CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL: MAWAR

[Copy link]
 Author| Post time 27-10-2015 03:08 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-10-2015 10:41 AM
eh.. dah tau ye sapa mr. X? macam ketinggalan je chapter tu

ada...cuba belek Dan Sebenarnya...bab last2 tu..
Hawa dan pakcik dia berlawan dengan Saiful ..

kalau nak tahu la..sebelum di'delete' oleh ku nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 03:48 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-10-2015 07:02 PM
masih berkarya tapi bukan kat sini..
kat thumbdrive..

nak jugak @Ipo update kt sini... tak kira... nak jugak... kalau tak merajuk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:31 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-10-2015 03:08 PM
ada...cuba belek Dan Sebenarnya...bab last2 tu..
Hawa dan pakcik dia berlawan dengan Saiful ..

...

jenuh tau terobek.. mr x masih misteri kan..

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:55 AM | Show all posts
ipo..........tak dak sambungan lagi ka?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2015 11:36 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 28-10-2015 10:45 PM

Borman pandang Mawar yang beria ingin tahu tentang bunga mawar putih itu. Dari riak wajah gadis itu, bunga itu seperti sangat penting padanya. Teringat kata-kata Cempaka Sari dulu, bunga mawar putih pelik itu juga yang dicari. Pernah Cempaka Sari mengajaknya mencari bunga mawar putih, sama seperti yang dimaksudkan oleh Mawar. Sudah jenuh masuk keluar kedai bunga. Tiada satu pun yang Cempaka Sari inginkan. Pelik juga..entah macam manalah agaknya bunga mawar putih yang masih menjadi misteri sehingga Cempaka Sari sendiri hilang tanpa jejak.

Rasa menyesal dalam diri bila menolak ajakan Cempaka Sari untuk mencari bunga mawar putih  itu di sebuah kampung pendalaman. Malas hendak melayan kehendak Cempaka Sari yang dirasakannya seperti mengada-ngada. Permintaan Cempaka Sari yang pelik dan sukar dipenuhi. Cempaka Sari pula tidak pernah mahu menjawab pertanyaannya tentang mawar putih itu. Untuk apa? Kenapa begitu beria dia ingin mencari nya??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2015 12:10 AM | Show all posts
"Sebenarnya..Cempaka Sari pun cari bunga tu." Borman berterus terang. Riak Mawar sudah berubah.

"Apa? Dia pun cari bunga mawar putih pelik tu?" Ikram pula bertanya. Borman dipandang tak berkelip. Tentu ada rahsia tentang mawar putih misteri itu. Mawar pun tidak beritahu apa-apa tentang itu. Apa yang jelas, bunga itu harus dicari.

Mawar diam. Kini dia faham kenapa  bunga itu penting dan kenapa arwah mama menyuruhnya mencari bunga mawar putih pelik itu sampai ke sebuah kampung pendalaman dan dia bersama Helmi meredah belukar menuju ke rumah seorang kiyai. Kiyai itulah yang memiliki bunga mawar putih itu. Sekarang, bunga itu juga sudah hilang. Kalau benar masih dengan Mila, dia perlu mendapatkannya.

Mungkin bunga itu ada kaitan dengan Cempaka Sari yang dikatakan hilang entah ke mana.Tiada jejak.

"Err..Ikram, kalau benar bunga itu ada pada Mila, boleh tak kita ambil dari dia?" Mawar berkalih mata pada Ikram yang sudah berkerut kening.

"Mawar..maafkan saya. Sebab saya cuai jaga bunga tu..nanti saya minta dengan Mila. Saya yakin, Mila masih simpan bunga tu.." Balas Ikram dengan nada kesal.

Mawar diam. Dia tahu, sudah banyak kali Ikram meminta maaf padanya tentang bunga itu. Dia juga tidak sangka, bunga yang dicari bersama Helmi itu akan hilang juga. Apakah patut dia beritahu perkara sebenar yang dia sekarang sedang menyamar dan berpura-pura hilang ingatan? Apakah akan terjejas siasatannya nanti tentang kes pembunuhan keluarganya dalam rompakan itu?

Mengingatkan itu, dia perlu berhati-hati. Dia yakin, akan tiba saat dirinya akan disingkir dari siasatan itu kerana ianya berkaitan dengan keluarganya sendiri. Tuan Kadir sudah maklum tentang itu dan Dato Hassan pula seperti ada sesuatu yang tidak kena. Pertama kali bersua muka dengan Dato Hassan ketika kali pertama dalam majlis suaikenal pasukan polis perisik yang baru, wajah lelaki itu berubah riak. Pucat dan seperti ternampak hantu di siang hari!

"Maaf..saya minta diri dulu. Penat.." Mawar bingkas dari duduknya dan ingin melangkah ke bilik.

"Mawar...tunggu. Hujung minggu ni saya jemput awak. Saya dah beritahu Pak Andak dan Mak Andak, kita akan bermalam di sana seminggu sebab Pak Andak nak ajar silat. Boleh?" Pantas saja Ikram menahan Mawar.

"Amboi! Tak ajak aku pun!" Arisha mencebik.

"Ha'ah. Ajak Mawar je ke?" Celah Ezzie pula. Terjuih mulutnya memandang Ikram yang tersengih-sengih.

"Aku bukan tak nak ajak..kan korang balik kampung. Tambah cuti panjang...dah tamat belajar kan? Kau Arisha, kau mesti dah ada plan nak melancong ke Europe kan?" Sindir Ikram, tersengih melihat riak Arisha dan Ezzie yang bagai budak kecil merengek nak ikut. Merajuk bila tak diajak.

