CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 29-11-2010 08:26 PM | Show all posts
“Biar betul……” lemah suara Diana merenung segenap ruang butik yang menempatkan baju2 tradisional. Di bahagian kanan butik, tergantung baju2 kemeja bermotifkan batik untuk lelaki dan baju melayu dari pelbagai rona warna dan corak.

Di sebelah kiri dan tengah, baju2 tradisional yang terdiri dari kebaya labuh, kebaya moden, kebaya nyonya, kurung moden, kurung Pahang dan baju kurung kedah tergantung berderet mengikut rona corak. Pelbagai motif bunga dan warna menambahkan seri butik itu. Terdapa aksesori yang berpadanan dengan baju2 tradisional itu turut dijual.

Mata Diana tidak berkedip. Cantik! Butik itu sangat elegan. Tangannya membelek tanda harga pada baju yang tersarung di badan patung di depan pintu kaca. Hmm…not bad! RM780! Untuk sepasang baju kurung kedah dari sutera Terengganu. Boleh tahanla…melihat harga yang tergantung, Diana sudah dapat mengagak jenis pelanggan di situ.

“Suka?” soal Puan Nariah sambil tersenyum. Tas tangannya diletak di kaunter. Encik Tahir sedang memandang Diana dari sofa yang terdapat di kiri butik itu.

“Suka apa?” soal Diana. Terperap dirumah hampir sebulan, menjadikan Diana agak mamai.

“Butik nilah!” kata Puan Nariah. Diana melabuhkan punggungnya ke sisi ayahnya di sofa. Kepalanya terangguk2.

“Suka,” balasnya jujur. Bohonglah kalau ada perempuan yang tidak suka melihat kecantikan baju2 di situ.

Puan Nariah berpandangan dengan suaminya sambil mengulum senyum.

“Then it’s yours…” Puan Nariah menayangkan sebuah rantai kunci di depan mata Diana. Diana terkebil2 memandang ibu dan ayahnya yang sedang tersenyum merenungnya.

Ibu dan ayah ni buat lawak antarabangsa kat sini ke? Diana mengerutkan dahinya. Perlahan2, diambil rantai kunci dari tangan ibunya. Ini kunci mana ibu dapat ni….

Melihat wajah Diana yang masih terkebil2, tawa Puan Nariah meledak. Encik Tahir turut tersenyum2. Puan Nariah tergeleng2 ketawa sambil mengeluarkan satu dokumen dari tas tangannya.

“Ini dokumen butik ni sekali dengan lessen perniagaan dan lessen premis,” kata Puan Nariah lalu duduk di sebelah Diana. Diana mengambil dokumen tersebut. Perlahan, satu persatu helaian diselaknya. Matanya membuntang.

Ibu dah ayah tak berlawak! Butik ni aku punya???

“Tapi…how come?” tergagap2 Diana menyoal. Ibu dan ayah dipandang silih berganti.

“Kami jual semua kedai serbanika abang Daniel. Butik ni ibu beli dari kawan ibu, Datin Laura sebab dia nak berpindah ke Australia. Pelanggan dah ada, pekerja dah ada, tukang jahit dah ada…liability sikit. Jadi mudah kerja Di untuk mulakan bisnes..” kata Puan Nariah.

“Jual kedai serbanika abang? Jadi, macammana dengan abang ?” soal Diana gusar.

“Market sekarang semakin sempit untuk kedai serbanika. Memang tak dinafikan kedai2 macam ni diperlukan terutama di kampus2, tempat pejabat dan tempat2 tertentu. Tapi, dari segi margin, kita banyak kalah dengan pasaraya besar yang jual barang yang sama dengan harga yang jauh lebih murah. Jadi, kami memang dah merancang untuk jual bisnes tu. Abang Daniel akan teruskan bisnes restoran kita…” jelas Encik Tahir panjang lebar.

Diana terdiam. Lama dia merenung ibu dan ayahnya silih berganti. Merenung segenap ruang butik itu, Diana tahu, bukan sedikit duit yang dilabur ke atas butik itu. Pastinya, hasil jualan bisnes kedai serbanika sahaja tidak cukup.

“Di…?” Puan Nariah mula gusar melihat anak gadisnya yang masih terdiam tak bersuara.

Diana tunduk. Airmatanya yang tiba2 merembes keluar jatuh ke tapak tangan. Lantas bahu ibu dirangkul. Diana tersedu di dalam pelukan ibunya. Perasaannya sukar untuk digambarkan saat itu. Betapa dia bertuah mempunyai keluarga yang sentiasa memberinya sokongan tiap kali dia hilang arah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2010 08:27 PM | Show all posts
Farid tersenyum lebar merenung skrin computer miliknya. Hari ini hari pertama dia berkerja  sebagai Junior System Engineer. Siapa sangka, syarikat gergasi itu hendak pula mengambilnya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pekerja sebelumnya itu. Kata abang iparnya,  sebab utama syarikat itu memilih Farid berbanding calon lain adalah kerana gred terkumpulnya yang tinggi iaitu 3.6 yang melayakkan dia menerima anugerah dekan.

