|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Biara Creake
Di tengah-tengah Norfolk, England ni, ada satu kawasan runtuhan biara yang dinamakan Biara Creake. Biara Creake ni amat terkenal dengan keangkerannya, tapi pada masa yang sama, kawasan biara ni ada kisah sejarah yang terbukti benar.
Biara ni pada mulanya dibina oleh keluarga William The Conquerer, iaitu raja pertama England dari House Of Normandy. Niat keluarga baginda membina biara ini adalah sebagai cara untuk menebus dosa atas kematian ramai manusia, termasuklah tentera, penduduk tempatan dan sebagainya yang terlibat secara langsung atau tidak semasa kempen Norman untuk menakluk England.
Walaubagaimanapun, beberapa tahun kemudiannya, biara ini musnah dilanda ribut petir. Dikatakan, biara itu terbakar semasa ribut itu akibat disambar petir. Malangnya, tiada seorang pun rahib biara tersebut yang selamat kerana mereka semua sedang tidur semasa tragedi tersebut berlaku. Sepatutnya, mestilah penduduk tempatan sedih kan sebab tempat suci sembahan mereka musnah, tapi ni tak. Sebaliknya, mulalah ada gosip-gosip yang mengatakan, sebenarnya biara tu bukan menyembah Tuhan mereka, sebaliknya biara tu termasuklah rahibnya adalah penyembah syaitan. Pasal tu biara tu kene panah petir. Penduduk tempatan percaya, yang kawasan tu sebenarnya dah disumpah untuk selama-lamanya.
Tak berapa lama kemudian, adalah pembesar istana ketika itu yang membina semula biara itu, walaupun ianya ditentang keras oleh penduduk tempatan. Tanah biara itu digazetkan sebagai tanah suci. Tapi, bila biara tu dah siap je, England dilanda pandemik, iaitu the Black Death. Black Death ni pada masa tu lagi dahsyat dari Covid19, sebab kerana Black Death je, 30 ke 60% penduduk benua Eropah meninggal dunia kerananya. Black Death telah meragut nyawa kesemua rahib-rahib di biara itu dan sebahagian dari penduduk kampung. Dan akhirnya, biara tersebut ditinggalkan begitu sahaja tapi kesan runtuhannya masih kekal sehingga kini menjadi tarikan pelancong.
Kalau korang pegi England tu, boleh la datang melawat tempat ni. Review dari pelancong-pelancong yang datang ke tempat ni, tempat ni ada aura tersendiri yang bisa buat bulu roma korang tetiba merinding sendiri....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 23-2-2021 03:31 PM
Dating Kali Pertama
Cerita ni bukan cerita mistik atau paranormal, tapi cerita ni memang menyeramkan sebab ianya benar-benar terjadi pada ibubapa kawan aku. Ibubapa kawan aku masa tu agak keberatan nak kongsi cerita ni dengan kami tapi selepas dipaksa dipujuk rayu, pada satu malam Halloween diorang pun ceritalah...
Di awal perkenalan, si ibu dan bapa kawan aku ni pegilah dating untuk kali pertama. Tapi, mereka berdua agak kekok sikit masa dating tu, masing-masing malu sikitkan. Di akhir dating tu, si bapa tu taknak putus asa, jadi dia ajaklah si ibu tu, jom kita pegi hiking malam-malam ni. Pada mulanya, memanglah si ibu taknak, sebab dah tengah malam kan, tapi si ayah pujuk jugak. Si ayah ajak pegi ke Provo Canyon, dan si ayah kasi jaminan yang dia memang dah biasa dah masuk tempat tu, jadi si ibu pun setujulah buat kerja gila hiking tengah-tengah malam buta tu.
Jadi malam tu, diorang berdua pun memandu kereta ke pintu masuk Provo Canyon tu. Kebetulan malam tu agak cerah sebab bulan sedang mengambang penuh, bintang-bintang pun turut muncul pada malam tu. Dan mereka pun mulakanlah pendakian mereka. Pada mulanya, perjalanan mereka ok je, berjalan dengan lancar tambahan pula dengan suasana bulan mengambang yang agak romantik malam tu, tapi si bapa dah mula rasa tak sedap hati. Tak jauh di hadapan mereka ada sebahagian jalan yang kiri kanannya ada pokok-pokok yang tinggi, jadi pokok-pokok itu memayungi jalan tu dan menghalang cahaya bulan untuk sampai ke situ. Dari jauh memang agak ketara sikit yang jalan tu nampak gelap. Tapi si bapa buang jauh-jauh perasaan itu, mungkin sebab jalan tu gelap tu yang dia rasa tak sedap hati tu.
