aKudaRikayanGan posted on 29-5-2014 03:54 PM
huhuhu mas tak tahu la bentan tu cmne lalink....
masa mas pantang tu dr hr ke 20 mas kena...klu ...
ni info psl bentan
"Bentan adalah dimana keadaan ibu berpantang yang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat di ketahui puncanya secara tiba-tiba.
Ini selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah. Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang-kadang selepas tempoh berpantang. Ada juga kesannya sehingga bertahun-tahun.
JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA DAN CARA RAWATAN.
1. Bentan Urat
- Badan ibu tiba-tiba lemah, demam serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan lutut menggigil kesejukan meskipun tengahari, seluruh otot badan tegang dan kekejangan.
- Biasanya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau.
2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)
- Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah unttuk meluruskan badan si ibu.
- Selalunya terjadi jika ibu mengangkat benda-benda berat.
- Ibu digalakkan baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal, atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.
3. Bentan Urat Besar (Pinggang)
- Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui behagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian tongkeng (belakang).
- Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jingkit.
Oleh sebab itu, wanita berpantang digalakkan supaya banyak berehat, jangan terkena hujan,mahupun tempiasnya sekalipun, jangan mandi lama-lama, elakkan mandikan bayi sendiri dan jangan mengangkat benda berat. Sakit bentan ini tidak tertanding dan sakitnya boleh membuatkan ibu berpantang merana."
|