CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noor_hannah

ORCHID

[Copy link]
Post time 2-1-2007 10:53 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Teman berghayer kat Cameron.
Alhamdullilah...........ambik kesempatan mengambil gambor Orkid n pokok2 lain di sana.

Insyaallah, biler photobucket dah o.k., akan teman pastekan gambor2 nya.

Wsalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2007 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 2-1-2007 10:53 AM
Assalamualaikum semuer,

Teman berghayer kat Cameron.
Alhamdullilah...........ambik kesempatan mengambil gambor Orkid n pokok2 lain di sana.

Insyaallah, biler photobucket dah o.k., akan teman ...


Amboi Ng tinggi nyer raya.

Sekarang di sana sejuk sangatkan.  Kak iman dulu-dulu kalau ke sana tak pernah pakai baju sejuk. Jadi masa pegi kali ni tak bawaklah baju sejuk.  Huuuuuuuh menggigil, malam tu pegi cari pegi beli jerlah jersey (betullah tu kot) kat pasar malam kat brincang.

  Macam mana jumpa tak orang asli jual orkid hutan masa mendaki ke sana.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 2-1-2007 06:48 PM


Amboi Ng tinggi nyer raya.

Sekarang di sana sejuk sangatkan.  Kak iman dulu-dulu kalau ke sana tak pernah pakai baju sejuk. Jadi masa pegi kali ni tak bawaklah baju sejuk.  Huuuuuuuh mengg ...


Assalamualaikum Hami,

Ada kabor kat wifey.
Tapi tak sempat ler nak berhenti semasa turun.

Lagi pun, teman turun jam 0800 pagi.
Deme (OA) pun lum BUKAK OPIS lagik.

Kui kui kui...

Tapi ada beli pokok makan serengga dan monkey pot.(jenis lain dari yg biasa)

Memang sejuk kali nie.....
Teman dok ghumah adik ipar.
Dekat dgn Casctus Farm.

Gi ke tempat baru di sebelah nya.
Best nyer.......makan salad, strawberry etc.

Wslam
p/s ada ambik gambor mcm2 pokok
p/s solat Ghayer kat Brinchang tapi ghaser mcm dok kat Bangladesh:
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 2-1-2007 08:42 PM


Assalamualaikum Hami,

Ada kabor kat wifey.
Tapi tak sempat ler nak berhenti semasa turun.

Lagi pun, teman turun jam 0800 pagi.
Deme (OA) pun lum BUKAK OPIS lagik.

Kui kui kui...

T ...


Masjid brinchang pun dah tersorok sekarang ni.  Tak macam dulu.  Sedih tengokkan.

Bolehlah tengok gambar pokok-pokok tu nanti kalau NG tepekkan kat sini.

[ Last edited by  haniman at 3-1-2007 08:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 2-1-2007 10:53 AM
Assalamualaikum semuer,

Teman berghayer kat Cameron.
Alhamdullilah...........ambik kesempatan mengambil gambor Orkid n pokok2 lain di sana.

Insyaallah, biler photobucket dah o.k., akan teman ...


Seronoknya! Tak sabar menunggu gambo2 NG.

The last time Hami pi CH Dis 2005....4 keluarga so ambik 2 apartment kat entah apa nama hotel di Brincang. Kat luar pagar dia ada strawberry farm. Pada hari Ahadnya ada macam pasar tani. Yang best sekali Hami suka makan goreng mushroom dia .....enak! :pompom:

Masa turun singgah dikedai menjual pasu2an buatan Perak ...ada Hami beli satu indoor garden lamp. Baru 2-3 minggu hari tu Hami pasangkan lampu dia. Kenalah RM40 termasuk switch dan power saving bulb. Nanti bila system dah OK Hami pastekan ...mungkin di thread Landscape kot.......:hmm:

[ Last edited by  hamizao at 3-1-2007 01:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 11:25 AM | Show all posts
hari isnin lepas p nursery kat Kuala Pilah.. beli racun serangga utk masalah orkid iLa tu..  alah yg daunnye bintik2 hitam tu.. dia bagi racun ni.. selasa pagi lepas siram pokok iLa spray lah orkid tu..pagi tadi siram poko2 ni.. terperasan kat daunnye ada warna putih2.. memang cam tu ke keadaan daunnye setelah di sembur racun... iLa kena buat sesuatu ke.. atau biarkan.. tolong2 pakar2 orkid...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2007 02:42 PM | Show all posts

Reply #364 ilahairi's post

Ini racun Malathion. Bila dibancuh memang putih sikit. Mengikut rujukan Hami,  untuk haiwan perosak - belalang. Hati2  bila mengunanya sebab dia power gak ....jaga tangan dan muka(kot2 ditiup angin apabila spray). Baunya.... mak datuk! Hami biasa guna dia untuk anai2 juga dan pokok mangga sebab belalang tu gemarkan pucuknya. Sekarang Pokok mangga dah Hami tebang ....tak larat nak jaga!

