|
audio konsert LT tu best.. vokal siti pun clear dan best..
fragmen ni belum lagi nak beli.. kat melaka dah ada belum? malas nak buru.. tengok nanti bila2 pegi mall.. hihohoho.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penjelasan tokti psl kenapa 9 lagu n knapa Muara HAti n Galau xsmk dlm list.
bg aku cukup logik penjelasan tu... kt mahukan killer bkn filler.
Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua peminat yang sudah mendapatkan album Fragmen pada hari pertama di pasaran. Terima kasih juga kepada yang sedia menunggu. InshaAllah, album tersebut akan sampai juga ke tempat anda. Pihak Universal selaku penerbit sekaligus pengedar album ini sedang berusaha sebaiknya untuk memasarkan album ini ke seluruh Malaysia secepat mungkin. Pihak kami ingin memperjelaskan jika ada kemusykilan.
-Album yang hendak dipasarkan ke luar dari Malaysia haruslah menerusi pengedar di setiap negara itu, misalnya Universal Music di setiap negara. Harus melalui proses ini dan tentu mengambil sedikit masa.
-Sewaktu memuatnaik teaser lagu Seluruh Cinta bersama Cakra-itu adalah promosi terbaru/projek terbaru sewaktu ke Indonesia dan tidak dinyatakan untuk dimasukkan ke dalam album Fragmen tetapi ada berbincang jika boleh dimasukkan. Perjanjiannya adalah untuk projek lain, bukan untuk album Fragmen. Ini anda harus fahami justeru itu baik pihak Dato' Siti atau pengurusan tidak memaklumkan lagu itu untuk album Fragmen. Salah faham itu boleh mencetuskan persepsi yang salah dan tidak seharusnya dijadikan perdebatan. Jika itu adalah pertanyaan, di sini kami sudah menjelaskan.
-Kenapa 9 lagu? Ada beberapa sebab sebenarnya. Sewaktu sesi pemilihan lagu untuk album Fragmen secara berperingkat, ada juga di saat2 akhir, lagu yang telah dipilih sudah diberikan oleh komposer kepada orang lain, ada juga yang tidak jadi diambil atas alasan2 lain dan sebagainya. Ini menjadikan 9 buah lagu dan hal ini telah diperbincangkan dengan 3 pihak. Aubrey Suwito selaku penasihat album, SNP dan Universal. Bersetuju dengan kata2 Aubrey berbunyi `` 9 lagu ini sudah cukup, masing2 ada kekuatan tersendiri, hala tujunya jelas, arah muziknya bersatu, kita ada 9 lagu `killer'. tidak ada satu lagu pun sekadar `filler'. Kita tidak tahu jika masukkan lagi sebuah lagu dan jadi 10, apakah lagu ke 10 itu menepati atau sekadar mahu dimasukkan saja?
-Kenapa Galau dan Muara Hati tak dimasukkan dan jadikan 10? Jawapannya sangat jelas. Galau dan Muara Hati bukan lagu dalam pembentukan album Fragmen. Galau adalah single memperkenalkan kerjasama di antara SNP dan Universal dan Muara Hati adalah lagu tema drama Adam & Hawa yang dipadukan Hafiz & DCT dalam satu single duet. Fragmen adalah album yang dibentuk sendiri di bawah perbincangan Aubrey dan DCT dan mendapat persetujuan Universal. Hala tuju muziknya harus sama, konsepnya harus selaras dan bukan sekadar memasukkan lagu2 yang pernah dirakamkan untuk dijadikan 10 lagu dalam 1 album. Berbeza dengan Lebih Indah kerana lagu itu adalah lagu pertama yang diciptakan untuk album baru ini.
Semoga semua pihak di luar sana jelas meskipun jika pihak lain, kami kira tidak melayan desas desus atau menjawab seperinci begini. Atas dasar tanggungjawab dan pihak kami tidak dihujani pertanyaan, kami menjawabnya.
