CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Claudia_Lestat

[Tempatan] Tanah Mendap kat Masjid India

[Copy link]
 Author| Post time 29-8-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bomba kesan objek terhalang 80m dari lokasi katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 29-8-2024 10:27 AM
Bomba kesan objek terhalang 80m dari lokasi katanya.

Objek apa tu dah seminggu dah ni belum jumpa lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2024 02:18 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 29-8-2024 01:23 PM
Objek apa tu  dah seminggu dah ni belum jumpa lagi.
Tak pasti youuu... depa tgh check lagi.
Kuala Lumpur: Operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India di sini, hari ini, yang menggunakan 'jetter' (pembersih saluran paip bertekanan tinggi) masih diteruskan sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, teknik penyemburan air bertekanan tinggi itu dilakukan selepas mendapati terdapat objek atau serpihan yang menghalang laluan air di dalam lurang kumbahan. Beliau berkata, operasi dijalankan sejak awal pagi tadi secara berperingkat yang kini sudah memasuki operasi keempat dan dijangka berterusan sehingga objek berkenaan dapat dipecahkan. "Pihak Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menggunakan jetter iaitu penyemburan tekanan air tinggi dalam usaha pemecahan objek keras yang berada di dalam paip pembetungan di lokasi kejadian. "Setakat ini kita tertumpu di lurang kumbahan berhampiran Wisma Yakin kerana awal pagi tadi, kita menggunakan kamera bergerak di dalam pembetungan di sini dalam jarak empat meter ada serpihan objek batu keras.

"Pagi tadi kita guna teknik jetting untuk pecahkan serpihan objek. Apabila pecah, air akan turun ke bawah dan kita harap apa saja objek termasuk badan manusia akan melepasi laluan pembetungan itu. "Jetter itu mampu menghasilkan tekanan sehingga 200 bar yang membolehkan batu-bata tersangkut akan pecah," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di Masjid India di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam.
Mengulas lanjut, Sulizmie Affendy berkata, penggunaan teknologi kamera melalui dua teknik iaitu 'push rod' dan 'crawler' yang dimasukkan ke dalam setiap lurang kumbahan dapat membantu pengesanan objek. Menurutnya, kamera itu mampu bergerak pada jarak antara 80 sehingga 100 meter yang dapat merekodkan setiap objek yang berada di dalam lurang kumbahan berkenaan. Sementara itu, Narendran berkata, pihaknya masih meneruskan 'flushing' secara berperingkat di setiap lurang kumbahan dan pencarian di Loji IWK Pantai Dalam.

Beliau berkata, teknik yang dilakukan bermula kelmarin dipantau pegawai di Stesen Pam Pantai Dalam bagi memastikan tiada objek atau serpihan yang tersangkut. "Kita akan lakukannya sehingga yakin tiada lagi debris (serpihan objek)," katanya.
Harian Metro terdahulu melaporkan, IWK melakukan pemecahan serpihan menggunakan 'jetter' dalam usaha mencari seorang wanita warga India yang hilang dalam kejadian mendapan tanah berhampiran Masjid India sejak Jumaat lalu. Operasi pemecahan serpihan itu dilakukan bermula dari lokasi tanah jerlus sehingga ke lurang kumbahan hilir yang jaraknya 69 meter. Ia selepas usaha pihak IWK menggunakan teknik 'flushing' yang dijalankan sehingga awal pagi tadi tidak menemui sebarang petunjuk.

Vijayalakshmi, 48, berasal dari Andhra Pradesh, India, terjatuh dalam lubang tanah jerlus ketika sedang berjalan dari arah Selangor Mansion menuju ke Wisma Yakin, 8.25 pagi pada 23 Ogos lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1127314/tanah-jerlus-kaedah-jetting-diteruskan-cari-mangsa-mungkin-sangkut-dalam



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 02:22 PM | Show all posts
tolong ban mamat sekor ni..... shinjin5099
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 02:24 PM | Show all posts
tak mereput ke eh body terendam dalam air lama tu. dengan macam2 gas dari kumbahan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang.. Follow tiktok live dari Fareez  Azmann.. Tgh berdebar ni kren tgh tarik apa.. I hari² follow live smp dh mengantuk mcm apa dh.. arini mcm ada sinar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 29-8-2024 02:24 PM
tak mereput ke eh body terendam dalam air lama tu. dengan macam2 gas dari kumbahan..

