CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini?

   Close [Copy link]
 Author| Post time 20-10-2011 12:36 AM | Show all posts
Ada thread mcm ni sekurang2nya memberi kesedaran & boleh meningkatkan ibadah kita kpd Allah..selama  ...
rosmahisham Post at 19-10-2011 17:59


Jgn percaya & jgn ikut 100% apa yg saya tulis. Saya pun manusia biasa, sudah pasti ada salah & silap. Apa yg saya tulis, adalah berdasarkan pembacaan, pemerhatian & pengalaman sendiri/org lain. Yg lebih baik adalah, tanya direct pada Allah. Buat solat sunat istikharah. Itu yg terbaik. Allah knows best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2011 12:47 AM | Show all posts
susah nak cari kawan yang boleh berkongsi perkara begini........... sedara mara lagilah........... ...
Risma Post at 19-10-2011 23:33



    Ingat tak dulu, sewaktu Nabi Nuh memberi amaran kpd kaumnya? Kaumnya mengejek2 beliau sewaktu beliau membina bahtera. Jadi biarkanlah yg mengejek itu, ini lumrah hidup. Kalau rasa perlu sampaikan, sampaikanlah. Ada yg akan percaya, ada yg akan ketawa. Masing2 ada 'bahagiannya' dlm hidup ini. Dan setiap sesuatu, berjalan atas paksinya sendiri, yg sudah pun ditentukan. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 12:51 AM | Show all posts
Reply 341# andria


   Ya betul ..kami di sini sangat memahami apa yg anda cuba sampaikan..sekurang2nya mengingatkan kita bhwa hari kiamat semakin hampir..perbykkan ibadah,tinggalkan segala kemungkaran..kurangkan duniawi...!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 07:47 AM | Show all posts
Reply 341# andria


  mmg tak taksub dgn tarikh2 tersebut tapi ini peringatan pada diri sendiri juga.kalau citer kat hubby karang dia kata aku mengarut2..nasib baik andria buka thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 07:52 AM | Show all posts
Reply 335# rosmahisham

sama laa mcm aku..selalu terfikir nak pindah ke kawasan yg paling ceruk dlm malaysia ni mcm kat taman negara kat Jerantut tu sebab nak ke sabah /sarawak tak mampu.Walkie talkie jangan lupa stanby ekk..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 12:27 PM | Show all posts
Boleh tak rakan2 share apakah persediaan yang patut dibuat dalam menghadapi huru-hara akhir zaman ni? Selain persediaan rohani (e.g. banyakkan amal, zikir,etc).
Adakah kita perlu belajar ilmu survival dan apakah yang patut kita tahu?
Bila mengingatkan tentang huru-hara akhir zaman ni ada dua perkara yang Helang terfikir:
a) Perlukah betul2 buat persediaan fizikal such as berpindah ke pedalaman, simpan barang2 makanan kering, belajar ilmu survival such as bercucuk tanam, berenang, menunggang kuda atau lalui saja hidup macam biasa dan berserah sepenuhnya kepada Allah bila tiba hari itu
b) Untuk diri sendiri mungkin kita berupaya untuk menghadapi situasi huru-hara itu, tapi bagaimana dgn tanggungan kita yang tak berupaya contohnya anak2 yang masih kecil yang tak tau apa2.. bagaimana nak membantu mereka survive?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2011 12:39 PM | Show all posts
Reply  andria

Minggu lepas ada citer  DAY AFTER TOMORROW..otomatik teringatkan thread Andriani.. ...
kodoklawa Post at 19-10-2011 16:50


link nyer plisss...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 01:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by tarabas1976 at 20-10-2011 13:18
susah nak cari kawan yang boleh berkongsi perkara begini........... sedara mara lagilah........... ...
Risma Post at 19-10-2011 23:33



    Aku cuma berkongsi ngan mak aku jah.Mak aku siap pesan lagi, jangan ko ceritakan apa yang ko rasa ini pada sebarangan orang kerna ia boleh mendatangkan fitnah pada diri sendiri. Silap aribulan orang akan cop ko nier sebagai mereng, tak siuman dsbnya.


