|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: MAI LA SINGGAH
[Copy link]
|
|
jual agama je semua boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Kanak-kanak, remaja diselamatkan dari rumah amal jalani saringan kesihatan, mental
KUALA LUMPUR: Keseluruhan kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) kini sedang menjalani saringan kesihatan fizikal dan mental.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata saringan berkenaan dilakukan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) di beberapa lokasi perlindungan di seluruh negara.
Pada masa sama, katanya, polis turut membuat rakaman keterangan ke atas semua mangsa yang dikenal pasti dipisahkan daripada keluarga masing-masing dan diletakkan di bawah jagaan rumah amal dikaitkan dengan GISB, seawal usia dua tahun.
https://www.bharian.com.my/berit ... mal-jalani-saringan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kajian mengenai GISB sudah lama dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan - Dr Maza
KUALA LUMPUR: Isu membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB) sudah dibentangkan kepada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak penguat kuasa namun tiada tindakan yang diambil, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau yang lebih dikenali Dr Maza berkata, isu GISB mula dibangkitkan apabila terdapat kumpulan yang membuat kajian tentang kes ini bertemu beberapa pihak bertanggungjawab tapi tidak ada satupun yang mengambil tindakan.
Katanya, isu itu tidak diangkat mungkin disebabkan beberapa perkara termasuk sebahagian pihak enggan mengambil risiko selain mungkin ada individu yang tidak mempunyai jiwa besar untuk selesaikan isu.
"Mungkin sebahagian kepercayaan kumpulan (GISB) ini ada pada individu terbabit dan mungkin juga atas sebab musabab yang lain," katanya dalam hantaran video merujuk kepada siri kuliah mingguan yang diadakan di Masjid Alwi, Kangar.
Menurut Dr Maza, kumpulan yang membuat kajian itu mengambil langkah dengan membawa kes itu untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Perlis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab beberapa soalan daripada wartawan sebelum ini yang bertanya kepadanya bagaimana Perlis memulakan isu ini sehingga menjadi isu di peringkat nasional.
Dalam pada itu, beliau lebih dikenali sebagai Maza mendedahkan telah menghantar surat kepada pemimpin dipercayai GISB untuk mengadakan pertemuan.
Beliau juga memaklumkan bahawa pemimpin utama syarikat berkenaan telah bersetuju untuk hadir pada pertemuan itu.
"Hari ini (semalam) kita hantar surat kepada pemimpin utama mereka untuk hadir ke Perlis 20 hari bulan.
"Saya akan panggil mereka, katanya mereka sudah bersetuju hadir," katanya.
Sebelum ini GISB dipalit kontroversi eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja selepas 20 premis yang dikaitkan dengan syarikat itu sebagai pusat jagaan dan rumah amal diserbu polis awal pagi Selasa.
Dalam serbuan terbabit, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu termasuk ustaz yang mengendalikan premis yang diserbu untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, dalam sidang media di Kuantan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, berkata operasi GISB bermula selepas Darul Arqam diharamkan dan beberapa pemimpin kanannya ditahan polis pada 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selepas pengharaman Darul Arqam, katanya, pengikut menubuhkan Rufaqa Corporation disusuli penubuhan GISB pada 2008 sebagai organisasi perniagaan berasaskan agama dengan doktrinnya masih tarekat Aurad Muhammadiah yang diharamkan.
https://www.bharian.com.my/berit ... da-jakim-tapi-tiada |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu kena hypo, bukan mabuk sehingga langgar kuil - Polis
IPOH: Polis menafikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbabas masuk ke kawasan sebuah kuil di Tanjung Rambutan, di sini, semalam berpunca pemandu mabuk.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata lelaki yang dipaparkan memandu SUV seperti video yang ditularkan di media sosial berkenaan mengalami gejala hipoglisemia daripada penyakit diabetes semasa kejadian.
Kata Azizi, polis daerah Ipoh menerima aduan orang awam mengenai insiden yang ditularkan di media sosial semalam menerusi keterangan yang menggambarkan bahawa pemandu SUV itu mabuk lalu terbabas memasuki perkarangan kuil terbabit.
