|
Daripada Saidina Ali RA, katanya : Rasulullah SAWAS, apabila bersolat, bacaan terakhirnya antara tasyahhud dan salam :
اَللََّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosaku apa yang terdahulu dan yang terkemudian, apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir, apa yang terlampau dan apa-apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang Maha Terdahulu dan Engkaulah yang Maha Akhir, tiada Tuhan kecuali Engkau”. (Riwayat Muslim). |
|
|
|
|
|
|
|
Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
"Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardlu." (HR. Muslim, no. 1982)
Jom puasa esok... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)
lom penah buat lagi solat sunat isyraq ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
.
Fadhilat Puasa Muharram
Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
.
1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.” (Hadis Sahih)
.
4. Sabda Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala seperti beribadat 900 tahun.” (Hadis Sahih)
.
5. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
.
6. Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
7. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
ayushuhada04 posted on 26-6-2012 12:22 PM
Tiada istilah 'terlambat' bagi seseorg yg ingin bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka luas buat k ...
Text ini lah yang saya input kat electronic display board kat surau saya...dah 3 hari..besok akan tukar yg baru
SURAH AN NISA AYAT 17 :Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
|
|
|
|
|
|
|
|
DOA HARI INI...
Ya Allah...,
Jadikan hari ini dengan penuh kebaikan, pertengahannya membawa kejayaan dan bahagian akhirnya suatu keberuntungan.
Ya Allah...,
Jadikan awalnya rahmat, pertengahannya nikmat dan penghujungnya penuh berkat.
Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Syariat tu pakaian bagi jasad, Tarikat tu adalah jalan bagi hati, Hakikat tu adalah pegangan bagi nurani, Makrifat itu tunjang rahsia bagi Qalbun. Bawanya sekali menjadi satu hakikat insan yg sempurna. |
|
|
|
|
|
|
|
' Sesuatu yg kita suka blom tentu baik utk kita '
Siapalah kita utk 'menghukum' org lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg pertama di dlm sesuatu ibadah itu adalah sembahyang. Yang pertama di dalam sembahyang itu adalah khusyuk. Yang pertama di dalam khusyuk itu adalah zuk. Yang pertama di dalam zuk itu adalah makrifat mengenal Allah. Yang pertama di dalam mengenal Allah itu adalah islam. Yang pertama di dalam islam itu adalah tauhid. Yang pertama di dalam tauhid itu adalah fana' dan baqo'. Yang pertama di dalam baqo' itu ada rasa. Yang pertama di dalam rasa itu ada lah makrifat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah melainkan dengan haq (kebenaran dan keizinan syara') Al-Isra' :33) |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”. |
|
|
|
|
|
|
|
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
|
|
|
|
|
|
|
|
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. "
-Surah Al-Baqarah ayat 286
|
|
|
|
|
|
|
|
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
|
|
|
|
|
|
|
|
Takrif ISLAM
dalam konteks 1..... huruf islam itu mengandungi 4 huruf yg masing2 mempunyai makna
huruf Alif bermaksud ALLAH
huruf Sin bermaksud Salam (Selamat)
huruf Lam Alif bermaksud Syahadah Tauhid La illla haiila Allah
huruf Mim bermaksud Syahadah Rasul Muhammad Rasullullah
Maka ungkapan Islam berbunyi Allahu Salamun La illa haillaAllah, Muhammad Rasulullah
|
|
|
|
|
|
|
|
Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)
|
|
|
|
|
|
|
|
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat Allah)”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia." Surah Ar Ra'd : Ayat 28
|
|
|
|
|
|
|
|
'Yg kita beri akn kekal..Yg kita simpan akn hilang'
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|