CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: THINK BEFORE YOU ACT, THINK TWICE BEFORE YOU SPEAK

 Close [Copy link]
Post time 25-9-2024 11:49 PM | Show all posts
Beradab dengan orang di sekeliling

Hormati hak orang atau makhluk lain. Jauhi sifat dengki, tamak dan suka bergaduh.
Setiap orang mempunyai rezeki yang berbeza-beza. Mungkin apa yang kita ada, tiada pada orang lain. Jadikan kejayaan orang sebagai pembakar semangat untuk kita.
Percayalah, jika kita berbuat sesuatu yang tidak baik, balasan untuk kita lebih dahsyat lagi. Jadi, tenang sahaja dan teruskan berusaha!

Jagalah kebersihan dan elakkan pembaziran.
Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77,“… janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”
Tidak rugi jika menjaga adab dan perbuatan kita. Sebaiknya adab ini dididik sejak kecil.

Rasulullah S.A.W sendiri menjaga hubungan baiknya dengan semua orang, tidak kira agama, jantina mahupun umur.
Malahan akan melahirkan suasana lebih tenang, jika kita saling menghormati perbezaan. Belajarlah daripada satu sama lain. Moga kedamaian terus menjadi milik kita bersama. Biiznillah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 11:50 PM | Show all posts
selamat malam
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 11:52 PM | Show all posts
nona84 replied at 25-9-2024 11:24 PM
tq @nuki12  utk berita fatt / zura

dah baca ke

tengok iv semua
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 11:54 PM | Show all posts

tq tashu

laju yer masuk petang tadi pun dah page 80++
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 11:58 PM | Show all posts
Tashu replied at 25-9-2024 06:14 PM
Hahaha
Betul2 terjadi kan, ku sangkakan angan2 semata

esok rumah baru lagi ni nampak gaya

laju  bergerak


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:00 AM | Show all posts
6 Buah-Buahan yang Disebut Dalam Al-Quran
"Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. [QS IBRAHIM:32]"



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2024 12:01 AM | Show all posts
1. BUAH ZAITUN (AL-ZAITUN )


Buah zaitun (Olea europea) disebut secara spesifik sebanyak 7 kali dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-An’am, Surah An-Nahl, Surah Mu’minun, Surah An-Nur, Surah ‘Abasa dan Surah At-Tin. (1)

Buah zaitun merupakan tanaman utama di daerah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco, selain banyak juga ditanam di daerah Mediterranean.


Ternyata buah zaitun banyak manfaatnya yang tersendiri.


Terdapat banyak produk kecantikan yang dihasilkan yang diasaskan daripada buah zaitun.
Di Malaysia, buah ini digunakan secara umumnya sebagai minyak zaitun yang banyak digunakan dalam masakan, juga bermanfaat untuk mencantikkan rambut, memberi kelembapan pada kulit, mencantikkan wajah dan banyak lagi. (2)




Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:02 AM | Show all posts
2. BUAH TIN (AL-TIN40)



Buah tin ( Ficus carica L.) atau juga dikenali sebagai buah ara disebut hanya sekali dalam kitab Al-Quran, iaitu di dalam Surah At-Tin.
Terdapat beberapa perbezaan pendapat tentang makna sebenar ayat tersebut.
Sesetengah ulamak menyifatkan ayat tersebut merujuk kepada Bukit Tin dan Bukit Zaitun, tempat di mana Nabi Ibrahim dan Nabi Isa menerima wahyu daripada Allah S.W.T. (1)
Buah tin tergolong dalam spesies mulberi yang biasa dijumpai di kawasan Asia.
Buah tin yang dikeringkan boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.
Menurut kajian yang banyak dijalankan, buah tin ini dianggap sebagai buahan semula jadi yang paling sempurna berdasarkan khasiat-khasiat yang terdapat di dalamnya.
Selain mempunyai kandungan vitamin, mineral dan serat yang biasa dijumpai di dalam buah, kandungan vitamin yang terdapat dalam buah tin ternyata lebih unik dan istimewa.
Dalam buah tin, terdapat vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan korin.(3)
Kandungan seratnya yang tinggi dapat melancarkan penghadaman dan membendung masalah usus.
Selain itu, ianya juga dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan.
Kandungan pektin yang terdapat dalam buah tin juga dapat mengurangkan kolestrol berlebihan dalam badan. Buah tin junga dipercayai dapat membantutkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan.(4)
Ianya juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.(4)
Mereka yang mengalami kesukaran bernafas juga disarankan untuk mengambil buah tin untuk pernafasan yang lebih selesa.
Wah, banyak betul manfaat buah tin ni. Jadi, tidak hairanlah jika buah ini dinobatkan sebagai buahan yang hampir sempurna di dunia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 12:03 AM | Show all posts
3. BUAH DELIMA (AL-RUMMAN)



Buah delima (Punica granatum) disebutkan dalam Al-Quran sebanyak 3 kali iaitu sekali dalam Surah Ar-Rahman dan 2 kali dalam Surah Al-An'am.(5)
Pokok delima berasal dari negara Iran. Tanaman ini mula diperluaskan dan ditanam di seluruh  daerah Mediterranean sehingga ke kawasan China, India dan juga California (Amerika Syarikat).
Bijinya yang cantik bak delima dan boleh dimakan secara langsung nyata mempunyai khasiat yang berguna sebagai agen anti-oksidan.
Ianya juga mampu untuk mencegah kanser. (6)
Beberapa kajian telah dijalankan ke atas pokok delima.
Hasil kajian mendapat bahawa bunganya boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk merawat penyakit kronik seperti diabetes.(6)


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:04 AM | Show all posts
4. PISANG (AL-TALH)

