CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 30-11-2010 07:33 PM | Show all posts
Kenduri doa selamat di rumah Mak Long Siah  baru saja selesai malam itu. Kenduri untuk menyambut kepulangan Akil yang baru pulang dari Mesir dibuat kecil-kecilan sahaja. Hanya menjemput ahli keluarga dan kenalan rapat.

Tetamu sudah beransur pulang. Diana mencuit lengan Daniel.

“Kenapa ibu dan ayah tak balik lagi? Ada hal apa tiba2 masuk bilik mesyuarat tu?” soal Diana hairan. Sebaik majlis selesai, ibubapanya dan Pak Long serta mak Long Siah beriringan masuk ke bilik bacaan.

Daniel menjeling kea rah bilik bacaan yang ditutup pintunya dari dalam.

“Entah. Ada hal penting la tu..” selamba dia menjawab. Daniel kembali meneliti majalah di tangannya. Sesekali dia menjeling kea rah Akil yang sedang menyapu karpet di luar rumah. Hmm…bagus budak ni. Rajin!Puji Daniel pada Akil.

Diana termangu sendirian. Hendak tak hendak, terpaksa dia menunggu ibubapanya untuk pulang. Mereka datang dengan satu kereta saja tadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2010 07:34 PM | Show all posts
Encik Tahir, Puan Nariah, Mak Long Siah dan  Pak Long Hanafi berpandangan sesama sendiri di dalam bilik bacaan yang menempatkan sofa cukup untuk 6 orang. Selesai saja majlis tadi, mereka berempat terus menuju ke bilik itu.

Lagaknya tak ubah ahli mesyuarat tertinggi UMNO yang masuk bersidang di Dewan Negara. Pak Long Hanafi termenung panjang bila mendengar usul dari Enci Tahir tadi. Perbincangan keluarga itu menjadi serius malam itu. Encik Tahir dan Puan Nariah mencadangkan agar Akil dan Diana disatukan.

“Akil dah ada pilihan sendiri ke?” soal Puan Nariah bila melihat Pak Long Hanafi yang terdiam lama. Pak Long Hanafi memandang isterinya. Kemudian memandang Puan Nariah kembali.

“Belum ada setahu saya…” balasnya jujur. Selama 6 tahun tinggal di Mesir, tak pernah pula dia mendengar aduan dari Akil tentang mana2 gadis. Jadi, rumusannya, Akil masih belum mempunyai pilihan hati.

Lega hati Puan Nariah dan Encik Tahir mendengar. Masing2 tersenyum. Pak Long Hanafi membetulkan duduknya. Dia sebetulnya sedang keliru. Mahu menerima atau tidak. Bukanlah dia tidak sukakan Diana. Anak gadis itu sangat baik. Beruntung saja sesiapa yang mengambil Diana sebagai menantu.

Walaupun dia tahu, Diana agak kasar orangnya, tapi masih terselit sifat seorang perempuan pada gadis itu. Lebih2 lagi, sejak pulang dari palestin, Diana sudah banyak berubah pada pandangannya. Kalau dulu dia tidak memaki tudung, kini gadis itu sangat manis dengan tudung yang beranika warna dan corak dikepalanya. Lagi pula, Diana Nampak lebih lembut berbanding sebelum ini.

Tapi….Pak Long Hanafi memandang isterinya.

“Tahir..Nariah…” Pak Long Hanafi memandang keduanya. Mak Long Siah dari tadi diam sahaja. Dia hanya akan akur saja pada apa saja keputusan suaminya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 07:35 PM | Show all posts
“Kalau kamu berdua kata yang Akil tu mampu menjaga Diana, aku rasa itu betul. Akil boleh menjaga Diana. ..” satu persatu Pak Long Hanafi mengatur ayat. Dia tidak mahu perasaan keduanya terluka. Ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tak putus, tepung tak tumpah.

“Tapi, untuk menjaga Diana dengan penuh kasih sayang tu….aku rasa susah,” sambungnya lagi.

“Kenapa abang cakap macam tu?” soal Encik Tahir pula.

“Simple. They do not love each other…” tutur Pak Long Hanafi. Encik Tahir dan Puan Nariah terdiam.

“Tapi, kalau dah kahwin nanti, lama2 cinta itu wujudlah…” Puan Nariah masih mahu bertegas.