Polis menerima satu laporan polis berkaitan insiden jam 8.36 pagi semalam yang mana siasatan awal mendapati kemalangan dalam kawasan kuil Arulmigusamayapura Mariamman Tanjung Rambutan, di sini membabitkan sebuah SUV terbabas sendiri.
Azizi berkata, SUV dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun dari arah Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan menghala ke Changkat Kinding hilang kawalan kerana pemandunya secara tiba-tiba tidak sedarkan diri.
"Apabila melepasi lampu isyarat dan meneruskan perjalanan, secara tiba-tiba pemandu hilang kawalan kenderaannya kerana tidak sedarkan diri lalu terbabas memasuki kawasan perkarangan kuil dan melanggar tiang sengkuap kuil.
"Berdasarkan rekod perubatan, pemandu itu mempunyai rekod sebagai pesakit kencing manis atau diabetes dan dia dipercayai (ketika kejadian) mengalami gejala hypo (hipoglisemia) semasa kejadian itu berlaku," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Polis menasihati orang awam agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan sebarang komen berbaur provokasi atau sentimen sensitif melalui media sosial tanpa mendapat rujukan atau fakta yang sahih sehingga menimbulkan kerisauan masyarakat.
https://www.bharian.com.my/berit ... -langgar-kuil-polis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Polis menafikan kejadian sebuah SUV terbabas ke kawasan sebuah kuil di Tanjung Rambutan, Ipoh semalam berpunca daripada pemandu mabuk, sebaliknya pemandu penghidap diabetes diserang hypo. - Foto tular media sosial |
|
|
|
|
|
|
|
'Perlu bentuk Suruhanjaya Inkuiri Diraja siasat kes 402 kanak-kanak diselamatkan polis'
KUALA LUMPUR: Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Inkuiri Diraja untuk menyiasat kes serbuan 20 rumah amal yang menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun dalam Ops Global, kelmarin.
Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC), Dr Farah Nini Dusuki, berkata jenayah dan eksploitasi terhadap kanak-kanak yang berselindung di sebalik nama agama seperti didedahkan hasil serbuan itu amat memalukan.
Malah, katanya, paling menyedihkan apabila rumah amal itu sudah beroperasi bertahun lamanya tanpa dapat dikesan aktiviti yang tidak bermoral berlaku di situ.
"CC menggesa Suruhanjaya Inkuiri Diraja ditubuhkan bagi menyiasat insiden ini supaya hasil dapatan inkuiri dapat dimanfaatkan sebagai panduan untuk reformasi institusi, seterusnya membantu mewujudkan suatu sistem perlindungan kanak-kanak yang lebih holistik.
"Kita juga memohon suatu Operasi Khas dibuat untuk menggempur rumah amal kanak-kanak dan pusat asuhan bagi memastikan semua institusi ini mematuhi piawaian ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Selain itu, satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan pada peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengkaji strategi bersepadu yang boleh dirangka untuk menangani jenayah sedemikian.
"Langkah ini perlu diambil bagi memastikan ia tidak berulang terutama di semua institusi yang membabitkan kanak-kanak, khususnya di pusat jagaan dan asuhan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Farah Nini berkata, CC juga mengesyorkan, hala tuju penjagaan semua kanak-kanak yang diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Ops Global, kelmarin perlu berdasarkan sistem penjagaan bercorak kekeluargaan dalam usaha mengatasi trauma mangsa.
Selain itu, beliau mencadangkan penekanan dalam kaunseling berterusan diberikan kepada kanak-kanak terbabit bagi mengenal pasti sejauh mana impak penderaan yang berlaku terhadap mereka, seterusnya memperoleh mekanisme pemulihan sesuai ke atas kanak-kanak itu.
"CC ingin menegaskan kepentingan semua proses pengendalian mangsa kanak-kanak termasuk siasatan terhadap pemerolehan bukti jenayah terhadap pemangsa dilaksanakan mengikut prosedur yang sewajarnya yang bersifat mesra kanak-kanak.