"Alah..kau tu berdua je dengan Mawar. Bukan boleh percaya! Aku tak kira, aku nak ikut jugak. Aku nak temankan Mawar. Lagipun, aku pun nak jugak belajar silat tu. Kan Ezzie?" Arisha jeling Ezzie di sebelahnya.

"Aku ikut sekali boleh?" Borman turut berminat.

Ikram garu kepala. "Oklah.."
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-10-2015 12:11 AM | Show all posts
ok..dah sambung sikit..malam ni tak mengantuk
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:58 AM | Show all posts
elok trlatih mawar ni trkjut pn msh gna bhasa kuno lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 08:05 AM | Show all posts
sikit sangatlah Ipo...nak lagi boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:31 AM | Show all posts
Ipo replied at 29-10-2015 12:11 AM
ok..dah sambung sikit..malam ni tak mengantuk

Ipo... siht x? ke msih sakit.hmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 01:33 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 31-10-2015 12:35 PM

BAB 14



GELANGGANG yang diterangi dengan cahaya dari api jamung yang diperbuat daripada pelepah dan daun kelapa kering sekeliling itu sudah mula dipenuhi dengan pelajar. Pakaian berwarna hitam dan lilitan kain merah di pinggang dan kepala setiap pelajar menunjukkan pelajar sudah bersedia untuk berlatih. Percikan api dari unggun api di sebelah kiri gelanggang hanya sekadar untuk menghalau nyamuk.

Pak Andak melihat seorang demi seorang anak muridnya yang sudah bersedia dalam barisan memanjang, menunggu arahan darinya. Matanya jatuh pada Ikram dan kawn-kawan Ikram yang lain. Lama tujahan anak matanya pada Mawar yang berdiri dihujung barisan. Terusik jiwa melihat gadis itu. Terkenang pada Cempaka Sari. Pakaian silat yang tersarung pada tubuh Mawar adalah milik Cempaka Sari. Padan dan muat dengan Mawar. Sebak bila mengingati semua itu. Cempaka Sari diajar silat sehingga mahir. Semua jenis silat sudah diajar.

Mawar perasan mata Pak Andak tidak lepas dari memandangnya. Mungkinkah Cempaka Sari yang dirindui lelaki itu? Dia kemudian beralih pandang pada Ikram dan yang lain yang sudah bersedia untuk belajar silat. Hanya kumpulan mereka saja yang ada pada malam itu. Bermakna termasuk pak Andak, mereka semua berjumlah enam orang.

"Pakcik..kami dah sedia." Ikram memecah kesunyian malam. Hanya kedengaran cengkerik berirama.

"Maafkan pakcik.." Pak Andak tersedar. Segera matanya disapu. Berair.

Mawar menjeling Arisha dan Ezzie yang berbisik dari tadi. Mungkin mereka berdua perasan dengan tingkah Pak Andak sebentar tadi. Dia melihat pula sekitar gelanggang. Hanya di kawasan sekitar sahaja yang diterangi obor api. Jauh dari itu, kawasan amat gelap. Tadi, sewaktu mereka berjalan ke situ, dia perasan tempat itu agak jauh ke dalam, menghala ke kawasan hutan. Malah, di sekeliling gelanggang pula dipenuhi pokok tinggi dan hutan belukar. Diamati lagi sekitar gelanggang. Ada satu lorong menuju ke kawasan ladang kepala sawit. Mungkin itu laluan yang digunakan oleh penduduk kampung ini untuk ke ladang.

Sebaik dia mengalih mata ke arah Pak Andak semula, Pak Andak sedang mengemaskan semutar di kepala. Ikram pula dari tadi seperti tidak mahu mengalih pandang padanya.

"Kita akan mulakan dengan membuka gelanggang." Pak Andak mula duduk bersila.

Semua yang lain mula menurut apa yang dilakukan oleh Pak Andak. Kedua tangan ditadah untuk berdoa. Kumat-kamit Pak Andak membaca doa pembukaan. Doa agar pembelajaran silat mereka pada malam itu tidak diganggu oleh anasir jahat manusia, jin, syaitan dan terhindar dari nafsu jahat dan sifat mazmumah dalam diri.

"Psst...pakcik tu doa apa? Aku dengar macam dia sebut jin syaitan je.." Bisik Borman pada Ikram di sebelahnya.

Ikram hanya menyiku lengan Borman agar tidak bersuara. Tangan ditadah dan mengaminkan doa Pak Andak sehingga selesai.  Usai berdoa, mereka semua berdiri tegak semula dalam barisan memanjang. Pak Andak berdiri sambil berpeluk tubuh sambil memandang tepat pada semua pelajar barunya pada malam itu.

"Malam ini, kita akan belajar yang asas dulu. Bila dah biasa dengan yang asas, malam esok kita melangkah setapak." Tegas suara Pak Andak.

Ikram dan yang lain serentak mengangguk.

"Sekarang kamu semua duduk melutut dengan kedua penumbuk menyentuh lantai gelanggang. Sila duduk bertentangan dengan aliran angin. Yang perempuan dan lelaki jangan bercampur." Arah Pak Andak lagi. Bila dia melihat semuanya sudah berada dalam keadaan berlutut dan menunduk kepala, kedua genggaman tangan penumbuk mula menyentuh tanah.