“Kalau tak? Macammana? Takkan perkahwinan ni pun nak gagal macam perkahwinannya yang pertama dulu? Kalau itu terjadi, tak mustahil Diana tu terus tak percaya pada perkahwinan lagi..” kata Pak Long Hanafi.

Puan Nariah dan Encik Tahir terdiam sejenak. Masing2 kelu. Betul juga kata2 abangnya itu. Jika benar2 hal itu terjadi, ngeri untuk difikirkan kesudahannya kelak. Ibarat mereka telah mempertaruhkan masa depan Diana di hujung tanduk.

Puan Nariah menggenggam erat tangan suaminya. Mak Long Siah turut terdiam.

“Mmmm..aku tahu kamu bimbangkan Diana. Tapi, kadangkala kita kena beri sedikit kepercayaan pada dia jugak. Dia pun dah banyak berubah. Dah jauh lebih matang berbanding dulu. Cuba  tanya dia sendiri, manalah tahu kalau2 dia ada suka kat seseorang,” pak Long Hanafi memberi cadangan pula.

Puan Nariah menggeleng.

“Sejak dia bercerai dulu, dia dah tak minat bercinta. Daniel ada juga tanya dia, tapi dimarahnya Daniel pulak,” kata Puan Nariah.

Pak Long Hanafi terdiam. Ingatannya segera teralih pada peristiwa siang tadi. Dasuki, salah seorang bekas sukarelawan semasa di Palestin dulu yang juga merangkap ketua pemuda persatuan Misi Kemanusiaan yang banyak berurusan dengannya suatu ketika dulu menelefonnya. Tujuannya jelas dan panjang lebar diterangkan.

Pak Long Hanafi terdiam sejenak lalu tersenyum. Wajah Farid segera menerpa ruang mindanya. Pemuda berhati baik itu masih ingin berhubung dengan Diana rupanya.

“Kalau aku cadangkan seseorang untuk Diana, boleh?” soal Pak Long Hanafi pula. Serentak, ketiga2 pasang mata yang lain memandang tepat kea rah Pak Long Hanafi. Pak Long Hanafi mengulum senyum.

“ Jangan bimbang. Budak ni, aku kenal dia betul. Budak ni, adalah orang yang menderma darah pada Diana waktu Diana kena peluru sesat kat Palestin dulu...” ujar Pak Long Hanafi sambil tersenyum lebar.

Puan Nariah dan Encik Tahir berpandangan.

“Kenapa abang tak bagitau kami sebelum ni?” soal Encik Tahir. Sungguh, mereka langsung tidak tahu menahu tentang ada orang yang menderma darah kepada Diana. Pak Long Hanafi senyum lagi. Perbincangan makin panjang. Malam kian larut dan mereka berempat masih bercerita.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 09:16 PM | Show all posts
yes.... jalan buat farid terbuka luas nampak... jgn ada yg buat roadblock dah...
harap2 jadi la ye... pak lonh hanafi mmg sporting...
teruskan fizziany....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 05:56 AM | Show all posts
Terima kasih pak long hanafi membuka jalan untuk farid dan dania....
Sib baik dasuki dah dulu bercerita dgn pak long....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 08:59 AM | Show all posts
bersatukah mereka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2010 10:04 AM | Show all posts
bagusnya.........pak long hanafi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 11:21 AM | Show all posts
best3....hehehe.. nak lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2010 11:55 AM | Show all posts
semoga hasrat farid dpermudahkan ye fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 05:35 PM | Show all posts
Fizz cepat sambung
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 10:16 AM | Show all posts
next!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 07:47 PM | Show all posts
Malam itu Daniel tidak dapat melelapkan matanya. Meski jam di dinding sudah berdenting pukul 3 pagi, dia masih belum dapat melelapkan mata. Pulang dari rumah Pak Long tadi, kedua ibubapanya senyap sahaja di dalam kereta.

Apabila sampai ke rumah, Daniel menghampiri ibunya untuk mengetahui keputusan perbincangan tadi sebaik Diana sudah lesap menghilang ke biliknya. Budak tu, dari dalam kereta lagi dia sudah tertidur di bahu ibunya.

Ibu cuma senyum sambil meneguk air meski Daniel kelihatan tak ubah seperti cacing kepanasan menanti jawapan ibu. Yang nyatanya, kata ibu, “tak jadi!”.