"Selain itu, rawatan kaunseling dan psikologi terhadap mangsa kanak-kanak perlu dipastikan dapat membantu memulihkan trauma mereka dan membolehkan mangsa membuka lembaran hidup baharu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... kes-402-kanak-kanak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Op Global: PDRM dedah kecederaan fizikal dan mental terhadap 172 pelajar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan hasil saringan kesihatan ke atas 172 pelajar yang terkait dengan isu eksploitasi kanak-kanak mendapati semua mereka mengalami kecederaan fizikal dan mental.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata penelitian lanjut akan dilaksanakan ke atas mangsa-mangsa tersebut dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
https://www.bharian.com.my/berit ... erhadap-172-pelajar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penyelia restoran rasuah pegawai Imigresen didenda RM40,000
IPOH: Seorang penyelia restoran didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merasuah pegawai Jabatan Imigresen (Imigresen) bagi mengelakkan tindakan ke atas 10 pekerja di bawah seliaannya.
Pekerja itu tidak mempunyai pas yang sah untuk berada di Malaysia selain melanggar syarat pas, semalam.
Heng Siou Wei, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad sejurus pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa mahkamah ke atasnya dalam bahasa Mandarin, dengan hakim menetapkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.
Berdasarkan pertuduhan pilihan itu, wanita berkenaan memberi suatu suapan berupa wang tunai RM15,000 kepada seorang pegawai kanan Imigresen Perak sebagai suatu balasan baginya untuk tidak mengambil tindakan perundangan terhadap beberapa pekerja di restoran yang diselia tertuduh.
Pekerja didapati tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk berada di Malaysia di bawah kesalahan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan melanggar syarat pas atau permit di bawha Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.
Perbuatan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Imigresen Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) dekat Bandar Meru Raya, di sini kira-kira jam 3 pagi semalam.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor serta Pegawai Pendakwa SPRM, Sharul Azuan Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes restoran yang diselia tertuduh dimiliki bapa tertuduh dan terletak di Teluk Intan dengan 10 pekerja warga asing termasuk seorang wanita melakukan kesalahan imigresen.
Pengadu kes iaitu pegawai Imigresen sudah memberi amaran kepada tertuduh tatkala tertuduh cuba menawar memberikan wang tunai RM15,000 supaya pekerja dilepaskan.
Selain hukuman yang dijatuhkan, Ainul Shahrin turut menetapkan wang rasuah berjumlah RM15,000 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia mengikut Seksyen 40(1)(a) Akta SPRM 2009.
https://www.bharian.com.my/berit ... sen-didenda-rm40000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Mama hantar dia sampai ke kereta, tahu-tahu dia sudah tiada'
KANGAR: "Dia cakap dengan mama yang dia hendak keluar pergi ke kedai dan dia siap salam dan cium tangan mama dan mama hantar dia sampai ke kereta dia, sebelum mama tutup pagar.
"Tetapi selepas itu mama terima panggil daripada adik dia mengatakan bahawa dia sudah tiada". Itu luahan Fadzilah Bakar, 61, ibu kepada bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, selepas anaknya itu meninggal dunia akibat ditetak malam Selasa lalu.
Peniaga makanan yang membahasakan dirinya sebagai mama itu berkata, dia tidak menyangka itu detik terakhir pertemuan dengan anak sulungnya yang dipanggil Elly.
"Memang mama terkejut dengan pemergian Elly kerana sebelum kejadian itu, dia dengan hanya pakai singlet dengan seluar tidur.
"Dia cakap yang dia nak pergi ke kedai dan masa itu juga, dia baru selesai solat Isyak dan kelazimannya dia akan bawa anak dia, Lola, bersama-sama.
"Namun, kali ini, dia tak bawa pula (Lola) dan masa dia hendak keluar itu juga, dia hendak menggunakan Proton Wira mama punya, tetapi selepas itu dia mengubah fikiran dan menggunakan Proton Iriz milik dia, jadi mama teman dia sampai ke kereta.
"Jadi, kami tunggulah dia kembali semula kerana lazimnya dia hanya akan ke kedai serbaneka di Taman Sena Indah dan tak jauh pun dari taman ini.