Pak Andak mula acara buka gelanggang dengan membaca surah Al-Fatihah, Tiga Qul dan Selawat kepada Rasulullah sawa sebanyak tujuh kali. Selesai membaca, Pak Andak mula mengadap kiblat dan kedua tangan ditadah lagi untuk berdoa diikuti pesilat lain. Tajam mata dan telinga Pak Andak cuba melihat dan menangkap jika ada sesuatu yang tidak kena terutama desiran angin. Dia perlu berhati-hati.

Selesai berdoa, semua pesilat diarahkan berdiri sekali lagi. Pak Andak memerhati seorang demi seorang. Dari pemerhatiannya, matanya asyik pada Mawar. Dia tahu, Mawar bukan gadis biasa. Firasatnya, gadis itu ada ilmu yang tinggi dalam ilmu pertahanan diri. Apakah gadis itu berpura-pura tidak tahu dan tidak pernah belajar ilmu silat?

Tepat jam, sepuluh malam, Pak Andak mula mengajar silat asas. Langkah-langkah yang asas diajar satu persatu. Ilmu Pencak silat diajarkan pada pelajar baru. Seorang demi seorang diajar. Berdiri tegap dan kedua tangan lurus ke bawah. Kemudian disusuli gerakan genggaman tangan diangkat ke paras pinggang dan seterusnya diangkat setinggi bahu dan akhirnya kedua tangan terbuka dengan jari rapat dan dalam keadaan menyilang.

"Sekarang hafal langkah yang pakcik ajar..kita panggil kuda-kuda." Pak Andak mula menunjukkan langkah seterusnya. Kuda-kuda depan,kuda-kuda tengah, kuda-kuda samping, kuda-kuda belakang.

Pak Andak berpuas hati melihat Ikram dan yang lain cekap dan mudah menghafal langkah. Lebih dari sepuluh kali anak muridnya perlu melakukan setiap langkah kuda-kuda tadi sebelum dia mengajar pula jenis-jenis pukulan. Matanya tajam melihat gerak geri Mawar yang padanya agak lain dari pelajar lain. Gerak langkah Mawar seperti gadis itu sudah biasa dengan ilmu persilatan. Berlainan dengan yang lain, asyik terbabas langkah saja.
Apakah Mawar sebenarnya Cempaka Sari? Getus hati Pak Andak.

"Alhamdulillah..kamu semua sudah boleh melakukan semua jenis kuda-kuda dan pukulan. Pukulan lurus, bandul, melingkar dan memancung semuanya perlukan kecekapan dan kemahiran. Selalu berlatih. Itu adalah langkah untuk mengasak musuh." Sekali lagi Pak Andak menjelaskan kegunaan semua langkah yang diajar.



DARI bawah sebatang pokok kelapa, Derus dan Aziz asyik mengintai dari tadi. Perasaan ingin tahu Derus tentang gadis yang mirip Cempaka Sari itu membuatnya tidak senang duduk. Siang tadi, tidak sangka, sekali lagi dia terserempak dengan gadis itu bersama kawannya berbual di anjung rumah Pak Andak. Terus saja dia mengajak Aziz ke gelanggang silat bila mendapat tahu Pak Andak akan mengajar silat.

"Jis, kau nampak tak tu?" Jari dituding ke arah Mawar yang sudah mengenakan pakaian silat. Persis Cempaka Sari. Derus menelan liur. Gadis itu tidak pernah hilang dari benaknya.

"Ya..sebiji macam Cempaka Sari." Jawab Aziz, mata masih menala ke arah gelanggang yang kelihatan berbalam-balam disimbahi cahaya dari jamung.

"Kau tak rasa ke itu Cempaka Sari? Kan itu pakaian silat milik Cempaka Sari. Muat-muat dengan minah tu." Derus mengamati Mawar dan yang lain yang sedang berhenti rehat di unggun api.

"Entahlah..Cempaka Sari kan dah mati. Pak Andak sendiri yang beritahu." Aziz ingatkan Derus.

"Aku tak percaya. Kalau betul dia mati, mana kubur dia? Yang ada kubur ayah mak dia je." Ujar Derus pula.

"Aik! Mana kau tahu ni? Kau tahu ke kat mana kubur mak ayah Cempaka Sari?" Aziz tercengang. Derus dipandang tak berkelip. Pelik..lelaki itu hanya kenal Cempaka Sari di kampung itu saja dan Pak Andak tidak pernah bercerita tentang asal usul dan di mana Cempaka Sari dan kedua orangnya berada. Bagaimana pula Derus boleh tahu??

"Err...aku kan suka Cempaka Sari. Mestilah aku korek segala hal berkaitan minah tu." Derus sengih. Agak pucat mukanya ketika ini. Mulut celuparnya sudah terlepas cakap. Harap Aziz tidak syak apa-apa padanya. Apa yang harus dijawab nanti kalau bos dapat tahu. Mampus dia akan jadi buruan! Sudahlah dia dipergunakan untuk membuat onar pada keluarga Cempaka Sari. Nasiblah sampai sekarang kes itu hanya dikaitkan dengan rompakan saja. Ah, kalau aku tertangkap sekali pun, aku akan bongkarkan siapa dalangnya!

Derus jeling Aziz yang kembali melihat ke arah gelanggang. Sekali sekala dia menepuk lengan yang digigit nyamuk. Membebel sendiri. Lega...nampaknya Aziz tidak syak apa-apa. Sebatang kayu di sebelah kirinya dicapai.