Tambahan pula, aktiviti2 tamnbahan yang disertainya sebelum ini termasuk menjadi sukarelawan ke Palestin menjadi kelebihan dirinya berbanding calon lain. Sejuta kesyukuran dipanjat oleh Farid buat Tuhan kerana telah mengurniakan rezeki yang sebegitu rupa.

Farid merenung skrin telefon bimbitnya. Nombor telefon Dasuki tertera di skrin. Bibirnya mengukir senyum. Punat menerima panggilan ditekan.

“Waalaikum salam ya akhi…..” Farid senyum lebar sebaik menjawab salam Dasuki di hujung talian.

“Tahniah!!! Bila kita nak jumpa? Gombak  dengan Kuala Lumpur tu bukan jauh sangat..” soal Dasuki. Farid mengukir senyum sambil meneliti calendar didepannya.

“Cakap ja bila. Aku on je..Aku takut kau tu yang terlebih rajin buat kelas tambahan hari sabtu Ahad..” balas Farid. Dasuki telah menjadi tutor di Jabatan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa sambil menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana. Nak jadi pensyarah, itu kata Dasuki 2 bulan lalu padanya sebaik dia berjaya diterima menjadi tutor.

“Hmm..kalau macam tu, kita jumpa kat Alamanda Ahad ni, pukul 3 petang,” kata Dasuki. Farid mengerut dahi.

“Apasal jauh sangat sampai ke Alamanda?” soal Farid.

“Rumah Sofiah kat Putrajaya..” balas Dasuki pula. Oo….fahamlah Farid.

“Okey…” tersenyum2 Farid sambil menutup talian telefon. Dengan senyuman yang masih berbaki, Farid kembali menyambung kerja. Gelagat Dasuki dan Sofiah menjengah ruang mindanya. Kan bagus kalau Diana turut ada… senyuman dibibir hilang. Farid mengeluh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 08:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 29-11-2010 20:55

Diana dan Sofiah memilih tempat yang agak jauh dibelakang.  Suasana kedai kopi Black  Canyon agak lengang waktu itu. Sengaja mereka ke situ, hendak minum kopi hazel kata Sofiah. Diana ikut saja tanpa banyak soal.

“Mana Dasuki? Kata janji pukul 3…” soal Diana. Sofiah jungkit bahu. Sesekali membetulkan tudung yang dipakainya.

“Ustaz ni janji macam mana..nanti kalau dia datang, aku nak kutuk..” Diana tersenyum2 memikirkan idea jahat untuk mengenakan Dasuki. Sofiah senyum lagi. Pelayan datang menghulurkan menu untuk mereka.  2 buah buku menu di hulur. Diana menyambut dengan senyuman manis lalu menyelak helaian menu di tangannya.

“Can I have 2 more books please…”pinta Sofiah tiba2. Diana mengangkat wajahnya memandang Sofiah. Kenapa perlu dia meminta 2 buah buku menu sedangkan cuma Dasuki seorang saja yang akan datang?

Sofiah memandangnya sambil tersenyum penuh makna yang tersirat. Diana tidak membalas senyuman itu.

“Who else yg akan join kita?” soal Diana hairan. Setahunya, cuma mereka bertiga. Ada hal penting yang mahu diberitahu, kata Sofiah.

Sofiah jungkit bahu.

“We’ll see..” pendek jawapannya. Senyuman Sofiah tidak menyenangkan hati Diana. Hatinya seakan dapat mengagak kehadiran orang keempat. Tapi, kalau bukan? Tapi..kalau betul?? Diana kembali tunduk merenung menu dengan hati yang kacau.

“Assalamualaikum…sorry lambat..” suara Dasuki menyapa. Terus sahaja Diana mengangkat wajahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 08:29 PM | Show all posts
“Waa..” baki jawapan salam tenggelam di dalam mulut Diana. Matanya buntang merenung wajah Farid yang sedang merenungnya dari depan mereka. Farid mengenakna t-shirt berkolar berbelang pink dan putih dengan jeans biru gelap. Rambutnya yang dulu dipotong mengikut potongan tak ubah macam pelakon bangsawan zaman 50-an, kini sudah bertukar.

Farid duduk betul2 dihadapan Diana. Matanya masih tidap lepas merenung wajah itu. Sebaik tiba di depan restoran itu bersama Dasuki, Farid sudah nampak kelibat Sofiah dan Diana. Bibirnya menguntum senyum melihat wajah itu. Dasuki rupanya memang sengaja merancang menemukan mereka. Sekali lagi, puijian dipanjatkan kepada Tuhan yang telah membuka ruang untuknya mencari Diana.

“Waa..rambut baru! Ada kemajuan!” usik Sofiah yang turut meneliti segenap inci potongan rambut baru Farid yang segak.

“Macam siapa ya…” Sofiah menggaru dagunya sambil memandang Diana yang sudah tunduk mengadap menu kembali.

“Mmmm..macam Imraan Khan!! Ya!! Betul kan Diana…” Sofiah menyiku pinggang Diana di sebelahnya. Diana memandang Sofiah, kemudian menjegilkan matanya kea rah Sofiah. Imraan Khan? Siapa itu? Langsung tak pernah dia mendengar nama itu! Sofiah tersenyum2.