Si ibu pun sbnrnye rasa mcm tu jugak, naluri hati perempuan dia mengatakan ada sesuatu yang buruk kat sini. Tapi bila nampak si ayah tu melangkah dengan yakin, dia pun ikut jelah. Lagipun dalam hutan tak boleh nak panik-panik. Si ibu pun tak biasa masuk hutan situ jadi dia pun hanya mampu bergantung harap pada si ayah je pada ketika itu.
Diorang berdua dah jejak masuk ke bahagian yang gelap tu. Si ayah jalan di hadapan si ibu. Tiba-tiba, dia terpijak sesuatu yang lembut. Nak kata lumpur, bukan sebab masa tu bukan musim hujan. Tempat tu pulak terlalu gelap, dia pun tak nampak apa yang dia pijak tu. Tapi si ayah dah rasa tak sedap hati, jadi dia pun berpaling dan ajak si ibu tu balik ke kereta. Si ibu terus setuju, dan diorang pun patah balik waktu tu jugak.
Bertahun-tahun kemudian, dari bercinta diorang pun berkahwin. Pada suatu hari, si ibu dan ayah kawan aku ni tengah tengok tv bersama-sama, rancangan temuramah bersama pembunuh bersiri terkenal tu, Ted Bundy. Si penemuramah tanya pada Ted Bundy, pernah tak Ted Bundy ni nyaris-nyaris nak ditangkap, tapi terlepas? Ted Bundy pun ceritalah, dia penah bawak salah seorang mangsa bunuh die masuk ke Provo Canyon, dah bunuh tu dia terperasan ada orang dalam hutan tu. Jadi si Ted ni cepat-cepat menyorok di belah-belah pokok tapi dia tak sempat nak sorok mayat mangsa tu. Dari celah pokok tu, dia ternampak ada sepasang kekasih tengah berjalan, si lelaki terpijak mayat mangsa tu. Tapi pasangan kekasih tu patah balik pulak.
Ted Bundy kata, pasangan tu bernasib baik sebab tak sedar yang mereka tengah berjalan di atas mayat. Kalau tak, samada dia terpaksa jugak bunuh pasangan tu, atau ditangkap. Memang ibubapa kawan aku tu bertuah sangatlah malam tu sebab diorang ikut kata hati diorang untuk berpatah balik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Most citer yg tt share i dh baca di reddit. Tp besttt baca balik dlm bahasa Melayu. Lg serem n disturbing. Sedap translation kamu tt. Good job |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 23-2-2021 03:25 PM
Panggilan Misteri (Bukan Nenek Kamsia)
Peristiwa ini terjadi 2 tahun lepas. Dan penting untuk aku nyatakan di sini yang aku ni seorang perempuan ye. Apa kaitan jantina aku dengan cerita ni, korang akan faham nanti.
2 tahun yang lalu aku pernah memiliki sebuah kedai kecil di sebuah bangunan yang dah berusia lebih dari 100 tahun. Tapi aku berkongsi bangunan ni bersama-sama 2 orang lain, maksudnya dalam bangunan tu ada 3 lot kedai berlainan termasuklah kedai aku. Suatu hari, masa tu aku baru 6 bulan bukak kedai ni, aku tengah jaga kedai aku apabila tiba-tiba telefon di kedaiku berdering. Yang menelefonku itu adalah seorang lelaki. "Hello, Kedai JJJ. Apa yang boleh saya bantu?". Lelaki itu membalas kembali dengan hello, kemudian dia terdiam panjang. Agak lama juga dia macam tu sampai aku kena ucap hello semula untuk pastikan yang dia masih di talian. "Oh, maaf cik. Ada roh tengah bercakap dengan saya kat sebelah ni. Dia mintak saya sampaikan sesuatu pada cik".
Aku sangkakan yang ni cuma panggilan prank orang saje nak mainkan aku. Tapi, takpe, aku layan jelah. Nak tengok sejauh mana dia boleh prank aku."Oh ye ke, roh tu cakap apa?", sengaja aku tekankan nada sinis untuk pemanggil itu.