Bila ditanya kenapa, ibunya tersenyum sahaja sambil berkata, “ Jangan bimbang, Di akan kahwin jugak. Esok, Dani tanya Di bila dia ready nak kahwin,” arah ibunya lalu masuk ke kamar tidur.

Makin bertambah hairan Daniel dibuatnya. Tidurnya dikalih ke ke kiri pula.  Hmm..tak apalah Dani. Esok, bincang saja dengan Di. Rasanya Di tak akan menolak. Dulu lagi dia sudah berjanji bahawa perkahwinan kali ini, calon suami mesti datangnya dari pilihan keluarga. Daniel memejamkan matanya sambil menghembus nafas resah. Esok hari, apa reaksi si adik, tak tahulah bagaimana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 07:48 PM | Show all posts
Hari itu hari Sabtu. Sengaja Daniel menemani Diana ke butik. Buang tebiat ke abang ni…itu kata Diana bila Daniel memberitahu bahawa hari itu, Daniel akan menemaninya seharian di butik. Mereka sampai agak awal. 2 orang pekerjanya sudah memulakan kerja masing2 sewaktu mereka sampai.

“Abang mimpi apa baik sangat dengan Di hari ni? Sampai belanja tosei ni?” tunjuk Diana ke arah 3 keping tosei di depannya. Sudah sekeping masuk ke perutnya. Daniel tersengih2 sambil menyuap tosei ke dalam mulutnya. Wajah Diana yang sedang ragu2 dipandang. Nak terketawa pula melihat wajah Diana ketika itu. Wajah penuh ragu2! Daniel tersengih sendirian lagi.

“Haa..tengok tu! Mesti ada apa2 sampai abang dok tersenyum2 sorang diri tu! Bagitaula bang. Apa bendanya…” Diana sudah naik cuak melihat abangnya yang seperti berahsia sesuatu darinya. Sudahlah malam tadi, dia cukup bingun dengan ibu dan ayah yang seperti penyimpan mohor besar di raja yang menyimpan rahsia tarikh hari raya.

Daniel mengelap tangannya dengan tisu. Kertas tosei yang sudah kosong dibungkus kemas untuk dibuang.

“ Abang nak kahwin dengan kak Ayu..” beritahu Daniel perlahan. Diana membuntangkan matanya, kemudian merapatkan telinganya ke mulut abangnya.

“Apa dia? Cakap sekali lagi! Di tak dengarla..” ajuk Diana. Dia sudah tersenyum sumbing. Cuak Daniel melihat peilaku si adik. Nak kenakan aku ya…kau belum tahu kebenaran lagi!

“Abang nak kahwin dengan kak Ayu..” ulang Daniel. Dituturkannya ayat itu satu persatu biar jelas di telinga Diana yang separuh pekak itu. Agak dialah…

Meleret senyum Diana.

“Haa…baguslah tu! Itulah yang ditunggu2 dari dulu. So, bila nak langsungkan majlis?” sudah tidak sabar Diana hendak menerima kehadiran kakak ipar ke rumahnya. Sisa kuah tosei yang masih melekat dijari dilap tisu. Dia menuju ke sinki untuk membasuh tangannya.

“ Tapi…sebelum tu..” Daniel terdiam sejenak sambil merenung Diana yang membelakanginya. Takut juga dia hendak menyatakan hasrat ibu dan ayah. Diana berpaling lalu memandang Daniel. Tangan dilap lagi.

“Tapi apa?” soalnya. Tak cukup duit nak kahwin? Heheh! Jangan mainlah! Takkan lah itu masalahnya…

“Tapi, sebelum abang kahwin, kami bercadang nak kahwinkan Di dulu…” Daniel terus bersuara dengan satu nafas. Wajah si adik direnung lagi. Pucat muka Diana sebaik mendengar kata2 Daniel. Langkah yang mahu di atur kea rah abangnya mati di situ juga. Sejuta perasaan yang bercampur baur menyerbu hatinya. Bibirnya terkunci. Kelu tak terkata.

Wajah Daniel masih direnung serius. Berkerut Daniel melihat Diana yang sudah tegak umpama patung di muzium. Tambahan pulan, wajahnya yang putih serta merta bertukar pucat lesi.

“Di…,” panggil Daniel lembut. Risau dia melihat Diana sebegitu. Pantas dia bangunmenghampiri Diana. Bahu Diana diraih ke dalam pelukannya. Sejuk tubuh itu!

