CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: virgomal

- S E G A L A_ M A C A M_ P E N Y A K I T -

[Copy link]
Post time 8-9-2005 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 8-9-2005 06:19 PM
chics,

sori V baru perasan... V doakan ur MIL tabah mengadapinya...

chics... ko pon jaga kesihatan yer...



ha ah....ko pung chic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2005 10:45 PM | Show all posts
anyway tadi kawan aku baru ceta, pasal kawan dia last week...

so kawan tu demam,
then pasal high fever, masuk spital la
so konpem bukan denggi
so masuk weekend, so Monday afternoon supposed discharged la
monday morning, fever naik balik, terus habis..
just like that
padahal fever.
Umur about 40
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2005 05:04 PM | Show all posts

Dep, V...

Thanks for your kind thoughts and prayers....MIL baru habis surgery kul 4 tadi. Surgeon cakap something strange is happening to her lungs. Sekarang tengah critical. Semua tengah tension. Ya Allah panjangkan lah umur MIL ku....:pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2005 11:41 PM | Show all posts
chics....

u take care... saat
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 01:12 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by virgomal at 9-9-2005 11:41 PM
chics....

u take care... saat
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 03:41 PM | Show all posts
Aries dapat dari email....

Just check this out......
The Organs of your body have their sensory touches at the bottom of your foot, if you massage these points you will find relief from aches and pains as you can see the organs are on right and left foot, the heart is on the left foot.

This time, it put organs on the feet as they are. Typically they are shown as points and arrows to show which organ it connects to.

It is indeed correct since the nerves connected to these organs terminate here.

This is covered in great details in Acupressure studies or textbooks.

God created our body so well that he thought of even this. He made us walk so that we will always be pressing these pressure points and thus keeping these organs activated at all times.

So, keep walking...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2006 05:17 PM | Show all posts
Musim hand-foot-and-mouth disease

Symptoms

Symptoms of hand-foot-and-mouth disease begin with a sudden onset of sore throat and a fever of around 101

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 13-10-2005 03:41 PM
Aries dapat dari email....

Just check this out......
The Organs of your body have their sensory touches at the bottom of your foot, if you massage these points you will find reli ...


2weeks ago aku gi reflexology...kat certain pressure point bukan main sakit..adoi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Makeupfairy This user has been deleted
Post time 30-3-2006 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 13-10-2005 03:41 PM
Aries dapat dari email....

Just check this out......
The Organs of your body have their sensory touches at the bottom of your foot, if you massage these points you will find reli ...


Aries, thanx for the picture   Very interesting, I want to save the pic.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 09:37 PM | Show all posts
Originally posted by Makeupfairy at 30-3-2006 09:24 PM


Aries, thanx for the picture   Very interesting, I want to save the pic.



No problem, fairy....
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 6-4-2006 11:15 AM | Show all posts
i like to makan lemak sawi tarok taugeh.

i munch alot of the veges,the kuah i tarok sikit aje.

just wondering...is this healthy ? thanks
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 6-4-2006 11:15 AM
i like to makan lemak sawi tarok taugeh.

i munch alot of the veges,the kuah i tarok sikit aje.

just wondering...is this healthy ? thanks


Taugeh & veggie very healthy...sebabnya vegetable tu mengandungi serat atau nama inggrisnya fibre...badan kita ini memerlukan fibre atau serat itu untuk melancarkan pencernaan makanan atau digestion...furthermore dalam sayur itu juga menandungi ZAt- Zat galian lain seperti zinc yang juga diperlukan oleh badan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 10:49 AM | Show all posts
MENCEGAH PENYAKIT

BARAH RAHIM
Vaksin Cervarix dapat bantu pencegahan dengan berkesan

Oleh
Dewani Abbas

Penyakit barah rahim kini memperlihatkan potensi boleh dilindungi melalui vaksin.

Vaksin yang dimaksudkan itu - Cervarix - didapati berupaya menunjukkan keberkesanan 100 peratus selama lebih 4.5 tahun untuk mengelakkan tanda-tanda luka yang dikaitkan dengan ejen penyakit disebut human papillomavirus (HPV) jenis 16 dan 18.

Kedua-duanya adalah HPV yang paling kerap menyebabkan barah rahim, menurut satu kajian. Malah, kedua-duanya menyebabkan lebih 70 peratus kes-kes barah rahim di seluruh dunia.

