Jolly: Angelina looks happy with daughter Shiloh and her Liverpool bag (XPOSUREPHOTOS.COM)
The A-list couple, who have recently been in England, were spotted leaving Los Angeles International airport with their brood of children – where one was spotted sporting a Liverpool string bag.
Little Shiloh used the carrier to transport her London souvenier bear under the guidance of her Tomb Raider actress mum, who has previously insisted her son Maddox would 'only be allowed to play for the Reds'.
The Pitt/Jolie family are the latest to join the celebrity Kop fan club, which already boasts the likes of Samuel L Jackson, 007 Daniel Craig, Dr Dre, Snoop Dogg and Nelson Mandela.
Arsenal are probably the only other English side who could rival the Reds in the celeb stakes, with Jay-Z, Kevin Costner, and Alan Davies all avid supporters.
Peminat fanatik Liverpool banjiri Stadium Nasional
2011/07/15
KUALA LUMPUR: Lebih 30,000 peminat tempatan dan luar pasukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC, membanjiri Stadium Nasional di Bukit Jalil hari ini bagi menyaksikan sesi latihan pasukan kegemaran mereka itu.
Mereka termasuk wakil Kelab Peminat Liverpool FC Indonesia, Singapura, Thailand dan juga Malaysia.
Peminat tiba seawal 4 petang meskipun sesi menghangatkan badan hanya bermula pada 7 petang.
Kebanyakan peminat memakai jersi pasukan Liverpool dan mereka kelihatan gembira kerana dapat melihat pemain kegemaran beraksi di depan mata.
Mereka turut menyanyikan lagu tema Liverpool FC iaitu "You'll Never Walk Alone".
Sesi latihan itu berlangsung kira-kira sejam.
Selepas itu, "The Reds" mengelilingi stadium bagi mempamerkan penghargaan terhadap sokongan kuat peminatnya.
Skuad di bawah bimbingan bekas pemain Liverpool, Kenny Dalglish, itu tiba di Kuala Lumpur pagi tadi untuk menentang pasukan Harimau Malaya Sabtu ini pada 5.45 petang di Stadium Nasional.
Mereka datang ke Malaysia selepas memenangi perlawanan pra-musim yang pertama dengan Guangdong Sunray Cave di Guangzhou, China, 4-3 semalam.
Malaysia akan menjadi perhentian terakhir dalam siri lawatan pasukan itu ke Asia bagi 2011, sebelum pulang ke England untuk perlawanan persahabatan dengan Hull City (23 Julai), Galatasaray (28 Julai), Valerenga (1 Ogos) dan Valencia (6 Ogos). - BERNAMA
DEMAM bola sepak di tanah air kian panas. Selepas Arsenal, tiba giliran Liverpool pula hadir memukau penonton dalam siri persahabatan Jelajah EPL Asia 2011 apabila menentang skuad Harimau Malaya, esok.
Tumpuan semalam jelas terarah kepada legenda Anfield, Kenny Dalglish yang tiba bersama pasukan juara Eropah lima kali itu, awal pagi semalam dari China dan dia pantas memberi amaran The Reds akan bermain untuk menyambung rentetan kemenangan.
“Saya terkejut dengan sambutan hangat peminat tempatan. Sejak kami tiba awal pagi ini (semalam) mereka sudah berkumpul di lapangan terbang dan juga di hotel,” kata pengendali yang menjadi tarikan utama selepas ketiadaan kapten, Steven Gerrard. “Saya pasti perlawanan menentang Malaysia nanti menarik dan saya tidak sabar untuk pertemuan ini.”
PEMAIN Liverpool menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam menjelang perlawanan persahabatan dengan Malaysia petang esok.
Liverpool sekali lagi akan uji pemain baru Adam, Coady di Bukit Jalil
KUNJUNGAN Liverpool buat julung kali ke Malaysia tidak dinafikan menjadi fokus peminat tanah air dan semalam, wajah Kenny Dalglish sekadar membuat mereka teruja dapat melihat lebih dekat legenda dan kelab tersohor liga Inggeris itu.
Pengurus pasukan The Reds itu yang hadir di sidang akhbar menyuarakan dia berpuas hati dengan kejayaan anak didiknya menewaskan kelab China, Guangdong Sunray Cave, kelmarin dan akan mengekalkan prestasi sama apabila menentang Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang esok.
Liverpool yang dalam siri Jelajah EPL Asia 2011 mengharapkan kunjungan ke China dan Malaysia mampu menyiapkan kelab itu untuk mengharungi musim Liga Perdana Inggeris lebih memberangsangkan, musim depan.
Menurut Dalglish, tumpuan penuh dapat diberi pemainnya untuk saingan liga tempatan musim ini memandangkan tahun depan kelabnya tidak akan beraksi di Liga Juara-Juara Eropah mahu pun Liga Europa kerana menamatkan saingan musim lalu di tangga keenam.
“Situasi ini mungkin akan memberi kelebihan kepada kami kerana jumlah perlawanan semakin sedikit dan pemain berpeluang mendapat rehat yang lebih,” kata pengendali dari Scotland itu.
“Kami akan memberi yang terbaik untuk kelab ini. Lebih banyak perlawanan yang dimenangi, lebih banyak kejayaan dapat dicapai. Apa yang penting ialah mendapatkan keputusan yang baik pada setiap perlawanan."
Dalglish sekali lagi akan menguji dua pemain barunya, Charlie Adam dan Conor Coady yang beraksi cemerlang ketika merakam kemenangan 4-3 ke atas Guangdong Sunray Cave.