"Eh, kau nak buat apa dengan dahan kayu tu?" Aziz menegur Derus. Satu dahan yang agak ringan sudah dalam genggaman Derus.

"Aku nak lontar. Aku nak tengok, kalau betul minah tu adalah Cempaka Sari, tentu dia dapat tangkap kayu ni!" Serentak itu Derus sehabis kuat melontar kayu itu ke arah Mawar. Dia yang juga pernah belajar silat dengan Pak Andak, begitu mudah lontaran itu dihala ke arah Mawar.




Paaaaaaapppppppp!!

Pantas Mawar menangkap batang kayu yang tiba-tiba terbang ke arahnya tadi. Liar matanya memandang ke arah lontaran tadi. Lalu dilontar semula.

Argghhh!!

Bunyi derapan tapak kaki bertempiaran lari dalam keadaan gelap. Mereka yang lain turut tercegat bangun melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Pak Andak masih duduk bersila. Dia hanya memerhati. Firasatnya tepat. Gadis itu cekap!!

"Mawar..kau ok?" Ikram panik. Nyaris batang kayu tadi terkena dada Mawar.

"Saya baik saja." Mawar masih memandang ke arah lontaran batang kayu tadi.

Bergegas Ikram dan Borman berlari ke arah lontaran tadi. Melingas mencari kelibat yang menjerit kesakitan tadi. Hanya sebelah selipar saja yang ditemui. Dia dan Borman kembali ke gelanggang.

"Siapa?" Arisha pula bertanya. Mukanya turut pucat. Terkejut melihat tiba-tiba saya sebatang kayu melayang ke arah Mawar. Kalau dia berada di tempat Mawar tadi, agaknya batang kayu yang agak tajam hujungnya itu sudah menembusi dadanya. Ezzie di sebelahnya turut panik. Melilau melihat sekitar gelanggang.

"Entah..ni, selipar je ada.." Ikram tunjuk selipar jepun lusuh yang diambil tadi.

"Yalah..siapa agaknya yang jahat sangat. Kalau nak berlawan pun, agak-agak la pilih musuh. Ni dia aim  perempuan! Pantang aku!" Borman membebel.

Arisha dan Ezzie senyum kelat. Poyo!

"Sudah...tak ada apa. Anggaplah itu sekadar gurauan. Itu salah satu cara untuk kita sentiasa bersedia. Musuh ada di mana-mana dan bila-bila masa." Balas Pak Andak yang masih merenung Mawar.

Mawar yang perasan dirinya diperhatikan Pak Andak mula tersedar tindakannya tadi. Adoih...kantoi! Dia sedaya mungkin tidak mahu terlalu menonjol dalam silat tadi tetapi kejadian tadi di luar dugaannya.

Mereka semua kembali menyambung belajar sehingga lewat malam sebelum pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, Mawar salahkan dirinya yang tidak berhati-hati dalam tindakannya dan sekarang, dia merasakan semua mata memandangnya dan semua telinga hanya menunggu masa untuk menadah mendengar cerita darinya. Sudah tentu tentang hal lontaran batang kayu tadi.

Ikram pula ligat berfikir. Segala kejadian tadi seolah diulangtayang di benaknya. Cekap! Memang cekap Mawar menangkap batang kayu yang laju menghala ke arah gadis itu. Timbul tanda tanya dalam diri. Siapakah sebenarnya Mawar???

Borman memerhati tingkah Mawar. Setiap gerak geri gadis itu tidak ubah seperti Cempaka Sari. Hatinya mula gundah. Jika benar Mawar adalah Cempaka Sari, bermakna Cempaka Sari  masih hidup dan apa yang berlaku sekarang ini, menurut Ikram, Mawar masih tidak ingat apa-apa tentang siapa dirinya dan dari mana dia berasal.

Mawar cepatkan langkahnya. Dia sedar dirinya jadi perhatian termasuk Arisha dan Ezzie yang melihatnya dengan lirikan mata penuh tanda tanya. Sampai saja di rumah, dia segera membersihkan diri. Dia perlu tidur awal..sengaja mengelak dari disoal bermacam soalan nanti.

"Aku harap Helmi dah dapat jawapan dari mamat tu."Kata hati Mawar, teringat pada lelaki yang diculik dari restoran itu yang masih dalam kurungan di rumah rehat di Bagan Lalang. Setakat hari ini, tiada berita dari Helmi.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 01:53 PM | Show all posts
DALAM sebuah bilik kecil di sebuah rumah sewa di pinggir bandar, Helmi sedang khusyuk meneliti maklumat yang baru diterimanya. Puntung rokok ditenyeh dalam bekas habuk. Fail yang mengandungi maklumat keluarga Seri Mawar dalam kes rompakan itu dibaca satu persatu. Sehingga ke hari ini, tiada maklumat yang boleh mengaitkan Dato Hassan dalam kes itu. Buntu! Selama ini, segala tindak tanduk Dato Hassan mengundang curiga di hatinya. Malah Tuan Kadir seperti lembu dicucuk hidung. Menjadi pak turut dan mengikut saja apa jua arahan dari Dato Hassan.

"Haih...pening aku macam ni." Sebatang lagi rokok dinyalakan dan dihisap rakus. Berkepul asap dihembus memenuhi ruang bilik yang agak terhad itu. Penuh di dinding dengan keratan akhbar dan maklumat yang diperolehi dari pemberi maklumat.