"Cik ni yang keje kedai JJJ jual bunga tu kan? Kedai cik tu yang kecik paling kiri tu, kedai tu dalamnya warna pink kan?". Si pemanggil itu menghamburkan beberapa fakta tentang aku dan kedai aku, tapi aku rasa fakta-fakta tu cuma benda biasa yang boleh dicarik di laman web kedai aku. Aku dah nak letak telefon tapi si pemanggil tu dakwa, dia tak pernah pun datang kedai aku, tapi roh tu yang cakap kat dia sebab roh tu sebenarnya dah berumah kat bangunan aku tu dari tahun 1900an lagi.
Pemanggil tu mengatakan, yang roh tu seorang lelaki dan dia berkenan dengan aku, dan selama bertahun-tahun la jugak roh tu selalu ikut aku merata-rata. Roh tu pernah ikut aku balik rumah aku, pegi rumah kawan-kawan aku, 'temankan' aku ke kedai runcit pun pernah. Hhhmmm menarik jugak permainan dia ni. Selama bertahun-tahun tu memang tak logiklah sebab aku ni baru je bukak kedai ni 6 bulan lepas. Dah terkantoi kat situ.
Pemanggil tu cakap yang roh lelaki tu cemburu dengan teman lelaki aku ketika itu, sebab kami berdua ni rapat. Yelah dah pakwe makwe kan. Teman lelaki aku selalu je datang kedai aku jadi pelanggan setia. "Cik ingat tak peristiwa yang terjadi pada pakwe cik masa mula-mula cik bukak kedai ni?"
Aku teringat balik peristiwa tu. Sebelum kedai aku ni dirasmikan, teman lelaki aku setuju nak betulkan lampu siling, tapi kalau nak betulkan tu kena masuk dalam siling dulu. Memandangkan yang bangunan ni dah lama, bangunan lama dulu kadang-kadang ada asbestos yang membahayakan, jadi teman lelaki aku kena pakai satu sut khas termasuklah dengan topeng untuk elakkan dia terhidu asbestos tu. Memang berselubung la dia satu badan dengan sut tu.
Walaupun teman lelaki aku di atas siling dan aku di bawah, tapi kami masih lagi boleh bersembang-sembang. Pada mulanya, macam biasa je takde benda pelik yang berlaku. Sehinggalah, 10 minit teman lelaki aku kat atas tu, lepas je teman lelaki aku betulkan lampu siling tu, tiba-tiba teman lelaki aku menjerit dan dia cepat-cepat turun dari siling tu dan terus tutup pintu siling tu dengan kuat. Teman lelaki aku macam dalam ketakutan sangat, dan dia koyakkan sut dia. Rupa-rupanya, di kiri badan dia ada 3 kesan cakaran yang panjang, ada satu cakaran tu agak dalam sampai berdarah. Sebab sut dia pun dah koyak rabak, kami beranggapan mungkin ada tikus termasuk dalam baju dia kot.
"Sebenarnya, teman lelaki cik kena cakar dengan roh tu. Roh tu tak suka teman lelaki cik masuk dalam siling tu sebab siling tu tempat dia". Aku dah rasa pelik macam mana si pemanggil tu tau pasal insiden tu sebab masa tu cuma aku dan teman lelaki aku je ada. Itu tak pelik lagi, apa yang dia cakap lepas tu lagi pelik.
"Roh tu cakap, dia suka cik berpisah dengan teman lelaki lama tu. Alah, yang keje askar tu". Ye, apa yang dia cakap tu memang betul, tapi aku dah 3 tahun dah berpisah dengan pakwe lama tu. Sepanjang 3 tahun ni memang aku tak pernah pun hubungi atau jumpa dengan pakwe lama aku tu sebab dia pun dah ditugaskan di luar negara. Pakwe lama aku tu pun tak pernah jejak bangunan ni, jadi macam mana dia boleh tau pasal pakwe lama aku tu? Perbualan antara kami tu jadi semakin pelik dan menakutkan, aku jadi tak selesa bila pemanggil tu boleh tahu macam-macam pasal aku. Lagipun, semua akaun media sosial aku set untuk private, dan aku kenal kawan-kawan dalam talian aku, jadi memang mustahil orang luar nak tau pasal kehidupan peribadi aku. Akhirnya setelah 15 minit kami berbual, aku buat alasan yang ada orang datang kedai, dan aku terus letak telefon.
