokumentari dan drama-drama Tamil tempatan. Sudah lebih 25 tahun dia berkecimpung dalam bidang tersebut.
Biarpun tiada pengalaman mengarah filem, namun menurut, Kumar ilmu dan latihan yang diperolehnya ketika menuntut di Film Television Institute of India (FTII) memudahkan dia melunaskan tanggungjawab sebagai pengarah filem tersebut.
"Ketika belajar di FTII, saya dilatih untuk menjadi pengarah filem. Sekembali saya ke Malaysia peluang mengarah filem belum ada sebaliknya lebih kepada pengarahan dokumentari dan drama-drama Tamil.
"Apa yang boleh saya katakan, saya ada cara kerja yang tersendiri malah, bagi saya tidak sukar mengarah filem Melayu kerana budaya Melayu itu sendiri tidaklah besar bezanya dengan budaya saya sebagai orang India," katanya.
Mungkinkah kejayaan filem yang memaparkan kisah beberapa pasangan dalam sesebuah filem seperti filem Cinta yang mendapat tempat di hati peminat membuatkan filem tersebut turut digarap sedemikian rupa?.
Tidak mahu filem arahannya dikatakan menciplak idea mana-mana pihak, Kumar sekali lagi menegaskan, skrip filem ini telah disiapkan sejak tiga tahun lalu.
Bercerita tentang filem tersebut, penerbitnya Mohd. Yusin Mohd. Yatim atau Yusin pula mengakui, senario industri filem sekarang yang tidak menentu membuat dia sedikit gementar dan gemuruh untuk mengeluarkan biaya untuk filem tersebut.
Apatah lagi, RM1.3 juta bukan jumlah yang kecil untuk dilaburkan.
Namun, menurut Yusin, setelah mengkaji skrip dan melihat sendiri hasil garapan Kumar serta komitmen yang diberikan oleh barisan pelakon dia yakin filem yang dijangka ditayangkan sempena Hari Raya Aidiladha itu mampu membawa mesej tersendiri.
"Akan datang, Alakazam Productions merancang untuk menerbitkan filem pada setiap 18 bulan sekali," katanya sebelum mengakhiri perbualan. |
|
|
|
|
|
|
|
24-Sep-2009 | Oleh: Haswari Ali
Momok The Movie Terus Diserbu Penonton!
Teks oleh Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2009: Filem komedi seram Momok The Movie telah berjaya meraih kutipan RM1 juta sejak ia mula ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri. Kutipan yang dibuat oleh filem terbitan Galaksi Seni Sdn Bhd serta edaran MIG Productions itu berjaya menyangi filem komedi fantasi Jin Notti terbitan KRU Studios.
Produser MIG, David Teo, berkata meskipun baru 5 hari berada di pawagam seluruh Malaysia, pihaknya cukup gembira dengan kutipan berkenaan dan mengharapkan agar filem arahan M Jamil itu berjaya mencapai sasaran RM2 juta kelak apabila terus diserbu penonton.
"Saya menganggap ia satu kejayaan yang hebat bagi Momok The Movie kerana ia tidak dibintangi artis popular serta bajetnya kecil. Ia juga tidak disokong pihak penaja yang besar. Malah apa yang membanggakan saya, Momok The Movie berjaya mengatasi kutipan Jin Notti," katanya yang dihubungi portal murai.com.my.
Momok The Movie arahan M Jamil adalah karya versi filem selepas ia pernah diterbitkan dalam bentuk VCD dengan menggunakan judul Momok. Filem ini punya tarikannya tersendiri apabila mempertaruhkan cerita dengan tagline - 6 Kisah, 6 Keriau dan 6 Ketakutan.
Ia dibintangi oleh Faizal Ramli AF4, Abon, Datuk Aziz Sattar, Nabil Raja Lawak, Datuk Sarimah Ahmad, Leez AF4, Mama Rina AF6, Ruminah Sidek, Shazleen Shahbi dan M Jamil sendiri.
David berkata, sejak hari raya pertama lagi penonton sudah mula datang ke pawagam untuk menyaksikan filem itu tetapi jumlah itu terus meningkat menjelang hari raya ketiga.
