|
Versi mana yang Blings nak sambung citer ni?
Biarlah Cikgu Zali dengan Kilah, jangan bagi dengan Cikgu Kesuma. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya kilah lg sesuai kot ngan zali....
nanti ngan syimah takut ada perbezaan taraf pendidikan la plak....
oberc vs local...master vs degree |
|
|
|
|
|
|
|
bling...pasai pa hang senyap jek ari ni... bila nak sambung |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan tak banyak, smlm aku fenin-fenin sedih |
|
|
|
|
|
|
|
Sambil aku melayan sembang Mak Su dan Pak Su yang peramah itu telingaku menangkap bunyi periuk belanga dan pinggan mangkuk yang bersentuhan agak kasar di dapur. Boleh tahan juga anak dara ini membuat kerja.
“Hang dah tanak nasi Kilah?” Mak Su melaung dari depan.
“Dah mak” jawabnya dari dapur.
“Kita makan dulu sebelum hang pi kedai” laung Mak Su lagi. Aku berpaling ke arah dapur bila tak mendengar suara Kilah.
“Tak apalah Mak Su, dia banyak kerja tu, nanti nak ke kedai pulak. Zali dah makan tadi”
“Tak apa Halim ada di kedai, tengahari bukan ramai orang kot”
“Eh ramai juga Mak Su, tak menang tangan abang Halim sorang-sorang tengah-tengah hari ni, orang ramai sekarang. Pekerja kontrak dari projek perumahan tu semuanya bertumpu di situ”
“Biarlah sekali sekala lambat, Kilah tu selalu balik sampai lewat malam”
“Mana boleh lambat nanti gaji kena potong, hari tu tak kerja banyak hari, mana nak ada duit dah” Kilah menjawab sambil mengaturkan pinggan nasi di depanku dan ibu bapanya. Masam saja mukanya.
“Tak apalah, abang makan di kedai aja, tak payahlah susah-susah masak” aku ikutnya ke dapur.
“Dah, pagi tadi dah masak lauk tinggal untuk mak, nak buat sayur sikit”
“Bagikan pada ayah dan mak Kilah sudahlah, abang tak apa, baru aja makan dengan Kilah tadi, kenyang lagi”
“Tak apa cukup, nasi ni Kilah masak banyak” tangannya kalut menyenduk nasi dan lauk.
“Abang kata tak payah!” aku pegang tangannya sedikit kuat.
“Kilah!” suara Mak Su memanggil lagi, tangannya direntap. Aku terkedu sendiri. Langkah perlahan aku atur mengikutnya yang sudah laju melarikan diri ke depan.
“Makan Zali, sedap sayur pucuk paku ni, Mak Su cari dekat paya depan tu semalam”
“Bila Mak Su masak? Hari ni tak menoreh ke?”
“Menoreh, baru balik tadi, Kilah masak kot tak sat, sayur macam ni bukan lamapun nak masak” aku makan bersama Pak Su dan Mak Su. Kilah hilang entah ke mana. Mandi agaknya. Hatiku berdetak detuk, entah kenapa. Selepas makan tengahari yang agak awal hari itu kami bertolak semula ke kedai. |
|
|
|
|
|
|
|
“Syimah hantar e-mail pada abang” di dalam kereta, dalam perjalanan ke kedai Abang Halim aku membuka bicara. Kilah dari tadi masih sentap. Lama-lama dia berpaling memandang aku. Matanya berkaca-kaca. Aku jadi tak mengerti.
“Kak cakap apa?” tanyanya.
“Dia kata tengah sibuk dengan periksa, dia minta abang tunggu dia” Kilah mengangguk-angguk di sebelahku. Aku nampak dia menyapu kelopak matanya.
“Kenapa sedih sangat? Nanti kakak baliklah, Kilah tak ada duit ya? Abang boleh bagi sikit” dia menangis perlahan. Aku jadi gelabah. Tisu di depan aku capai dan hulurkan kepadanya. Kereta itu berhenti di bahu jalan.
“Kesian Kilah, kerja teruk siang malam, nanti kakak Kilah balik tentu Kilah tak susah lagi” esakan terdengar perlahan. Masih tak bersuara.
“Mungkin dalam tahun ni dia baliklah” seakan ayat memujuk.