Terdapat lebih 100 jenis HPV, tetapi kebanyakannya tidak berbahaya dan sekitar 30 jenis dijangkiti melalui hubungan seks.

Beberapa jenis HPV boleh menyebabkan penyakit kelamin seperti kutil dan lecur di kemaluan. Namun, ramai orang yang terkena HPV tidak mengalami sebarang gejala atau tanda.

Mengenai vaksin baru itu, ia sedang diusahakan oleh syarikat farmasi dan penjagaan kesihatan antarabangsa, GlaxoSmithKline (GSK), dan bertujuan memberikan tahap antibodi yang kuat dan berterusan pada diri wanita untuk mencegah serangan barah rahim.

Selain itu, kajian yang telah dijalankan juga mendapati vaksin baru itu berupaya memberikan perlindungan yang agak baik kepada wanita daripada dua lagi virus HPV yang sering menyebabkan barah rahim iaitu jenis 45 dan 31.

Secara bersama, HPV jenis 16, 18, 45 dan 31 ini bertanggungjawab menyebabkan 80 peratus daripada semua penyakit barah rahim di seluruh dunia.

Kajian tersebut juga menunjukkan vaksin itu umumnya selamat dan serasi dengan tubuh.

Dr Diane Harper dari Sekolah Perubatan Dartmouth di Amerika Syarikat berkata:

'Hasil-hasil kajian jangka panjang yang dijalankan ini merupakan satu pencapaian menarik bagi kami yang sedang berusaha untuk mencari jalan bagi mencegah barah rahim di kalangan wanita.'

Dr Philippe Monteyne, Ketua Pembangunan Vaksin Global dari GSK Biologicals, pula menyatakan:

'Kami menghasilkan vaksin yang berpotensi mengelakkan barah rahim ini dengan harapan menyediakan vaksin yang paling baik untuk wanita bagi mencegah penyakit ini.'

Kajian asas ke atas vaksin ini melibatkan 1,113 wanita muda berusia 15 tahun hingga 25 tahun di Amerika Syarikat, Canada dan Brazil. Berikutan itu kajian lanjutan telah dijalankan dan masih diteruskan.

Jangkitan HPV sangat mudah berlaku dan selalunya wanita yang aktif dalam hubungan kelamin mempunyai risiko terkena HPV yang boleh menyebabkan barah rahim.

Barah rahim ialah masalah global yang utama. Setiap tahun hampir 500,000 kes baru barah ini dikesan di seluruh dunia.

Ia juga adalah barah kedua paling lazim dihidapi dan yang ketiga paling biasa menyebabkan kematian di kalangan wanita.

Setiap tahun dianggarkan 270,000 wanita maut kerana penyakit ini dan ia adalah barah pembunuh yang utama di kalangan wanita di negara-negara sedang membangun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 10:50 AM | Show all posts
SERANGAN CACAR
Tidak mudah urus orang cacat yang diserang penyakit

Oleh
Dewani Abbas

Ramai daripada kita masih ingat penyakit cacar yang pernah dihidapi semasa kita kanak-kanak dahulu dan menganggap kesnya telah semakin berkurang sekarang atau tiada sesiapa lagi yang menghidapinya.

Bagaimanapun, penyakit cacar atau chickenpox ini sebenarnya masih merupakan penyakit yang lazim dihidapi di sini. Malah menurut Kementerian Kesihatan, terdapat peningkatan kes penyakit tersebut sepanjang beberapa tahun lalu.

Misalnya, pada tahun lalu, seramai 24,207 orang menghidapinya - pertambahan sebanyak 20 peratus daripada 20,083 orang mengalaminya sepanjang tahun 2004, demikian dedah Dr Wong Sin Yew, seorang doktor konsultan penyakit berjangkit di sektor swasta.

Dan orang dewasa tidak terkecuali mendapat penyakit cacar ini yang biasanya dikaitkan dengan kanak-kanak.

Buktinya terlihat apabila 14 orang penghuni Metta Home for the Disabled iaitu sebuah rumah kebajikan untuk mereka yang kurang upaya daripada segi intelek dan fizikal, berusia 16 tahun hingga 55 tahun, di Woodlands Street 31, dan seorang kakitangan kesihatannya dijangkiti cacar mulai Januari tahun lalu.

