CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ZaraPalarae

EWAL OSOSIS 5: TINGKATKAN PRESTASI, ELAKKAN KONTROVERSI

[Copy link]
Post time 27-4-2015 01:01 PM | Show all posts
sarajevo replied at 26-4-2015 09:41 AM
Tahniah...
Syameel #teamewal juara SuERA

tahniah #teamEwal


cuma satu je...
terkilan dgn syameel yg x bg kredit pun kat ewal masa johara pagi tadi...
apa la salahnya cakap terima kasih...motip berat mulut sangat?

beribu ewal nak tapis...tu pun susah syameel nak appreciate...
kalau x sebab ewal pilih dia...x masuk pun dia kat final






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 01:07 PM | Show all posts
Edited by bellamya at 27-4-2015 01:43 PM

result final SuERA :

1) ewal  
2) daiyan
3) firman
4) dina
5) aman

rupanya protege daiyan tu pun ewal pilih jugak mulanya...dorg berebut...
tp mamat tu pilih daiyan...ok pahammm...

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:11 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:14 PM | Show all posts
saje nak share...ni pulak protege dina nyanyi lagu ewal...boleh tahan
susah sebenarnya nak bawak lagu KS ni...






Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:25 PM | Show all posts
ewal masa final DIY style kat SACC semalam...nyanyi 2 lagu...without you & kembalikan semula...
ewal nampak lain nau...jaket hijau x pernah2...rambut kpop








pic kredit : ig im4u & photoductions


result DIY style final :

1) forteen
2) liyana fizi
3) hani & zue
4) diandra arjunaidi
5) ewal

takde rezeki ewal nampaknya...nape la x bawak gitar?





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:37 PM | Show all posts





selingan...
baru2 ni ewal singgah makan kat misi cafe...tempat hi tea haritu...
mmg tempat makan feveret dia...

apsal la comel nau budak ni


pic kredit : fb mama myn



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2015 01:42 PM | Show all posts
Edited by bellamya at 27-4-2015 01:48 PM

daiyan kena karen...sampai nanges2



amboi ewal...kemain dok gelakkan daiyan eh...siap ambik bideo
tunggulah...daiyan dah petik nama ewal..aman & firman untuk mangsa seterusnya...
kita tgk sape yg kena

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:56 PM | Show all posts
Setelah sekian lama, dapat jugak jumpa ewal masa Suera sabtu lepas...Tahniah Ewal

Mmg dah agak team ewal akan menang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2015 10:53 AM | Show all posts
Bukan gaya pengkid

AKAN mencecah usia 30-an dalam tempoh dua tahun lagi, mungkin sudah tiba masanya Indah Ruhaila, 28, memikirkan soal cinta yang serius sebelum melangkah ke fasa alam perkahwinan.

Mungkin disebabkan faktor itu, timbul ura-ura mengatakan gadis kelahiran Pasir Gudang, Johor ini menjalin hubungan dengan seorang jejaka yang diketahui umum memang rapat dengannya.

Pemuda yang dimaksudkan ialah rakan seperjuangan Indah ketika menyertai Akademi Fantasia 2013 iaitu Ewal Ismail yang juga pemenang tempat ketiga program realiti berkenaan.

Berbicara tentang hal itu, Indah nyata tergelak besar mendengarnya. Jelasnya, dia tiada sebarang hubungan istimewa terhadap anak kepada Mel, bekas vokalis kumpulan Wings itu.

“Memandangkan kami lahir daripada program televisyen yang sama, jadi tidak dinafikan hubungan kami memang baik dan akrab. Sentiasa bertanya khabar satu sama lain.

“Tetapi, cerita mengatakan kami bercinta itu sedikit melucukan. Sebenarnya, selain baru sahaja selesai merakam single kedua saya, terdapat satu lagi projek yang membabitkan kami berdua.

“Pada masa yang sama, saya dan Ewal turut akan tampil dengan sebuah lagu duet yang akan dijadikan lagu tema sebuah program televisyen tempatan. Lagu berjudul Cerita Cinta Kita itu adalah ciptaan Edry Abdul Halim,” terangnya.


Indah juga memberitahu, majlis pernikahan dengan jejaka pilihan hati ditangguhkan bagi memberi ruang buatnya mengukuhkan kerjaya terlebih dahulu.

Tambah Indah, mungkin disebabkan itu, berita palsu tersebut timbul secara tidak sengaja. Mungkin kelibat mereka yang sering bersama dalam menjayakan rakaman lagu berkenaan disalah tafsir orang lain.