“Hai..Sofiah pun dah berjangkit perangai Dasuki…suka mengusik,” tegur Farid sambil tersenyum. Matanya melirik ke wajah Diana. Diana tiba2 terpandang Farid yang memandangnya. Cepat2 dilarikan pandangan matanya. Farid senyum sambil meneliti menu.

“Eh..betullah Farid! Bila kau potong rambut macam ni, sekali tengok kau, tak ubah macam Imraan Khan…” jujur Sofiah mengaku.

“Eh..sudah- sudahlah tu….” Dasuki menegur bila melihat Sofiah yang asyik merenung rambut Farid. Tak senang dia.

“Jeles..” komen Sofiah perlahan sambil meneliti menu. Dasuki yang mendengar mencebik bibir. Masing2 merenung menu.

Pelayan dipanggil. Makanan dipesan. Mereka berempat kembali bercerita. Cerita tentang diri masing2 sejak pulang dari Palestin. Cerita tentang Sofiah yang membuka pusat asuhan kanak2 tabika Islam di Putrajaya, cerita tentang anak murid Dasuki yang gemar ponteng kuliah, tapi tandantangan selalu ada di kertas kedatangan dan cerita tentang kerja baru Farid yang memeningkan kepala selaku pekerja baru.

“Diana sudah ada butik sendiri tau…” sampuk Sofiah bila Farid asyik bertanya tentang aktiviti Diana. Dasuki dan Farid melopong.

“Butik apa?” soal Dasuki. Diana menjeling kea rah Sofiah yang pandai membuka cerita.

“Jual baju…” kata Diana kurang berminat bercerita tentang halnya.

“Baju apa?” soal Farid pula seakan berminat. Melihat dari gaya Diana hari itu, dari hujung kaki ke hujung tudung, sesiapapun tidak akan hairan jika gadis manis itu mengusahakan butik.

“Takkan aku nak jual baju besi pula…baju biasa la..” Diana tidak senang apabila Farid merenungnya seperti hendak menelannya hidup2.  Serentak dengan itu, tawa Dasuki, Farid dan Sofiah meledak.

“Tak apa..lepas ni kita pergi butik dia…” jawab Farid. Diana membuntangkan matanya. Duduk lama2 bersama Farid, dia semakin tidak selesa. Terasa setiap pergerakannya direnung. Hendak korek hidung pun segan.

“Hmm..apa berita penting yang korang nak bagitau sampai Sofiah cakap aku wajib datang meeting ni?” soal Diana segera mengalih topic perbualan.

“Haa..betul tu…aku pun tunggu ni..” kata Farid. Dasuki dan Sofiah saling berpandangan dan menguntum senyum. Sofiah mengambil beg tangannya. 2 keping sampul surat berwarna emas dikeluarkan lalu dihulur kepada Diana dan Farid..

Farid dan Diana saling berpandangan dalam tanda tanya. Sampul dibuka.  Kad berwarna emas bertinta hitam pekat dibaca. Farid mengulum senyum sebaik membaca kad itu. Matanya melirik kearah Diana di depannya yang masih terpisat2 membaca kad itu.

“Kau???” Diana memandang Sofiah dan Dasuki tidak percaya. Serentak dengan itu, Farid memeluk bahu Dasuki disebelahnya.

“Tahniah! Aku dah agak!!!” Farid ketawa kecil sambil menepuk2 bahu Dasuki. Sofiah pula tersipu2 malu.

“Bila korang bercinta? Tiba2 nak kahwin… “ soal Diana tidak puas hati. Kad di tanga masih dibaca bekali2. Namun, dalam ketidakpercayaan , dia sangat gembira dengan berita gembira itu. Dasuki dan Sofiah akan berkahwin hujung bulan hadapan.

“Bercinta tak semestinya dengan tingkah laku. Kadang kala, melalui gerak mata dan tutur kata, kita dah tahu hati kita berkata apa..” Sofiah bersuara perlahan, tepat memandang mata Diana. Dasuki dan Farid terkedu merenung Sofiah. Kalau bab mengeluarkan ayat2 cinta yang hebat, Sofiahlah juaranya.

Masing2 terdiam. Farid memandang Diana di hadapannya. Diana tunduk. Masing2 mencapai straw lalu sama2 menghirup minuman di depan mereka serentak. Apabila tersedar akan perbuatan mereka diperhati oleh Dasuki dan Sofiah, Farid dan Diana serba tak kena. Masing2 serba salah. Seorang memandang ke kiri, seorang memandang ke kanan. Bimbang rahsia hati dibaca oleh Dasuki dan Sofiah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 08:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 30-11-2010 19:58

“Kau jangan balik dulu boleh?” pinta Farid. Dasuki dan Sofiah sudah awal2 berlalu bila Dasuki mengatakan dia dan Sofiah perlu ke butik pengantin mencuba baju. Peluang ditinggalkan berdua buat Farid segera mengambil langkah.

Diana msih berjalan menuju ke escalator untuk pulang. Farid masih dibelakangnya. Farid berdiri disebelah Diana.

“Boleh tak?” soal Farid lagi. Susah sungguh menahan budak ni dari berjalan. Aku peluk kang baru tau!Hai..berdosa Farid!!!! Segera Farid beristighfar mengenangkan kenakalannya.

“Nak buat apa? Aku datang sini pun, sebab nak jumpa Sofiah dan Dasuki saja,” ujar Diana.

