Fuh. Masa sy kecik2 dlu, masa tu dalam 9 tahun (1999) selalu lah pi mandi kat air terjun Lata Jarum, Raub. Nak pi sana memang kena lalu rumah yg tempat Mona Fandey bunuh Dato' Mazlan. Bila mak ayah cerita, terus takut bukan main. Tapi tengok rumah tu masa tu mmg takut pun, semak semacam je. Sekarang, dah tak nampak dah rumah tu. Tak ingat pun kat area mana rumah dia, sbb pagar pun dah habis ditutup semak samun. Dengar kata haunted jugak tu masa awal2 kejadian.
aku xda masa kes MF ni..sbb kat obersea belajar...
tp mmg minat baca kisahnya..sbb kisah jenayah yang amat kejam berlaku dalam negara...
aku copy paste keterangan seorang porumer porum lain
"anak MF tinggal kat salah satu taman di Kangar, Perlis. Kira kaya juga la sebab walaupu rumah kos rendah tp renovate lawa.. Anak Mona Fendi ni baik tp jarang keluar rumah."
Jadi org Perlis boleh le update kisah anaknya itu....
aku pun x sabau nak tgk filem DUKUN,sbb trailer mmg best.Lakonan Umi Aida mmg hidup....
PASIR MAS: “Saya cabar sesiapa yang mendakwa melihat atau berdepan pengalaman menakutkan membabitkan Mona Fandey atau ayah saya, datang bertemu saya. Tangkap hantu yang dikatakan Mona Fandey itu dan tunjukkan kepada saya.
“Rumah saya sentiasa terbuka 24 jam untuk sesiapa saja yang tidak berpuas hati atau mendakwa mendengar hal yang tidak elok berkaitan arwah. Sila berdepan dengan saya untuk mendapatkan penjelasan,” kata anak sulung perkahwinan pertama Mohd Affandi Abdul Rahman, Irwan Mohd Affandi, 34.
Irwan berkata, demikian mengulas laporan akhbar ini yang menyiarkan mengenai pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama bapanya dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
Rabu lalu, Harian Metro melaporkan suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 apabila didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris, pada 13 Julai 1993.
Menurut Irwan, dia meminta supaya dihentikan kisah berkaitan ibu bapanya itu kerana mereka sudah lama tiada.
Cuma apa yang perlu kita hayati adalah tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan aib kepada arwah2 walaupun jenayah kejam dilakukan kerana mereka telah menerima balasan iaitu hukuman gantung sampai mati.
Sebuah hadis yang dinukilkan Imam Nawawi dalam kitab Riadussalihin "Janganlah kalian mengeji orang yang telah mati kerana mereka telah tamat amalan yang telah mereka lakukan"
Maksudnya apabila seseorang telah mati,maka buku amalan pun telah ditutup dan biarlah Allah swt menilai mereka.
Cuma kita hanya boleh mengambil pengajaran dan iktibar.
Walaupun Islam mengharamkan syirik,bomoh,dukun,khurafat,amalan karut dan sebagainya,ia masih diamalkan masyarakat hingga kini walaupun kisah MF sepatutnya menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Mengenai dosa mereka,kita tidak boleh menghukum.Kerana dalam Islam hanya dosa syirik yang tidak diampunkan Allah swt.
Allah swt berfirman: Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak mengampun kan dosa syirik dan mengampunkan dosa yang lain dari itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya. ( an-Nisa : 116 )
Sekiranya mereka telah bertaubat Nasuha dan Allah swt menerima taubat mereka,maka mereka juga layak menjadi ahli Syurga di akhirat.Malah sebuah hadis sahih mengatakan Allah swt menerima taubat seorang lelaki yang membunuh 99 orang..begitulah Allah swt Maha Pengampun...
Memang sedih dengan mentaliti masyarakat pada hari ini.Berniaga pun mencari pelaris dari bomoh,dukun kerana kononnya pelaris akan memajukan perniagaan.
Anak menangis malam pun mencari dukun,bomoh kerana anggap bomohj,dukun ada penawar anak menangis malam..
Malah ramai disantau kerna hasad dengki dan dendam kesumat yang ada dalam jiwa bangsa Melayu.
Selagi tiada undang-undang khusus untuk membanteras bomoh,dukun,amalan khurafat,selagi itulah ia terus diamalkan masyarakat hingga kiamat.....
Semoga bumi Malaysia menjadi bumi yang bebas dari segala amalan syirik,khurafat,bidah dan sebagainya...
up up. masa kes ni jd, aku kecik lg. so x berperasaan la untuk hayati kisah hidup MF. tapi masa kecik2 tu mmg takut la sebab selalu mak takut-takutkan aku dgn kes ni. haha
aku simpati kat anak afendi yg tak kenal bapak dia tu..btunang byk kali putus bila pihak perempuan tahu anak afendi
tapi aku jujur jugak takut..tak mudah kita nk ckp tu salah bapak bukan anak, takmudah family belah perempuan nk lepas kan anak dara bila tau kes lampau
aku harap dia bertemu dgn jodoh dari family kuat amal agama ...maybe dpt restu