|
Reply 301# stryder_cats
Sebulan sebelum arwah bapak saya meninggal dunia, gelas kat atas meja terjatuh lalu pecah. Saya terfikir adakah ni petanda buruk? Tapi saya tawakkal kalau nak jadi pun apa boleh kita buat. Manusia tidak ada kuasa utk menolak takdir melainkan dgn izin Allah. Saya redha aje jika dah sampai masa utk arwah bapak saya pergi, biarlah dia pergi dgn aman. Cuma ada sikit terkilan sbb tak sempat nak jumpa. Bila sampai je dah selamat dikebumi.... |
|
|
|
|
|
|
|
yapa komen andria?
rose_liz Post at 20-10-2011 17:47 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kalau saya tak silap, ia ada kaitan dgn Numerology (kajian berasaskan nombor) dan juga seperti ada kaitan dgn Time Wave Zero (Terrence McKenna). Mungkin juga kajian/pengiraan berasaskan pola nombor yg diajar di dlm web itu benar. Sekiranya kita masih hidup sehingga tahun depan, maka kemungkinan besar, tahun depan adalah tahun di mana dunia akan benar2 sibuk...
Sekiranya kita tidak bersiap sedari awal, mungkin apabila 'perkara2' itu berlaku, kita akan merasa sgt tertekan. Jadi siapkanlah mental anda dari skg. Mungkin itu yg di maksudkan dgn artikel di web tersebut, berkenaan 'pemutihan'.
Wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Andria
Agak2 area sesuai kita membeli tanah di kawasan mana???? bukit2 ....susah untuk menjelaska ...
sofiera Post at 20-10-2011 18:56 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Masalahnya, saya bukan org yg berkelayakan utk memberi nasihat tentang hal pembelian tanah ni. Tapi secara peribadi, kalau saya, saya tak akan beli. Apabila TSHTF, pemilikan akan menjadi 'tiada value'. Jgnlah tambahkan lagi hutang yg sedia ada. Klu rasa2 ada cash, lebih baik gunakan utk membuat persediaan yg lebih mantap.
Tentang lokasi, maaf, saya tak boleh komen lebih jauh. Tapi secara jujur, saya tidak akan memilih untuk tinggal di Semenanjung Malaysia. Itu saja yg blh saya katakan.
P.S Tak perlu beritahu suami tentang apa yg anda baca dlm Forum. Cukuplah anda bawa dia berdiskusi tentang hadis2/surah2 yg berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cherylrihanna
kan best kalau ada alien dtg nak selamatkan manusia cuma yg tak bestnya hanya yg terpilih shj..jadi org kebanyakan cam kita ni takde peluang nak hiduplah..
kazman Post at 20-10-2011 20:42 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Alien atau UFO, bukan seperti apa yg kita fikirkan selama ini. Jgn mudah percaya kpd propaganda yg melaungkan bahwa alien/UFO itu adalah golongan 'putih'. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 363# andria
Baik2....insa allah TQ andria...menjawab soalan sy...laa nie hari2 pikirlah... |
|
|
|
|
|
|
|
Andria,
Bila awak start rasa perkara2 pelik ni? Kuat sangat ke perasaan tu? Masa awak pegi NZ dulu, aawak dah ader perasaan ni ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply andria
Baik2....insa allah TQ andria...menjawab soalan sy...laa nie hari2 pikirlah ...
sofiera Post at 20-10-2011 22:25 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Jgn terlalu fikirkan sgt sofiera. Nanti ia membunuh 'rasa' dan 'semangat' utk hidup. Sebab saya dah lalui semua ni dulu. Bersederhanalah kita dlm segala hal... sekadar pesanan dari saya... |
|
|
|
|
|
|
|
Andria,
Bila awak start rasa perkara2 pelik ni? Kuat sangat ke perasaan tu? Masa awak pegi NZ dulu ...
cherylrihanna Post at 20-10-2011 23:10 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Mula pertengahan 2005... dan saya mula menyelidiki tentang 'mimpi2' saya sekitar 2009. Dari sana baru dpt jawapan, 'mengapa'. |
|
|
|
|
|
|
|
Human beings are nothing. We have nothing. In the eyes of God, we are only a spect of dust. Tapi hairannya, walaupun ramai yg mengetahui hakikat ini, kita masih 'berbangga' dgn 'toys' yg diberi pinjam kpd kita oleh Allah, utk sementara waktu. Kita leka dgn 'toys' kita yg berupa pasangan hidup, anak2, harta benda, pangkat, rupa, kemasyhuran... Life is so superficial, but how many realize it?
soo true...