Kalo kita tengok anak muda umur 15 tahun yang asyik bermain sehingga mengabaikan masa belajarnya, kita akan menegur "Apa nak jadi dengan ko ni?Asyik main, main, main tak ingat nak belajar?Ko tak tahu ke apa pentingnya belajar?Besar esok nak jadi apa?" Sebenarnya, anak muda umur 15 tahun itu pun tahu betapa pentingnya belajar dan apa consequence kalau tidak belajar tetapi dia TIDAK PUNYA MENTALITY CONSCIOUSNESS atau tidak punya KEMATANGAN FIKIRAN.Dalam erti kata yang lain, dia tidak merasa apa yang di fikirkan. Sementara kita yang berusia 30-an punya CONSCIOUSNESS dan KEMATANGAN FIKIRAN, justeru kita mampu merasa apa yang kita fikirkan.



Sementelah, apabila kita berbicara dengan rakan seangkatan umur dengan kita, kebanyakan banyak berbicara soal kerja. Kebanyakan kalau berbicara dengan anak muda  yang masih belajar di universiti (umur dalam awal 20-an) kebanyakan akan memberikan nasihat sebegini "Kau belajar bagus-bagus dan pastikan CGPA ko maintain above 3.00 nanti kang senang dapat keje" atau nasihat sebegini " Ko bila dah keje, first ko mesti beli kereta sebagai hadiah untuk diri kau sendiri pasal dah dapat keje.Kemudian beli rumah  dan kumpul duit untuk masa depan ". Sebenarnya, anak muda di universiti itu pun tahu berfikir betapa pentingnya untuk mendapatkan kerja dan membina kehidupan tapi dia TIDAK PUNYA LIFE CONSCIOUSNESS  dan KEMATANGAN HIDUP. Dalam erti kata yang lain, dia tidak merasa apa yang dia sendiri fikirkan. Sementara kita yang berusia 30-an punya CONSCIOUSNESS DAN KEMATANGAN HIDUP, justeru kita mampu merasa apa yang kita fikirkan.



Manakala, jika kita berbicara dengan orang tua umur 80-90 tahun, kebanyakannya dari orang tua dalam lingkungan umur tersebut akan memberikan nasihat lebih kurang begini " Apa nak jadi dengan kau ni?Keje, keje keje dari pagi lepas Subuh bawak samapai ke tengah malam? Tak ingat ker nak luang masa mengaji ilmu tauhid, belajar kenal Allah, belajar sifat Allah, belajar kenal diri tu sebagai hamba Allah.." Sebenarnya, golongan umur 30-an atau 4o-an yang menjadi teman bicara orang tua umur 80-90an ini pun tahu berfikir betapa pentingnya mengenal Allah dan menjadikan dunia sebagai tempat untuk menuju kepada Allah. Tetapi kerna anak muda 30-an-40-an itu TIDAK PUNYA SPIRITUAL CONSCIOUSNESS dan KEMATANGAN ROH. Dalam erti kata yang lain, dia tidak merasa apa yang mampu dia sendiri fikirkan. Sementara, orang tua dalam lingkugan 80-90 tahun, mungkin disebabkan pada umur sedemikian dia telah melihat ramai manusia pada umurnya dan umur anaknya atau mungkin pada umur cucunya ramai yang sudah meninggal sehinggakan dia tidak mengenali sesiapapun yang pernah menjadi teman sepermainannya yang masih hidup. Dan pada waktu ini, barulah ia bisa MERASA APA YANG DIA FIKIRKAN SEMENJAK DARI UMUR 30-an, bahawa yang akan menghadap ke hadrat Allah dan menuju kepada kebahagiaan/ketenangan yang kekal abadi adalah roh dan bukan jasad. Jasad akan hancur dan kembali kepada tananh. Ini dipanggil KEMATANGAN ROH....