“Di janganlah risau. Ibu dan ayah dah carikan seorang calon untuk Di. Dan abang percaya, siapa saja pilihan ibu dan ayah, adalah pilihan yang terbaik buat Di..” bahu Diana ditepuk perlahan2. Tak ubah seperti seorang ibu yang sedang menepuk anaknya untuk tidur.

Diana bungkam. Daniel menarik Diana menghampiri sofa lalu didudukkan Diana. Tangan Diana diraih. Mata Diana direnung. Diusap2 tangan Diana yang sejuk.

“Di jangan bimbang. Walau Di dah berkahwin lepas ni, abang akan pastikan, hubungan kita tetap sama seperti sekarang. Takkan ada lagi jurang antara Di dengan kami…Abang akan pastikan itu…” janji Daniel pada adiknya. Meskipun dia masih belum mengetahui siapa calon yang dimaksudkan oleh ibubapanya, tapi dia cukup yakin, siapa saja pilihan orang tuanya, pastinya pilihan terbaik.

Diana sudah bersandar lemah di sofa. Pandangan matanya tersorot melihat wajah Daniel. Kala itu, wajah Farid muncul tiba2 di ruang matanya. Serta merta hatinya berasa pedih. Bagai tersiat2 belati tajam. Melihat Daniel disebelahnya yang masih menggenggam tangannya, Diana tunduk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 07:49 PM | Show all posts
Farid mengintai2 dari luar kedai. Kelibat Diana tidak kelihatan di ruang butik. Pasti dia berada di dalam pejabat. Setelah berfikir seratus kali, dia memberanikan diri melangkah masuk juga. Bukan dia tak tahu, sebentar tadi, dia sudah nampak abang Diana apabila lelaki itu mundar mandir dengan telefon bimbitnya di depan kedai itu. 2-3 minit selepas itu, lelaki itu masuk semula ke dalam butik itu.

Farid yang dari pagi hanya memerhati. Menunggu masa yang sesuai untuk menemui Diana dan lebih tepat lagi, mengambil langkah pertama untuk bertemu abang Diana yang dikatakan mampu melayangkan penumbuk ke mukanya jika mereka bersua. Itu kata Diana tempohari. Farid masih ingat.

Pekerja yang tersalah letak harga tempohari dihampiri.

“Dik…cik Diana ada?” tegurnya pada pekerja yang manis berbaju kurung biru itu. Tanpa salam, dia terus bertanya. Gelojoh betul kau farid, sampai tak sempat beri salam…

“O..ada2. Sebentar ya. Sila duduk,” seakan kenal muka Farid, pekerja terbabit lantas menuju ke belakang. Siapa yang tak ingat muka pelanggan macam ni. Muka kacak macam ni, satu dalam seribu saja. Farid tersenyum simpul sambil mencapai majalah yang terletak di meja sisi. Tak pun, dia masih ingatkan aku sebab aku satu2nya pelanggan yang kompelin harga baju mahal? Senyuman Farid mati. Boleh jadi juga….Majalah terus dibelek.

Derap langkah menju ke arahnya yang kedengaran jelas, membuatkan Farid terus menoleh. Yang datang bukan Diana seorang, tapi si abang turut serta mendahului langkah Diana. Lelaki itu terus menghulurkan tangannya. Pantas Farid bangun lalu menyambut hormat dan bersalaman dengan lelaki itu.

“Daniel,” perkenal lelaki itu pada Farid.

“Farid. Ahmad Farid..” Farid terseyum manis sewaktu menggenggam tangan sasa Daniel. Berkerut dahi Daniel sebaik Farid menyebut namanya. Wajah Diana di sebelahnya dilirik penuh makna. Diana pula serba tak kena.

Daniel melabuhkan punggungnya, manakala Diana mengambil tempat di sisinya. Farid memandang keduanya.

“Gabungan yang menarik…Daniel…Diana…Diana…Daniel…macam nama pelakon pula…” Farid cuba berseloroh sambil memandang kedua wajah adik beradik di depannya. Dia terketawa sendiri dengan jenakanya yang tak berapa lucu.

Diana dan Daniel berpandangan, kemudian kembali memandang Farid. Daniel tersenyum kecil.

“Lama saya nak jumpa kamu. Akhirnya dapat juga berjumpa,” tutur Daniel sambil tersenyum yang diukir palsu. Farid yang menyedari makna senyuman itu tersenyum ikhlas.