"Namun, dia tak pulang sampai lewat malam sehingga mama menerima panggilan daripada adik dia (Elly Idzliaikmal Elias) yang Elly meninggal dunia kerana ditetak oleh beberapa orang.
"Hati mama hancur mendengar berita itu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Fauziah, di sini, hari ini.
Fadzilah berkata, dia terus ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk melihat jenazah Elly namun tidak dibenarkan oleh polis bertugas, dan anaknya itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat.
Menurutnya, Elly mempunyai lima anak berusia empat hingga 16 tahun hasil dua perkahwinan terdahulu, dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anaknya itu mengambil keputusan untuk tinggal bersamanya di Taman Fauziah di sini.
"Selepas Elly menamatkan karier Cub Prix dia sekitar 2017 dahulu, dia duduk di Flat Sena, Kangar dan pelbagai kerja dia buat termasuk berniaga ayam gunting, menulis buku dan ada kala menerima jemputan daripada stesen televisyen untuk menjadi pengulas bersama dalam penyiaran Cub Prix.
"Selain itu juga, dia ada juga membuat kerja kejurulatihan dalam mencari bakat Cub Prix di Perlis ini dan pendek kata, dia seorang yang rajin dan pelbagai kerja dia buat untuk mencari sesuap nasi dalam menyara anak dia," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ahu-dia-sudah-tiada |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kanak-kanak, remaja rumah amal GISB daripada generasi ketiga, keempat
KUALA LUMPUR: Keseluruhan kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan 'Global Ikhwan Service and Business Holding' (GISBH) terdiri daripada generasi ketiga dan keempat.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, meminta individu yang pernah mengalami eksploitasi sama sebelum ini, untuk tampil membantu siasatan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dekat sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul |
|
|
|
|
|
|
|
Pengasuh didakwa bunuh bayi, sebak ketika pertuduhan dibacakan
ALOR GAJAH: Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan pada minggu lalu.
Tertuduh, Nor Afifah Abdullah Shuhaimi, 34, yang kelihatan sebak mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Dr Teoh Shu Yee pada jam 9.50 pagi.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Nor Afifah didakwa membunuh Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri ketika bayi itu berada di Taska Anak Pintar Soleha Child Care Centre di Jalan Kelemak Utama 3, Taman Kelemak Utama, di sini, 6 September lalu, antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
Susulan itu, tertuduh yang juga ibu tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali.
Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar menjalankan pendakwaan kes bersama Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin dan Sharina Farhana Nor Sa'ari, manakala tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.
Ahmad Sazali memohon tarikh sebutan baharu untuk mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum kes boleh dipindahkan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Beliau juga tidak menawarkan jaminan kerana kes bunuh tidak boleh dijamin.
Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 13 November depan untuk pengurusan kes.
Selesai prosiding, tertuduh yang diberi kesempatan bertemu ahli keluarga turut menangis dan berpelukan.
https://www.bharian.com.my/berit ... ertuduhan-dibacakan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar Tingkatan 5 didakwa tunggang melulu hingga cederakan polis
SEREMBAN: Remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Trafik, di sini, hari ini, atas pertuduhan menunggang secara berbahaya dan melulu dengan melawan arus sehingga mencederakan anggota polis, Julai lalu.
Bagaimanapun, tiada hukuman dijatuhkan hari ini terhadap tertuduh yang hadir berkerusi roda selepas membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Marlissa Mohd Fahmy.
Mengikut pertuduhan, tertuduh menunggang motosikal di jalan raya dengan melulu dan berbahaya kepada orang awam iaitu secara melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada anggota polis trafik.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 2 pagi di Kilometer (KM) 36 (S) Lebuhraya Kajang- Seremban (Lekas), di sini, 28 Julai lalu.
Justeru itu, pelajar Tingkatan Lima itu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika disabitkan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan jika sabit lesen memandu percubaan boleh dibatalkan.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan memohon tarikh baharu untuk fakta dan hukuman sementara menunggu laporan penilaian akhlak memandangkan tertuduh adalah remaja bawah umur.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM1,500 dan tarikh sebutan bagi fakta dan hukuman semula pada 20 November depan.