we are the victims of materials & mentalities |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa macam nak berhijrah ke Madinah plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ekjoz_double at 21-10-2011 11:37
Persoalannya kini, adakah kita semua tahu exact date kejadian besar ini bakal berlaku? Macam TT cakap, kalau berlaku huru hara kelak destinasi yg nak dituju adalah bukan semenanjung M'sia..saya assume TT nak ke G.Kinabalu.. Tapi bila huru hara dah berlaku, agak2 sempat ke TT nak lari ke sana? Masih berterbangan lg ke MAS atau AirAsia ke sana? Jangan kata nak fly ke mana2, bila berlaku huru hara saya yakin nak keluar daripada taman/daerah/negeri pun tak boleh sebab kesesakan..mcm dlm movie 2012 tu.
Bagus belajar skills yg boleh buat kita survive kelak i.e berenang,memanah,memburu etc.. Tapi bagi akulah, bila dah berlaku huru-hara aku tak bercadang melarikan diri ke mana2.. Nak larikan diri drp maut? bukan ke maut tu sentiasa akan mendapatkan kita? Apa yang penting, mantapkan diri dgn amal ibadat.. Bertaubatlah daripada sekarang.. Lunturkan segala dosa yg melekat.. Jika dah ditakdirkan kita tak selamat pada masa huru hara tu, atleast kita dah ada bekalan untuk afterlife.
Just my 2cents. |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya kini, adakah kita semua tahu exact date kejadian besar ini bakal berlaku? Macam TT caka ...
ekjoz_double Post at 21-10-2011 11:36 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
hmmm...betul2...setuju.
tak sempat nak ke mana2 pun...
lagipun mesti fikirkan mak ayah di kampung...
camner...? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau saya tak silap, ia ada kaitan dgn Numerology (kajian berasaskan nombor) dan juga seperti ...
andria Post at 20-10-2011 22:06 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
boleh sy share thread andria ni dgn cikgu ad tu x? |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...betul2...setuju.
tak sempat nak ke mana2 pun...
lagipun mesti fikirkan mak ayah di kamp ...
rose_liz Post at 21-10-2011 12:01 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Betulll sangat....kalu boleh nak dok dalam 1 kumpulan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by andria at 21-10-2011 14:53
saya assume TT nak ke G.Kinabalu.. ekjoz_double Post at 21-10-2011 11:36 ![](http://images/common/back.gif)
Tidak.
Tapi bila huru hara dah berlaku, agak2 sempat ke TT nak lari ke sana? Masih berterbangan lg ke MAS atau AirAsia ke sana? ekjoz_double Post at 21-10-2011 11:36 ![](http://images/common/back.gif)
Apa yg anda fikirkan sama sekali tersasar dari landasan.
Nak larikan diri drp maut? bukan ke maut tu sentiasa akan mendapatkan kita? Apa yang penting, mantapkan diri dgn amal ibadat.. Bertaubatlah daripada sekarang.. Lunturkan segala dosa yg melekat.. Jika dah ditakdirkan kita tak selamat pada masa huru hara tu, atleast kita dah ada bekalan untuk afterlife.
ekjoz_double Post at 21-10-2011 11:36 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Saya setuju dgn sebahagian dari kata2 anda. Tapi umum manusia selalu kata, 'bersedia utk bekalan akhirat'. Ditakdirkan anda mati, memang itu sebaiknya. Tapi ditakdirkan anda hidup? Inilah yg jarang org fikirkan. Kita fikirkan 'hanya kalau kita mati'. Tapi kita tak fikirkan, 'bagaimana kalau kita hidup?' Kita tak fikirkan KESAN & AKIBAT sekiranya kita hidup. Sementelah lagi klu kita bukan sendirian, dan ada mulut2 utk diisi. Tidakkah kita menjadi 'seflish', memikirkan diri kita sendiri sahaja?
Mati itu pasti. Tiada siapa yg boleh melarikan diri dari malaikat maut, bukan itu yg menjadi persoalan di sini. Hatta klu pergi berperang sekalipun, kita pasti mempunyai 'persediaan' & 'bekalan', tidaklah kita terjun ke medan perang dgn tgn kosong.
