Dosa dia dengan Tuhan dia tak perlu risau sebab Tuhan maha pengasih dan penyayang (kecuali wanita yang tak bungkus kepala di mana lobai kata Allah akan merubus otak mereka sampai mendidih).
Tentang keluarga Canny Ong pula, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memaafkan atau mintak wang berjuta sebagai ganti rugi. Ini adalah kerana perbuatan jenayah adalah suatu kesalahan yang di lakukan terhadap masyarakat dan bukan orang orang tertentu. Dalam undang undang negra kita, jika sabit kesalahan membunuh, hukumannya adalah hukuman mati dan hanya boleh di maafkan oleh Sultan atau Agong.
Memang lah kita harap dia sempat bertaubat tapi hukuman tetap kena laksanakan.
Macam kalau hukum hudud mudud (ala PAS) di laksanakan lah..... Taubat taubat jugak, tapi tangan musti potong jugak. Walaupon tangannya sudah di potong, Allah tetap menerima taubatnya.
Begitulah Pengampun dan Penyayang Allah SWT. Seperti dalam Ayat dalam Surah Al Maidah ayat 39:
فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
|