Terima kasih semua
|
|
|
|
|
|
|
|
tu dia.. ok berita diterima ct, roger n out |
|
|
|
|
|
|
|
takde maknanya...kurang2 bagi ler free produk simplysiti ke atau voucher, vcd kecik free ke kan...tak pun bonus track/hidden track minus one...boleh gak karaoke kat rumah sesambil tumbuk sambal time masak untuk berbuka |
|
|
|
|
|
|
|
Penjelasan yang cukup JELAS.
Kalau ada yang masih tanya n komen dekat insta 'Mana lagu dengan Cakra Khan?' sila jegil biji mata dekat dia |
|
|
|
|
|
|
|
RosesAre_Red posted on 1-7-2014 06:58 AM
mahal kak six
kak sri cakap boleh beli 3 kotak telur
betul cakap sri. meh makan telur ramai2.
|
|
|
|
|
|
|
|
izzlatif posted on 1-7-2014 01:41 PM
Penjelasan yang cukup JELAS.
Kalau ada yang masih tanya n komen dekat insta 'Mana lagu dengan Cakr ...
masalahnya yg byk ckp tu tunggu turn jer nk dload atau dgr kt utube..
beli haram xder...hahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua peminat yang sudah mendapatkan album Fragmen pada hari pertama di pasaran. Terima kasih juga kepada yang sedia menunggu. InshaAllah, album tersebut akan sampai juga ke tempat anda. Pihak Universal selaku penerbit sekaligus pengedar album ini sedang berusaha sebaiknya untuk memasarkan album ini ke seluruh Malaysia secepat mungkin. Pihak kami ingin memperjelaskan jika ada kemusykilan.
-Album yang hendak dipasarkan ke luar dari Malaysia haruslah menerusi pengedar di setiap negara itu, misalnya Universal Music di setiap negara. Harus melalui proses ini dan tentu mengambil sedikit masa.
-Sewaktu memuatnaik teaser lagu Seluruh Cinta bersama Cakra-itu adalah promosi terbaru/projek terbaru sewaktu ke Indonesia dan tidak dinyatakan untuk dimasukkan ke dalam album Fragmen tetapi ada berbincang jika boleh dimasukkan. Perjanjiannya adalah untuk projek lain, bukan untuk album Fragmen. Ini anda harus fahami justeru itu baik pihak Dato' Siti atau pengurusan tidak memaklumkan lagu itu untuk album Fragmen. Salah faham itu boleh mencetuskan persepsi yang salah dan tidak seharusnya dijadikan perdebatan. Jika itu adalah pertanyaan, di sini kami sudah menjelaskan.
Noted. Thanks.
-Kenapa 9 lagu? Ada beberapa sebab sebenarnya. Sewaktu sesi pemilihan lagu untuk album Fragmen secara berperingkat, ada juga di saat2 akhir, lagu yang telah dipilih sudah diberikan oleh komposer kepada orang lain, ada juga yang tidak jadi diambil atas alasan2 lain dan sebagainya. Ini menjadikan 9 buah lagu dan hal ini telah diperbincangkan dengan 3 pihak. Aubrey Suwito selaku penasihat album, SNP dan Universal. Bersetuju dengan kata2 Aubrey berbunyi `` 9 lagu ini sudah cukup, masing2 ada kekuatan tersendiri, hala tujunya jelas, arah muziknya bersatu, kita ada 9 lagu `killer'. tidak ada satu lagu pun sekadar `filler'. Kita tidak tahu jika masukkan lagi sebuah lagu dan jadi 10, apakah lagu ke 10 itu menepati atau sekadar mahu dimasukkan saja?
Setuju. Killer is better than filler. Daripada 10 lagu tapi satu hanya filler, lebih baik letak 9 lagu. Saya setuju dan faham. Walaupun tafsiran setiap individu tentang lagu-lagu yang diiktiraf sebagai killer atau filler berbeza.
Tapi kenapa tak cari satu lgu killer lain untuk jadikan 10 lagu? Alang2 kami menunggu, apalah salah letak satu lagi lagu killer meingikut tafsiran 3 pihak yang membuat keputusan itu? RM36.90 harga yang agak luar biasa untuk album yang ada 9 lagu.