"Kebanyakan kutipan dicatat dari luar Kuala Lumpur seperti Pahang, Perak dan Johor. Saya rasa, mungkin kerana budaya menonton wayang ketika musim perayaan sudah menjadi tradisi masayakat kita tatkala musim perayaan sekaligus menjadikan Momok The Movie sebagai pilihan mereka.
"Tambahan pula, filem ini menyentuh mengenai kisah-kisah seram yang menjadi kepercayaan orang Melayu sejak turun temurun. Jadi saya tak hairan mengapa ia mendapat sambutan yang begitu hangat. Tambahan pula sebelum ini VCD Momok turut mendapat jualan yang baik di pasaran," kata David.
Filem ini antara lain mengisahkan Adlin (Faizal) yang bertugas di Terengganu pulang bercuti ke kampung di Temerloh, Pahang. Seperti biasa dia akan berkunjung ke warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong sambil bersembang kosong. Namun selepas itu, Adlin dan rakannya, Kadir (Abon) mula menempuh pengalaman yang sungguh menyeramkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Aidil Fitri Hari ke 5......Maaf Zahir & Batin..... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Warga Istana... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua....
Macam biasa artikel yang den jumpa setakat ini...
Sumber Berita Harian 19 Sept 09
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Utusan 24 Sept 09
Sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
sumber berita harian 25/09/09
Post Last Edit by axxie at 25-9-2009 10:03
Perang kutipan Momok dan Jin berterusan Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
MAWI, Fara Fauzana dan Cat Farish antara tunjang utama filem Jin Notti.
| SAINGAN antara dua filem Melayu, Momok the Movie dan Jin Notti, masing-masing keluaran Galaksi Seni Sdn Bhd dan KRU Studios berterusan sejak kedua-duanya mula ditayangkan kepada umum mulai Hari Raya pertama.
Menurut Pengarah Urusan syarikat pengedar filem Momok,Metrowealth Movies Production (MMP), David Teo, kutipan pembukaan filem edarannya itu berjaya mengatasi pungutan dilakukan filem Jin Notti,walaupun cereka seram komedi arahan M Jamil tidak dibintangi nama besar.
Filem Momok antara lain menampilkan pelakon seperti Faizal Ramly, Abon, Datuk Aziz Satar, Nabil Raja Lawak, Leez, Mama Rina, Siti Rohani Wahid dan Datuk Sarimah. Manakala Jin Notti arahan Azhari Zain pula boleh bermegah dengan kemunculan bintang popular masa kini, Mawi dan Fara Fauzana. Ia turut diperkuat Cat Farish, Adam Corrie Lee,Adibah Noor, Bob Lokman dan Nabil.
Kata David, dia sudah membuat beberapa pemeriksaan terhadap panggung yang menayangkan filem edarannya itu. Daripada maklumat diterima, Momok berjaya mengatasi pencapaian filem saingannya.Begitupun perbezaan kutipan tidak besar dan dia percaya, kedua-dua filem mampu memungut RM5 juta dalam masa terdekat.
"Kami di Metrowealth tentunya amat gembira dengan sambutandiberikan orang ramai terhadap filem Momok walaupun tanpa kehadiran bintang besar. Ia sebuah produksi yang tidak menelan belanja tinggi dan tanpa promosi besar-besaran. Secara keseluruhan, filem ini menelan belanja sekitar RM1.5 juta.
"Begitupun, dengan sokongan membanggakan diterima sehingga kini, saya percaya filem ini berupaya memungut RM2 juta dalam masa beberapa hari lagi," katanya yang belum mampu memberikan jumlah pungutan sebenar ketika artikel ini ditulis, Rabu lalu.
| MOMOK THE MOVIE dapat sambutan penonton.
| Momok ditayangkan di 61 panggung termasuk dua pawagam di Brunei dan sebuah di Singapura.
"Saya berkeyakinan, Momok mampu menarik perhatian penonton ke panggung kerana ia sebuah hiburan yang dekat di hati penonton Melayu.Ia juga mendapat sokongan peminat filem ini yang pernah menontonnya dalam versi VCD satu masa dulu," ujar David yang mengalu-alukan sokongan padu peminat terhadap kedua-dua filem terbabit.