Buah pisang (Musaceae sp.) adalah sejenis tumbuhan yang tidak asing lagi di Malaysia dan juga serata Asia. Dalam Al-Quran, buah pisang ada disebutkan secara khusus di dalam Surah Al-Waqiah, ayat 28. (5)
Buah pisang sering diambil sebagai sumber tenaga dan dapat menggantikan nasi untuk mereka yang berdiet. Menu diet menggunakan pisang agak pelbagai dan senang dihasilkan mengikut kreativiti. Ianya mempunyai kandungan fiber yang tinggi dan dapat membantu sistem pencernaan dan jantung.(7)


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:06 AM | Show all posts
5.KURMA ( AL-NAKHL)



Buah kurma (Phoenix dactylifera) disebut sebayak 26 kali di dalam Al-Quran.(1)
Khasiatnya jelas diceritakan dalam Surah Mariam ketika peristiwa kelahiran Nabi Isa  A.S.
Mariam yang tinggal sendirian selepas melahirkan Nabi Isa A.S hanya bergantung kepada sumber makanan terdekat yang terdapat pada masa itu.
Buah kurma yang digugurkan dari tempat dia berteduh menjadi ubat untuk merawat dirinya.
Buah kurma sememangnya buah yang sangat terkenal, terutamanya ketika waktu bulan Ramadhan.
Ianya dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk jangka masa yang lama.
Terdapat hadis yang menyarankan pengambilan buah kerma ketika waktu berbuka puasa (1).
"Ini sejalan dengan jaminan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bahwa di rumah yang dijamin tidak ada kelaparan adalah rumah yang ada kurmanya – yaitu jenis buah, bukan jenis biji-bijian apalagi umbi-umbian. “Tidak akan lapar penghuni rumah yang memiliki kurma.” (HR Muslim)."



[size=1em]Selain buahnya yang banyak manfaat, bahagian lain pokok kurma juga banyak kegunaanya.
[size=1em]Batang pokok kurma boleh digunakan untuk menghasilkan papan lapis(1). Ianya terdiri daripada gentian sellulosa yang sangat kuat.
[size=1em]Manakala serbuk bunga kurma pula dipercayai dapat dijadikan sebagai alternatif untuk mendapatkan cahaya mata. (11)



Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:06 AM | Show all posts
6. ANGGUR (INAB)


Buah anggur (Vitiis vinifera) disebut sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran.
Ayat-ayat tersebut menceritakan tentang pengkomersialan tanaman anggur yang telah bermula sejak dari zaman Nabi Nuh A.S lagi.
Di Malaysia, anggur agar mahal harganya kerana ianya perlu diimport dari luar negara.
Buah anggur berasal dari pergunungan Caucacus yang terletak antara Sepanyol dan Perancis.(1)
Kemudian, ia mula ditanam di kawasan Asia, Mediterranean dan Eropah.
Melalui Eropah, penanaman anggur diperkenalkan ke Afrika (terutamanya Afrika Selatan), Australia, Jepun dan California.
Penanaman anggur di kawasan Asia Tenggara pula bermula di daerah Indonesia, Thailand dan Filipina yang diperkenalkan pada kurun ke-19.
Khasiat anggur dalam bidang perubatan kajian saintifik terbukti berkesan untuk melancarkan proses penghadaman.(10)
Selain itu, ianya dapat membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam badan.
Kandungan bahan yang dijumpai dalam anggur seperti antosiosin dapat mengurangkan risiko sakit jantung.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:08 AM | Show all posts
nuki12 replied at 25-9-2024 11:52 PM
dah baca ke

tengok iv semua

dahlah

propa je lebih

nama pun pelakon
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:08 AM | Show all posts
nuki12 replied at 25-9-2024 11:52 PM
dah baca ke

tengok iv semua

baca ke benang bod gosip

yg mana

banyak sangat
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:11 AM | Show all posts
Belanjawan 2025 sasar tingkat taraf hidup rakyat, majukan pembangunan negara - Anwar







KUALA LUMPUR: Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini, disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun mempunyai jadual yang padat, Perdana Menteri sempat meninjau persiapan kakitangan Kementerian Kewangan (MOF) menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga.

Beliau berkata, Belanjawan 2018 itu juga dijanjikan lebih gah serta saksama.

"Insya-Allah, dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, Malaysia akan mara satu langkah lagi menuju wawasan kerangka Ekonomi MADANI yang gah lagi saksama.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerajaan yang bertungkus-lumus menyiapkan Belanjawan yang terangkum untuk meningkatkan darjat rakyat dan pembangunan negara," katanya dalam Facebook hari ini.
Belanjawan 2025 mengetengahkan tema Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera akan dipacu oleh pendekatan Ekonomi Madani.
Langkah itu disokong dengan tumpuan terhadap aspek penanda aras disasarkan dalam kerangka Ekonomi Madani, termasuk membolehkan Malaysia menjadi ekonomi utama di Asia Tenggara.



Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, perencanaan belanjawan berkenaan tidak akan lari daripada hala tuju ekonomi negara seperti yang diumumkan sebelum ini, termasuk Pelan Perindustrian Baharu Negara (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), serta Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).





https://www.bharian.com.my/berit ... majukan-pembangunan




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 12:12 AM | Show all posts

baca yang page kurang dari 20 je

yang panjang ratus pages tak baca

tak faham
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:13 AM | Show all posts


Anwar ketika meninjau persiapan kakitangan MOF menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:14 AM | Show all posts

[url=https://ibb.co/ZVRDCRW][/ur



Anwar ketika meninjau persiapan kakitangan MOF menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga. - Foto Facebook Anwar Ibrahim


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:15 AM | Show all posts



Anwar ketika meninjau persiapan kakitangan MOF menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 1.484094 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list