Media pada 28 Julai lalu melaporkan anggota polis trafik dan remaja parah apabila kedua-dua motosikal dikatakan bertembung di Kilometer (KM) 36 (S), Lebuhraya Lekas.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban itu sedang bertugas dalam Ops Samseng Jalanan apabila dikatakan dirempuh remaja berkenaan yang melawan arus.
https://www.bharian.com.my/berit ... gga-cederakan-polis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelukan, tangisan sambut kepulangan Syamsul
KUALA LUMPUR: Hanya perkataan syukur mampu dilafazkan produser dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam saat berkongsi perasaannya apabila anak dirindui, Syamsul Yusof akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas hampir dua tahun membawa diri.
Meskipun reda jika rajuk Syamsul berpanjangan dan enggan lagi bertemunya dan isteri, Datin Patimah Ismail hingga penghujung usia, namun jauh di sudut hati, doa tidak putus-putus dipanjatkan dengan harapan anak kedua daripada empat beradik itu akan berubah hati.
Nyata, doa ibu bapa tiada hijab di sisi Allah apabila Syamsul akhirnya pulang menjenguk mereka, sekali gus menjadi momen terindah buat Yusof dan Patimah, malam kelmarin.
"Syamsul ada hubungi ibunya dan beritahu nak balik jumpa saya dan Patimah di rumah, Isnin lalu. Syamsul minta ibunya masakan makanan kegemarannya iaitu masak lemak otak lembu dan kaki ayam.
"Sampai sahaja di rumah, Syamsul terus peluk saya minta maaf atas apa yang berlaku dan tak balik jenguk keluarga.
"Kami saling berpelukan dan menangis. Isteri turut mengalirkan air mata. Jujurnya, saya sebak sudah lama Syamsul tak peluk saya.
"Saya dan isteri bersyukur kerana doa kami agar Syamsul pulang akhirnya Allah makbulkan. Setiap kali sujud, itulah doa saya dan Patimah.
"Tiada apa yang saya harapkan, biarlah sebelum tutup mata melihat silaturahim kami sekeluarga terpelihara. Anak dan cucu berbaik dan bahagia dengan kehidupan.
"Alhamdulillah, Syamsul pulang ketika kami masih bernyawa. Kalau balik ketika kami sudah tiada, tiada gunanya lagi," luahnya kepada BH Online.
Dalam pertemuan 'jejak kasih' itu, Yusof berkata, perbualan mereka lebih kepada bertanya khabar dan berkongsi perkembangan terkini, selain melepaskan rasa rindu sekian lama terpendam.
"Syamsul luangkan masa selama dua jam di rumah. Banyak yang kami bualkan sambil makan malam bersama.
"Bagaimanapun, tiada langsung soal peribadi atau apa yang berlaku terhadap dirinya dibangkitkan.
"Bagi saya, ini bukanlah masa yang sesuai untuk bertanya apa yang berlaku. Malah, saya juga tidak tanya langsung soal berkaitan dengan kerja dan filem.
"Pertemuan turut disertai Puteri Sarah Liyana, anak-anaknya dan adiknya, Syafiq Yusof. Puteri Sarah datang berasingan selepas setengah jam Syamsul tiba.
"Itupun isteri menghubunginya kerana anak Syafiq rindu nak bertemu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
"Syafiq pula walaupun ada kerja di luar, tapi tetap tunggu kepulangan abangnya," cerita Yusof lagi.
https://www.bharian.com.my/hibur ... -kepulangan-syamsul |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Maliq & D'Essentials kembali gegarkan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kumpulan popular menerusi lagu Kita Bikin Romantis, Maliq & D'Essentials kembali menjayakan Konsert Can Machines Fall In Love? Album Tour di Megastar Arena pada 29 Disember depan.
Sebelum ini, kumpulan dari Indonesia yang memperjuangkan muzik jazz dan soul itu pernah tampil dalam Konsert Fabulous Friday Presents: Maliq & D'Essentials di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 2022.
Istimewanya, kumpulan yang ditubuhkan pada 2002 itu buat kali pertama mengadakan konsert secara besar-besaran di dua negara, Indonesia dan Malaysia menerusi siri jelajah mempromosikan album baharu berjudul Can Machines Fall In Love? (CMFIL?) yang dilancarkan pada Mei lalu.
