|
Miss K mendapat berita dari seorang teman rapat yang mendakwa seorang pengacara popular tanah air telah menceraikan isterinya ketika wanita tersebut sedang hamil anak kedua mereka.
Menurut teman rapat Miss K itu, berita kehamilan bekas isteri pengacara tersebut sengaja tidak didedahkan atas sebab-sebab tertentu.
“Kasihan isteri pengacara itu. Dia hamil ketika diceraikan. Tapi nak buat macam mana, mungkin jodoh mereka tidak panjang.
“Tidak tahu mengapa dia (pengacara) mahu merahsiakan tentang kehamilan tersebut. Mugkin tidak mahu dianggap kejam?,” cerita teman Miss K itu.
Tambahnya lagi, orang sekeliling di tempat pengacara itu bekerja tahu tentang perkara tersebut tetapi masing-masing tidak berani buka mulut atau dalam erti kata lain mungkin malas mahu menjaga perihal peribadi lelaki itu.
Apa-apa pun, Miss K harap bekas isteri pengacara popular tersebut tabah menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal bersama anak perempuan mereka yang comel.
Jika benar berita yang disampaikan rakan Miss K ini, harap-harap pengacara tersebut tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak yang bakal dilahirkan itu nanti.
|
|