“Ya..saya pun memang dah lama nak jumpa abang..tak sangka dapat jumpa kat sini..” mata Diana mencerlung kea rah Farid sebaik mendengar perkataan ‘abang’ yang dituturkan Farid. Farid masih dengan wajah selambanya. Yalah, tak lama lagi, akan jadi abang aku jugak…

Daniel tersenyum. Hendak ketawa pun ada juga. Entah mengapa, hatinya senang pula melihat keperibadian lelaki di hadapannya.

“Hmm..ada apa datang ni?” soal Diana. Segera dia menyoal bila melihat Farid dan abangnya  saling bertentangan mata. Farid tersenyum.

“Oh…ya, saya datang nak jumpa abang. Ada hal yang saya nak bincangkan…” kata Farid sambil merujuk kepada Daniel. Daniel dan Diana berpandangan. Diana merenung Farid di depannya. Farid benar2 mengotakan janjinya. Dia betul2 berjumpa dengan abangnya. Tapi, sayang, kedatangannya kali ini, akan sia2..bahkan bakal mengguris hatinya.

“Hal apa?” soal Daniel ingin tahu. Bertimbun2 persoalan mula menrjah ruang fikirannya apabila melihat Farid dan Diana yang saling berpandangan. Sebelah hatinya ragu2 akan kehadiran Farid, namun sebelah hatinya yang satu lagi, kuat mengatakan bahawa kedua2 mereka ini saling berkongsi perasaan. Perasaan yang aneh. Bukan seperti yang dimaksudkan oleh Diana selalu.

“Err..bang, boleh saya cakap dengan dia sekejap?” pinta Diana lalu memandang Farid didepannya. Diana segera memberikan isyarat mata agar Farid bangun dari sofa dan mengikutnya ke luar butik itu. Farid tersenyum2 simpul, bangun mengekori langkah Diana.

“Kenapa kau datang?” terus soalan itu ditujah kepada Farid sebaik mereka sudah berada di luar kedai. Riak wajahnya yang geram cuba disembunyikan sebaik mungkin. Tidak mahu nampak terlalu ketara di mata Daniel.

   “Tak rindu kat aku ke?” Farid pula menjawab dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

“You’re sick!” Diana sudah marah sambil memeluk tubuhnya.

“I’m sick of you..” sampuk Farid pula. Sekali lagi dia mengulum senyum. Bengang Diana tak terkira.

“Kau dengar sini Farid. Kalau kedatangan kau ke sini untuk pujuk abang aku terima kau dalam hidup aku, I would say, so pity of you because, I’m gonna marry someone else very soon. And our marriage has been arranged,” laju saja kata2 Diana meluncur dari bibirnya. Wajah Farid dipandang tepat.

Farid terdiam sambil mata redupnya merenung wajah Diana. Bibir merahnya yang mengukir senyum dari tadi, mati. Masing2 terdiam dan berpandangan. Farid tunduk ke lantai, kemudian mengangkat mukanya. Daniel yang memerhatikan mereka dari dalam butik melalui cermin kaca, dipandang. Satu nafas payah cuba di tarik.

“Tapi, kau belum kahwin kan?” sebaik ayat itu diucap, Farid terus berlalu masuk ke dalam butik menghampiri Daniel. Diana terus ditinggalkan tanpa pandangan. Diana terkedu lalu mendengus kasar. Biarkan! Jangan kata aku tak bagi amaran awal2 nanti sudahlah! Diana melangkah masuk ke butiknya dengan hati yang dengkel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 07:55 PM | Show all posts
Daniel dan Farid melihat saja pelayan restoran berhawa dingin itu meletakkan minuman mereka. Leka melihat pelayan itu, tersipu2 Farid bila pelayan wanita tersebut tersenyum ke arahnya. Sebaik mereka ditinggalkan berdua, Daniel memandang Farid.

“Haa..cakaplah. Apa kau nak cakap dari tadi,” kata ganti nama diri dari ‘kamu’ sudah bertukar kepada ‘kau’. Meski kasar kedengaran di telingan Farid, ditabahkan saja hati. Farid mengukir senyum kelat. Daniel menatang cawan kopinya perlahan2 lalu dihirup perlahan2 air kopi yang panas itu berhati2.

