|
tak pe @JDT
meh la share kat sini sementara aku dh macam kehabisan idea ni.. hahaha..
aku smlm try korek2 citer antu dari mak aku, cerita sama jer yg diulang..hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Moyang saya ni seorang dukun yang selain dari tujuan mengubat orang yg sakit tapi juga menyakitkan orang yg sihat...jadi ilmu dia agak kelabu..
Kalau dia datang melawat anak dia (nenek), dia bawak beg kedoktoran warna hitam. Dalam tu ada pelbagai benda yg disimpan dalam botol, dibalut kain hitam, kain kuning. Ada gumpalan rambut(dipercayai rambut kumang), gigi buaya, pelbagai cecair dan kapas dalam botol kecik2.
Dalam ingat2 lupa, kegunaan bahan2 mendiang ada untuk memudahkan bersalin, pengasih, pembenci, seri muka(bukan kuih ), santau dan untuk keberanian.
Tiapkali moyang ajak saya tidur bersama tiapkali juga datuk saya tak bagi dengan alasan subuh2 nak bawa saya cari buah di dusun. Rupa2nya nak elakkan saya dari diperturunkan ilmu oleh moyang sekaligus mewarisi pendamping/saka dia. Patutlah dia kerap datang melawat sebab nak lepaskan beban atas cicit, anak2 dan cucu2 dia semua tolak..
Moyang ni selalu tidur di bilik yg berhampiran dapur, nak pergi buang air kena lalu situ. Malam2 selalu terserempak dia borak2 dengan 'member' dia, dahlah rambut mayang mengurai dilepaskan ditemani lampu minyak tanah yg ada gambar amoi tu.
Dipenghujung hayat, walaupun terdampar sakit dan kurus melengkung, nafsu makan tetap besar. Susah sangat nak lepaskan nafas terakhir. Bila mati pula, badan tak muat2 keranda walaupun tukar yg lebih besar. Last2 setelah dipanggil padre dan dibawa masuk ke bilik dari ruai, barulah muat dalam keranda. Tak tau macam mana atau apa cara yg dilakukan sebab kami dilarang masuk waktu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ingat Islam jer ada citer tanah Kubur... Iban pun ada..
Tak tau la aku dah kongsi ke belum dalam page2 yg lepas..
pasal sorg pakcik aku yg tamak haloba.. habis tanah adik beradik dia jual tanpa pengetahuan adik beradik dia..
hasil jual tanah dia makan sorang2..
rumah besar, kete besar..adik beradik yang lain susah payah nak menyara diri dan keluarga angkara abang yang tamak..
diakhir hayat, sakit cancer perut..lama hidup menderita..
tapi matinya bukan sebab cancer, sebab asthma..
masa nak tanam, tanah kubur asyik mendap jer..
terpaksa ambk tanah dikaki bukut kubur tu untuk mampatkan tanah..
2 kereta sorong pun tak cukup nak timbus lubang kubur..
akhirnya dibiarkan saja lubang kuburnya rata sama dengan tanah sebab dah tak larat nak cangkul dan angkut tanah dari kaki bukit..
alternatif, keluarga dia simenkan agar kubur dia berbentuk dan tak rata..
tp lepas tu, diatas bahagian kepala kubur, ternampak lubang yang menunjukkan bahawa tanah mendap..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah ada kejadian seorang saudara kami yang mati...susah betul tanah nak terima jasad dia.
Hujan tak berhenti sepanjang hari, berlopak lubang kubur...gali2 tak kering air, makin naik adalah.. Anak2 mendiang dah macam putus harapan, nangis tak berhenti.
Last2 anak2 dia minta belas ikhsan dari sedara mara, mohon kemaafan bagi pihak mendiang bapa mereka, minta halalkan segala dan nak langsaikan andai ada terhutang pada sesiapa.
Dengan izin Tuhan juga 1/2 jam lepas tu, hujan berhenti dan kerja menanam mendiang boleh disempurnakan.
Mendiang memang ada buat silap waktu tu tapi tak pasti apa sebab dengar pun gosip dari makcik2 kepoh kat dapur...tak pasti kesahihan cerita tu.
Semuga mendiang rest in peace.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jadi turun temurun sakanye.
|
|
|
|
|
|
|
|
best benang kaka ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
meols parking ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kaum iban pun ada kisah karma jugak yer, mungkin nak bagi pengajaran pada orang lain supaya berbuat baik
sesama manusia..sadisnya meninggal dalam keadaan macam ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
best kisah uols ni, share la lagi kt thread anna ni..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
MYviHaZz replied at 6-6-2017 04:15 PM
best kisah uols ni, share la lagi kt thread anna ni..
Dugaan bermoyangkan mendiang ni..
Saya jenis yang suka berziarahan ke rumah2 panjang kalau ada keramaian seperti Gawai Dayak, gawai antu, gawai kenyalang, gawai batu, melah pinang/perkahwinan dan mangkung tiang/acara pecah tanah...dan macam2 lagi. Banyak dah lupa atas faktor usia..ingatan pun dah diluted dengan isu semasa..