Helmi tersenyum sendiri. Dia yang menjadi sebahagian dari pasukan polis perisik selama tiga tahun ini, tidak pernah sekalipun diiktiraf kerjanya malah dia pula sering dimaki hamun. Bukan dia tidak tahu kebolosan sistem perundangan. Walau ada yang jujur dalam melakukan tugas tetapi itu boleh dikira dengan jari.

Asap rokok dihembus lagi. Panggilan dari Seri Mawar dua hari lepas cukup membuat hatinya terusik. Mawar bersama Ikram bermalam di rumah Pak Andak di Bahau. Rasa cemburu kembali bersarang. Seri Mawar adalah cinta pertamanya dan tidak mungkin dia melepaskan gadis itu begitu saja tanpa berbuat apa-apa. Ikram hanyalah sebahagian dari objek siasatan gadis itu.

"Aku akan gunakan maklumat ni untuk aku singkirkan Ikram dari hidup Seri.." Helmi senyum sinis. Dia bersandar di kerusi. Mata menghala ke dinding. Maklumat siasatan terpampang di situ. Satu persatu dibaca.

"Mila...kenapa Seri nak aku rapat dengan Mila? Kenapa pulak bunga mawar putih tu ada dengan minah tu?" Helmi masih berfikir. Perbualannya dengan Mawar di rumah rehat dulu mula terngiang di telinga. Mawar beria menyuruhnya menyiasat siapa Mila.

Wajah Mila di skrin komputer ditatap seketika. "Emm..boleh tahan cantik minah ni.."

Helmi capai jaket yang disangkut di kerusi. Puntung rokok ditenyeh lagi ke bekas habuk. Dia kemudian mencapai kunci motorsikal. Setelah pasti komputer ditutup dan semua fail dikunci dalam laci, dia beredar dari bilik kecil itu menuju ke kampus. Mila...gadis itu dalam fikirannya sekarang ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 02:48 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 31-10-2015 03:21 PM

Cerita sudah lari dri plot asal..

Sori ya siapa yg mengikuti citer ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 05:41 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 1-11-2015 07:22 AM

MOTORSIKAL diparkir di tepi deretan gerai makan di luar kampus. Dari tadi perut minta diisi. Jarum jam sepuluh minit lagi ke angka dua belas malam. Helmi melangkah ke salah sebuah gerai yang menyediakan masakan panas. Hujan renyai mula turun membasahi bumi. Helmi berlari dari tempat parkir ke arah gerai. Melilau matanya mencari meja kosong. Helmet diletakkan atas meja.

"Kak! Kasi nasi goreng kerabu satu! Pedas ya! Teh tarik satu!" Helmi memesan makanan.

Sambil menunggu makanan tiba, dia capai telefon bimbit. Foto dan maklumat Mila dicari. Satu fail yang diberikan oleh Seri Mawar dua hari lepas. Satu persatu maklumat gadis itu diteliti. Senyuman nipis terukir di bibir.

"Ikram..Ikram..kenapa bongok sangat kau ni? Perempuan cantik macam ni pun kau tolak?" Helmi senyum sinis. Teringat cerita dari mulut Ser Mawar sendiri tentang Mila dan perasaan gadis pada Ikram. Ditolak mentah-mentah oleh Ikram.

"Apa kau ingat kau boleh dapat cinta Seri?" kali ini Helmi gelak sambil menggeleng.

Minuman dan makanan yang dipesan sudah tiba di meja. Tanpa buang masa, Helmi menikmatinya dengan lahap. Dari tengahari tadi lagi dia tidak mengisi perut. Sesekali dia melepas pandangan ke arah jalan di luar. Hujan semakin lebat. Di gerai itu pula hanya beberapa orang pelanggan saja yang ada. Mungkin sudah tengah malam dan ditambah lagi dengan hujan. Lebih baik melingkar dalam selimut waktu begini.

"Haih..kerja aku juga yang terpaksa bersengkang mata.." Keluh Helmi. Suapan terakhir nasi goreng kerabu masuk mulutnya. Teh tarik dihirup perlahan. Masih panas berasap. Ahh...segar bila diminum dalam keadaan sejuk hujan begini.

Matanya tertancap pada seseorang di sudut kiri meja. Nasibnya baik kali ini. Tidak perlu dia bersusah payah mencari Mila. Nampaknya gadis itu sedang menikmati mee goreng seorang diri. Beberapa keping gambar dirakam. Helmi hanya memerhati tingkah Mila. Diamati wajah yang menggilai Ikram itu.

"Heran aku..cantik juga dia ni. Kenapa Ikram tak pandang?" Helmi bersandar di kerusi. Sebatang rokok dinyalakan. mata tidak lepas dari memandang Mila. Dia jeling jam tangannya. 12.15 malam. "Jarang aku tengok perempuan selewat ni masih berada di luar.."

Helmi cepat-cepat bangun dan beredar. Dia mula mengekori Mila yang sudah menapak ke arah kereta.

"Cik!!" Helmi pantas menarik tangan Mila. Gadis itu tidak sedar ada sebuah kereta yang meluncur laju dari arah kanan hampir melanggar nya tadi.

"Terima kasih.." Muka Mila pucat. Memang dia tidak sedar dan perasan kereta itu. Dia sibuk mencari kunci kereta di dalam beg tangan.

"Lain kali..jalan pandang depan.." Helmi senyum.

"Maafkan saya..saya tak perasan." Mila membalas senyuman Helmi. Malu sebenarnya bila dia sendiri lalai.

"Tak apa.."

"Encik...ni..."

"Saya Benzalif..panggil Ben.." Helmi perkenalkan diri.