“Saya cintakan Diana bang,” purrsttttt!!!!hampir bersembur air kopi yang sedang dihirup Daniel. Panasnya bukan kepalang. Tersedak dia sebaik mendengar kata2 Farid. Cepat2 diletak cawan kopinya.

“Tisu bang…” serba salah Farid melihat Daniel yang terpisat2 menyapu seluar jeansnya. Dihulur tisu kepada Daniel segera. Daniel pantas menyambut, lalu mengelap bibirnya yang keperitan menahan panas air kopi.

Sebaik keadaan stabil, barulah Farid menarik nafas lega. Daniel dan Farid berpandangan.

“Kau cakap apa tadi?” soal Daniel kembali. Tak tenteram batinnya memandang budak berwajah kacak di depannya.

“Err..tak apa. Abang minum dulu, nanti tak jadi minum pulak..”  Farid mempelawa Daniel untuk minum sambil menyurungkan cawan kopi tadi kea rah Daniel lebih dekat.

“Tak cukup air abang, air saya pun abang boleh ambik..” tambahnya lagi. Pantas Daniel menggeleng.

“Tak payah! Tak payah! Kita cakap hal penting dulu…” bimbang dia jika akan tersedak semula selepas ni. Farid mengulum senyum. Lega.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 07:55 PM | Show all posts
“Saya cintakan Diana bang,” ulang Farid sekali lagi. Mata Daniel kini mencerlung ke arahnya. Farid menentang mata itu. Dia tidak gentar. Biarlah jika Daniel hendak membuka langkah silat kepadanya waktu itupun, dia tetap akan teguh berpegang pada kerusi yang didudukinya sekarang.

Tak terkata Daniel mendengar. Raut wajah Farid diteliti. Melihat penampilan lelaki di hadapannya, jelas lelaki ini bukan jenis mat rempit, kutu rayau atau kutu kepala sekalipun. T-shirt berkolar berwarna putih dikenakan dengan jeans dari jenama Ralph Lauren jelas menunjukkan lelaki ini benar2 bergaya. Potongan rambut yang menegak dan kemas, tak ubah macam seorang selebriti. Wajah bersih tanpa kumis dan janggut serta bibir yang merah, jelas menunjukkan lelaki itu pembersih.

“Kau merokok?” soal Daniel tiba2. Farid jungkit kening, hairan lantas menggeleng. Sejak kecil lagi, emaknya memang sudah memberi amaran agar rokok dijauhi.  Daniel terangguk2.

“Samalah kita…” tutur Daniel perlahan. Patutlah bibir dia merah.

“Mak saya marah kalau saya merokok. Kakak2 saya pun, kalau tahu dek diorang saya merokok, mau patah leher saya diorang pelangkung,” tiba2 mesra pula Farid bercerita.
Aku pun. Bisik hati kecil Daniel.

“Berapa adik beradik kau?” soal Daniel. Sebaik mendengar perkataan kakak2 dari Farid tadi, ingin pula dia mengetahui latar belakang lelaki itu.

“5 campur saya. Atas saya ada 4 orang kakak. Saya yang last..” seakan mengerti bakal ditanya soalan itu, Farid memberitahu awal2. Daniel terangguk2 lagi.

“Umur kau?” soal Daniel pula.

“ 25,  bang,” balas Farid jujur. Daniel terdiam sejenak. Raut muka Farid diteliti lagi. 25 tahun? Budak ni lagi muda dari Diana? Gelisah mula bermukim di hatinya. Hadi dulu pun, lebih muda dari Diana, dan terbukti budak mentah itu langsung tidak tahu mengemudi sebuah perkahwinan.

“ Diana lebih tua dari kau…” ujar Daniel perlahan. Erti lainnya, dia mahu Farid sedar kenyataan yang terbentang di depan matanya.

“Saya tahu. Saya pun tahu dia dah pernah berkahwin dulu..” angguk Farid. Daniel menyandarkan badannya ke kerusi. Farid turut berbuat demikian. Tegang lehernya dirasakan bila duduk tegak begitu dari tadi. Daniel terdiam. Nampaknya, Farid sudah tahu semuanya tentang Diana.

“Tapi kau tahu tak, yang Diana nak berkahwin dalam waktu terdekat ni?” soal Daniel sengaja menguji kesabaran Farid. Farid angguk lagi.

“Tahu…” Farid bergerak sedikit, membetulkan duduknya. Dari bersandar, dia sudah duduk tegak mengadap Daniel.