Ini adalah album kesembilan Maliq & D'Essentials selepas 22 tahun berada dalam industri muzik.
Dianggotai oleh Angga Puradiredja, Indah Wisnuwardhana, Widi Puradiredja, Jawa, Lale dan Ilman Ibrahim, mereka teruja untuk mengadakan konsert yang dibawakan oleh Kharisma Music.
Pemain dram Maliq & D'Essentials, Widi Puradiredja berkata, mereka tidak sabar untuk meraikan usia dua dekad bersama peminat di Malaysia.
"Ini adalah siri jelajah pertama kami selepas lebih 20 tahun berada dalam industri muzik. Peminat di Malaysia boleh menjangkakan persembahan selama dua jam lebih dengan membawakan rangkaian lagu diminati termasuklah gubahan muzik istimewa dengan dilengkapi kemasan audio visual dan penataan cahaya menarik.
"Yang pasti, konsepnya berlainan daripada apa yang pernah kami tampilkan sebelum ini," katanya.
Widi memberitahu, walaupun lagu-lagu dalam album CMFIL? akan dinyanyikan ketika konsert, namun mereka turut menyanyikan lagu daripada album sebelumnya.
"Hal ini dilakukan agar konsert berjalan lancar, kerana belum tentu kesemua penonton tahu dan hafal akan lagu baharu Maliq & D'Essentials," katanya.
Konsert itu bukan hanya soal menyanyikan lagu-lagu tular di laman sosial seperti Kita Bikin Romantis, Aduh atau Begini Begitu, bahkan lebih daripada itu, Maliq & D'Essentials mahu berinteraksi secara langsung dengan peminat untuk meraikan pencapaian dalam dua dekad.
Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny, Kharisma Music terbang ke Jakarta bagi mendapatkan hak eksklusif untuk mengadakan Konsert Maliq & D'Essentials di Kuala Lumpur buat peminatnya di Malaysia.
Justeru, Ahmad Jeffny berharap agar penonton yang hadir bakal terhibur dengan persembahan dari Maliq & D'Essentials kerana kemunculan mereka amat dinanti-nantikan di Malaysia.
"Semoga pembeli tiket dapat merasai sendiri malam penuh romantis dengan alunan lagu-lagu mereka yang membuai perasaan serta mengembalikan nostalgia masa lalu," katanya.
https://www.bharian.com.my/hibur ... i-gegarkan-malaysia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Begasak lah semua dekat bod sana |
|
|
|
|
|
|
|
Candidates for the Liberal Democratic Party (LDP) leadership race Sanae Takaichi, Japan's economic security minister, from left, Takayuki Kobayashi, former economic security minister, Yoshimasa Hayashi, chief cabinet secretary, Shinjiro Koizumi, former environment minister, Yoko Kamikawa, foreign minister, Katsunobu Kato, former health minister, Kono Taro, digital transformation minister, Shigeru Ishiba, former defense minister and Toshimitsu Motegi, former foreign minister, during a news conference in Tokyo, Japan, on Friday, Sept. 13, 2024. A record nine candidates will contest Japan's ruling Liberal Democratic Party's leadership election on Sept. 27. Photographer: Franck Robichon/EPA/Bloomberg via Getty Images |
|
|
|
|
|
|
|
SLEAFORD, UNITED KINGDOM - SEPTEMBER 12: (EMBARGOED FOR PUBLICATION IN UK NEWSPAPERS UNTIL 24 HOURS AFTER CREATE DATE AND TIME) Prince William, Prince of Wales inspects Royal Air Force cadet graduates as he attends, on behalf of King Charles III, the Sovereign's Parade at the Royal Air Force College Cranwell on September 12, 2024 in Sleaford, England. The parade will feature 48 Royal Air Force cadets and 4 international officer cadets from Jordan, Kenya, Pakistan and Uganda graduating from the commissioned warrant officers course and modular initial officer training. (Photo by Max Mumby/Indigo/Getty Images)
|
|
|
|
|
|
|
|
dah dua engagement muka william scruffy mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|