"Terima kasih..err..ni nombor telefon saya. Awak telah selamatkan saya tadi. Kalau awak perlukan apa-apa..call nombor ni.." Mila rasa terhutang budi. Dia menulis nombor telefon di atas sekeping kertas dan dihulurkan kepada Helmi.

Kertas bertukar tangan. Helmi mengukir senyum. Langkah pertama sudah berhasil.  "Emm..cik Karmila.."

"Ya saya.." Mila menguntum senyum. Dia pandang lelaki yang memiliki kumis nipis dan segak dengan jaket hitam itu beberapa kali. Segak dan berkarisma.

Sebelum Helmi minta diri,dia sempat beri nombor telefon pada Mila. "Ni nombor saya, kalau ada apa-apa nak minta tolong, call nombor ni.."

Mila mengangguk dan dia terus saja masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu keluar dari kawasan gerai. Helmi hanya melihat kereta gadis itu sehingga hilang dari pandangan.



HELMI senyum sendiri. Tidak dinafikan Mila seorang gadis yang cantik dan ayu tetapi hatinya mengatakan Seri Mawar lebih dari itu dan bukan kecantikan yang membuatnya jatuh cinta pada Seri Mawar tetapi kecekalan dan ketabahan Seri Mawar yang membuatnya terpikat. Cantik adalah satu bonus untuknya memiliki Seri Mawar.


"Aku akan pastikan Ikram jadi milik Mila.."


Enjin motorsikal dihidupkan. Motorsikal dipecut laju meninggalkan kawasan kampus menuju ke rumahnya semula. Hujan yang lebat tadi sudah mula berhenti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 06:32 PM | Show all posts
BAB 15


MALAM terakhir berada di rumah Pak Andak. Ikram pandang Mawar, Arisha dan Ezzie yang sedang menolong Mak Andak memasak nasi lemak untuk dijual di kedai Pak Meon di hujung kampung menuju ke jalan besar. Itulah sumber pendapatan Pak Andak dan Mak Andak selain dari hasil kepala sawit. Anak lelaki mereka di universiti dibiayai dengan duit hasil berniaga. Walaupun mendapat biasiswa, mereka berdua masih berniaga.

"Ikram, malam ni malam terakhir kita belajar silat. Pakcik puas hati dengan kamu semua. Cekap dan mudah diajar. Apa yang pakcik tengok, kamu semua kena lebihkan berlatih. Kalau ada masa lagi, datanglah lagi. Kita belajar silat cekak pula." Ujar Pak Andak.

"Boleh je pakcik. " Ikram senyum. Sememangnya dia sudah mula meminati bidang sukan itu.

"Pakcik..betul ke pakcik ayah angkat Cempaka Sari?" Borman dari tadi ingin bertanya.  Semalam baru Ikram buka mulut. Rasa nak marah dan nak bagi pelempang saja kat muka Ikram!

"Kenapa?" pak Andak menggosok dan melurut daun rokok. Langsung dia tidak pandang Borman. Pertanyaan Borman dirasakan tidak perlu dijawab.

"Saya kekasih dia dan kami hampir bertunang tapi seminggu sebelum tarikh bertunang, saya dapat berita sedih. Orang tua Cempaka Sari terbunuh dalam rompakan dan Cempaka Sari hilang tanpa jejak.." Borman berterus terang. Sudah lama dia pendam.

Pak Andak yang sedang ralit melurut daun rokok pantas mengangkat muka. Berkerut seribu dahi yang sudah sedia berkedut. Wajah anak muda itu ditatap lama.
"Jadi, Borman kenal Cempaka Sari?"

Borman mengangguk lemah. "Kami dah nak bertunang tapi.." Borman menundukkan wajah.. sugul.

Ikram menepuk bahu Borman. Dia faham perasaan lelaki itu. Kehilangan orang dicintai. Bukan mudah untuk terima kenyataan orang tersayang sudah hilang entah ke mana. Entah hidup, entah sudah tiada lagi di dunia ini.

"Cempaka Sari hilang??" Terkejut Pak Andak mendengar bicara Borman. Selama ini dia diberitahu tentang kematian Cempaka Sari.

"Ya pakcik..dia hilang. Puas saya cari tapi saya dah putus asa. Sampai sekarang saya cari dia.." Tambah Borman.

"Maksud kamu..Cempaka Sari tak mati?"

Sekali lagi Borman mengangguk tetapi kali ini dengan riak keliru. Keliru dengan kata Pak Andak. "Kenapa?"

Pak Andak diam. Rupanya dia dikhabarkan dengan berita palsu! Patutlah dia langsung tidak nampak kubur Cempaka Sari di mana-mana. Hanya kubur orang tua Cempaka Sari saja yang ada.

"Err..sebelum dia hilang, dia ada beritahu saya pasal bunga mawar putih. Dia kata bunga tu adalah penting untuk perubatan. Saya tak faham..perubatan apa yang dimaksudkan Cempaka Sari tapi bunga tu payah ditemui.." Borman meneruskan kata-katanya.

"Bunga??" Sekali lagi pak Andak terkejut. Daun rokok diletakkan kembali di dalam bekas tepak sirih.

"Ya..kenapa pakcik?" Ikram pula tidak sabar ingin tahu. Bunga itulah juga yang dicari Mawar. Harap Mila masih menyimpannya.