“Macam nil ah bang. Saya berterus terang saja. ..” penat juga dia bermain ‘ping-pong’ dengan Daniel dari tadi. Daniel memfokuskan perhatiannya.

“Saya tahu Diana nak berkahwin. Saya pun tak tahu siapa yang dia nak kahwin. Tapi, saya datang jumpa abang ni, saya nak berterus terang pada abang bahawa Demi Allah, saya cintakan Diana. Jika ada jodoh antara kami, saya nak memperisterikan Diana. Kalau masih ada peluang untuk saya mencuba, saya mahu peluang itu walau saya tahu Diana dah nak kahwin dengan orang lain. Saya tak kisah apa abang nak kata, tapi, saya yakin, Diana juga sukakan saya, tapi dia tak berani nak luahkan hal sebenar pada abang dan keluarga abang sebab dia pernah buat silap suatu masa dulu. Dan dia sangat2 menghormati abang dan mak ayah dia.
        Jadi, saya datang jumpa abang untuk beritahu, yang saya betul2 ikhlas dengan Diana.  Perasaan saya bukan main2 bang. Saya jujur cintakan dia,” kata Farid tegas.

Daniel terpana seketika. Direnung muka Farid didepannya tak berkedip.  

“Mana kau tahu yang dia sukakan kau jugak? Dia pernah beritahu kau?” soal Daniel agak kasar. Di sudut hatinya terselit perasaan tidak puashati dengan keselambaan Farid. Anak muda itu Nampak tenang saja dari tadi. Dia pula yang rasa serba tak kena.

Farid pantas menggeleng, kemudian senyum pahit. Dia merenung sejenak meja di depannya. Wahjahnya diangkat memandang Daniel.

“Tak pernah bang. Tapi, kalau dia tak suka saya, kenapa dia perlu risaukan perasaan saya? Kalau dia tak sayangkan saya, kenapa dia perlu mencari saya sewaktu saya hilang di Palestin dulu. Hingga sanggup mengenepikan nyawa sendiri. Seorang perempuan yang tiada perasaan sayang atau cinta pada seorang lelaki, takkan bertindak sedemikian. Saya yakin, dia cuma terjerat dengan perasaannya dengan rasa hormatnya pada keluarga,”  ujar Farid panjang lebar.

Perbincangan yang semakin serius, menyukarkan Daniel mencerna kata2 Farid. Sejujurnya, dia juga merasakan ada suatu hubungan hati antara keduanya. Tapi, Diana berkali2 menegaskan bahawa dia tidak menyintai sesiapa.

Daniel pandang Farid. Kejujuran dan keberanian Farid memikat hatinya. Sedikit sebanyak, dia mula sukakan anak muda itu yang pada pandangannya, sesuai dibuat kawan! Daniel mengeluh.

“Macam ni lah…” Daniel membetulkan duduknya. Farid dipandang.

“Aku pun, tak boleh buat keputusan sekarang. Aku balik bincang dengan parents aku dulu. Lagipun, perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua hati yang saling menyintai, tapi ia juga merupakan penyatuan dua keluarga. Berkahwin, bukan bermaksud kau menerima pasangan kau saja, tapi kau menerima seluruh keluarga pasangan kita. Kau faham kan?’ tutur Daniel.

Farid pantas angguk.

“Mak saya pun nak jumpa Diana. Kalau boleh, dia minta Diana tinggal kat rumah kampong kami kat Taiping barang seminggu untuk kenal2..” ramah saja Farid berbicara. Daniel menjungkit keningnya. Rupanya sudah jauh perancangan budak ni!

“Nanti dululah. Aku balik bincang dulu..” Daniel menghembus nafas lemah. Kopi yang sudah sejuk diambil. Hmm..sejuk air aku…tapi , minum sajalah! Daniel dan Farid sama2 menghirup minuman masing2. Mereka sama2 terdiam membisu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 09:20 AM | Show all posts
kelakar la tengok farid ngan daniel ni...
hehehe... padahal memang farid pun kahwin ngan diana nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 10:06 AM | Show all posts
Yes farid barulah hero sebenar berani berterus terang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 12:47 PM | Show all posts
memaintak semuanya ok...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 03:25 PM | Show all posts
Reply 377# fazss


    klakar kann tgk farid ngn daniel....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043154 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list