Tetapi persoalannya sekarang adalah, KENAPA HARUS MENUNGGU SEHINGGA UMUR 90 TAHUN UNTUK MEMPUNYAI TAHAP KEMATANGAN SEPERTI ITU?


Bukankah lebih baik jika kita mempunyai tahap kematangan seumpama itu pada usia yang jauh lebih muda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2011 02:13 PM | Show all posts
Reply 345# kodoklawa

Betul tu..rasa nak kumpulkan sedara mara kat satu penempatan.. tempat tu biarlah dekat dgn air terjun..senang nak dapat bekalan air....i siap nak tanam pokok kelapa byk2 lagik boleh buat minyak sendirik..boleh ler nak rasa mskan bersantan..mana tahan setakat mkn rebus2 & bkr2 jer..tiba2 sayu pulak bila ingat anak2 nanti x dpt rasa pizza & mcD spt selalu lagik..milo,coklat,ribena,coco crunch,honeystars pn dah x merasa..sume tinggal kenangan..kita pn agaknya gian nak berporum & berFB!!!Tapi rasanya hidup lebih aman & boleh tumpukan pada ibadah.. Cuma i takut dgn kejahatan manusia jer,time tu pembunuhan berleluasa adoiyai..ngeri nak fikir!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 02:17 PM | Show all posts
Reply 348# tarabas1976


    subhanallah tarabas...
sy pernah cakap lebih kurang camni kat kawan sy yang membebel pasal pelajarnya yg tak leh pikir sebagaimana dia pikir...
tapi semestinya jwpn tarabas ni lebih mantappp, terbaikkk...
mohon share ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2011 03:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by andria at 20-10-2011 15:32
Boleh tak rakan2 share apakah persediaan yang patut dibuat dalam menghadapi huru-hara akhir zaman ni? Selain persediaan rohani (e.g. banyakkan amal, zikir,etc).

Adakah kita perlu belajar ilmu survival dan apakah yang patut kita tahu?

Bila mengingatkan tentang huru-hara akhir zaman ni ada dua perkara yang Helang terfikir:

a) Perlukah betul2 buat persediaan fizikal such as berpindah ke pedalaman, simpan barang2 makanan kering, belajar ilmu survival such as bercucuk tanam, berenang, menunggang kuda atau lalui saja hidup macam biasa dan berserah sepenuhnya kepada Allah bila tiba hari itu

b) Untuk diri sendiri mungkin kita berupaya untuk menghadapi situasi huru-hara itu, tapi bagaimana dgn tanggungan kita yang tak berupaya contohnya anak2 yang masih kecil yang tak tau apa2.. bagaimana nak membantu mereka survive?
HelangMerah Post at 20-10-2011 12:27



    Ini hanyalah pendapat saya saja.

Adakah kita perlu belajar ilmu survival dan apakah yang patut kita tahu?

Perlu.

a) Kalau di Forum2 org putih, mereka sgt aktif dan terbuka membincangkan soal ini, kerana mereka jauh lebih maklum akan soal ini. Mereka meletakkan term 'TSHTF' atau (When) The Shit Hit The Fan (Apabila perkara buruk terjadi). Mereka berkongsi panduan bagaimana cara2 utk survive menggunakan sumber paling basic - belajar berenang (even Rasulullah s.a.w juga berpesan kpd kita utk belajar berenang, berkuda, memanah), mencari ikan menggunakan tombak/spear yg dibuat sendiri dari kayu, membeli bahan2 kering seperti biji benih, menyediakan peralatan basic seperti pisau rambo, thermos yg boleh memasak air, khemah yg tahan lama, membeli banyak canned foods, kasut yg bagus, pakaian 'thermal' utk menghadapi musim sejuk (Malaysia juga berkemungkinan akan bertukar menjadi negara 4 musim), belajar self-defense (martial art), pastikan diri anda FIT dan paling penting -mencari tempat yg mempunyai kawasan paling kurang orang, ketinggian lebih dari 2000 kaki di atas paras laut dan jauh dari kawasan pantai, gempabumi & gunung berapi.