Cik Hariati Sahak, 38 tahun, penyelia rumah kebajikan tersebut yang juga jururawat staf kanannya, menerangkan:

'Kami tidak tahu bagaimana penyakit ini boleh terjangkit kepada para penghuni rumah ini. Tapi kami telah mengambil tindakan yang cepat dengan menghantar mereka ke poliklinik dan selepas disahkan mereka menghidap cacar, mereka kemudian dihantar ke CDC (Pusat Penyakit Berjangkit) untuk dirawat di sana selama seminggu.

'Selepas kembali ke rumah kebajikan ini, mereka diasingkan agar tidak menjangkitkan penyakit mereka kepada penghuni lain.'

Cik Hariati menambah, kakitangan kesihatan di situ mendapat tahu ada penghuni di situ yang menghidap cacar apabila melihat mereka mempunyai lecuran-lecuran di bahagian badan seperti di dalam mulut, kulit kepala dan kemaluan mereka. Ada yang mengalami demam, sakit, tidak selesa dan gatal-gatal.

Keadaan lebih membimbangkan kerana ada di antara penghuni yang terkena cacar itu yang tidak boleh bercakap atau meluahkan perasaan mereka, lantas tidak dapat menerangkan keadaan mereka.

'Ia adalah tempoh yang sukar bagi kami ketika itu,' kata Cik Hariati.

Penyakit yang telah merebak di rumah kebajikan yang mempunyai 95 penghuni termasuk lima orang penghuni Melayu itu menunjukkan bagaimana ia mudah berjangkit di kalangan kelompok manusia yang tinggal bersama atau berdekatan.

Berikutan kebimbangan perkara ini akan berulang dan sebagai langkah pencegahan, rumah kebajikan tersebut telah mengambil tindakan menjalankan program memberikan suntikan vaksin anticacar kepada kakitangan perubatan rumah itu secara berperingkat-peringkat mulai Mac tahun ini.

Sejauh ini 15 daripada 30 kakitangan kesihatan rumah itu telah diberikan vaksin tersebut hasil tajaan syarikat farmasi, GlaxoSmithKline.

'Kami memberikan vaksin ini kepada para kakitangan kesihatan kami dahulu kerana kami rasa mereka sebagai orang yang berhadapan dengan penghuni dan pesakit, perlu diberikan perlindungan dahulu,' jelas Cik Hariati.

Rumah kebajikan ini turut menyediakan khidmat jagaan siang hari kepada mereka yang kurang upaya dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bilangan mereka yang menggunakan khidmat itu ketika ini ialah 23 orang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 10:51 AM | Show all posts
CACAR BOLEH BAWA KOMPLIKASI
USAH fikir penyakit cacar adalah penyakit biasa saja lantaran ia kerap dihidapi di sini.

Sesekali ia boleh membawa kepada komplikasi dan komplikasi yang paling biasa berlaku ialah jangkitan bakteria di kulit.

Selain itu, ia boleh membawa kepada penyakit radang paru-paru dan radang otak, membuat bayi yang dilahirkan cacat, keguguran dan bayi mati dalam kandungan.

Menerangkan demikian, Dr Wong Sin Yew, doktor konsultan penyakit berjangkit di sektor swasta, berkata bahawa penyakit cacar ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit.

Ia disebabkan oleh virus varicella-zoster yang merebak daripada seorang kepada seorang yang dekat melalui air apabila orang yang dijangkiti bersin, batuk atau cairan daripada lecuran cacarnya itu terkena pada orang lain.

Tanda-tanda penyakit ini ialah letih, pening, demam, gatal, hilang selera makan, sakit sendi dan otot-otot dan kemunculan tanda-tanda merah dan lecur di permukaan kulit.

'Sering pesakit sedar mereka dijangkiti cacar apabila telah timbul tanda-tanda merah yang gatal dan lecuran. Ketika itu mereka mungkin sudah menjangkitkan penyakit mereka kepada orang lain yang dekat.

'Ini kerana tempoh penyakit itu berjangkit bermula satu hingga dua hari sebelum tanda-tanda merah yang gatal itu muncul. Pesakit cacar juga boleh menjangkitkan penyakit mereka lima hingga tujuh hari selepas lecuran timbul hinggalah ia kering dan berkeruping,' kata Dr Wong.