Bercerita lanjut mengenai kerjasamanya dengan Ewal, Indah akui sukar pada awalnya untuk menyelami perasaan pemuda itu kerana perbezaan cita rasa.

Ewal lebih cenderung ke arah pop rock, manakala Indah sebati dengan muzik berentak perlahan.

Andai ada persamaan, mungkin kedua-duanya bijak menyanyi secara dinamik dengan lagu yang mempunyai nada tinggi.

“Lebih-lebih lagi, lagu ini liriknya sangat romantis, penuh madah dan berbunga-bunga. Jadi perlukan jiwa yang sama untuk menampakkan keberhasilannya.

“Mujur Ewal penyanyi yang bagus dan kami tiada masalah untuk bekerjasama. Untuk mendalami lagu ini, saya membayangkan kebahagiaan bersama insan tersayang, sementara Ewal memilih Bunga Citra Lestari sebagai kekasih bayangan,” katanya sambil ketawa berseloroh.


Suka penampilan baharu

Andai sebelum ini Indah anggun berambut panjang, namun semua itu hanyalah tinggal memori apabila Hits turut terkejut melihat penampilan terkininya yang begitu berbeza.

Tampil dengan potongan rambut pendek dan kemas disisir ke tepi, Indah mengakui dia selesa dengan imej tersebut, malah telah lama memikirkan untuk membuat perubahan sebegitu.

“Kalau ikutkan, ketika keluar AF2013 dulu, pengurusan sudah mencadangkan agar saya memilih satu imej baharu. Bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan kerana peminat baru sahaja mengenalinya dan risau perubahan drastik akan memberi impak negatif.

“Sekarang, selepas kejayaan lagu Percayalah dan semakin ramai telah mengenali saya, Astro bersetuju menunaikan hasrat lama. Sebab itu hari ini saya tampil dengan gaya seperti ini,” katanya sambil merapikan rambutnya.

Diakui kelihatan lebih muda, Indah memberitahu, dia berasa segar setiap kali bangun daripada tidur tanpa perlu melihat guguran rambut panjangnya memenuhi bantal atau tilam.

Katanya, rambut pendek senang diurus daripada pelbagai masalah kesihatan lain seperti keguguran, diselaputi kelemumur, rambut kering dan sebagainya.

Sebab itu, ia membuatkannya rasa sangat selesa dan menyegarkan tanpa perlu memikirkan banyak perkara.

“Pada masa yang sama, ramai orang kata apabila wanita berimej macam ini, dikatakan pengkid atau tomboi atau perkataan sinonim lain yang menjurus ke arah maksud negatif.

“Walhal ini sekadar fesyen. Sesiapa sahaja boleh menggayakannya. Ramai selebriti atau orang biasa yang berambut pendek dan tidak perlu dilabelkan dengan perkara yang tidak baik,” katanya lembut dalam ketegasan.

Lagu Percayalah yang menjadi single buat Indah, benar-benar menjulang kembali namanya ke pesada seni tempatan sementelah kemunculannya sebelum ini pada penghujung 2008 tidak mendapat perhatian.

Menyedari akan lagu ciptaan Aiman, manakala lirik tulisan Mohd. Atlas itu meninggalkan kesan besar terhadap kehadirannya semula dalam industri muzik tanah air, Indah menjelaskan dia perlu berhati-hati untuk keluar dengan single seterusnya.

Maka sebab itulah, bagi mengekalkan momentumnya, Indah yang masih bernaung di bawah syarikat pengurusan milik Astro bersetuju untuk merakamkan lagu terbaharu nukilan Edry Abdul Halim kerana berpendapat, karya yang masih belum mempunyai judul itu memiliki aura untuk terus melonjakkan namanya sebagai penyanyi.

Indah menyuarakan, single berkenaan belum diberi judul disebabkan mahu memastikan ia benar-benar mudah diingati selain mempunyai hubung kait dengan lirik bermadah yang disampaikan.

“Buat masa ini saya dan pihak pengurusan masih lagi memikirkan tajuk yang sesuai untuk diletakkan. Seboleh-bolehnya, biarlah semudah lagu Percayalah yang senang diingati pendengar apabila mula dimainkan di corong-corong radio.

“Bercakap mengenai kualiti pula, pastinya saya tidak akan berkompromi tentangnya. Momentum yang bakal diperoleh semestinya perlu setara dengan lagu sebelum ini atau lebih daripada itu.