Penerbit Jin Notti, Norman Abdul Halim pula memberitahu,selepas tiga hari tayangan, filem keluaran syarikatnya itu dianggarkan sudah pun mencatat kutipan sebanyak RM600,000.
"Kami amat gembira dengan sambutan cukup baik diberikan peminat sehingga hari ini. Kebanyakan panggung yang dibanjiri peminat pula terdiri daripada pawagam luar Lembah Klang seperti di Tebrau,Johor Bahru. Saya berasakan, jumlah tontonan di ibu negara akan hanya meningkat apabila penghuninya mula pulang ke ibu kota selepas berhariraya di kampung halaman.
"Dengan sambutan memberangsangkan diberikan seperti hari ini, tidak mustahil Jin Notti mampu mengumpul RM2.5 juta selepas minggu pertama tayangan.Jumlah pungutan yang dilakukan pada minggu pertama memang begitu penting untuk menentukan jumlah kutipan keseluruhan sesebuah filem,"ujar Norman yang mensasarkan sejuta peminat akan menonton filem terbabit sepanjang tayangannya pada musim perayaan ini.
Katanya, dengan tempoh wajib tayang yang masih berbakikira-kira 15 hari lagi, dia berkeyakinan lebih ramai penonton akan berpusu ke panggung untuk menyaksikan filem fantasi komedi terbitannyaitu.
"Maklum balas yang kami terima juga amat positif. Kebanyakanpenonton berasakan, filem Jin Notti bukan hiburan yang kosong. Iadisokong mesej yang bijak lagi kuat, serta penuh dengan elemen lawak semasa," katanya ketika dihubungi.
Sebagaimana Momok, Jin Notti yang mengisahkan bagaimana jinbaik hati dihukum turun ke bumi apabila melanggar fitrah golongan jinyang jahat, turut ditayangkan di Brunei dan Singapura. |
|
|
|
|
|
|
|
sumber berita harian 25/09/09
Tarikan bodoh alang Faizal
Oleh Zaidi Mohamad
M Jamil kaji karakter juara Akademi Fantasia keempat sebelum lamar untuk Momok The Movie
FILEM Jin Notti dan Momok The Movie (MTM) mempunyai persamaan yang jelas terutama pelakon utamanya. Jika juara Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi dipertaruhkan sebagai watak penting dalam Jin Notti, MTM turut memilih juara program yang sama bagi musim keempat, Faizal sebagai entiti penting.
Percaturan pengarah MTM, M Jamil menggunakan Faizal sebagai tarikan utama barangkali dianggap seperti ‘menjerat diri’ kerana umum sedar populariti anak kelahiran Terengganu itu sudah mula dianggap suam-suam kuku. Ironinya, populariti Mawi juga dikatakan sudah mula menjunam selepas berkahwin dengan Ekin.
Menurut M Jamil pada peringkat permulaan pihaknya ada mencadangkan pelakon popular untuk memegang peranan utama bagi watak Adlin. Bagaimanapun, akhirnya kata sepakat diperoleh apabila Faizal dipilih tanpa ragu.
“Ini untungnya ada program seperti Akademi Fantasia kerana secara tidak langsung , saya tidak perlu melakukan proses uji bakat kepada mana-mana bintang kelahiran program ini. Saya tidak melihat bakat nyanyian mereka, sebaliknya, menerusi program sebegitu, saya mengkaji karakter.
“Seperti Faizal, saya tengok sikap sebenarnya seperti bodoh-bodoh alang atau bendul. Lalu, saya rasa tidak salah pilihan, jika watak Adlin itu diberikan kepadanya. Watak itu memang sesuai dengan dirinya yang sebenar. Jika kena caranya, Faizal boleh menaikkan kembali populariti yang pernah dikecapinya,” kata pengarah itu selepas selesai pratonton filem yang turut mendapat kerjasama edaran dengan Metrowealth International Group.
Tutur M Jamil dengan penuh yakin juga, dia melihat kehadiran Jin Notti yang ditayang serentak sebagai satu persaingan sihat dalam sebuah pasaran terbuka. MTM dihasilkan untuk santapan rakyat Malaysia yang masih menghargai kisah mitos berkaitan dunia hantu.
