Jom Milanians request lagu lagu Mila kat semua stesyen radio tempatan dan jangan lupa undi lagu Mila BEBAS kat Muzik-muzik tv3 setelah lagu Bebas dipercalonkan kt muzik2..ayuh semua
Lupakan lah pasal twitter tu, apa yg kak Tores cakap tu betul. Lain kali berhati hati sebab sebagai selebriti org suka mempebesarkan perkara yg remeh.
Tu lah kesan drpd komunikasi yg tak tepat
Alhamdulillah.....rasa nya isu Kpop tu dah reda
Kat bod gossip pon dah pi page 3 & kat 6theory pon dah kena locked
Moral of the story....pikir pikir lah sendiri
betul betul tak faham dan sangat kecewa dengan insan yang terlebih rajin merosakkan account laman sosial Mila.. Hari tu twitter.. masih berdiam.. ni Facebook personal mila pun dah tak boleh log in..
kenapalah mereka itu sangat rajin... dah tak ada kerja agaknya..
i am so sad with all The kids.. semoga 1 day they will realise and learn how to be a human..
Kesian Mila..akak pun rasa sedih dgn segelintir remaja sekarang ni yg terlalu biadap dan kurang ajar..ada kemudahan alam siber tidak digunakan sebaik mungkin..nak kata kurang didikan mak bapak rasanya mak bapak dah beri didikan yg baik dan sempurna kpd anak2..sebenarnya benda ni berpunca drpd emosi ketaksuban dan pengaruh terhadap sesuatu tanpa menggunakan akal fikiran yg waras..
xpe lah Mila..bersabar je lah...nanti lama2 oklah tuh dan kembali tenang seperti biasa..Buat masa ni harap Mila bertenang dan fokus pada kerjaya seni Mila..Kami Milanians sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan Mila walau dimana Mila berada..
Perang Twitter Azwan Ali Dengan Peminat K-Pop
by Nani, 02 Jun 2011
Lagi isu mengenai artis dan laman sosial di mana kali ini ia melibatkan diva kontroversi, Azwan Ali. Sejak Ahad lalu, Twitter milik artis panas ini penuh dengan caci-maki antaranya dengan beberapa individu yang dipercayai peminat fanatik K-Pop.
Semuanya tercetus gara-gara Azwan dikatakan membela penyanyi Mila Jirin yang telah meluahkan perasaan di Twitter, kononnya artis Malaysia tidak dilayan secara adil berbanding artis luar.
Perkara ini bermula apabila pihak penganjur menjemput kumpulan Super Junior M sebagai artis jemputan ke Konsert Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung di Presint 2, Putrajaya baru-baru ini. Bila dah jemput penyanyi luar, apa lagi, artis tempatan dianaktirikanlah. Bukan setakat Mila, salah seorang anggota kumpulan Kristal, Rodi pun khabarnya turut meluahkan ketidakpuasannya di Twitter.
Tak perlulah GUA mengeluarkan apa antara mesej-mesej yang ditulis di Twitter milik mereka namun apa yang boleh GUA katakan, memang dahsyat jugalah. Ekoran isu ini, Mila juga mengambil langkah dengan menutup akaun Twitternya. GUA cuba mendapatkan Mila, namun pengurus peribadinya memberitahu Mila kini berada di Jengka, Pahang.
Walaubagaimanapun, GUA berpeluang bertemu Azwan ketika majlis pelancaran Saluran 104 Emas di Lobi Sri Pentas, Bandar Utama, petang semalam. Apa lagi, lepas geramlah diva sensasi ini.
“Isu sekarang ialah perang antara saya dengan penyokong fanatik K-Pop. Mereka menulis macam-macam ayat yang tidak sepatutnya. Salah ke saya memihak kepada Mila kerana Twitter itu ruang peribadi saya.
“Mereka yang mengacau saya dulu dan dari situ isu ini jadi kecoh. Bagi saya, penyokong kumpulan itu ramai yang mulia namun ramai juga yang biadap. Jika saya buat laporan polis, mereka pasti kena,” ujar Azwan yang sebelum ini cukup terkenal dengan penulisan panas di blog sensasinya.