Sedikit ttg serangga haiwan perosak orkid......

Kerosakan pokok yang dilakukan mengikut jenis  serangga, tungau, kutu daun, siput dll.

Serangga, biasanya jenis kumbang memakan daun dan bertelur pada daun, pucuk, batang dan bunga. Teritip juga dengan kumbang merupakan musuh2  No.1 . Tungau dan kutu daun pula menghisap cecair daun . Daun akan menjadi kuning dan kemudian hitam menandakan dah dijangkiti penyakit. Siput memakan pucuk atau daun muda. Tungau dan labah2 merah boleh menyebabkan bintik2 merah pada bunga....dan seterusnya ada berbagai lagi .......

Cara mudah bagi koleksi pokok orkid yg kecil2lan elok di kutip dan dipriaak  je! Racun kimia boleh di semburkan mengikut sukatan yg diberi...sekali 1-2 minggu. Jenis racun kimia yg sering digunakan:

Haiwan Perosak: Kumbang
Racun Kimia:
Nama Biasa/Nama Dagangan: Trichlorphon/Dipterex; Carbaryl/Sevin dan Trisev; Dimethoate/Rogor. Roxion, Perfekthion; Diazinon/Basudin,Trisudin


Haiwan Perosak: Teritip
Racun Kimia:
Nama Biasa/Nama Dagangan
: Albolieum/White Oil; Dimethoate/Rogor,Perfekthion; Triazophos/Hostathion

Haiwan Perosak: Belalang
Racun Kimia:
Nama Biasa/Nama Dagangan:
Malathion/Malathion; Diazinon/Basudin,Trisudin

Haiwan Perosak: Tungau
Racun Kimia:
Nama Biasa/Nama Dagangan
: Dimethoate/Rogor,Perfekthion; Diazinon/Basudin,Trisudin

Haiwan Perosak: Siput
Racun Kimia:
Nama Biasa/Nama Dagangan
: Metaldehyde/Medolex, Metadex, Snailex

Diharap info ini berguna.

[ Last edited by  hamizao at 5-1-2007 10:27 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 03:59 PM | Show all posts
memang bila dibancuh warna cecairnye menjadi putih... iLa guna 1 tutup + 1 botol spary air yg sedang dan dispray sekali lalu aje pada pokok orkid tu (seperti yg disarankan oleh penjual) baunye memang busuk bangat..

apa2 pun thanks for the info ye hami... memang berguna sangat tip2 yg diberi..
:tq::tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2007 04:26 PM | Show all posts

Penyakit Pokok Orkid

Pokok orkid juga boleh diserang penyakit bila2 masa. Ada jenis orkid yang lebih tahan terhadap penyakit, tetapi sebilangan besar mudah dijangkiti  penyakit.

Ada 3 jenis penyakit yang biasa menyerang pokok2 orkid : kulat, bakteria dan virus. Pada amnya penyakit  kulat dan bakteria lebih biasa berlaku. Biasanya pokok akan reput dibahagian daun, batang, pucuk atau akar. Penyakit virus pula akan mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut, ada bintik pada daun, bunga reput hitam ...tak sempat kembang

Penjagaan

Untuk mengelak dari penyakit persekitaran pokok mestilah bersih dan semburan racun kulat dilakukan sekali seminggu. Apabila pokok sudah diserang kulat atau bakteria, rawatan yang paling mudah ialah dengan membuang bahagian yang rosak. Pokok yang telah dijangkiti virus dan dah tidak dapat diselamatkan perlu dibuang dan dibakar. Kata orang tak ada obat bagi pokok yg dah di serang virus dan pokok perlu di asingkan dari pokok2 yang lain. Virus selalunya dibawa oleh seranga2 yang menghisap cecair.

Ada beberapa jenis racun yang biasa digunakan untuk membasmi beberapa jenis penyakit. Nama2 biasa seperti Benomyl, Captan, Consan, Captafol, Ferbam, Menab, Thiram dan Zineb.