Kalau anda berkemampuan utk melakukan kesemua seperti di atas, lakukanlah sebelum terlambat. Utk yg tidak mempunyai kemampuan, buatlah apa yg terdaya. Secara peribadi, saya kurang bersetuju dgn konsep 'menyerah & berdoa' saja. Saya lebih prefer kpd konsep, 'berusaha+doa=tawakal'.

b) Saya selalu berfikir tentang anak2 kecil yg belum mengerti apa2. Saya terfikir juga nasib org2 OKU, org2 tua, org2 yg cacat kekal, binatang2... tapi apa yg boleh kita lakukan? Kita hanya boleh membuat apa yg kita mampu. Sedangkan diri kita sendiri pun belum tentu akan terselamat, walaupun melakukan persediaan selengkapnya. Jadi, buatlah sekadar yg anda mampu, dan kemudian berdoa serta bertawakallah. Mudah-mudahan, Allah melindungi kita & melindungi mereka2 yg masih percaya kepadaNYA.

Saya juga berfikir tentang kesemua gedung2 indah yg kita miliki pada hari ini. Tentang manusia2 yg menganggap bahwa pekerjaan mereka sebagai kerani, Manager, akauntan, artis, ahli politik. peniaga, CEO - adalah segala2nya. Tahukah mereka, bahwa sebentar saja lagi, mereka akan kehilangan SEMUA yg mereka miliki pada saat ini? Semua manusia akan kembali ke angka 0. Dunia yg berisi 7 billion manusia ini akan dipenuhi dgn mayat2 yg bergelimpangan.

Di mana keangkuhan kita yg berjawatan CEO, manager, artis, ahli politik, peniaga jutawan, pada waktu itu? Di mana pangkat, rumah, kereta, gaji besar, duit berkoyan2 di bank, credit card berkeping2, yg kita bangga2, pada waktu itu? Di mana status kita yg 'popular' sewaktu di dunia, pada waktu itu? Di mana pakaian2 mahal dan barang2 'branded' yg kita miliki, pada waktu itu? Hatta - yg berguna pada waktu itu nanti, adalah kekuatan rohani seseorang, makanan & air bersih. Anda ada 1 juta ringgit pada waktu itu pun tiada maknanya.

Human beings are nothing. We have nothing. In the eyes of God, we are only a spect of dust. Tapi hairannya, walaupun ramai yg mengetahui hakikat ini, kita masih 'berbangga' dgn 'toys' yg diberi pinjam kpd kita oleh Allah, utk sementara waktu. Kita leka dgn 'toys' kita yg berupa pasangan hidup, anak2, harta benda, pangkat, rupa, kemasyhuran... Life is so superficial, but how many realize it?

Looking at how we are going right now, we do deserved to be wiped out. Dan Allah akan menggantikan kita dgn suatu kaum yg lebih baik dari kita. Allah knows best...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 03:41 PM | Show all posts
Ini hanyalah pendapat saya saja.

Adakah kita perlu belajar ilmu survival dan apakah yan ...
andria Post at 20-10-2011 15:23



apa yang andria tuliskan ini sudah bermain2 di dalam otak saya seminggu yang lepas...saya fikir saya ingin membeli biji benih untuk di simpan,ingin menyimpan air bersih..banyak lagi yang saya fikirkan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 04:07 PM | Show all posts
Reply  andria


  mmg tak taksub dgn tarikh2 tersebut tapi ini peringatan pada diri sendiri juga ...
kodoklawa Post at 20-10-2011 07:47



    Somi akak pon bergitu jugak tak percaya.....sedihh pulak,tue aar tiap hari dok jengok thread kat nie...muhasabah diri
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 04:33 PM | Show all posts
Ini hanyalah pendapat saya saja.