Penat aku fikirkan macam manalah dia boleh tau pasal bekas teman lelaki aku yang kerja askar tu, pastu aku baru teringat. Pertama kali aku jejakkan kaki ke kedai ni adalah pada 4 tahun yang lalu,waktu tu masih bercinta dengan abang askar tu. Masa tu aku bekerja sambilan di kedai kawan aku selama 6 bulan. Kalau fikir balik, maksudnya masa tulah roh tu dah kenal aku? Selama 4 tahun ni aku dah diintai oleh roh itu?
Sekarang, aku dah tak meniaga di situ lagi. Tapi kawan aku masih lagi ada kedai disitu. Kadang-kadang aku selalu jugak keluar makan dengan kawan aku dan peniaga lagi sorang tu. Bila aku bukak cerita pasal panggilan misteri tu, barulah masing-masing mengaku, diorang pun rasa bangunan tu angker terutamanya pada waktu malam. Aku tak pasti samada roh tu masih 'ikut' aku lagi ataupun tidak, tapi kadang-kadang kalau aku berseorangan di rumah, aku rasa macam diperhatikan je...
|
|
|
|
|
|
|
|
good job tt... best sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Liyana5146 replied at 21-2-2021 05:08 AM
Yang pasal tangga dlm hutan tu, cringe je bila baca..
Awat cringe baca? Sbb terserlah sgt ke rekaannya? |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah dari Guatemala
Mak aku lahir dan membesar di sebuah kampung di Guatemala. Di sana, bomoh-bomoh, aktiviti penyihiran dan ilmu hitam,putih, kelabu dan sebagainya adalah perkara biasa je di sana. Tapi menurut kata mak aku, ada satu kisah pasal bomoh yang terjadi masa mak aku masih duduk di Guatemala.
Ada seorang bomoh, yang merupakan anak murid kepada raja bomoh kat sana yang kerjanya merantau satu negeri sambil mengubat orang. Bomoh tu asalnya orang kampung mak aku. Entah kenapa, dia dibunuh semasa sedang mengubat orang di barat Bandar Guatemala. Bandar tu agak jauh dari kampung mak aku, jadi waris si bomoh tu pun upahlah seorang pemandu kereta ni pergi ambil mayat yang sudah dimasukkan dalam keranda kat Bandar Guatemala tu. Tapi takde siapa yang berani nak pergi kecuali sorang ni, tu pun dia kena ambil mayat tu sorang diri tanpa co-pilot.
Sampai je kat rumah mayat tu, keranda berisi mayat bomoh tu terus dimasukkan dalam trak, dan pemandu tu memang tak bukak dan memang tak nampak langsung mayat sapa yang dia bawak tu. Perjalanan pergi balik tu ambil masa sehari suntuk jugak, dalam pertengahan perjalanan balik tu, hari dah masuk malam, dah gelap gelita, tiba-tiba trak tu rosak la pulak.
Gelabah la pemandu tu, dahla dia sorang-sorang je di kawasan pedalaman yang gelap-gelita. Hanya lampu kereta dia je yang menyala masa tu. Nasib baiklah jugak lampu kereta tu hidup. Dalam kegelapan malam tu, tiba-tiba muncullah seorang lelaki berpakaian sut yang kemas menghampiri si pemandu itu. Lelaki misteri itu tawarkan diri untuk baiki trak si pemandu tu. Si pemandu diminta untuk stand-by dalam trak, manakala lelaki misteri itu betulkan enjin kereta tu. Dalam beberapa minit kemudian, si pemandu cuba lagi hidupkan enjin. Berjaya, enjinnya meraung dalam kesunyian malam tu. Legalah hati si pemandu itu. Tapi belum sempat si pemandu tu ucapkan terima kasih, lelaki misteri itu menutup but enjin traknya, dan terus berjalan ikut arah dia datang.
Sebab jalan tu lurus je, si pemandu pun cubalah nak cari lelaki misteri tu dengan menaiki traknya, tapi tak jumpa-jumpa. Si pemandu tak fikir pelik, dia rasa mungkin kat situ ada rumah yang tersorok jadi si pemandu pun teruskanlah perjalanan dia menuju ke kampung mak aku. Ngam-ngam pagi tu dia sampai ke kampung, lubang kubur pun dah dikorek. Si pemandu ni pun turut sertalah sekali dalam acara pengebumian tu.