Secara peribadi, saya lebih suka dgn pendekatan 'balancing'. Kedua2 bekalan dunia & akhirat perlu. Mati atau selamat, itu bukan urusan kita. Tapi usaha itu perlu ada. Sekiranya kita ditakdirkan mati wlupun telah jenuh berusaha, sekurang2nya kita tidak mati sia2. Mungkin kematian kita mampu memberikan impak positif kpd org lain & mampu menyelamatkan manusia lain, seperti mereka2 yg berada di bawah tanggungan kita.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh sy share thread andria ni dgn cikgu ad tu x?
rose_liz Post at 21-10-2011 12:30 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Silakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ekjoz_double at 21-10-2011 17:16
. Tapi ditakdirkan anda hidup? Inilah yg jarang org fikirkan. Kita fikirkan 'hanya kalau kita mati'. Tapi kita tak fikirkan, 'bagaimana kalau kita hidup?' Kita tak fikirkan KESAN & AKIBAT sekiranya kita hidup. Sementelah lagi klu kita bukan sendirian, dan ada mulut2 utk diisi.
andria Post at 21-10-2011 14:51 ![](http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Yup betul juga tu. Bagaimana kalau kita hidup? Semestinya keadaan pada masa itu sangat sukar. Saya terbayangkan pada masa itu walaupun kita telah menyediakan segala persiapan tapi sebaik saja berlaku huru hara cthnya banjir besar, pastinya bekalan makanan yang dah disimpan turut hanyut ntah kemana.. mungkin, jika pandai berenang kita dapat selamatkan diri atau kalau mampu, menyelamatkan salah seorang daripada ahli keluarga. Tapi selepas keadaan kembali reda dan kita masih hidup, bagaimana nak survive sekalipun kita dah prepare simpan stok makanan byk2 sbb semuanya dah entah kemana? Huru hara itu mungkin berlaku pada saat2 paling kita tidak duga. Mungkin masa kita sedang tidur, sedang mandi, cuci kereta etc. Saat kita tidak bersedia.
Kepada yang nekad dan mampu, mungkin tiada masalah untuk membuat persediaan menghadapi bencana itu i.e tinggalkan daily routine, pindah ke tempat yang lebih selamat dan mulakan hidup dengan cara hidup yang baru. Itu bagi yang mampu. Yang ada saving yg byk. Boleh migrate, beli tanah and buat penempatan baru kat sekian2 tempat. Ini memerlukan dana yang banyak. Tak semua orang mampu berbuat begitu. Seperti orang mcm saya ni, persediaan yg boleh saya buat ialah beli stok makanan dan kelengkapan survival i.e first aid kit. Itu saja. Untuk bepindah ke tempat baru dan memulakan new way of life, saya tak mampu.
Saya rasa kalau lah kejadian yang berlaku sebijik mcm dlm movie 2012 tu, saya akan buat exactly macam india researcher tu.. embracing all of my family members and say our last prayer sementara tunggu tsunami tu melanggar kami. hehehe![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by andria at 21-10-2011 19:56
Tapi selepas keadaan kembali reda dan kita masih hidup, bagaimana nak survive sekalipun kita dah prepare simpan stok makanan byk2 sbb semuanya dah entah kemana? ekjoz_double Post at 21-10-2011 17:15 ![](http://images/common/back.gif)
Sebab itu dah ada org2 yg dah berpindah ke kawasan highland, atau gunung2, dan jauh dari kawasan pantai.
Huru hara itu mungkin berlaku pada saat2 paling kita tidak duga. Mungkin masa kita sedang tidur, sedang mandi, cuci kereta etc. Saat kita tidak bersedia. ekjoz_double Post at 21-10-2011 17:15 ![](http://images/common/back.gif)
Benar. Ia mungkin berlaku pada saat yg sgt2 kita tak duga... mungkin ia akan dtg bukan dlm bentuk tsunami, tapi dlm bentuk BAH. Sekiranya ini yg terjadi, dan kita terperangkap dlm lokasi yg tidak strategik, maka pada saat itu, tiada apa yg dpt kita lakukan, kecuali berserah pd Allah.
Kepada yang nekad dan mampu, mungkin tiada masalah untuk membuat persediaan menghadapi bencana itu i.e tinggalkan daily routine, pindah ke tempat yang lebih selamat dan mulakan hidup dengan cara hidup yang baru. Itu bagi yang mampu. Yang ada saving yg byk. Boleh migrate, beli tanah and buat penempatan baru kat sekian2 tempat. Ini memerlukan dana yang banyak. Tak semua orang mampu berbuat begitu. Seperti orang mcm saya ni, persediaan yg boleh saya buat ialah beli stok makanan dan kelengkapan survival i.e first aid kit. Itu saja. Untuk bepindah ke tempat baru dan memulakan new way of life, saya tak mampu.
ekjoz_double Post at 21-10-2011 17:15 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sebab itu saya katakan di dlm post2 saya sebelum ini, lakukanlah apa yg 'kita mampu' saja. Tak perlu terlalu paranoid. Bersederhanalah dlm segala hal. Lakukan persediaan yg anda rasa perlu dan anda mampu, kemudian selebihnya, tawakallah. Andaikata nyawa kita setakat itu, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Dan andaikata kita masih hidup selepasnya, mungkin saja kita ada 'tugas' yg harus dipikul kemudiannya. Apa pun yg terjadi, ada rahsia & hikmah.