Adakah kita perlu belajar ilmu survival dan apakah yan ...
andria Post at 20-10-2011 15:23



    Saya rasa at this juncture, memang boleh menyediakan/mula menyimpan peralatan untuk survival itu atau belajar kemahiran2 tersebut. Tapi, untuk mula berpindah ke tempat yang terpencil dan tinggi 'sekarang' tak mudah sebab bukannya mudah nak convince kan pasangan masing2 yang belum terfikir ke arah itu. Saya terfikir adakah patut kita mula sekarang bukan sebab percaya huru-hara akan bermula pada tahun 2012. Saya terfikir begitu sebab ia boleh berlaku 'bila-bila' masa hatta esok pun sebab kita memang dah berada di akhir zaman pun.
kadang2 bila melihat anak2 saya yang masih kecil terfikir bagaimana mereka agaknya bila terpaksa mengharungi kepayahan dunia dalam keadaan huru-hara begitu. Sedih pula rasanya, but like you said, Allah knows best.
Dan now ada terfikir patut ke saya tukar semua simpanan saya ( yang tak seberapa itu) dalam bentuk emas (sebab duit kertas akan tidak laku kelak).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2011 04:52 PM | Show all posts
apa yang andria tuliskan ini sudah bermain2 di dalam otak saya seminggu yang lepas...saya fiki ...
kt6315 Post at 20-10-2011 15:41



    Mungkin saya silap, tapi secara peribadi, pada saya, perkara pertama yg akan saya lakukan jika saya ingin mula membuat persediaan, ialah mencari dan menentukan LOKASI yg sesuai. Menyediakan perkara2 lain seperti benda makan & air bersih hanya akan saya lakukan setelah mendapat lokasi yg sesuai, kerana sekiranya lokasi itu jauh dari current location saya skg, saya akan mempunyai masalah utk memindahkan kesemuanya ke lokasi baru. Jadi mengikut logik, adalah lebih mudah utk mencari lokasi terlebih dulu, kemudian baru fikir yg lain. Melainkan anda mmg sudah ada lokasi yg strategik, atau anda tiada masalah memindahkan brg2 keperluan anda ke lokasi baru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2011 05:09 PM | Show all posts
Saya rasa at this juncture, memang boleh menyediakan/mula menyimpan peralatan untuk survival itu atau belajar kemahiran2 tersebut. Tapi, untuk mula berpindah ke tempat yang terpencil dan tinggi 'sekarang' tak mudah sebab bukannya mudah nak convince kan pasangan masing2 yang belum terfikir ke arah itu. Saya terfikir adakah patut kita mula sekarang bukan sebab percaya huru-hara akan bermula pada tahun 2012. Saya terfikir begitu sebab ia boleh berlaku 'bila-bila' masa hatta esok pun sebab kita memang dah berada di akhir zaman pun.

kadang2 bila melihat anak2 saya yang masih kecil terfikir bagaimana mereka agaknya bila terpaksa mengharungi kepayahan dunia dalam keadaan huru-hara begitu. Sedih pula rasanya, but like you said, Allah knows best.

Dan now ada terfikir patut ke saya tukar semua simpanan saya ( yang tak seberapa itu) dalam bentuk emas (sebab duit kertas akan tidak laku kelak).
HelangMerah Post at 20-10-2011 16:33



Sebenarnya, sudah ramai yg telah lama mempersiapkan diri, dan hanya tunggu masa & ketika, 'ia' berlaku. Contoh seperti org2 Barat, ramai di antara mereka sudah bertahun2 bersedia (saya masih dlm proses). Apa yg boleh kita lakukan pada hari ini, kita buatlah apa yg kita mampu. Tentang pertentangan pendapat antara pasangan, ya, inilah salah satu masalah terbesar. Bagaimana mahu meyakinkan pasangan tentang hal2 yg dianggap 'tahyul' seperti ini? Kembali kpd apa yg disebut di dlm Al Quran & hadis. Bukankah ada menyebut tentang 'akhir zaman'? Tanda2 kedatangan Imam Mahdi? Tanda2 kedatangan Dajjal? Bukankah Rasulullah pernah bersabda, 'Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah tanah arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2?'