Bila keranda tu dibukak je..... Terkejut beruklah si pemandu tu, bila dia mendapati lelaki yang menolong dia malam tadi, adalah lelaki yang sama dalam keranda itu. Bukan setakat muka je serupa, baju penampilan pun sebijik macam lelaki malam tadi. Jadi, siapakah lelaki misteri malam tadi?
|
|
|
|
|
|
|
|
best plak bca yg translation malay ni..senang fhm dan lbih seram |
|
|
|
|
|
|
|
tQ....
keje sekali je seminggu...
so amik peluang baca dalam aman damai..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ambulans Berpuaka
USA ni berlainan sikit dari negara-negara lain. Perubatan kat sini berbayar termasuklah dengan perkhidmatan ambulans sekali. Tapi selalunya ia akan ditanggung oleh syarikat insurans. Peristiwa ini terjadi semasa aku bekerja sebagai pemandu ambulans di sebuah syarikat penyedia perkhidmatan ambulans.
Di syarikat aku ni, ada sebuah ambulans yang dikatakan berhantu, nombor siri ambulans tu Rig 12. Boleh dikatakan, hampir semua pemandu di syarikat aku tu ada pengalaman tersendiri masa mengendalikan ambulans tu, kecuali aku je sebab aku tak pernah bawak Rig 12. Tapi, aku sendiri pun bukanlah seorang yang percayakan benda-benda tahyul ni. Bagi aku, gangguan yang diorang alami tu mungkin cuma bunyi-bunyi mesin je kot. Dalam ambulans ni banyak peralatan elektrik, jadi tak mustahil yang mesin-mesin tu tengah rosak ke atau atendan lupa nak tutup ke.
Sehinggalah, pada suatu hari, aku dan seorang EMT yang juga rakan sekerja aku ditugaskan untuk bawak Rig 12 tu. Agaknya, orang lain dah tak sanggup kot, jadi aku dan EMT tadi tulah pilihan terakhir. Pada malam itu, kami diminta untuk berada di sebuah kawasan kampung yang tak ada apa, standby kalau-kalaulah ada panggilan kecemasan yang memerlukan ambulans kat sana. Masa tu dah pukul 3 pagi, kawasan kampung dah memang sunyi, bila awal pagi macam tu, gelap dan sunyinye tak payah cakaplah. Tapi yang bestnya, sunyi-sunyi macam tu memang best kalau nak tidur.
Aku dan EMT aku pun ambillah kesempatan tidur dalam ambulans. Aku kat tempat duduk pemandu, EMT tu pulak kat tempat duduk penumpang. Tengah syok tidur tu, aku terdengar bunyi orang berbisik-bisik. Aku sangkakan tu EMT tengah bercakap dalam tidur, jadi aku pun tanpa membuka mata cuma senggong-senggong badan die dengan badan aku, “Wei, ngigau ke? Aku nak tidur ni”. Pastu aku alihkan kedudukan badan aku menghadap cermin tingkap.
Masa nilah, aku dapat dengar dengan jelas, suara seorang lelaki lain dalam ambulans. “Oh, Tuhan. Adakah aku dah nak mati?”. Memang kuat dan jelas suara tu, sampaikan aku dan EMT dua-dua terjaga. Dalam kegelapan tu, kami sama-sama terdengar bunyi nafas turun naik macam orang nazak, dan beberapa saat kemudian, suara itu hilang begitu sahaja.
Aku dan EMT tu saling berpandangan, kami berdua terlopong terpinga-pinga. Kesan mengantuk pun tak hilang lagi, aku sangkakan mungkin aku yang mimpi, tapi dari riak wajah EMT tu aku tahu dia pun dengar benda yang sama. Kami berdua hanya mampu berdiam diri sahaja. Kemudian, kami terdengar pula bunyi mesin oksigen dihidupkan, walaupun setakat bunyi click click, tapi bunyinya kuat sekali sebab suasana waktu tu memang sunyi sepi. Hisss….Hisss….. Kemudian bunyi orang bernafas pakai mesin pulak. Kali ni aku dan EMT terus bertempiaran keluar dari ambulans tu.
Pada mulanya, aku beranggapan ni agaknya ada budak nakal masuk ambulans kot saja nak prank kitorang. Aku dan EMT pun perlahan-lahan bergerak ke belakang, dan bukak pintu ambulans. Gelap je. Aku bukak lampu belakang tu, kosong. Peralatan-peralatan dalam ambulans tu elok je tak terusik.