-Kenapa Galau dan Muara Hati tak dimasukkan dan jadikan 10? Jawapannya sangat jelas. Galau dan Muara Hati bukan lagu dalam pembentukan album Fragmen. Galau adalah single memperkenalkan kerjasama di antara SNP dan Universal dan Muara Hati adalah lagu tema drama Adam & Hawa yang dipadukan Hafiz & DCT dalam satu single duet. Fragmen adalah album yang dibentuk sendiri di bawah perbincangan Aubrey dan DCT dan mendapat persetujuan Universal. Hala tuju muziknya harus sama, konsepnya harus selaras dan bukan sekadar memasukkan lagu2 yang pernah dirakamkan untuk dijadikan 10 lagu dalam 1 album. Berbeza dengan Lebih Indah kerana lagu itu adalah lagu pertama yang diciptakan untuk album baru ini.
Semoga semua pihak di luar sana jelas meskipun jika pihak lain, kami kira tidak melayan desas desus atau menjawab seperinci begini. Atas dasar tanggungjawab dan pihak kami tidak dihujani pertanyaan, kami menjawabnya.
Terima kasih semua
Noted.
Dah dengar full album. Secara keseluruhan, lagu-lagu dalam album ini memang best.
Paling best, Membunuh Benci. Sangat seimbang. Simple melodi, suara, dan lirik sangat istimewa.
Pada pendapat saya, ;agi Membunuh Benci bakal jadi lagu favourite rakyat Malaysia. Fenomena luar biasa seperti lagu Seindah Biasa, Percayalah, Aku Cinta PadaMU,Cindai, Nirmala, Biarlah Rahsia, Destinasi Cinta. Insya Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Asyik ulang2 lagu Membunuh Benci. Lagu yang sangat menangkap walaupun first time dengar. Tahniah Acap, Hairul Anwar Harun dan Siti Nurhaliza. |
|
|
|
|
|
|
|
so skrang tugas Universal la nk push lagu2 yg terbaik cam Membunuh Benci n Mula dan AKhir kt radio..psl kalo SNP yg wat keja bab promote lagu ni agak fail skit... |
|
|
|
|
|
|
|
Ranking:
1) Membunuh Benci
2) Mula Dan Akhir
3) Warna Dunia
Tak ada satu pun lagu yang lemah. Semua kuat cuma lagu Sanubari memang pelik sikit. Least favourite. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha.. kelas kak six dah dapat.. takpe i akan menunggu dgn sabar.. (katenyerr)
Harap tak terlalu lama sebab takut terpengaruh dgn jerat internet gara2 tunggu lama sgt hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
sixret posted on 1-7-2014 02:58 PM
Asyik ulang2 lagu Membunuh Benci. Lagu yang sangat menangkap walaupun first time dengar. Tahniah Aca ...
dah beli ke?
sabar menunggu kuar kt itunes dan sampai kuching |
|
|
|
|
|
|
|
-Sewaktu memuatnaik teaser lagu Seluruh Cinta bersama Cakra-itu adalah promosi terbaru/projek terbaru sewaktu ke Indonesia dan tidak dinyatakan untuk dimasukkan ke dalam album Fragmen tetapi ada berbincang jika boleh dimasukkan. Perjanjiannya adalah untuk projek lain, bukan untuk album Fragmen. Ini anda harus fahami justeru itu baik pihak Dato' Siti atau pengurusan tidak memaklumkan lagu itu untuk album Fragmen. Salah faham itu boleh mencetuskan persepsi yang salah dan tidak seharusnya dijadikan perdebatan. Jika itu adalah pertanyaan, di sini kami sudah menjelaskan.