Ada satu lagi masaalah yang selalu didapati dgn anak2 pokok - "dry rot" -hitam2 dihujumg daun. Boleh disebabkan oleh air selalu bertakung di bahagian tengah atau pokok berdekatan dengan persekitaran yang terlalu basah seperti dirumput....Bahagian daun yang rosak itu boleh dipotong dengan pisau yg telah disterilisekan  seperti menggunakani api .

Satu lagi masaalah boleh disebabkan oleh naungan. Lembaran baru ....tunggu........

[ Last edited by  hamizao at 5-1-2007 10:48 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 05:33 PM | Show all posts
ni baja prganik yg iLa tgh pakai...

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 05:57 PM | Show all posts

Jenis2 Orkid

Orkid dibahagi kpd 2 jenis:

1. Simpodial

Jenis ini boleh tumbuh atas pokok (epifit) , di atas tanah(terestrial) atau di celah batu(lihtofit). Akan berbunga apabila pokok sudah cukup matang. Setelah berbunga daunnya akan menjadi kuning dan layu. Bebawang yang tua akan bertunas dipangkalnya dan kemudian mengecut dan mati. Juga dikenali sebagai orkid rumpun. Ada pelbagai bentuk bebawangnya yang berfungsi sebagai pundi untuk menyimpan dan membekalkan makanan bagi pokok yang epifit. Bunga tumbuh dari celah daun atau dihujung batang

Genus2 seperti:

Aerangis, Aerides, Angraecum, Anguloa
Bareria, Brassalova, Brassia, Bulbophylum
Calanthe, Cattleya, Ceratobium, Coelogyne, Cymbidium
Dactylorhiza, Dendrobium
Encyclia
Laelia, Lycaste
Maxillaria
Oncidium
Paphiopedilum
Spathoglottis

dan banyak lagi................

2. Monopodial

Pokoknya tumbuh sehala, panjang dan memanjat. Selalunya epifit tetapi boleh hudup di atas tanah. Ada yang tahan panas.

Genus2 seperti:

Aracnis,  Aranda, Ascocenda, Ascocendrum
Mokara
Phalaenopsis
Renanthera, Rhynchostylis
Vanda

Ada genus dihasil kan dari kacukan/hibrid seperti:

Aranda = Arac x Vanda
Ascocenda = Asc'um x Aerides
Mokara = Arac x Asc'um x Vanda   atau   Arac x Asc'da   atau  Aranda x Asc'um

dan lain2.

[ Last edited by  hamizao at 4-1-2007 05:59 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by ilahairi at 4-1-2007 05:33 PM
ni baja prganik yg iLa tgh pakai...



Photobucket dah OK?

Ada sedikit nota buat baja tahi kambing/tahi haiwan reput :

Sesuai bagi  orkid jenis Aranda, Phalaenopsis dan semua jenis orkid monopodial, pokok dewasa di dalam pasu. Kalau yang di atas tanah kenataruk lebih sikit. Ketulan medium tanaman lebih kasar dari jika mengguna tahi ayam. Pembajaan sekali dalam 3 bulan .....wah, amat mencermatkan tenaga.

Ni mengikut rujukan Hami aje.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 09:45 AM | Show all posts
wah... byk taik kambing pun ada...
blom penah jumpa lg yg siap pack cengiitu kat sini...yg ada taik ayam ja...
pst..busuk tak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 5-1-2007 09:45 AM
wah... byk taik kambing pun ada...
blom penah jumpa lg yg siap pack cengiitu kat sini...yg ada taik ayam ja...
pst..busuk tak..

Dia ni dalam bentuk pellet.  Taklah busuk macam yang belum proses rasanya.  Pernah juga beli.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 11:13 PM | Show all posts

Reply #372 haniman's post

Baja taik ayam, baunya macam belacan sikit..
Baja taik kambing lebih kuat baunya, tapi x bau mcm belacan.. bau macam kambing. haha!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 02:35 AM | Show all posts
testing ...testing......wah .....tak dapat nak paste multiple images. Susahlah macam ni sysrem baru ni!!

Any way dah lama tunggu baru hari ni dapat paste gambor orkid Hami ni...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2007 02:39 AM | Show all posts
Sambungan..............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 02:44 AM | Show all posts
Sambungan............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 08:12 AM | Show all posts
Hai lay out baru ni susahlah, asyik kata tak cukup bait tak boleh hantar.  Macam mana nak masuk gambar yer

[ Last edited by  haniman at 6-1-2007 11:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 02:14 PM | Show all posts
mcmana nak tanam orkid?letak arang,bata,lagi???????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.118432 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list