|
BACAAN talkin di pusara di tanah perkuburan pada hari kedua hari raya itu begitu syahdu dan sayu. Usai berdoa, semua beransur pulang. Risya sudah tersedu-sedu di tepi pusara. Ida dan Ayu terduduk di atas rumput yang agak tinggi di sekitar kawasan perkuburan itu. Jiran-jiran semuanya sudah pulang.
"Sudahlah..apa yang berlaku itu adalah kehendak Allah. Ajal maut semuanya Allah tentukan. Sedekahkan al fatihah untuk arwah." Kamal pegang bahu Ida yang sudah menahan sendu.
Ayu yang baru tiba pagi raya pertama juga sudah tersedu-sedu. Pusara itu dipandang penuh sebak. Jauh dalam hatinya merasa kesal atas apa yang berlaku. Setelah dipujuk suaminya, dia bangun dari duduknya di tepi pusara itu dan melangkah lemah mengikuti suaminya ke kereta. Ida juga turut membuntuti suaminya.
Risya masih duduk di tepi pusara. Hanya doa yang dipanjatkan untuk arwah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 30-7-2016 09:13 PM
SETAHUN BERLALU.
SUASANA cukup meriah di halaman rumah pengantin perempuan. Hiasan khemah berona ungu dan putih itu diserikan lagi dengan bunga-bunga ros putih dan pokok-pokok menghijau seperti suasana dalam taman. Hani menunggu penuh sabar kedatangan rombongan pengantin lelaki. Hatinya berbunga riang. Terasa seperti bermimpi. Setelah sekian lama tidak berjumpa, alih-alih dia bersua muka di tempat kerja dan kini segala penantiannya sudah berakhir.
"Hani, kenapa duk tercegat kat situ lagi? Dah, kejap lagi pengantin lelaki sampai. Baju pun belum bertukar lagi!"
Hani hanya senyum mendengar bebelan ibunya. Dia yang masih berkain batik dan kemeja terus saja menyalin pakaian. Sepasang baju kurung hijau serindit diambil dari almari. Baju kurung Pahang yang mempunyai corak teluk belanga itu disarung ke tubuh langsingnya. Satu set hiasan barang kemas pemberian dari nenek turut dipakai. Lama Hani berdiri di depan cermin. Baju kurung itu dipandang penuh minat. Cantik!
"Hai anak dara ni, bila nak make up??"
Hani menoleh. Mak andam sudah masuk ke biliknya untuk mulakan solekan. Dia segera menyua muka. Mukanya mula disolek. Hani pandang mak andam yang digelar Kak Yuna itu terkumat-kamit membaca sesuatu.
"Akak baca apa tu?"
"Emm..kau ni memang masih dara..jadi senang akak nak bagi seri muka tu. Biar berseri , bercahaya muka tu! Ni tidak, kusam je! Pengantin kena meletop gitu!"
"Eh, akak jangan pula baca ayat nak panggil jin pula kak! Saya tak nak!" Hani menolak tangan Kak Yuna yang mula menyentuh dahinya sambil kumat kamit membaca.
"Mana ada aku panggil jin Hani oi! Kau ni kan..tak kuasa aku nak makeup macam ni."
"Alolo..Hani gurau je.."
Terkekek-kekek ketawa mereka berdua. Yuna dan Hani berbual dan bersembang sehingga Hani selesai disolek.
"Kan..dah berseri tu. Akak nak balik dulu..jangan lupa kunyah sireh yang akak bagi tu." Yuna ambil beg solekannya dan terus saja keluar dari bilik Hani.
Hani hanya pandang sireh yang sudah disapu dengan kapur dan sedikit pinang kacip. "Eii..macam nenek aku pulak nak kena makan sireh."
"Hani, pengantin lelaki dah sampai. Dah siap ke?"
"Dah mak.."
ROZMAN yang ditemani Risya dan kedua kakaknya berjalan perlahan ke rumah Hani. Sebaik terpandang Hani yang manis berbaju kurung sedondon dengannya, hatinya semakin berdebar. Kuasa Allah, itulah pertama kali dia mempunyai perasaan aneh pada perempuan. Tambah lagi, Hani yang begitu lama menunggunya selama ini. Sejak di bangku sekolah lagi Hani memang menyimpan cinta untuknya.
Pada tengahari itu,dengan sekali lafaz, Hani sah menjadi isteri Rozman. Keduanya segak dan ayu dengan warna hijau serindit. Rozman pandang isterinya yang dinikahi beberapa minit yang lalu.
"Ok tak baju ni?" Tanya Rozman.
"Terima kasih bang..cantik sangat. Pandai abang jahit." Hani tersipu malu. Baju kurung Pahang berona hijau serindit itu dipandang penuh minat.
Rozman melepas pandang pada tetamu yang hadir. Dia yang mengenakan Baju melayu hijau serindit yang dijahit ibunya itu cukup segak di hari penuh bersejarah itu. Ya, dia sudah menunaikan hasrat arwah ibu yang inginkannya memakai baju itu semasa nikah nanti. Sebak mengingatkan arwah ibu yang meninggal pada hari raya pertama. Apa yang dia lebih sebak, ibu meninggal kerana terkejut melihatnya dipukul hingga pengsan.
"Mak..Man dah tunaikan permintaan mak." Sebak Rozman sambil tunduk.
Syukur alhamdulillah. Semua yang terjadi dalam hidupnya dirasakan satu pengajaran dan pada masa yang sama, terasa satu kurniaan dari Allah yang memberinya peluang untuk kembali kepada fitrah. Semoga cucuri rahmat pada arwah ibu.
TAMAT.............
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbaek Ipo.. Mm.. masuk habuk mata haku...mmm... ![](static/image/smiley/miluegg/faint.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak masuk forum..
Ada citer baru...
Sedihnya....
syukurlah rozman dah berubah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 replied at 21-7-2016 04:33 PM
alahai... kesiannya... apalah yg dh terjadi sebenarnya... thanks for the new story @Ipo
Mesti dia tukar jantina..i agaklah..x baca lagi y lain..hehe..tp mcm boleh agak ja |
|
|
|
|
|
|
|
best cerpen ni .. ringkas dan padat ..
semoga rozman istiqamah ..
ingatkan rozman yang meninggal .. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|