“Abang mintalah dia balik, kalau tidak dia mungkin nak kerja di sana, lama lagi baru kami boleh jumpa. Kilah nak kerja lainpun susah, tak ada orang nak jaga mak dan ayah. Nak kerja bergaji kena berhijrah ke bandar. Kalau gaji kecil mana mampu nak sewa rumah. Kalau Kilah seorang sewa bilikpun boleh” sendu gadis kecil ini menyayukan hati sesiapa yang dapat merasa segala kesusahan dan kelelahannya selama ini.
“Dia nak dengar ke cakap abang?” aku berkalih pandang ke arahnya.
“Selama ni abang sayang kak Syimah kan? Mengapa tak boleh pulak? Tentulah dia dengar cakap abang, abang pujuk-pujuklah” suaranya serak-serak ketat.
“Mungkin abang seorang saja yang selalu teringatkan dia, sayangkan dia tapi dia dah lama lupakan abang” dia menggeleng laju.
“Dia tentu sayangkan abang juga, kalau tidak tentu dia tak hantar abang e-mail lagi”
“Dia memang malas hantar berita, kan?” sambil menyapu air mata di pipi dia tersenyum dan mengangguk lagi.
“Kilah punya e-mail address ada? Bagi abang”
“Err, Kilah tak ada pc, dulu Kilah pakai yang kilang punya tapi dah berhenti tak bolehlah nak berinternet lagi”
“Handphone Kilah mana?” dia diam seketika.
“Err, ada kejadian malam tu…”
“Hmm, apa hal malam tu?” baru aku teringat pada hal yang satu itu.
“Polis tu tak buat apapun sebenarnya, dia cuma nak minta nombor telefon tapi budak-budak kampung tu tersalah anggap, dia orang ingatkan polis tu nak apa-apakan Kilah, dalam kelam kabut tu telefon tu hilang. Mungkin dah pecah”
“Nak handphone baru?” dia mengangkat muka, berpaling ke arahku.
“Untuk adik ipar apa salahnya” senyumannya lebar, bibirnya dikebam kuat. Comelnya gadis ini. |
|
|
|
|
|
|
|
hebatnyer citer akak ni...
ayat pun bagus2.kagum kagum
sakurakuri Post at 15-6-2011 15:43 
aduhai..... ayat-ayat biasa ja dik...baru bertatih...jom kita sama-sama tulis |
|
|
|
|
|
|
|
Kehidupanku semakin pantas bergerak dari hari ke hari. Senyumku sudah lebar terukir hampir setiap hari. Syimah sudah menghubungiku. E-mailnya saban hari ada untukku. Kadang-kadang beberapa kali dalam sehari. Bunyinya juga sudah jauh berbeza. Sudah ada bau-bau rindu untukku. Sudah semakin tak sabar-sabar untuk bertemuku. Jumlah wangku di bank terpaksalah aku jeling-jeling, persediaan perlu ada untuk kami nanti. Keperluan dan nafkah isteri adalah tanggungjawab suami.
Saban hari aku singgah ke gerai Abang Halim, sambil menyelam sambil minum air, sambil membantu sambil dapat makan percuma. Jimat duit aku beratus juga sebulan. Tambah-tambah kalau mood Kilah baik, dapatlah makan makanan yang sedap-sedap. Dia memang handal memasak.
“Esok abang ke pekan, nak ikut ke?” aku duduk di depannya malam itu. Kedai sudah mulai lengang.
“Dengan Cikgu Kesuma lagi?” aku tersenyum. Nasib baiklah dia bukan kekasih aku, kalau tidak jenuhlah nak memujuk tiap-tiap hari cemburukan Kesuma Dewi. Tapau makan untuk Kesuma Dewipun dah angin satu badan. Kilah memang kelakar. Keletahnya yang masih keanakan menjadi modal untuk kami bergebang hingga berjam-jam.
“Dia baik tau” muncung mulutnya.
“Nak handphone baru ke tidak?”
“Nak!” jari-jarinya berkerumit sesama sendiri. Kecil dan runcing.
“Abang, yang ada internet tu berapa harganya?”
“Internet? 3G?”
“Agaknyalah”
“Tak payah pakai yang mahal-mahal, yang sembilan puluh sembilan ringgit tu cukuplah, Nokia lagi” matanya terkebil-kebil merenung aku.