“Saya berkarya bukan sekadar syok sendiri dan inti pati MTM sebenarnya mengenai sejarah dan nostalgia lama masyarakat kita. Kalau dapat sambutan yang baik dan orang terhibur itu sudah memadai. Nak harap kutipan pecah panggung itu tidaklah juga, cukup sekadar pulang modal. Saya tak nak mengimpikan satu yang tinggi melangit.
“Paling membanggakan saya ketika ia dipertontonkan di Finas Mei lalu, ada seorang lelaki tua datang kepada saya dan memberitahu dirinya sangat terhibur dan mengembalikan nostalgia lamanya. Lihat saja permulaan filem ini dimulakan dengan seorang nenek tua bercerita kisah hantu kepada golongan muda.
“Babak itu antara gambaran sebenar situasi berkaitan penceritaan kisah hantu. Medium filem juga sepatutnya menghiburkan dan jika ingin mengajar sesuatu perkara atau bersifat artistik, barangkali pendekatan menghasilkan dokumentari boleh dipraktikkan,” katanya yang berkata sekuel filem ini hanya akan terlaksana berdasarkan sambutan yang diterima MTM. |
|
|
|
|
|
|
|
sumber manggaonline
Hantu Inspirasi M.Jamil
Ditulis oleh Nonie Khamis, 03 September 2009 15:26
Cerita hantu sememangnya telah sebati dengan kehidupan masyarakat di Malaysia. Sejak kecil kita telah dihidangkan dengan pelbagai jenis cerita hantu yang adakalanya mengganggu tidur. Walaupun penceritaannya sedikit sama, namun ia adalah daripada versi yang berbeza.
Atas sebab itulah, pengarah Momok The Movie, M. Jamil telah mengambil kesempatan daripada cerita berunsur rakyat itu untuk dipersembahkan dalam bentuk filem.
"Saya tengok pada 2004, banyak cerita hantu membanjiri pawagam kita so saya telah membuat satu filem eksperimental berjudul Momok yang memuatkan kisah-kisah hantu yang biasa kita dengar saban hari.
"Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dan ia menjadi pencetus kepada Momok The Movie. Namun begitu, kami yang terlibat banyak melakukan kajian untuk memberikan impak yang lebih berkesan kepada penonton dan semua lokasi penggambaran dilakukan di tempat sebenar kejadian itu berlaku," kata beliau yang turut bekerjasama dengan Uncle Seekers dalam filem ini.
Walau bagaimanapun, pengarah menjelaskan filem ini turut menyelitkan elemen lawak dalam seram kerana masih tertakluk kepada lingkungan undang-undang. Ia juga adalah langkah berjaga-jaga untuk mengelakkannya daripada guntingan FINAS. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini turut menampilkan Faizal AF4, Datuk Aziz Sattar, Datuk Sarimah Ibrahim, Nabil, Ruminah Sidek dan ramai lagi.
"Saya memilih Faizal AF4 menjadi tunggak utama kerana beliau begitu sesuai dengan karektor yang ingin disampaikan dalam filem ini. Saya memang berpuas hati dengan hasil yang dikeluarkan dan berharap agar dapat kembali pulangan modal yang telah dilaburkan dalam filem ini," kata pengarah yang juga pernah mengarah filem kontroversi Tarik Tarik.
Filem ini mengisahkan Adlin (Faizal) pulang ke kampungnya untuk bercuti. Namun, disebabkan telah lama berhijrah ke luar, Adlin tidak mengetahui keadaan kampung yang berubah. Ketika bertemu rakannya, Kadir (Abon) mereka telah singgah ke Warung Pak Ajis (Aziz Sattar) dan mula berceritakan kisah seram untuk meluangkan masa. Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat, Mayat Hidup di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara dalam filem ini.
Filem komedi seram ini bakal ditayangkan pada 20 September 2009. |
|
|
|
|
|
|
|
ok...saya undur diri dulu....
sampai jumpa lagi ya kawan2... |
|
|
|
|
|
|
|
Have a great weekend 2 warga istana faizal............ |
|
|
|
|
|
|
| |
|