"Bunga tu sebenarnya ubat yang pakci gunakan untuk ubatkan sakit arwah ayah Cempaka Sari. Payah nak dapat bunga mawar putih tu. Sebenarnya..keluarga Cempaka Sari sudah dishir dengan sejenis racun. Bunga tu penawarnya.." Pak Andak terpaksa berterus terang.

"Racun? Sihir? Jadi..maknanya, Mawar pun diracun??" Ikram sungguh terkejut.

"Apa kamu cakap?" Pak Andak pula terkejut.

"Mawar ada bunga tu tapi hilang. Saya syak ada dengan kawan saya. panjang ceritanya pakcik.." Ikram pula berterus terang.

"Macam mana Mawar ada bunga tu?" Laju saja Borman bertanya Ikram. Tajam dia melihat Ikram yang sudah pucat mukanya.

"Saya jumpa dia dengan bunga tu di tangan.." Ikram menelan liur. Kini dia sudah faham dan sedar. Bunga mawar putih itu sangat penting.

"Jadi..Mawar tu siapa?" Pak Andak pula tidak sabar ingin tahu. Setahunya hanya Cempaka Sari saja anak tunggal Jamaluddin dan Samihah.

Ikram diam. Dia juga tidak tahu tentang itu. Mawar masih hilang ingatan dan tidak ingat apa-apa tentang keluarganya. Tidak mungkin dia menjawab pertanyaan pak Andak. Hanya Mawar saja yang tahu kisah sebenar.

"Kita dah lambat." pak Andak bingkas bangun dan segera bersiap untuk ke gelanggang silat.

Ikram dan Borman saling berpandangan. Mereka turut mengikut Pak Andak menapak ke halaman rumah. Mawar, Arisha dan Ezzie dipanggil dari ruang dapur. Mereka semua mula melangkah ke gelanggang yang terletak tidak jauh dari rumah Pak Andak.



HELMI tersenyum nipis. Dia menoleh kepada gadis yang duduk di sebelah penumpang. Mila tidak lepas dari memandang Ikram dan yang lain yang sudah menapak ke satu tempat dengan pakaian silat.

"Awak nampak bukan? Itulah perempuan yang saya maksudkan. Ikram sukakan perempuan tu." Helmi menyucuk jarum. Dia jeling Mila yang sudah mengetap bibir.

Mila tidak menjawab sepatah pun. Perempuan itulah yang ditemuinya di restoran dulu bersama Arisha. Disangkanya Cempaka Sari ketika itu tapi ternyata meleset. Jadi itulah perempuan yang digilai Ikram. Jadi bunga mawar putih adalah untuk perempuan itu sebenarnya. Hatinya membara panas.

"So, awak boleh dapat Ikram dengan syarat..kau serahkan.."

"Apa??!!" Tengking Mila. Dia pantas berpaling. Geram mendengar kata-kata Helmi. Nak tolong tapi nakkan balasan!Dasar lelaki!

"Wo...relaks. Jangan salah faham. Maksud saya..serahkan bunga mawar putih tu.." Helmi cepat-cepat mencelah. Riak Mila sudah berubah merah padam.

"Kalau saya serahkan, apa jaminan Ikram balas cinta saya?"

Helmi senyum. Nada gadis itu nampaknya sudah semakin geram. Memang benarlah..kerana cinta, sanggup lakukan apa saja. Sama sepertinya juga, kerana cinta juga, dia sanggup bermain kotor. Maafkan aku Seri...

"Bukan saja balas cinta, jadi suami terus!" Balas Helmi dengan senyuman lebar di bibir.

"Maksud awak?"

Helmi menjelaskan rancangannya. Mila mengangguk berpuas hati. Mereka berdua mula meninggalkan kawasan itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 06:48 PM | Show all posts
BAB 16


MILA melihat mawar putih di tangannya. Rasanya sudah berbulan bunga itu berada dalam simpanannya. Bunga itu diperhatikan. Pelik sungguh. Bunga itu langsung tidak layu atau kering. Mila mencium kelopak.

"Emm..masih bau bunga. Hairan..bunga apa sebenarnya ni? Takkanlah bunga macam dalam cerita snow white tu.." Mila belek-belek kelopak. "Kalau aku buang bunga ni, apa akan jadi? Kalau aku cabut kelopak bunga ni pulak..apa agaknya akan jadi?" Mila mula terfikir.

Perlahan dia cuba mencabut kelopak bunga yang masih ada kesan darah yang sudah kering. Belum sempat dia menarik kelopak itu dari petals bunga, terasa jarinya seperti dicucuk jarum! Terlepas bunga itu dari tangan.

"Gila! Sakit jari aku!" Mila menggosok hujung jari telunjuknya yang terasa pedih. Bunga itu dipandang tak berkelip. Darah kering yang ada pada bunga itu mula bertukar warna dan meleleh.

Tercegat Mila bangun dan berdiri jauh dari bunga tadi. Pucat mukanya melihat darah yang sudah meleleh membasahi lantai biliknya. Sepatutnya sejak semalam lagi dia perlu keluar dari asrama itu. Pelajar lain sudah lama mengosongkan bilik.

"Mila!"

Mila menoleh ke arah pintu bilik. Ina sudah tercegat di situ.

"Kau kenapa ni? Pucat semacam je."tegur Ina.

"Tu..." Mila tuding ke arah bunga mawar putih.

"Kenapa dengan bunga tu?"

"Kau ni buta ke? Kan ada darah tu!!" Mila tuding lagi.