Oleh kerana penyakit cacar berpunca daripada virus, maka ia tidak boleh dirawat dengan antibiotik yang digunakan untuk membunuh bakteria.

Namun, terdapat beberapa ubat antivirus yang boleh membantu menyingkatkan jangkitan. Secara am, rawatan yang diberikan untuk cacar bertujuan melegakan kesan-kesan penyakit itu.

Jika terkena penyakit ini, pesakit dinasihati agar memotong kuku mereka untuk mengelakkan mereka daripada tergaruk bahagian yang terlecur lalu menjangkitkannya.

Mereka yang mengalami demam dinasihatkan agar menggunakan ubat yang tidak mengandungi aspirin dan dapatkan nasihat doktor.

Aspirin atau ubat yang mengandungi aspirin telah dikaitkan dengan masalah Sindrom Reye jika digunakan untuk penyakit cacar. Sindrom ini ialah penyakit berbahaya yang boleh membawa maut kerana ia boleh menjejas semua organ terutama hati dan otak.

'Oleh itu, langkah paling baik ialah berjumpa doktor jika anda syak anda menghidap cacar,' kata Dr Wong.

Mengenai vaksin anticacar, beliau menarik perhatian, ia tidak disertakan dalam program imunisasi untuk mencegah penyakit di kalangan kanak-kanak di sini.

Pilihan boleh dibuat sama ada untuk menjalaninya atau tidak. Namun, vaksin ini disarankan untuk kanak-kanak berusia 12 bulan ke atas.

Tetapi oleh kerana komplikasi yang boleh berlaku daripadanya, vaksin bukan saja disarankan bagi kanak-kanak kecil, malah kanak-kanak lebih besar dan orang dewasa, kata Dr Wong.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 10:53 AM | Show all posts
KESAN BURUK GUNAKAN SILIKON DITEMUI
LEBIH banyak keburukan menggunakan bahan pembesar buah dada, silikon, telah ditemui.

Para pengkaji di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa wanita yang menggunakan silikon untuk membesarkan buah dada mereka mempunyai kadar platinum yang lebih tinggi dalam tubuh mereka.

Bahan tersebut telah didapati pada rambut, susu badan serta beberapa bahagian lain tubuh mereka.

Penggunaan silikon pernah dilarang di kalangan kebanyakan wanita pada tahun 1992 dulu kerana dikhuatiri membahayakan, tetapi dua pembuat silikon ini kini sedang berusaha untuk mengembalikan penggunaannya di kalangan orang ramai.

Dalam kajian di jurnal Analytical Chemistry, itu para pengkaji telah meneliti contoh daripada 16 wanita yang telah menjalani pembesaran buah dada dengan menggunakan silikon selama kira-kira purata 14 tahun dan membandingkannya dengan mereka yang tidak menggunakannya.

Hasilnya, mereka mendapati terdapat kandungan platinum yang agak tinggi di kuku, rambut, air kencing dan susu badan mereka, berbanding dengan wanita yang tidak menggunakannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
Post time 17-4-2006 08:50 AM | Show all posts
been walking ...walking and walking the past 3 days...kaki sakit....

semalam before i slept....i masok kaki kat i-squeeze....waaaa so relaxing....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 6-4-2006 11:15 AM
i like to makan lemak sawi tarok taugeh.

i munch alot of the veges,the kuah i tarok sikit aje.

just wondering...is this healthy ? thanks



vegenya mmg healthy...but kalau boleh kurangkan pengambilan kuah lemak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 05:47 PM | Show all posts
aku selalu ada tau sokkabar hari rabu, yang mind your body tu...


tapi everytime ada good article, aku lupa nak scan lak....


nanti la aku ingat2 kalo senang
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 07:22 PM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 14-4-2006 10:49 AM


Taugeh & veggie very healthy...sebabnya vegetable tu mengandungi serat atau nama inggrisnya fibre...badan kita ini memerlukan fibre atau serat itu untuk melancarkan pencernaan makanan atau  ...



Wow..kalau i got your appetite for veges kan bagus. Very healthy! Coz sayur i tak makan..lagi-lagi taugeh...and bawang. Sayur yg i makan tat i can think of is terung and kentang je..tapi garden salad i makan, coz i dun mind eating the lettuce oso
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.336396 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list