“Aku? Kau tak nak jumpa ke?” soal Farid menduga. Diana geleng. Tegas dengan jawapannya. Kecewa Farid melihat gelengan Diana.

“Tapi aku nak jumpa kau…” Farid sudah berdiri didepan Diana, menghalang langkah Diana dari menaiki escalator. Langkah Diana mati. Wajah Farid yang semakin matang dipandang.

“Ada apa?” soal Diana tegas. Farid tersenyum, akhirnya lembut jugak hati budak ni.

“ Aku rindukan kau,” tegas suara Farid bersuara. Diana memandang Farid tidak berkedip. Darahnya berderau tiba2. Farid menghembus nafas perlahan2 yang sedari tadi ditahannya.

“Aku cintakan kau. Dan aku sangat yakin dengan perasaan ni,” tanpa menghiraukan orang ramai yang silih berganti lalu lalang di sekitar mereka, Farid masih memandang Diana. Diana ternganga. Hendak marahkah?

Mata Diana tak berkedip. Sejujurnya, dia sangat terkejut dengan pengakuan berani mati Farid itu! Bukankah dulu lagi dia sudah memberitahu Farid awal2 bahawa hubungan mereka takkan kemana kerana hubungan itu tidak pernah ada permulaan dan juga penghujungnya.

“Beri aku peluang. Dan…berikan peluang untuk diri kau sendiri jugak untuk membuka perasaan kau pada aku. Aku tahu kisah silam kau, tapi itu tak bermakna hidup kau mati di situ…” tutur Farid serius. Diana terdiam.

Dalam gentar, Diana cuba melangkah jua. Dia tidak mahu terus berdiri disitu mendengar kata2 manis Farid. Takut nanti hatinya pula yang akan cair. Sudahlah sekian lama dia asyik merindu wajah itu.

“Diana..” Farid tiba2 menahannya. Langkah Diana yang berat, mati seketika. Farid mengeluarkan sekeping kad dari dompetnya.

“Dah kerja ni, barula ada namecard sendiri. Kalau tak, segan jugak nak bagi nombor telefon kat orang…” sempat lagi Farid mengomel. Diana merenung kad yang dihulur Farid.

Melihat Diana yang kaku, pantas Farid meraih tangan Diana. Kad diletakkan di dalam genggaman tangan Diana dengan kemas.

“Jangan buang macam dulu pulak! Mahal nak buat ni….” Sengaja Farid mengusik biarpun ada kebenaran dalam tutur katanya.

Diana terdiam lagi. Kali ini, hatinya benar2 mahu menangis. Farid senyum tawar. Pada Tuhan hatinya tak putus2 memohon agar dibukakan pintu hati Diana untuk menerimanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 08:33 PM | Show all posts
“Kak…” ketukan dari pintu menyentakkan lamunan Diana. Kad nama pemberian Farid 2 hari lalu segera diletakkan.

“Ada apa?” soal Diana kelam kabut. Zarina, salah seorang pekerja butiknya tiba2 menjengah ruang pejabat yang terletak di belakang butik. Zarina yang serba salah mengganggu bosnya, mengerut kening.

“Ada customer kat luar, dia nak jumpa akak..” kata Zarina. Diana kehairanan. Selalunya, jika ada pelanggan yang mahu berjumpa dengannya, pasti ada masalah. Diana merenung kad nama milik Farid, kemudian meletakkan kad itu dia atas meja. Diana bangun menghampiri Zarina.

“Ada apa?” soal Diana sekali lagi. Dia mahu tahu sebab musababnya awal2, agar senang dia hendak memberi penjelasan jika itu perlu.

“Ada customer tu nak jumpa akak. Dia kata, dia nak kompelin kenapa baju kat butik kita ni mahal sangat..” berkerut dahi Zarina. Diana terdiam. Ini mesti customer yang buta fesyen! Butik ni dah bertahun jual baju. Belum ada yang mengadu mahal. Rata2 pelanggannya berpuas hati dengan mutu kain, jahitan, fesyen dan harga yang berpatutan.

“Mari..”  Diana pantas keluar. Pelanggan seperti ini perlu mendengar syarahan tentang fesyen hari ini. Itu bisiknya. Zarina membuntuti langkah majikannya. Sebaik sampai di ruang butik, mata Diana membuntang lagi.

Farid sedang duduk bersilang kaki di atas sofa yang disediakan sambil memerhati segenap butik. Sesekali, Farid menelek jam ditangannya. Kali ini, dia lengkap berkemeja dan bertali leher. Kasutnya yang berkilat menunjukkan dia mungkin baru pulang dari kerja.

Apa dia buat kat sini??? Bisik hati kecil Diana.

Zarina menghampiri Farid lalu tunduk hormat. Diana makin hairan.

“Encik, ini pengurus butik ini,” segera Farid bangun sebaik Diana sudah berdiri di depannya. Diana memandang Zarina kebingungan.

“Ini  customernya cik,” Zarina tunduk, lalu kembali menyudahkan kerjanya yang lain. Diana memandang Farid geram, kemudian dia duduk di sofa berhadapan Farid. Farid senyum lalu duduk.