“Pertama kali mendengar lagu tersebut, betul-betul membuatkan saya tertarik. Melodinya cepat melekat serta berlegar-legar di fikiran saya. Selepas mengadakan perbincangan, akhirnya saya dan pihak pengurusan bersetuju menerima dan merakam lagu yang masih lagi mengekalkan rentak balada itu,” katanya kepada Hits.

Menurut Indah, dia bukan tidak mahu menyanyikan lagu bergenre lain, tetapi optimis akan kebolehannya dalam melontarkan vokal tinggi, sekali gus memikat hati pendengar. Tambahan pula, lagu-lagu sedemikian kembali diminati sejak irama pop memonopoli pasaran muzik kebelakangan ini.

“Saya rindukan era kegemilangan lagu balada nyanyian Ziana Zain dan beberapa nama lain lagi pada 90-an. Ini sebuah karya yang sangat membantu penyanyinya menunjukkan kemahiran mereka mengawal vokal ketika menyampaikan lagu sebegitu.

“Insya-Allah, suatu hari nanti saya tetap akan cuba lagu berentak lain untuk mempelbagaikan portfolio saya,” katanya.

Berbalik kepada single Percayalah, Indah secara jujur mengatakan masih tidak percaya lagu itu berjaya merubah rutin hariannya yang sebelum ini agak sendu berbanding situasinya kini yang begitu sibuk menjayakan pelbagai undangan nyanyian.

Tambahnya, rezeki yang mencurah-curah itu hadir kebanyakannya selepas tamat program Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lalu. Mungkin pada masa itu, masyarakat baru tersedar lalu membuka mata seluas-luasnya menerima bakatnya yang sebelum ini sedikit suram.

“Diakui, jadual saya agak padat dan kadang-kadang amat meletihkan. Bagaimanapun, saya reda dan bersyukur kerana ia adalah kehendak saya yang telah dimakbulkan dan tidak boleh merungut,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.W0mi2ZVL.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 04:49 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuaaaa

lamanyaa x masuk sini

bella..rindu uols

terimakasih tepek artikel tu

berbunga-bunga hati ini membacanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyuman manis
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:18 PM | Show all posts
bella..avatar kita org sama dlm posisi yg sama..tgh buat benda yg sama
cuma berbeza tahun je
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 09:22 AM | Show all posts




bebi kita tgh shooting mv #ceritacintakita kat bali uolsss...
kemain



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 09:44 AM | Show all posts
lipasterbang replied at 29-4-2015 11:18 PM
bella..avatar kita org sama dlm posisi yg sama..tgh buat benda yg sama
cuma berbeza tahun je{:1_141 ...

haah la..position sama pic tu iols snap candid...bebi pasrah jek
psl artikel tu...sama2 uols...tak sabar tunggu mv bali kuar





Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 11:15 AM | Show all posts
chikuyotei replied at 27-4-2015 01:56 PM
Setelah sekian lama, dapat jugak jumpa ewal masa Suera sabtu lepas...Tahniah Ewal

Mmg dah agak te ...

rezeki team ewal..berkat doa fans
walaupun anak murid tu tak hargai jasa cikgu dia



Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 11:30 AM | Show all posts
booty replied at 24-4-2015 05:24 PM
Dgr kat mna bela, cari kat utube tk jumpa

thanks @ZaraPalarae
kak booty...kat radio im4u 107.9 fm dah kuar lagu tu...
era je belum...

iols tgh sawan lagu #ceritacintakita nih...
dok repeat x benti...matiklaaa



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2015 12:29 PM | Show all posts
bellamya replied at 14-4-2015 01:25 PM
syukur alhamdulillah...berkat kesabaran...
akhirnya lagu ewal masuk jugak muzik2...{:1_152 ...

dh setengah bulan baru nk reply ni

tak sabar nk tunggu turn bebi kuar tv
hakak ososis dh standby nk vote bertingkek2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 12:43 PM | Show all posts
bellamya replied at 23-4-2015 10:57 AM
berita baik...lagu duet dah kuar...
semalam iols dgr kat im4u...seda ...

yezzaaaaaa.........
aktiviti menyepam sudah kembali
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 12:43 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 23-4-2015 11:38 AM
tumpang singgah umah nie...  x sabar nk tunggu lagu ewal masuk muzik2..

kakmasssss..........
lama tak nmpk
rajin2 la bertandang kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 12:44 PM | Show all posts
sarajevo replied at 23-4-2015 01:14 PM
oooo my....

penyampaian CCK baik sekali...

iols dgr tone sore ewal yg baru
tone yg sweet dan merdu
hormoni ewal-indah juga superb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.995035 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list