Malam tu memang aku dan EMT aku bukak semua lampu yang ada dalam ambulans tu, nak tidur pun kitorang tak berani. Tapi itu jelah kali pertama dan kali terakhir aku diganggu. Lepas-lepas tu, aku bawak Rig12 takde dah benda-benda pelik macam malam tu.
Pada pendapat aku, Rig12 ni antara ambulans paling lama dalam syarikat aku ni, mungkin Rig12 adalah saksi bisu bagi pelbagai peristiwa-peristiwa yang sedih, mencemaskan, peristiwa yang meninggalkan kesan pada emosi manusia. Mungkin ada yang pernah mati dalam ambulans tu. Rig12 terus berkhidmat dengan jayanya sehinggalah ianya diber’sara’kan pada tahun lepas….
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
menunggu citer penyelam pulak
TQ tau... sbb dah lama naga tgglkan cari sbb dah tak byk citer best..
start dgn cari ni 2006 rasanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tahan seram antu2 Amareka nun Tapi seriously aku rasa antu diorng tu jaha lain macam..suka pengaruh org utk bunuh diri, cederakan org dll..antu kita just takutkan gitu2 je |
|
|
|
|
|
|
|
shop_girl replied at 28-2-2021 10:33 AM
Boleh tahan seram antu2 Amareka nun Tapi seriously aku rasa antu diorng tu jaha lain macam..su ...
Aku rasa sebab omputeh ni jenis susah nak percaya benda mistik. Setakat tunjuk kelibat diorang kait dengan science. Paling kuat rasa diorang dah tak betul sebab stress, terlampau penat and what not.
Sampai kat kite, bunyi guli tumbuk sambal tarik perabot pon dah takut kecut perut. Belum lagi dia tunjuk kain putih terbang dengan kejadian orang kerasukan. Mau kecut segala-mala. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape Kata Abang Askar Hati Kering? Bahagian 1
Aku merupakan seorang tentera semasa penaklukan Iraq pada tahun 2003, unit aku 1/22 4th ID. Unit aku masuk ke Baghdad, di utara Baghdad ni ada lapangan terbang yang kitorang namakan K2. K2 ni lah yang jadi forward operating base, FOB atau senang cakap, pengkalan kami la. Tapi kebanyakan unit dalam batalion aku ni masih di Tikrit (kampung Saddam Hussein), manakala unit aku bersama-sama dengan unit 3/66 Armor beroperasi di sekitar depot senjata musuh berdekatan Baiji. Tapi sekejap jelah, pastu kami balik semula ke FOB tadi.
K2 ni ada kawasan perumahan yang dah ditinggalkan, betul-betul kat hujung landasan kapal terbang tu. Sebelum ni, kawasan perumahan tu adalah tempat tinggal sementara untuk staf dan tentera udara Iraq, diorang ni lah yang mula-mula beroperasi kat FOB kami ni, tapi mereka tinggalkan tempat tu sebelum kami masuk lagi. Cuma, yang peliknya, walaupun kawasan perumahan tu kirenye dah 3rd hand la, bersilih ganti bertukar pemilik, tapi tempat tu nampak macam dah ditinggalkan dari sebelum Iraq ditakluk lagi. Masih ada lagi periuk kuali di sinki, baju-baju di ampaian, walaupun tempat tu dipenuhi dengan debu. Tempat tu pun pernah jugak ada orang pecah masuk dan menumpang kat situ, tapi takde pulak diorang bedal curik barang sampai licin. Di sesetengah rumah masih ada katil tilam sofa. Unit aku diberi tempat di hujung landasan tu, tapi sampai kat kawasan gudang je. Sebaliknya team MP dapat tidur dalam rumah. Memang unit aku cemburu la kat diorang tu, untunglah dapat duduk dalam rumah kan. Macam kitorang ni terpaksa tidur dalam gedung dan stor je, team MP tu walaupun rumah buruk, tapi dah kat medan perang memang mewah sangatlah dapat duduk rumah terbiar pun.
Tapi, team MP tu cuma dapat bertahan seminggu je dalam rumah tu. Pastu diorang pindah keluar dah. Kitorang pun hairan jugak. Aku sempat bertanya pada seorang MP tu, kenapa korang keluar?