----- Perancangan kat sini lah orang salah faham ni --- http://www.youtube.com/watch?v=XxL8DdqmFhg
-Kenapa 9 lagu? Ada beberapa sebab sebenarnya. Sewaktu sesi pemilihan lagu untuk album Fragmen secara berperingkat, ada juga di saat2 akhir, lagu yang telah dipilih sudah diberikan oleh komposer kepada orang lain, ada juga yang tidak jadi diambil atas alasan2 lain dan sebagainya. Ini menjadikan 9 buah lagu dan hal ini telah diperbincangkan dengan 3 pihak. Aubrey Suwito selaku penasihat album, SNP dan Universal. Bersetuju dengan kata2 Aubrey berbunyi `` 9 lagu ini sudah cukup, masing2 ada kekuatan tersendiri, hala tujunya jelas, arah muziknya bersatu, kita ada 9 lagu `killer'. tidak ada satu lagu pun sekadar `filler'. Kita tidak tahu jika masukkan lagi sebuah lagu dan jadi 10, apakah lagu ke 10 itu menepati atau sekadar mahu dimasukkan saja?
------ "lagu yang telah dipilih sudah diberikan oleh komposer kepada orang lain" kata ada perjanjian, boleh pula past-past lagu itu ini dekat orang lain pula.
------ 9 lagu `killer' -- kenapa tak cari je 1 lagi lagu `killer', cukupkan 10.
-Kenapa Galau dan Muara Hati tak dimasukkan dan jadikan 10? Jawapannya sangat jelas. Galau dan Muara Hati bukan lagu dalam pembentukan album Fragmen. Galau adalah single memperkenalkan kerjasama di antara SNP dan Universal dan Muara Hati adalah lagu tema drama Adam & Hawa yang dipadukan Hafiz & DCT dalam satu single duet.
---------- perlu ke paste ahkbar lama kat sini, apa lagu yang nak dimasuk untuk album baru.
Fragmen adalah album yang dibentuk sendiri di bawah perbincangan Aubrey dan DCT dan mendapat persetujuan Universal. Hala tuju muziknya harus sama, konsepnya harus selaras dan bukan sekadar memasukkan lagu2 yang pernah dirakamkan untuk dijadikan 10 lagu dalam 1 album. Berbeza dengan Lebih Indah kerana lagu itu adalah lagu pertama yang diciptakan untuk album baru ini.
--------- maksudnya a;bum ni baru sahaja dirancang tahun 2013, bukan dari tahun 2012. setahun jelah lambat.
--- single pertama album ini Lebih Indah ke?Teringat kata-kata seorang itu, yang marahkan peminat dan cakap Lebih Indah hanya lagu untuk promosi Simplysiti bukan single untuk di release di radio,tp akan masuk dalam album baru.
Apa-apa pun tahniah sudah keluarkan album baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Jeles wehhhh dengar review korang......tengah posa nie malas nak jejakkan kaki ke mall. Weekend nie balik kampong plak....uwaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Memang fragmen sangat2 best lagu2nya. Memang bukan pop tipikal..menampilkan kematangan dari segi muzik, susunan lagu, lirik dan vokal. Sangat2 suka dengan vokal Siti dalam membunuh benci, sangat mantap. Mula dan Akhir cetusan Awi Rafael dan Tanti sangat2 menyentuh hati..terutama liriknya..memang boleh kaitkan dengan diri kita..ada sebut taubat semua..sesuai dengan mood ramadan. Warna Dunia memang best, ala2 lagu dance international.. Kau sangat bererti bisa mencairkan, terbaik bagimu dan sanubari. Intro lagu Aku Siti bercakap, memang kelainan dan first time suka lagu Faizal Tahir. Memang puas hati. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
graxier06 posted on 1-7-2014 07:56 AM
xpenah dgr yg live..
tp studio yg aku dgr ni sedap gak la...
Kalau pendapat saya, feel versi live lebih baik plus kemerduan dan kelunakan..tp versi studio kawalan vokal lagi baik..setelah biasa dihalwatelingakan versi live, mungkin versi studio perlu ambil masa untuk diserap sepenuhnya emosi... |
|
|
|
|
|
|
|
weh... aku cek kat giant batu cave takde lagi pun....!!! malas nak masuk areak KL time2 ujan tadi!!!
kempunan lagi!
org kl beli kat selain dari KLCC? tadi try suruh kawan aku tanya kat 1utama senyap je dia!... |
|
|
|
|
|
|
|
huh esok try g cari.......kempunan lom dengor |
|
|
|
|
|
|
| |
|