Banyak 'hints' di sana, tentang perubahan cuaca yg drastik, sehingga membolehkan tanah Arab yg kering, kembali menjadi padang rumput dan sungai2. Perhatikan kpd perkataan KEMBALI. Ada rahsia di sana, buat mereka yg mahu berfikir. Bagaimana perubahan cuaca yg drastik boleh berlaku jika tiada perubahan Kutub Utara & Selatan? Maka sesuatu harus berubah, bukan? Kenapakah Rasulullah berkata, 'Berbaiahlah kamu kpd Imam Mahdi, meskipun kamu harus merangkak di atas SALJI?' Kenapa ada perkataan SALJI di sana? Pernahkah kita terfikir?

Malangnya, umat Islam hari ini lebih senang melayan Muzik2 dari BERFIKIR tentang semua ini. Kita lalai dan lalai dan terus lalai... (saya termasuk). Jadi, cuba2lah anda berdiskusi dgn pasangan anda, dan terangkan tentang hadis2 & surah2 yg ada. Sesungguhnya ini bukan omong kosong - kita adalah BENAR2 umat akhir zaman... kita akan menyaksikan BANYAK peristiwa2 menakutkan tidak lama lagi, sekiranya kita diizinkan masih hidup pada waktu itu...

Tentang emas, ya, sesiapa ada simpanan, tukarlah berpada2 kpd emas & perak. Duit kertas akan menjadi tidak bernilai, tidak lama lagi. Dollar Amerika kemungkinan besar hanya mempunyai waktu kira2 12 bulan utk hidup.

Sesiapa yg bertekad mahu membuat persiapan, carilah dulu lokasi yg srategik. Saya tidak berniat menyuruh sesiapa pun berhenti kerja, dan terus lari ke gunung. Thread ini hanyalah thread 'pembuka mata' & 'rasa', tidak lebih dari itu. Andalah yg menentukan arah hidup anda sendiri.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2011 05:14 PM | Show all posts
ko orang ni nak lari dari apa sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 05:47 PM | Show all posts
Sebenarnya, sudah ramai yg telah lama mempersiapkan diri, dan hanya tunggu masa & ketika, 'ia' ...
andria Post at 20-10-2011 17:09



    yg andria reply ni macam berkait dgn ni je: sy jumpa tak sengaja 2 hari lepas. http://eddyrosyadi.weebly.com/1/archives/09-2011/1.html
Tahun 2012 (Pola 38) Tahun Jiwa Kacau - Masalah Ekonomi
Hari ini 1 Ogos di berita TV3 memaparkan dua kes pemberhentian pekerja. Di KL, seramai 380 orang diberi notis cuti tanpa gaji hingga tarikh belum diputuskan. Di USA pula, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan USD1 Trillion bagi menampung ekonomi. Kini sudah nampak tanda-tanda penurunan prestasi ekonomi yang menjejaskan industri dan perniagaan yang berpotensi menjadikan ramai orang yang masuk ke tahun 2012 dengan fenomena Vacuum, Blocking dan seumpamanya menjadi jiwa kacau!



Apakah persediaan anda untuk menghadapi dan melalui tahun 2012 tahun jiwa kacau dengan baik malah mampu mengaut untung daripada fenomena sebegitu (pola 786)? Tentunya hadir Seminar "Strategi Menghadapi dan Melalui Tahun 2012 Tahun Jiwa Kacau dengan Berkesan". Jika tahun lepas cikgu A-D berpesan tahun 2011 tahun pendidikan yang mana sememangnya banyak perihal pendidikan berlaku tahun 2011, maka apakah anda akan abaikan pesanan cikgu A-D untuk menghadapi tahun 2012?



