Post Last Edit by Syfuel at 26-12-2010 02:52
Pekembangan terbaru: Antara penulis/komposer yg dengar citer siti akan pakai, Noh Hujan, Aizat & Adi 6ixth Sense!!
DENGAR ceritanya album terbaru Datuk Siti Nurhaliza nanti nak gunakan khidmat Aizat sebagai salah seorang pencipta lagu. Amboi, hebat sungguh Aizatkan, jadi pilihan penyanyi nombor satu negara lagi. Syed dapat tahu selain Aizat, Siti juga bakal menggunakan khidmat Noh Hujan dan Adie 6ixth Sense sebagai pencipta lagu. Hmmmm... memang cukup menarik sebab semuanya menggunakan komposer muda yang dah terbukti berbakat besar. Macam Aizat sendiri, ramai yang cukup suka dengan lagu Sungai Lui yang dah mendaki banyak carta stesen-stesen radio sekarang ni. Video klipnya pun dah siap dan tunggu masa nak disiarkan sahaja. Kalau orang dah berbakat, memang tetap disanjung. Bukan menidakkan komposer berpengalaman yang lain, setidak-tidaknya ini satu peluang yang baik untuk orang muda macam Aizat tunjuk bakat. Taklah nanti keluar muka yang sama jer. Lagi satu, Syed dapat tahu Aizat akan buat mini showcase untuk peminatnya pada 29 Januari nanti. Macam-macam perancangan yang telah dibuat oleh bekas peserta Akademi Fantasia ini lagi khusus untuk peminat setianya. Kalau tak salah Syed, showcase yang diberi nama Urusan Aizat Amdan - Live In Damansara itu bakal berlangsung di Auditorium Bantley Music , Mutiara Damansara, Selangor. Cukup eksklusif sebab hanya 300 peminat pertama yang bertuah bakal menyaksikan persembahan secara live itu. Jangan ingat Aizat pakai minus one pula. Sebab persembahan malam tersebut bakal diiringi oleh pemuzik yang terlibat dalam pembikinan album kedua penyanyi itu. Tapi yang tak sedap didengar apabila tak ada penaja yang nak tolong Aizat realisasikan impiannya itu. Tak mengapalah, mungkin belum ada rezeki lagi. Syed pasti Aizat mampu lakukan walau tanpa tajaan. Ramai yang menyokonglah!
Sumber - Utusan
|