God knows best. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tarabas1976 at 23-10-2011 15:05
Minggu lepas balik rumah jumpa mak dan saya berborak dengan mak saya " Mak..... nak tak kalau kita pindah ke suatu tempat yang jauh dari hiruk-piruk kota , terletak dalam suatu perkampungan kecil dan terpencil di kaki gunung dan sungai jernih serta ada banyak pokok-pokok. Penduduk di kampung tersebut pula saling mengenali antara satu sama lain. Bayangkan pula, pada waktu siang kita bekerja dan masuk sahaja waktu Maghrib kita dan penduduk kampung berpusu-pusu ke surau untuk solat berjemaah.......
Sewaktu menunggu waktu Isya' pula, anak-anak kecil sibuk bermain di perkarangan surau manakala golongan muda dan tua beribadah sementara menunggu waktu Isya'. Dan selepas selesai menunaikan solat kaita balik ke rumah dalam suasana malam dengan penuh damai tanpa rasa takut...." Emak aku hanya tersenyum.Jika Allah meletakkan rasa rindu sepeti itu di dalam dada, pastinya ia bersebab.......mudah-mudahan engkau akan menemui kampung yang seumpama itu...
Aku borak-2 dengan mak aku, kehidupan zaman sekarang adalah "hidup dengan bertuhankan benda"....kita balik keje malam dan sewaktu sampai di rumah kita melepaskan lelah(menonton Astro, Akademi Fantasia dll.?) dan mengisi perut kemudian tidur dengan 'mind state' untuk bekerja pada esok hari sambil memikirkan apa kerja yang harus dilaksanakan pada esoknya.
Manakala, orang-orang tua zaman dahulu, mereka juga bekerja pada waktu siang sama seperti kita, tetapi apabila mereka pulang ke rumah .....ia bukan hanya untuk melepaskan lelah dan mengisi perut semata-mata. Bukan pula untuk setting mind apa yang harus dilaksanakan pada esok harinya dan tidur dalam mind state tersebut. Tetapi, mereka balik ke rumah untuk bersama keluarga dan memimpin keluarga menuju kepada Allah (solat berjemaah bersama dan membaca Quran) dan kemudian bermunajat kepada Allah pada sepertiga malam ( lihat hadis di mana Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada suami membangunkan isteri untuk sama-sama bertahajud).........Inilah Baiti Jannati......
Sekiranya sesebuah rumah itu hanya dijadikan sebagai tempat untuk melepaskan lelah dan mengisi perut dan kemudian tidur dengan mind state untuk bekerja pada esok pagi.............TIDAK LEBIH DARI ITU? Maka sesebuah rumah itu bukanlah rumah, sebaliknya ia adalah KANDANG.Sama seperti seekor lembu yang balik ke kandang untuk melepaskan lelah dan mengisi perut setelah seharian membajak sawah ...ia tidur dengan perencanaan sawah mana pula yang hendak dibajak pada esok pagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by andria at 23-10-2011 16:33
nak tak kalau kita pindah ke suatu tempat yang jauh dari hiruk-piruk kota , terletak dalam suatu perkampungan kecil dan terpencil di kaki gunung dan sungai jernih serta ada banyak pokok-pokok. Penduduk di kampung tersebut pula saling mengenali antara satu sama lain. Bayangkan pula, pada waktu siang kita bekerja dan masuk sahaja waktu Maghrib kita dan penduduk kampung berpusu-pusu ke surau untuk solat berjemaah.......
tarabas1976 Post at 23-10-2011 15:02 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Org2 Islam yg mana benar2 nak keluar dari sistem Dajjal ni, dah tentu berlumba2 nak duduk di tmpt mcm ni, klu ada. Tapi klu nak buat mcm ni, pd masa skg ni, nampaknya kena buat sorok2. Klu tak, nanti jadi mcm kes peristiwa yg pernah menumpahkan darah suatu waktu dulu, apabila pemerintah tidak senang hati melihat penduduk kampung yg kuat berpegang kpd agama.
Teringat sabda Nabi.
'Islam bermula sebagai suatu agama yg asing. Dan di akhir zaman, ia akan kembali menjadi asing. Maka berbahagialah, orang2 yg terasing.'
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|