“Kamera tak ada?”
“Nak ambil gambar siapa? Mamat polis hari tu?”
“Daklah, dia dah lama tak datang sini”
“Eleh, mulalah nak bergatal”
“Mana ada, orang kawan-kawan aja”
“Kawan sampai ikut balik rumah?”
“Dia tengok-tengok dari jauh aja, tak beranipun. Kilah nak belajar lagi mana boleh kawan-kawan. Bahaya, lepas abang kahwin dengan kak Syimah baru Kilah kahwin” angan-angan itu tetap hangat di benaknya, masih jua berbunga di hatiku. |
|
|
|
|
|
|
|
wah..best..best...sambung lg akak... |
|
|
|
|
|
|
|
entah2 kilah ni ada hati kat abg zali... dah tiap2 ari jumpa takan ati tak tercuit kot... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi..lagi..nak tambah, nk tambah |
|
|
|
|
|
|
|
entah2 kilah ni ada hati kat abg zali... dah tiap2 ari jumpa takan ati tak tercuit kot...
asyriqa Post at 15-6-2011 16:12  aku rasa lama-lama ada tp bertepuk sebelah tgn |
|
|
|
|
|
|
|
“Siapalah yang nak kat dia, kelabu asap” usikku sambil mencebikkan bibir.
“Eh! Ramailah orang minat, saja tak mau layan aja” banggalah sangat!
“Memang ramai, mat Bangla, mat Vietnam semua ada, pilih aja” aku bergurau sambil ketawa besar.
“Amboi bahagianya taukey so dengan cikgu Zali” Abang Halim menegur sambil duduk sama bergebang.
“Kilah, abang ingat nak tutup kedai masa cuti sekolah seminggu, kalau hang larat nak buka bayar sewa hari” punyalah berkiranya Abang Halim, jangan harap nak bagi free sekali sekala. Kurang sungguh amal jariah.
“Kenapa abang nak tutup?” tanya Kilah.
“Kakak ajak balik kampung, lama dah kami tak balik kampung mertua, penat juga kerja sampai tak pernah bercuti”
“Kak Yam?”
“Hang bayarlah gaji dia” aku hanya memerhatikan cara Kilah bersembang dengan Abang Halim. Ada bakat menjadi usahawan wanita yang berjaya.
“Abang, cuti sekolah abang balik Kuala Kumpur ke tidak?” tanya Kilah kepadaku.
“Apa kena mengena dengan abang pulak?” sudah dapat meneka maksudnya. Wajahnya yang penuh mengharap. Mengambil kesempatan sebenarnya walaupun sebenarnya aku tak pernah keberatan untuk membantunya bila-bila masapun.
“Gaji cikgu seminggu berapa, ingat sikit. Degree!” sengaja tarik harga. Matanya seakan mahu menelan aku tapi otaknya seakan pantas mengira hingga kerut di dahinya berketak.
“Ok lah, sehari seratus” tambahku.
“Demand banyak-banyak Kilah panggil abang polis tu jadi assistant baru tau, free lagi upahnya” tertelan air liur aku dibuatnya.
“Mau dia tak minta upah? Aci lawan. Siapa nak kerja gaji buta?”
“Alah, upah makan free no hal, masa inilah nak cari duit lebih”
“Makan free tak apa jangan dia minta benda lain”
“Boleh aja, masuk minang” terjulur lidahku memandangnya yang bangun meninggalkan kami. Abang Halim terkekeh ketawa. Aku tak rasa lucu sedikitpun. Kilah dengan abang polis tu? Yang kanyiaq tu? Yang pangkat konstabel? Yang hanya ada motor pinjam? Tidak! |
|
|
|
|
|
|
|
alololo...kesian kilah... bila syimah dah balik kilah sudah tidak dipandang lagiii....
asyriqa Post at 15-6-2011 16:20  bertabahlah |
|
|
|
|
|
|
|
tak kanlah kilah tak boleh ngan cikgu zali, bling...sian dia, berkorban untuk kakak |
|
|
|
|
|
|
|
Kilah dengan abang polis tu? Yang kanyiaq tu? Yang pangkat konstabel? Yang hanya ada motor pinjam? Tidak!
cekgu zali dah ala2 jeles ker.... ingat kilah tu tak laku ke weiii... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|