“Aku dengar kau nak kompelin harga baju aku mahal..”  sindir Diana sambil memandang Farid di depannya. Ini rupanya pelanggan yang diperkatakan. Patutlah…

Farid terangguk2. Farid  menghulurkan sehelai kemeja batik kepada Diana lalu menunjukkan tanda harga di baju kepada Diana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2010 08:34 PM | Show all posts
“Kemeja ni harga RM2900 kah?” soal Farid separuh berbisik kepada Diana. Diana mengerutkan dahinya. Takkan kemeja batik ni harga RM2900? Kainnya bukanlah mahal sangat. Kalau tak salah aku, harganya Cuma RM200 lebih sahaja….

Pantas Diana membelek tanda harga itu. Matanya terbeliak sekali lagi! Pasti pekerjanya tertaip lebih satu kosong pada harga itu. Pantas Diana bangun menghampiri Zarina di kaunter wang. Tanda harga di kemeja itu diunjukkan kepada Zarina.

“Zarina, kemeja ni dah salah harga! Tolong check!” arah Diana. Zarina segera meneliti tanda harga itu. Mulutnya yang melopong segera ditutup dengan tangan.

“Minta maaf kak! Nanti saya check semua yang ada kat display. Minta maaf kak..” kelam kabut Zarina meminta maaf. Diana kembali menghampiri Farid.

“Err…minta maaf. Sebenarnya harga kemeja tadi cuma RM290. Pekerja saya tersalah letak harga…” tak ubah seperti berhadapan pelanggan yang lain, Diana meminta maaf bagi pihak pekerjanya. Jauh di sudut hatinya, dia berterima kasih kepada Farid yang membetulkan kesilapannya itu.

“Takpe…saya tak nak beli pun. Saja datang nak mengurat tuan kedai,” kata Farid selamba. Mata Diana terbeliak lagi. Ini dah melampau.

“Kau ikut aku kejap,” enggan dilihat pekerjanya, Diana mengarahkan Farid megekorinya. Farid tersenyum2 simpul lalu bangun mengekori langkah Diana. Mereka beriringan menuju ke Star Bucks yang terletak di tingkat bawah kompleks itu.

“Tak sangka kau nak ajak aku minum..” Farid mengusik lagi. Suka dia meihat wajah bengang Diana yang amat comel.

“Mana kau tahu kedai aku kat sini?” soal Diana sebaik duduk. Farid menjungkit keningnya.

“ Sofiah…” balas nya pendek. Diana menarik nafas geram. Menyesal pulak dia memberitahu alamat kedainya kepada Sofiah. Waktu itu, Sofiah dan ibunya mahu bertandang ke kedainya. Maka Diana dengan senang hati waktu itu memberikan alamat kedainya tanpa berfikir apa2.

“Tak guna..” bisiknya geram sambil melemparkan pandangannnya ke luar kedai. Farid tersenyum sebaik mendengar suara Diana yang separuh berbisik.

“ Kenapa kau tak suka jumpa aku? “ soal Farid sambil memesan air kepada pelayan kedai bertopi hitam. Diana turut berbuat demikian. Sebaik pelayan tersebut beredar, Diana memandang Farid.

“Kenapa kau asyik nak jumpa aku?” soal Diana geram. Farid tersenyum hambar.

“ Kau nak jumpa mak aku tak?” soal Farid tiba2. Diana melongo. Pelayan tadi kembali dengan 2 minuman di tangan. Sejurus pelayan tadi beredar, Diana kembali memandang Farid.

“ Ada tak aku bagitau kau dulu, jangan harapkan apa2 dari hubungan ni?” soal Diana. Sikap Farid dirasakan agak keterlaluan sejak akhir2 ini. Bukan Diana marah, tapi dia bimbang, tembok yang dibina sekian lama mungkin runtuh. Jika benar itu berlaku, apa yang harus dikhabarkan pada keluarganya nanti? Lebih2 lagi, apa kata abang?


Pernah!” Farid mengangguk.

“Dah tu? Tak reti2 bahasa? Takkan nak cakap tamil baru kau nak faham…” kata Diana kasar.

“ Apa sebab kau tak nak terima aku? Kalau kau bencikan aku, kau takkan sanggup gadaikan nyawa kau sendiri mencari aku ditengah2 peluru sesat di Gaza dulu…. “ soal Farid lembut. Riak wajahnya yang lembut, menyukarkan Diana mencari kata2 terbaik untuk menjawab soalannya.

“Perkara tu …cuma satu kesilapan, aku tersilap. Aku ingat Sofiah dan Dasuki ada di belakang aku.. ”entah boleh diterima ke tidak jawapannya itu, Diana sendiri tidak pasti. Diana menyandarkan badannya ke kerusi untuk mencari sedikit ketenangan.

“Satu kesilapan?” soal Farid sinis. Ada nada menyindir dalam soalannya. Farid tahu benar keadaan sebenar yang terjadi. Dasuki sudah menceritakan segala2nya kepadanya dulu.

“Kau sebenarnya risaukan aku kan?” soal Farid menduga. Diana mengangkat wajahnya memandang Farid.  Riak wajahnya yang tidak selesa cuba disembunyikan.

“ Kenapa nak tipu hati sendiri?” soal Farid lagi. Kali ini Diana makin bungkam. Parahhh..aku nak jawab apa ni…

Diana menarik nafas payah . Raut wajah Farid dipandang. Farid masih merenungnya.Renungan Farid benar2 melemaskan Diana.