"Tak laratla bro. Malam-malam dengar bunyi tapak kaki berlari-lari. Pintu bukak katup kuat-kuat sampai bunyi gedegang. Nak tidur malam pun tak tenang". Tu alasan kawan MP aku tu. Tapi aku terdengar cerita jugak, dah ada beberapa MP ternampak penampakan budak-budak dalam rumah yang diorang duduk tu.
Kalau masuk tentera USA ni, memang kene hanjenglah kalau masih ada askar yang percaya dengan benda-benda paranormal ni. Bagi orang USA khususnya, tiada benda yang tiada penjelasan saintifik di sebaliknya. Kalau pegawai dah kasi arahan, kau kena ikut. Takde tidak-tidak atau tapi-tapi. Sebab tu kitorang pun rasa pelik, kenapa pegawai atasan masih benarkan team MP tu pindah keluar sebab alasan 'kena kacau hantu'.
Bila team MP tu dah pindah, maksudnya unit aku yang kena tidur dalam gudang nilah kena berkawal untuk jaga perimeter FOB kami. Sebab rumah yang team MP penah duduk tu depan gudang unit aku je, jadi sebelum ni team MP tu lah yang akan sentri kawasan rumah tu termasuk kawasan aku sekali. Tak pasal-pasal kan kitorang pulak yang kena berjaga malam. Dahla kena tukar shift sejam sekali. Tapi, peralatan kami pun bukan kaleng-kaleng. Setiap daripada kami dilengkapi dengan teropong khas untuk penglihatan di sebelah malam dan alat khas untuk kesan haba sekali. Setiap malam kami akan berkawal, dan dengan peralatan khas tu kami scan satu gurun tu tunggu kedatangan musuh. Dan antara tempat yang kami tak boleh nak elak dari imbas tu, adalah kawasan perumahan yang team MP duduk sebelum tu.
Malam-malam, masa berkawal, kami dengar suara kanak-kanak ketawa dan bermain, sepanjang malam. Bunyinya dari kawasan perumahan yang dah kosong tu. Tapi, bila imbas pakai teropong pengesan haba, tempat tu kosong je. Kat tengah taman tu ada taman permainan kanak-kanak, tapi banyak permainan kat situ dah rosak. Tempat tu lah yang paling bising sekali. Bila scan, takde orang.
Bukan setakat bunyi-bunyi je, adakalanya kami akan dilempar dengan batu-batu kecil. Takdelah sampai mencederakan, tapi korang bayangkanlah kami dahlah dengar bunyi budak-budak bermain, tapi kelibat pun tak nampak, pastu kena baling batu la pulak. Pada awal unit aku terpaksa berkawal tu, memang agak kecoh sikitlah, tapi lama-kelamaan kami jadi lali dan tak buat hairan dah dengan gangguan-gangguan kecil tu. Tapi, aku dapat rasakan, yang semua orang jadi berat hati bila sampai giliran diorang nak berkawal. Termasuklah jugak aku, sape tahan wei kena kacau. Tapi kami terpaksa la buat hati kering je....
Sehinggalah, pada tahun 2004, kami bertukar pegawai atasan...
Bersambung
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape Kata Abang Askar Hati Kering? Bahagian Akhir
Tahun 2004, kitorang dapat pegawai atasan baru. Pegawai atasan ni pulak adalah seorang yang skeptikal, dia tak percaya benda-benda tahyul. Kalau pegawai sebelum ni, walaupun dia tak mengaku tapi dari tindakan dan arahannya kitorang boleh faham yang dia percaya kawasan perumahan tu memang berhantu. Datang pegawai baru ni, memang dia mengamuklah bila orang cakap tempat tu berhantu, "Hantu tak wujud dalam dunia ni. Tu semua manusia je". Pastu, keluarlah arahan baru yang kami kena luaskan kawalan sampai ke kawasan perumahan tu. Alasan yang diberikan, sebab ada beberapa kali kami menerima tembakan dari kawasan tu. Walaupun begitu, takde yang cedera atau mati, tapi sebab ada bunyi tembakan dan kesan tembakan je. Tembakan tu bukan dari machine gun, tapi dari senapang penembak senyap. Memang kami agak bengang dan tertekan lah jugak dengan arahan baru tu. Macam unit aku, dahla siang-siang nak kena cari bahan letupan yang disorok, malam pulak nak kena buat serangan hendap kat lokasi pengikut Saddam Hussein. Buat patrol je pun dah 18-36 jam, ni pulak dah balik pangkalan nak kena pergi berkawal lagi sampai kat kawasan perumahan tu. Tapi, dah arahan pegawai kami pun ikutkan jelah.