Kebetulan, tahun 2012 adalah pola 786 untuk perihal kepimpinan, maka elok untuk buat pemilihan pemimpin baru (pilihanraya?) atau sebenarnya apa jua yang membolehkan anda menjadi seorang pemimpin!


Kursus - Strategi Menghadapi 2012
Untuk 5 tahun berturut-turut, kajian pernomboran memberikan panduan awal setahun awal kepada fenomena tahunan;

2007 - tahun banjir - berlaku banjir teruk di Johor dan beberapa negeri/ luar negara

2008 - tahun masalah kewangan/ stok - berlaku fenomena credit crunch

2009 - tahun wanita - ramai wanita dilantik menjawat jawatan tinggi

2010 - tahun kesihatan & masalah kewangan - klinik 1Malaysia dan ramai masalah duit

2011 - tahun pendidikan & pelaburan/ kekayaan - guru dan sekolah banyak mendapat manafaat & harga emas melambung naik.



Kini untuk tahun 2012, kajian pernomboran menjangkakan tahun masalah "jiwa kacau" dengan pelbagai jenis masalah emosi dan fizikal bermula dengan masalah kewangan menjadi satu daripada punca utama. Persoalannya adakah anda seorang yang berjiwa kacau tahun depan dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya? Bagaimana untuk memastikan prestasi anda sentiasa mantap sepanjang bulan di tahun 2012? Bagaimana untuk mengambil kesempatan keuntungan pada tahun 2012 nanti?



Jika tahun 2012 dikatakan tahun kemusnahan, pada pandangan pernomboran kemusnahan itu berlaku daripada individu yang berjiwa kacau, dan bayangan atau fenomena jiwa kacau sebenarnya sudah pun bermula sekarang anda boleh lihat dan baca di media massa... pada pandangan pernomboran, tahun 2012 seolah tahun "pemutihan" untuk "membersihkan" jiwa anda, jika anda tidak bersedia dengan proses "pemutihan" itu, anda terpaksa melalui proses pemutihan (fenomena jiwa kacau) dengan pelbagai dugaan melainkan anda ada strategi pernomboran.





apa komen andria?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 06:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by sofiera at 20-10-2011 18:58

Andria

Agak2 area sesuai kita membeli tanah di kawasan mana???? bukit2 ....susah untuk menjelaskan kepada somi....selalu cakap terpengaruh dengan forum....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 08:42 PM | Show all posts
Reply 313# cherylrihanna


   Haa..betullah tu. walaupun cerita tu sains fiksyen tp ada sedikit sebanyak kebenarannya ttg fenomena solar flare tu. kan best kalau ada alien dtg nak selamatkan manusia cuma yg tak bestnya hanya yg terpilih shj..jadi org kebanyakan cam kita ni takde peluang nak hiduplah..

Baru-baru ni (13/10/11) saya nak ke pejabat isteri sbb ada hal. Hati berdebar2 aje bila mulakan perjalanan. Saya ingat pesan arwah mak mesti baca doa naik kenderaan dan sentiasa berhati2 bila memandu..mmg bawak pun slow aje dlm 60-70 kmh. Sampai kat satu tempat ni perasaan berdebar makin teruk hingga terasa mcm nak kena panic attack aje tp saya cekalkan hati utk teruskan memandu. Alhamdulillah takde apa pun yg jadi hinggalah saya selamat sampai ke pejabat isteri.

Selesai urusan, nak patah balik ke pejabat sendiri, nampak di seberang jalan tempat yg sama saya rasa 'semacam' tadi..kemalangan dahsyat melibatkan  4 buah kereta. Ada yg terbalik, cermin blkg pecah (Viva), 2 kereta terperosok ke bahu jln (Waja n Wira) n satu hilux tersadai kt pembahagi jln..rupa2nya itulah petanda nak jadi sesuatu..Syukur perkara tu tak jadi kt diri sendiri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054956 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list