"Darah? mana ada?" Ina mendekati bunga mawar putih itu dan dibelek-belek mencari darah yang dimaksudkan oleh Mila. Hmm..mana ada. Getus hatinya. Dia pandang pula Mila yang semakin jauh berdiri di muka pintu bilik.

"Mana ada?" Ina tunjuk pada Mila.

"Kau bungkus bunga tu! Cepat!!" Mila menekup muka. Tidak sanggup dia melihat darah merah meleleh dan menitik di atas lantai. Pelik melihat Ina tidak nampak apa-apa.

Lega melihat Ina sudah membungkus bunga pelik itu dengan sehelai kain sapu tangan dan diletakkan ke dalam bekas tupperware. "Mila..kau nampak darah ke?"

Mila mengangguk dengan muka masih pucat. Dia segera menghubungi Helmi. Dia perlu bertemu lelaki itu secepat mungkin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2015 06:54 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 31-10-2015 06:01 PM

BUNGA bertukar tangan. Helmi tersenyum puas. Dengan mudah gadis itu menyerahkan bunga itu kepadanya. Bunga mawar putih itu diperhatikan. Ya, itulha bunga yang sama  yang diambil dari kiyai. Bunga itu disimpan dalam beg sandangnya.

"Terima kasih..kerana percayakan saya." Ujar Helmi.

"Kalau awak tak minta pun, saya nak beri pada awak. Tak sanggup saya simpannya lagi. Bunga tu pelik!" Mila mencebik. Malas dia hendak beritahu pada Helmi tentang kepelikan bunga mawar putih itu.

"Emm..saya tahu..bunga ni bukan bunga biasa.."

"Jadi..awak tahu lah selama ni?" Bulat mata Mila melihat Helmi yang masih tersenyum di depannya.

Helmi mengangguk. "Anyways, saya akan tunaikan janji saya. Kita akan teruskan rancangan kita.."

Mila mula mengukir senyum. Terasa tidak lama lagi Ikram akan membalas cintanya dan ingin bersamanya dan lupakan perempuan mirip Cempaka Sari itu. Dia mengangguk tanda bersetuju meneruskan rancangan itu.

"Malam esok..ingat tu. Jangan lewat, tepat jam 9 malam." Pesan Helmi mengingatkan Mila tentang rancangan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 07:56 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 24-1-2016 05:15 PM

BAB 17


IKRAM pulang ke rumah dengan hati berbunga. Sepanjang seminggu dia berada di rumah Pak Andak, sempat dia meluah perasaan pada Mawar dan ternyata cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Ah..malam ini harap tidurnya ada mimpi indah.

"Hai anak mak ni. Senyum sorang-sorang.."

Ikram yang baru sedang mengemas pakaian mula menoleh. "Salah ke senyum mak?"

"Tak adalah salah. Kalau tak ada benda yang lucu, takkan boleh senyum sampai ke telinga macam ni. Atau mungkin..dah jatuh cinta?"

Ikram senyum semakin lebar. "Mak..saya dah apply kerja di sebuah syarikat ni. InsyaAllah..minggu depan ada interview. Doakan saya berjaya ya mak." Ikram cuba mengalih topik perbualan.

"Eh, kenapa nak kerja tempat lain? Tolong ayah kamu tu kat pejabat. Katanya ada jawatan kosong di pejabat tu. Nanti ayah boleh rekomenkan pada Tan Sri."

Ikram diam. Memang sebelum ini pun ayah sudah berpesan padanya tentang itu. Bukan dia tidak mahu tetapi dia lebih minat bekerja dalam bidang yang diambil sekarang ini. Sia-sia sajalah dia belajar berhempas pulas selama ini kalau bidang lain diceburi.

"Mak..saya nak kerja di makmal. Bukan pejabat.."

"Suka hati kamulah. Oh ya, boleh mak kenal budak tu?"

"Budak mana mak?" Ikram mengerutkan kening.

"Ala..siapa nama tu...ha! Mawar!"

"Oh..insyaAllah mak, esok tengahari saya ada jemput dia datang ke rumah. Mungkin dia datang awal sikit. Saya nak dia masak tengahari.." Ikram menguntum senyum. Tak sabar nak merasa masakan Mawar. Kali ini dia berharap sangat Mawar sudi memasak di rumahnya bersama mak.

"Oh ya? Bagus sangatlah tu. Bolehlah mak tengok kemahiran bakal menantu mak memasak!"

Ikram sengih. Teruja sungguh melihat mak yang sudah ceria wajahnya. "InsyaAllah mak..saya pun tak sabar nak jadi suami Mawar.." Kali ini perlahan suaranya menutur.

"Oklah..pagi esok, kita ke pasar sama-sama ya."

Ikram mengangguk. Mak pula sudah menapak keluar dari biliknya dengan wajah ceria. Siapa yang tidak gembira mendengar anak bujangnya ingin bernikah? Bernikah? Ah..aku ni dah jauh sangat angan-angan! Baru saja Mawar membalas cintanya, belum lagi bertunang, jauh sekali hendak bernikah.

"Apa salahnya aku bernikah dulu? Nikah gantung..sambil tu, aku kerja..." Kata  hati Ikram, turut beriak ceria. Lagi ceria dari wajah ibunya tadi. Melihat Mawar mengangguk setuju menjadi kekasihnya pada malam itu, membuatnya mahu saja dia melompat tinggi-tinggi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 09:11 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 24-1-2016 05:18 PM

deleted






Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 10:01 PM | Show all posts
kepala sawit????

dan utk pertama kalinya.. citer ipo tak meleret2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.565143 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list