“ Aku ….aku dah berjanji dengan family aku. Aku dah berjanji dengan abang aku sebelum ke Palestin, yang aku takkan minta apa2 untuk diri aku lagi..” luah Diana berat hati. Farid mengerutkan dahinya. Kurang mengerti dengan kata2 Diana.

“ Maksud kau?”

“ Aku…cuma akan ikut kehendak family aku selepas ni. Termasuk kahwin…” tutur Diana sambil tunduk. Serba salah dirinya bila dirinya diperhatikan oleh Farid tanpa berkedip.

“ Maksud kau, kau dah tak boleh nak memilih lelaki yang kau nak kahwin melainkan lelaki itu, datang dari pilihan keluarga kau?” soal Farid mencari kepastian. Diana yang serba tak kena, mengangguk lemah. Farid terkesima. Dia terdiam sambil merenung gelas di depannya.

Agak lama mereka terdiam. Diana dan Farid sama2 merenung gelas di depan mereka.

“Aku nak jumpa family kau!” tiba2 saja Farid bersuara sambil duduk menegak. Diana terkedu.

“Nak kena sembelih?” soal Diana terperanjat dalam nada mengugut.

“Tak kisahlah! Boleh tak?” soal Farid lagi. Bersungguh benar riak wajahnya. Diana terdiam.

“Kau ni..kalau aku cakap kau gila..kau marah…” rungut Diana. Farid tersenyum.

“ Oh Tuhan….” Diana sudah hilang akal. Dia meraup wajahnya berkali2 sambil mengeluh. Kenapalah lelaki ni degil betulllll……Dan kenapalah aku gatal sangat pergi cari dia masa kat Gaza dulu??? Kan bagus kalau aku biar je dia balik sendiri…saat itu, menyesal pun sudah tak berguna. Bak kata pepatah Melayu, nasi sudah menjadi bubur. Apa nak dikata lagi. Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak perbuatan…haa..sendiri mau ingatlah!

Diana menggeleng kesal dengan perbuatannya dulu. Wajah Farid yang tersenyum di depannya dipandang.


“Aku bet, kalau kau jumpa abang aku, mesti kau kena penumbuk abang aku nanti…” sengaja Diana menambah ugutan. Niatnya hanya untuk menakutkan Farid.  Farid tersengih, sekaligus menambah geram di hati Diana. Farid mendekatkan wajahnya ke muka Diana

“ Kalau tak?” soal Farid pula sambil menjungkit keningnya. Diana terdiam. Mereka saling berpandangan. Diana mengetap bibir.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 11:13 PM | Show all posts
Sambung lagi fizz makin menarik ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2010 08:49 AM | Show all posts
sekali letak n3 ambik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 09:16 AM | Show all posts
sekali letak n3 ambik...
shahrinas Post at 30-11-2010 08:49



   bestkan dapat n3 panjang2......tak sabar nak tgk farid bawak diana balik kg jmpa emaknye
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 11:26 AM | Show all posts
Nak tengok camana reaksi mak farid bila
bawak diana balik kg
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 12:35 PM | Show all posts
tue yg memang ditunggu pun...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 01:30 PM | Show all posts
Harap diana setuju jumpa mak farid...
Farid kena tegas dgn diana klu tak mahu hehilangan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 02:38 PM | Show all posts
besh...besh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 02:45 PM | Show all posts
alamak... tak ada n3??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 07:30 PM | Show all posts
la ni tak berapa busy kat opis..tu yg dok curi2 tulang menaip time bos tak lalu kat depan bilik....hihihi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2010 07:31 PM | Show all posts
Perjalanan dari Petaling Jaya menuju ke Ampang dirasakan terlalu jauh malam itu bagi Daniel. Sejak dari tadi, Ayu asyik merenung ke luar tingkap kereta, langsung tidak bercakap seperti selalu. Habis saja makan malam bersama keluarganya, terus sahaja dia mohon untuk menghantar Ayu pulang.

“Ibu I masak tak sedap ke tadi?” soal Daniel cuba memancing. Treusik juga hatinya bila melihat Ayu yang bersikap dingin sebegitu.

Ayu menoleh, sekaligus menggeleng.

“Habis tu, kenapa muncung saja?” soal Daniel ingin tahu. Ayu memandang Daniel di sebelahnya dengan perasaan jengkel. Sepanjang makan malam tadi, perasaanya agak terluka. Bila ibu bapa Daniel berbincang mengenai hubungan mereka yang sudah hampir 5 tahun, Daniel dengan selamba berkata, tengoklah dulu….

“You ni serius dengan hubungan kita atau main2?’ soal Ayu. Daniel terdiam. Tahulah dia apa yang membuatkan si jantung hati dari tadi bermasam muka. Jalan di depan dipandang tekun.

“Kalau I nak main2, I tak bawak you jumpa family I dari dulu lagi..” ringkas jawapannya.

“Habis tu? Tiap kali parents you dengan parents I tanya pasal kita, you selalu mengelak. Malam ni pun sama jugak jawapan you,” rungut Ayu tidak puas hati.