Pada malam itu, skuad aku dapat giliran untuk berkawal di kawasan perumahan tu. Ni pun sebenarnya pertama kali aku masuk situ. Masuk-masuk je kat taman tu, boleh rasa yang tempat tu gelapnya luar biasa sikit. Kat situ, ada tinggalan sejarah sebuah kubu British dari zaman penjajahan dulu yang berbentuk seperti menara. Tempat tu memang kosong, dari jalan ke rumah, takde orang lain di situ selain kami. Kalau sebelum ni, kami dengar sayup-sayup je suara kanak-kanak bermain dari gudang tempat aku tidur tu, ni dah masuk dalam taman tu, memang lagi jelas la suara hiruk-pikuk 'budak-budak' tu. Meremang bulu roma aku, tapi aku cepat-cepat ingatkan diri sendiri, tu bukan musuh yang kami cari.
Kami mula masuk ke formasi wedge. Formasi ni berbentuk macam kepala anak panah.
Entah kenapa, tiba-tiba ada seorang menjerit. "Celaka!". Terkejutlah kitorang, yang lagi terkejut apabila dia menghalakan muncung senapangnya ke tengah formasi kami. Tangannya menggeletar seketika, pastu dia campak je senapang dia dan berlari keluar meninggalkan formasi kami. Dalam gelap-gelap tu dia berlari tanpa senjata, dengan tak tau hala tuju, meninggalkan kami semua. Tinggallah kami je kat situ, terberhenti sebab formasi dah lari.
Yang tinggal tu, sapa yang pandang ke arah tengah formasi tu, nampaklah. Tapi yang tak tengok, tapi tengok dia berlari, pun terdengar sesuatu.
Apa yang kami nampak, dan apa yang kami dengar tu? Bersama-sama kami rupanya, ada lembaga hitam yang berbentuk seperti seorang manusia. Tinggi, dengan tangan yang sangat panjang, serta kaki dan badan yang kurus. Lembaga tu memaling-malingkan mukanya ke arah kiri dan kanan apabila dia menyedari yang kami boleh nampak dia. Dia membongkok, kemudian dia melompat tinggi dan akhirnya ia mendarat di atas sebuah pagar dawai. Bergegar-gegar dawai tu. Kami ternampak di muka lembaga itu, sepasang mata merah yang berapi-api. Aku rasa macam nak terkencing je bila benda tu bukak mata. Askar-askar yang lain pun terkaku ketakutan. Selepas beberapa saat berbalas renungan dengan kami, lembaga bermata merah itu melompat semula dan akhirnya ia hilang di balik kegelapan malam.
Kami bagaikan tersedar dari lamunan, lalu kami semua mencari askar yang hilang tu, dan kami temui dia sedang menyorok di salah sebuah rumah kosong itu. Sambil memeluk lutut dan menangis ketakutan. Ketua skuad aku mengamuk habis, walaupun tadi tiba-tiba dia pun sama jugak kaku sampai lupa nak keluarkan arahan. Balik pengkalan je, teruk askar tu kena marah dan kena denda. Aku kenal askar tu, dia bukanlah seorang yang penakut. Dia pernah menembak musuh jarak dekat dan kena pulak tu. Memang dia hati kental, jadi kalau dia tiba-tiba lari tu maksudnya apa yang kami semua nampak tu bukanlah mainan mata.
Sejak daripada hari tu, kalau skuad aku punya giliran je, kitorang cuma sekadar menunggu dan berkawal di bahagian depan je. Ketua skuad aku pun tak berani dah nak bawak kitorang masuk dalam-dalam. Cukuplah sekadar malam itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya dulu tu perkampungan yang meriah situ kan, nak kata roh kanak-kanak pun sebab dalam islam kita wajib percaya yang roh orang yang meninggal sudah berada di alam barzakh.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih tau i SR dalam tered ni. terbaek lah tt!
alih jadi bm pon x lari pon seram tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tq tq supermod tq sebab kasi tacang banyak-banyak nih. I pun memang saja nak translate sebab i nak kukuhkan lagi pemahaman english i. ni kirenye mcm latihan utk i la jugak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|