Masa nak berangkat tu, datuk dan nenek selalu berpesan agar jaga diri, tuturkata dan tingkahlaku. Pakcik2 dan sepupu yg lebih dewasa dipesan untuk jaga kami yg muda sikit waktu tu. Yang saya perasan, nenek selalu sapu badan saya 3 kali, bila ditanya katanya untuk jaga diri.
Biasanya kami akan dijamu dan diraikan dengan tuak dari permulaan pintu hingga ke pintu terakhir dalam satu rumah panjang. Ikut ketahanan terhadap tuak tu, setakat pintu nombor berapa...kalau rumah panjang tu ada 40 pintu, maknanya 40 gelas tuak yg kena minum. Selalunya tak sampailah ke penghujung, samada kami dah jumpa bilik kenalan atau saudara dan berhenti singgah di situ. Dan juga ada yg dah terbongkang awal2.
Kadang2 masa macam ni tempat menguji ilmu, lebih2 lagi kalau tahu asal keturunan lepas aktiviti 'bertusut' ala2 csi salashiah..
Pernah mengalami satu kejadian di sebuah rumah panjang kerana mengikut rakan seasrama balik bercuti, bilamana seorang pakcik ni hulurkan secawan tuak dan waktu saya cuba nak ambil tiba2 tangkai cawan tu tertanggal dan cawan tu terjatuh.
Abis tuak tumpah ke lantai.
Kali kedua isteri dia hulurkan gelas pula, bila nak minum gelas tu pula retak.
Hati rasa tak sedap pulak, malam tu juga bapa kawan saya hantarkan balik.
Bila sampai di rumah dan selesai bercerita, saya dibelasah dengan buluh pengait buah...berbirat kaki. Lepas pukul saya, datuk nangis tepi kebun...
Esoknya baru nenek bagitau yg datuk pukul malam tu sebab sayangkan dan rungsing/sasau..(Anna, kati ka nyebut kesal ati?) sangat takut kemungkinan yg akan.menimpa jika saya minum air tuak tu.
Mungkin akan merana hingga mati akibat santau atau gila.
Gara2 profesyen moyang, ada yg ingin beradu ilmu atau balas dendam...
Nasib baik juga kesejahteraan diri terpelihara waktu tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
annabellaruz2 replied at 6-6-2017 08:53 AM
thanks @green-tea
Sila2... meh datang sarawak..
Sorry tt, nak bertanya.. ada orang cakap kalau kita ke rumah panjang, kita akan dipelawa minum air tuak. Dan dikatakan kita tak boleh tolak sbb takut mereka kecil hati. Kalau kita nak tolak dan bagi alasan sebab kita muslim, mereka akan cakap,ada orang islam minum air tuak dan arak , kan kamu jua orang islam. Kalau nak tolak juga kena bg alasan pantang larang atau sumpahan keturunan kerana mereka amat berpegang pada pantang larang. Tt, ini apa yg diceritakan pada saya. Saya bertanya sbb ingin tahu. Plus, saya sangat berminat dengan kaum dan budaya yg ada di negara kita. Sabah saya dah pergi, sarawak belum lg. Ingin sekali ke rumah panjang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tt, orang islam ada yg pious, ada yg sederhana dan ada yang tersasar. Jadi saya faham bila mereka mempersoalkan orang islam lain yang minum tuak dan arak. Same goes to other religions, ada yg pious dan yg biasa. Maaf tt, sbb panjang sangat pertanyaan saya coz saya suka terangkan secara detail
|
|
|
|
|
|
|
|
JDT replied at 6-6-2017 06:12 PM
Dugaan bermoyangkan mendiang ni..
Saya jenis yang suka berziarahan ke rumah2 panjang kalau ada ...
Terharu dengan kasih sayang datuk kamu....bertuah kamu dikelilingi org yg sayang kamu. Pasal moyang kamu, angaplah di setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. |
|
|
|
|
|
|
|
JDT replied at 6-6-2017 06:12 PM
Dugaan bermoyangkan mendiang ni..
Saya jenis yang suka berziarahan ke rumah2 panjang kalau ada ...
Uishh teruknya u..tak dapat test pada datuk, cucu pun nak dicuba..mujurlah takde apa2 jadi pada u waktu tu. Mujur juga ilmu datuk dan nenek dapat menjaga u waktu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
groundfloor replied at 6-6-2017 06:56 PM
Terharu dengan kasih sayang datuk kamu....bertuah kamu dikelilingi org yg sayang kamu. Pasal moyan ...
Itulah...kami semua terima seadanya keadaan mendiang tu dah darah daging, walaupun ada cucu2 dan cicit2 dia yang
tinggal dibandar, takut bila dia datang melawat.
Saya tak takut sangat sebab memang tinggal kat kampung dan biasa dah jumpa dia.
Mendiang moyang lelaki dan perempuan sangat contra. Seorang alim sembahyang, manakali yang sorang lagi masih dengan kepercayaan lama. Ibarat yin dan yang..
Kelapan-lapan anak mereka, semua ikut pegangan agama moyang lelaki.