“Ala…sabarlah. Keadaan tak stabil lagi ni. I pun baru je nak start uruskan bisnes restoran parents I. Banyak lagi yang I kena belajar..you tunggu ya,” pujuk Daniel. Pemanduan cuba difokus sebaik mungkin.

Kedengaran hembusan nafas kasar dari Ayu. Mengeluh pastinya.

“Habis, sebelum ni, apa sebab you selalu tunda wedding kita?” soal Ayu lagi. Daniel terdiam tidak menjawab soalan itu. Daniel akur, dalam soal jodoh mereka, dialah yang selalu berbolak balik tiap kali soalan nikah kahwin diajukan padanya. Kadang2, naik segan juga dia apabila bertemu ibubapa Ayu. Tapi, niatnya ikhlas. Dia bukan mahu mempermainkan Ayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 07:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 30-11-2010 19:40

“You risaukan Di kan?” soal Ayu tiba2 sambil merenung Daniel.Kali ini Daniel bungkam. MIndanya berputar mencari jawapan kepada persoalan itu. Risau? Ya, dia risaukan  Diana. Dia terlalu takut sekiranya jika dia berkahwin, Diana akan sendirian. Dan bila Diana sendirian, pasti Diana akan sunyi. Lalu, siapa yang akan jadi peneman kepada adiknya itu.

“Dani….” Ayu memanggil lembut. Daniel memperlahankan pemanduannya.

“You tak rasa ke yang Di perlukan seseorang dalam hidupnya? Untuk menjaga dia sampai akhir hayat dia. Parents kita bukannya akan menongkat langit selama2nya. You know what I mean right?” soal Ayu.

Daniel terdiam. Otaknya cuba mencerna kata2 Ayu. Betul kata Ayu. Tapi, bukan mudah mahu mencari seorang lelaki yang baik. Seorang lelaki yang boleh menerima Diana seadanya. Lelaki yang boleh menerima keadaan Diana dan status dirinya.

“Kita carikan seorang calon suami untuk Di nak?” bagaikan tahu apa yang difikirkan Daniel, Ayu mengusulkan cadangan. Daniel menoleh seimbas lalu kea rah Ayu. Wajahnya masih serius. Sebetulnya, dalam kotak fikirannya, masih tidak dapat menilai lelaki bagaimanakah yang harus digandingkan dengan adiknya.

“Siapa?” soal Daniel. Ayu tersenyum. Telahannya selama ini tepat. Daniel bukannya tidak mahu berkahwin dengannya kerana kesibukan kerja, tapi kerana Diana yang masih tidak berpunya.

“You nak orang yang macam mana?” soal Ayu pula. Kali ini, Daniel kelu. Tidak ada idea.

“Sejak bila you jadi match maker?” soal Daniel pada Ayu disebelahnya. Trafik lebuhraya MRR2 yang dilalui waktu itu agak perlahan, membolehkan mereka berbual panjang. Ayu senyum.

“I nak seorang lelaki yang protektif dan hormat orang tua. Yang boleh menerima adik I regardless of her status. Yang menyintai adik I dengan jujur. Yang boleh memberikan darah dan nyawa dia sekalipun pada adik I jika itu perlu,”  kata Daniel laju.

“Mak aii…mana nak cari orang macam tu?” berkerut dahi Ayu. Dia terdiam merenung kereta2 di sekelilingnya yang bergerak perlahan2 menyusur jalan menuju Ampang.

“Haa..tahu pun! Sebab tu dari dulu, I pening. ..” tambah Daniel. Ayu diam lagi sambil mindanya membayangkan beberapa lelaki yang dikenalinya termasuk saudara maranya. Manalah tahu, kalau2 ciri2 lelaki yang diingini Daniel terdapat pada mana2 lelaki2 tadi.

“Hmm..dah jumpa?” soal Daniel bagaikan tahu apa yang bermain di kotak fikiran Ayu. Ayu mendengus geram.

“Hmm…nantilah! Nak cari suami bukannya senang! Bukan boleh main petik saja. Nantilah, I cuba carikan dalam sehari dua ni…” kata Ayu lagi. Daniel angguk. Moga2 ada harapan dengan jalan ini untuk Diana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 07:31 PM | Show all posts
Daniel melangkah menuju ke dapur. Sejak pulang dari menghantar Ayu tadi, otaknya tak putus2 ligat berfikir tentang lelaki2 yang pernah dikenalinya. Bergeliga sungguh otak Ayu. Mengapalah dari dulu dia tidak terfikirkan hal itu? Kalu dari dulu dia mencari seorang suami buat Diana, pasti kini dia sedang berbahagia dengan Ayu. Tidak akan ada lagi soalan “bila nak kahwin” dari pelbagai pihak.
       
Hmm…Daniel duduk di meja makan dengan segelas jus oren yang baru diambil dari peti sejuk. Siapa yang sesuai untuk Di….

“ Aik..awal balik! Tak gi dating ke?” tak semena2, Diana muncul lalu terus ke peti sejuk. Air masak sejuk dikeluarkan dari peti lalu dibawa menghampiri abangnya. Daniel hanya melihat tingkah laku Diana yang sedang meneguk minuman dengan gelojoh. Tak senonoh…..macam mana nak kahwin ni….

