|
Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!
[Copy link]
|
|
Originally posted by srumut at 23-6-2008 08:43 PM
Xpert Pools kali ini dimenangi oleh pengurus pasukan Saja Saja F.C dengan 4 tekaan betul membawa pulang 400ribu econ!
hebat..kalau tak silap ni 1st time Saja Saja FC buat taruhan dan terus menang!
fuh... tak sangka menang 400ribu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #162 Pak_Jen's post
tahap turki la tim ko nih...asik sko last minit jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
good luck pacubob fc
Buruan untuk kemenangan pertama masih diteruskan lagi oleh pasukan bawah anjin pacubob fc.Semoga dengan kehadiran pemain import baru akan mengukuhkan lagi benteng petahanan pasukan pacubob fc.Tidak dinafikan pasukan yang bakal dihadapi memang amat liat ditewaskan tetapi dengan semangat yang jitu apa-apapun bakal berlaku.....Agi Idup Agi Ngelaban!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
PREBIU PERLAWANAN KE-4 LIGA CIFBAI
EPITOMEFC 朤EAM KUKU CEKAM
Barisan negro epitomefc akan mempertahankan rekod tanpa kalah mereka menentang pasukan yg penuh dgn kezutan team kuku cekam di gelanggang sendiri malam esok. Namun mereka harus berhati2 kerana team kuku cekam mampu melakukan kambek pada saat2 akhir perlawanan. Kedua2 pasukan hanya dipisahkan dgn 1mata dan sudah pastinya perlawanan dijangka sengit.
Ramalan: EPITOMEFC2 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
perghh...smakin sukar sekarang ni...
smua tim dah up-to-date...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini Perlawanan ke 8 Pusingan 1 Liga Cari Xpert11
jam 3.30pm
Jadual:
1) Nasri Kawase Fc vs DonHenleyTough di HanJiHye Stadion
2) kg boy fc vs josekobenrossi di Stadium Aku
3) Saja Saja F.C vs TeaM cAp AyaM di Stadium Saja Saja F.C
4) korr fc vs Saro FC di Stadium Giggsy Lane
5) Pasukan Hebat Fc vs Rocky FC di Stadium 4th Floor
Preview:
1) Nasri Kawase Fc vs DonHenleyTough di HanJiHye Stadion
Laluan penuh liku bakal menanti pasukan DonHenleyTough di Stadium HanJiHye hari ini. Kedua-dua pasukan telah mengutip 1 mata masing-masing pada perlawana lepas dan perlawanan pada petang ini bakal menguji sejauh mana keupayaan pasukan DonHenleyTough beraksi di gelanggang lawan. Nasri Kawase Fc pastinya tidak mahu berputih mata di gelanggang sendiri dan diramal menggunakan taktik menyerang bagi mendominasi perlawanan.
Ramalan:
Nasri Kawase Fc 2 vs DonHenleyTough 1
2) kg boy fc vs josekobenrossi di Stadium Aku
Pasukan kg boy fc akan bermain di tempat sendiri hari ini apabila menanti kunjungan pasukan josekobenrossi. Peluang bermain di hadapan penyokong sendiri pasti akan digunakan semaksimum mungkin untuk meraih 3 mata berharga bagi menghapuskan badi 'pakar seri'. Pasukan josekobenrossi pula pastinya tidak ingin terus merundum dan diramal bakal memberi saingan habis-habisan. Kehadiran pemain pertahanan baru yang berpengalaman, Lee Conden dilihat bakal menyuntik semangat baru barisan pertahanan josekobenrossi dalam mengekang asakan jentera hadapan kg boy fc..Perlawanan kedua-dua pasukan dijangka sengit.
Ramalan:
kg boy fc 1 vs josekobenrossi 0
3) Saja Saja F.C vs TeaM cAp AyaM di Stadium Saja Saja F.C
Pasukan sedang meningkat naik, Saja Saja F.C akan diuji di gelanggang sendiri hari ini apabila bertemu pasukan yang belum tewas dalam 5 perlawanan berturut-turut iaitu pasukan TeaM cAp AyaM. Saja Saja F.C pastinya akan cuba mendapatkan 3 mata pertama dalam liga dan tugas getir bagi jentera serangan TeaM cAp AyaM kerana pertahanan Saja Saja F.C dilihat semakin sukar dibolosi kebelakangan ini.
Ramalan:
Saja Saja F.C 1 vs TeaM cAp AyaM 1
4) korr fc vs Saro FC di Stadium Giggsy Lane
Pasukan korr fc akan berdepan dengan pasukan Saro FC hari ini di Giggsy Lane. Tiada masalah kecederaan dan kedua-dua pasukan diramal bakal membariskan barisan utama masing-masing. Bagaimanapun bermain di tempat sendiri dilihat satu kelebihan kepada pasukan korr fc bagi meraih 3 mata penuh. Pasukan Saro FC diramal menggunakan taktik serangan balas bagi memerangkap pertahanan korr fc. Perlawanan dijangka sengit.