Apapun, keturunan perempuan dia semuanya mudah bersalin...kebetulan atau motivasi sendiri kuat...hahah macam saya, masa bersalin memang saya brainwash cakap "tak sakit, tak sakit...berulangkali..tau2 je anak dah keluar".. |
|
|
|
|
|
|
|
MYviHaZz replied at 6-6-2017 10:20 PM
Uishh teruknya u..tak dapat test pada datuk, cucu pun nak dicuba..mujurlah takde apa2 jadi pada u ...
Kann....tu yg datuk saya rasa seriau, geruh hati dia, takut hal begini berlaku..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by JDT at 7-6-2017 12:13 AM
Alang2 dah menumpang ruai Anna, saya nak sampaikan cerita yg mendiang nenek saya pernah alami.
Hampir sama dengan cerita Anna, pasal perempuan yang mati bersalin.
Kisah ini berlaku, sewaktu mendiang datuk saya menjadi gurubesar di sebuah sekolah di satu daerah Saribas.
Ada seorang penghuni rumah panjang berdekatan mati sewaktu melahirkan anak, jadi datuk dan nenek menunggang basikal Raleigh untuk melawat keluarga tersebut. Jarak kuarters sekolah dan rumahpanjang tu, kalau naik basikal adalah dalam 20 hingga 30minit melalui jalan tanah kuning, kiri kanan semak dan hutan.
Datuk kayuh laju2 sebab masa tu pun dah gelap, jangankan lampu jalan, tiang letrik pun takde. Generator dan baterilah punca elektrik. Pukul 9 dah mula bergelap, yg terang sikit kalau ada lampu yg guna bulb macam kain, guna spirit/turpentine ( kalau tak silap) dan kena pam2 hingga bernyala bulb tu..susah nau saya nak terangkan, sampai pejam2 mata mengimbau.. Tapi yg kebanyakkan guna lampu yg guna minyak tanah, siap ada kaca dan gambar amoi atau pemandangan gunung fuji..
Berbalik pada cerita tadi, semakin dekat rumahpanjang tu semakin laju datuk kayuh basikal. Sampai je di kaki tangga, terus datuk dukung nenek naik dan tinggalkan basikal macam tu tanpa tongkatkan stand. Datuk saya tinggi 6' 2" dan nenek pula 4' 8", jadi takdelah ala2 citer korea. Sampai saja di ruai rumahpanjang tersebut, datuk saya suruh diaorang cepat2 masuk bilik masing2 dan tutup pintu dan tingkap. Tanpa banyak soal semua pun ikut. Tak lama lepas tu, sayup2 bunyi seakan ayam berkokok tapi ada kelainan di hujung kokokan tu. Bunyinya macam ni.."kok kok kok lirrrrrrr". Haiwan2 peliharaan pun senyap tak berani berdetak..
Menurut kepercayaan kalau bunyi tu sayup2, maknanya Antu koklir ni dekat je. Kalau bunyi dekat, maknanya jauh lagi.. Semalaman antu tu dok bekeliaran bawah rumahpanjang tu. (Masa tu rumahpanjang tradisi dibina bergantung, bertiangkan kayu belian untuk tujuan keselamatan sekiranya diserang musuh). Menurut kepercayaan, antu koklir wujud dari perempuan yang mati bersalin dan selalu mencari mangsa lelaki untuk dapat "p*lir"..sebab kononnya kematian berpunca dari benda tu.
Sebenarnya waktu datuk mengayuh basikal dia dah dengar bunyi kokokan tu seolah2 dekat, so dia boleh anggarkan kot jarak antara mereka...
Esoknya dijalankan upacara pengebumian si mati, memang ada diletakkan telur2 di kedua belah ketiak kerana menurut kepercayaan orang dulu2, agar si mati duk diam2 dan tak mengepak ke sana kemari takut telur2 jatuh dan pecah. Kiranya yang datang malam tadi tu nak jemput yang ni untuk initiation ahli baru... |
|
|
|
|
|
|
|
ada beberapa lagi kisah sadis mcm ni babe..
tp klise sangat dengan kisah tanah kubur... so, aku rasa malas nak share pula..
|
|
|
|
|
|
|
|
kesal ati...lebih kurang mcm kus semangat la gitu..
sebab ada yang berniat tak baik...moyang & datuk aku pun ada pendinding mcm tu..
biasanya ada yg suka menguji ilmu ke atas orang lain..
jahat sungguh!
|
|
|
|
|
|
|
|
ala babe....orang iban skrg dah tak kisah..
ramai yg dah faham islam...
tuak tu sama macam air nira kelapa..bezanya diperbuat daripada beras dan ditambah ragi..
klu sikit tak akan memabukkan..
mcm skrg, aku still minum air pengayu dihujung lidah bagi tak kempunan jer..
calit pakai jari lepas tu calit kat lidah pula..
pemimpin2 islam kat sarawak, selalu jer pergi rumah panjang..
klu mereka menolak utk minum tuak, takde sapa pun yg nak marah or sakit hati..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|