“Apsal?” hairan melihat si abang yang asyik merenungnya, soalan itu di tanya. Daniel terkedu. Nampak aja mata dia tu yang aku dok tengok dia…
“Hmm..tak ada apa..” balas Daniel cuba berselindung. Diana memandang abangnya sambil menghirup air. Abang aku dah berjumpa dengan Farid kah? Risau hati Diana jika itu benar2 berlaku. Farid ni bukan boleh percaya sangat!

“ Takpelah bang. Di masuk tidur dulu. Esok nak gi butik awal sikit…” cepat2 Diana menyimpan air kembali ke dalam peti sejuk. Lama2 di situ, bimbang riak wajahnya dapat dibaca si abang. Ni pun jenis ahli sihir jugak, sekilas muka aku masam, dia dah tahu kenapa…

Daniel angguk saja. Sedikit pun dia tidak memandang Diana. Takut juga dia kalau2 riak wajahnya yang berkerut berfikir tentang jodoh Diana dapat dibaca si adik.

“Err..lupa plak. Esok, ibu dan ayah ajak pergi rumah Mak Long Siah sebab si Akil tu balik bercuti dari Mesir,” langkah Diana yang laju terhenti sebentar, tetapi dilajukan semula sebaik ayatnya dihabiskan.

Daniel angguk, tanda faham. Akil Hazriq, wajah sepupunya yang sebaya dengannya muncul diruang mata. Akil yang sudah berada 6 tahun di Mesir sedang menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana. Lelaki yang berambut ikal dan berhati baik itu sudah lama tidak pulang.

Hah! Mata Daniel membuntang. Akil! Sepupunya itu memang baik orangnya. Lembut bicaranya. Sangat menghormati orang tua. Ya! Daripada menyerahkan Diana kepada orang yang tidak dikenali, lebih baik Diana dikahwinkan dengan orang yang sudah dikenali baik dari segi peribadinya mahupun keluarganya!

Ya! Mata Daniel bersinar. Cepat2 dia bangun mahu naik tidur. Esok pagi2, dia mahu mengusulkan cadangan itu kepada ibu dan ayah. Cepat2 Daniel mematikan lampu dapur sebelum melangkah ke bilik tidurnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 07:32 PM | Show all posts
Farid sengaja sampai awal di jabatan pengajian Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa. Janji sudah diatur awal2 lagi dengan Dasuki. Semalaman dia berfikir cara untuk mengenali keluarga Diana. Tidak menemui cara lain, hanya Dasuki dan Sofiah satu2nya jalan yang dia nampak.

Lama mundar mandir di jabatan itu, akhirnya kelibat Dasuki muncul dari lif. Dasuki terus tersenyum sebaik terlihat Farid yang menantinya.

“2 tingkat pun nak naik lif?” tegur Farid sebaik bersalaman dengan Dasuki.

“Dah terbiasa…” balas Dasuki. Farid hanya mengekori langkah Dasuki. Dia sendiri tak tahu ke mana arah tuju Dasuki ingin membawanya.

“ Bila next class kau?” soal Farid. Hari ini dia bercuti setengah hari. Lepas waktu makan tengahari saja, terus dia memandu ke tempat Dasuki.

“Pukul 5 nanti…sampai pukul 6. Then habislah,” kata Dasuki. Mereka menghampiri satu kafetaria yang terletak bertentangan dengan sebuah kedai buku di tingkat satu bangunan itu.

Restoran layan diri itu agak lengang berbanding tempat lain waktu itu. Dasuki memesan 2 gelas teh ais. Mereka sama2 menanti di kaunter. Selepas mendapat  minuman yang dipesan, masing2 menuju kea rah satu sudut.

“Kau nak aku tolong macam mana?” soal Dasuki sebaik saja mereka duduk.  Farid sempat meneguk teh aisnya.

“Kau kenal Haji Hanafi tu kan?” soal Farid.

“Haji Hanafi mana?” giliran Dasuki menyoal.

“Haji Hanafi mana lagi. Pak long Diana yang kita jumpa kat Palestin dulu lah,’ tukas Farid. Dasuki terdiam sejenak berfikir, kemudian angguk.

“Kau tolonglah minta alamat rumah Diana. Aku dah mati akal ni..” pinta Farid. Dasuki tersenyum sambil menyedut minumannya.

“Boleh. Bila kau nak?” soal Dasuki.

“Paling lewat esok. Boleh?” soal Farid kembali. Dia enggan menunggu lebih lama. Sementara semangat pahlawannya masih berkobar2 ni, lebih baik dia menyegerakan rancangannya.

Dasuki menarik nafas, kemudian menghembus perlahan2. Wajah Farid dipandang. Perlahan2 dia angguk.

“Insya-Allah…” balas Dasuki lagi. Farid tersenyum lega. Dasuki memang sudah banyak menolongnya. Tidak tahu bila pula akan dibalas segala kebaikan sahabatnya itu.

“Time aku kahwin nati, aku nak hadiah besar ya! “ tiba2 Dasuki menyampuk. Farid ternganga. Baru saja aku terfikir tentang pembalasan, dia sudah meminta!

“Tunggu sajalah…,” enggan berjanji, Farid mengherotkan bibirnya tanda protes. Dasuki ketawa kecil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058903 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list