Ramalan:
korr fc 1 vs Saro FC 0
Perlawanan Tumpuan:
5) Pasukan Hebat Fc vs Rocky FC di Stadium 4th Floor
Perlawanan tumpuan kali ini adalah antara pendahulu liga Pasukan Hebat Fc dan pasukan di tangga kedua liga Rocky FC di Stadium 4th Floor. Rocky FC perlu segera melupakan kekalahan pada perlawanan lepas bagi menyekat penguasaan Pasukan Hebat Fc di tangga teratas liga. Bagaimanpun, Pasukan Hebat Fc bakal menggunakan kekuatan barisan tengahnya bagi mengimbangi kekuatan jentera tengah Rocky Fc. Keputusan perlawanan diramal akan ditentukan oleh pasukan yang paling minimum melakukan kesilapan di hadapan pintu gol.
Ramalan:
Pasukan Hebat Fc 1 vs Rocky FC 1
Untuk setakat ini, Xpert Pools terkumpul baru ada 300ribu econ dan masih ada masa lagi utk melakukan tekaan ( sblm 3.30pm)
Mari tambah dana econ club anda!
Jumpa di padang kul 3.30pm nanti!!
[ Last edited by srumut at 28-6-2008 07:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #197 koben19's post
tim ko memang ditakdirkan kaloh manjang...heheh... |
|
|
|
|
|
|
|
Keputusan Rasmi Perlawanan ke 8 Pusingan 1 Liga Cari Xpert11
hari ini jam 3.30pm tadi
1) Nasri Kawase Fc 3 vs DonHenleyTough 1
2) kg boy fc 2 vs josekobenrossi 1
3) Saja Saja F.C 1 vs TeaM cAp AyaM 1
4) korr fc 2 vs Saro FC 1
5) Pasukan Hebat Fc 0 vs Rocky FC 3
Nasri Kawase Fc meneruskan kecemerlangan dengan mengutip 3 mata di tempat sendiri manakala kg boy fc mencapai kemenangan kedua berturut - turut. Saja Saja F.C memang pakar seri dan TeaM cAp AyaM mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 6 perlawanan. Kedua pasukan berkongsi 1 mata dengan jaringan 1-1
Pasukan korr FC seperti diramal berjaya mengutip mata penuh dengan kemenangan 2-1 di Giggsy Lane. Kekalahan ketiga untuk pasukan Saro FC.
Paling mengejutkan apabila Rocky FC bangkit dari kekalahan di tempat sendiri pada perlawanan lepas dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan tuan rumah Pasukan Hebat Fc. Rocky FC satu-satunya pasukan yang menang di temapt lawan kali ini dan sekaligus kembali berada di persada liga.
Adat permainan ada kalah dan ada menang
Makluman: perlawanan ke 9 pada Isnin depan nanti adalah perlawanan TERAKHIR untuk pusingan 1 Liga Cari Xpert11
Pusingan kedua akan bermula pada 03/07/08
500ribu econ di Xpert Pools kali ni dikongsi oleh 3 pasukan iaitu Saro FC, Saja Saja F.C dan TeaM cAp Ayam sebanyak 166 166 econ setiap pasukan dengan 2 tekaan tepat. 2 lagi pasukan hanya meneka 1 tekaan tepat!
Saja Saja F.C menang lagi???
Siapa Xpert11 Manager utk perlawanan ke 8??
Akan diumumkan di Bilik Berita Liga Cari Xpert11
[ Last edited by srumut at 26-6-2008 05:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
naseb kito srupo la koben...kaloh manjang...huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by srumut at 26-6-2008 16:04
Keputusan Rasmi Perlawanan ke 8 Pusingan 1 Liga Cari Xpert11
hari ini jam 3.30pm tadi
1) Keputusan Rasmi Perlawanan ke 8 Pusingan 1 Liga Cari Xpert11
hari ini jam 3.30pm tadi
1) Nasri Kawase Fc 3 vs DonHenleyTough 1
2) kg boy fc 2 vs josekobenrossi 1
3) Saja Saja F.C 1 vs TeaM cAp AyaM 1
4) korr fc 2 vs Saro FC 1
5) Pasukan Hebat Fc 0 vs Rocky FC 3
:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #200 srumut's post
dem la weh...final 10minit leh lak rocky score 3...1 sudah la...binawe... |
|
|
|
|
|
|
|
seri jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #166 darwisyadli\ catat
seri jek ko predict..kamonnn la weii ini team kuku cekam.bau cekam pun dh cukup mengusarkan ref. |
|
|
|
|
|
|
| |
|