Jika seminggu mati mayat dah kembung. Dengan arus air lagi entah tinggal rangka.

Tragedi ini menunjukkan Malaysia belum bersedia untuk handle masalah objek tersangkut dalam saluran bawah tanah. Kena perbaiki operasi pada masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan orang yg masuk manhole beberapa minit pun boleh mati lemas akibat gas dalam tu. Jika jumpa pada hari pertama pencarian pun kemungkinan besar dah tak bernyawa dah pun. Apatah lagi jika sudah seminggu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 30-8-2024 08:07 AM
Jika seminggu mati mayat dah kembung. Dengan arus air lagi entah tinggal rangka.

Tragedi ini menu ...

Kat tt ada yg kata sebenarnya mangsa tertimbus bawah tanah tu je kat tempat asal tu gak
Jatuh Tertimbus bersama bag tgn dia
Pengamal yg meraga sukma katanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:36 AM | Show all posts
ada tulang raksase kut kome uiii

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:39 AM | Show all posts
Suchi replied at 30-8-2024 08:18 AM
Kat tt ada yg kata sebenarnya mangsa tertimbus bawah tanah tu je kat tempat asal tu gak
Jatuh Ter ...

aku pun berpendapat gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:04 PM | Show all posts
Suchi replied at 30-8-2024 08:18 AM
Kat tt ada yg kata sebenarnya mangsa tertimbus bawah tanah tu je kat tempat asal tu gak
Jatuh Ter ...

oh boleh jadi gak kan
tak de korek area tu ke?
ke bahaya kalau korek?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
SAR dah stop kan? Adakah akan terus cara lain atau stop terus? Dah seminggu kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:01 PM | Show all posts
Mimo.mimo replied at 30-8-2024 10:24 AM
SAR dah stop kan? Adakah akan terus cara lain atau stop terus? Dah seminggu kot

Stop benda..suruh cari sebelah malam pulakk gilerrNaik menyampah pulak aku
Redha je xboleh ke
Kite muslim ni kalo dh tak jmpa kite redha
Lps tu buat solat ghaib hbs cerita


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:47 PM | Show all posts
missbigrockstar replied at 28-8-2024 08:50 AM
Teringat kejadian 6 bomba lemas semasa SAR remaja terjatuh lombong beberapa tahun lepas. Malang ti ...

Ye iols ingat 6 bomba lemas tuTgk xmemasal org hidup mati
Dorg tu kejap ckp suruh berhenti mencari
Kejap suruh terus kn
Skrg suruh terus kn pencarian waktu malam pula
Suka suka hati dia je
Ingat nyawa anggota semua tuh tak penting ke

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke dah jumpa. Ada kat thread ai baca dah jumpa tapi no news pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 30-8-2024 10:05 PM
Betul ke dah jumpa. Ada kat thread ai baca dah jumpa tapi no news pun.

Belum lagi. SAR masih on tapi tak guna diver...diaorang guna robotic utk cari.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 30-8-2024 10:50 PM
Belum lagi. SAR masih on tapi tak guna diver...diaorang guna robotic utk cari.

Eh blm stop lagi ye?
Apa yg kat fb mcm ada kata dh stop
Pastu kat tt pun abang2 bomba minta maaf sbb tak dapat cari
Ke abam bbomba je yg stop tp robot tak stop?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 31-8-2024 01:32 AM
Eh blm stop lagi ye?
Apa yg kat fb mcm ada kata dh stop
Pastu kat tt pun abang2 bomba minta maaf s ...

Yang divers stop sebab diaorang dah tak dapat jumpa apa2. Skrg nak bawak masuk robotic tak tau lah rupa camner. Smlm live last sekali tengok team dari China datang mungkin robotics tu dari diaorang. Nampak diaorang tengah discuss dekat map area situ.

And ada kata mangsa hanyut ikut saluran air tu and ada kan team Bomba yang lain pergi ke tempat2 yg ada manhole masuk dlm check....saluran tu sampai all the way ke IWK...7km tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
berita kabo, ptg smalam acik acik ni, deme meeting, nk menentukan hala tuju pncarian . taktau le ape update lagi lps meeting tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.096394 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list