|
kesian sedih aku membaca cerita ini.....:sad::sad::sad: wuaa... rasa nak nangis di dalam thread ni............ |
|
|
|
|
|
|
AssamBoi This user has been deleted
|
Originally posted by Zudiex at 28-4-2004 09:52 PM:
kesian sedih aku membaca cerita ini.....:sad::sad::sad: wuaa... rasa nak nangis di dalam thread ni............
Bawak besabor-besabor |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi Malaysia ni berkembang maju.. lagu berkembang lak masalah jenayah. Dari kes budak kecik sampai ler kat warga tua ni. Sedih lak rasanya. Macam ner ler nak menangani masalah2 macam ni?.. Sampai bila agaknya masyarakat kita nak sedar yer..... :sad: |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih Gadis baca berita ni... sampai hati diorang buat macam ni kat adik comel ni. :sad:
Norizayani alami pendarahan, usus pecah
Oleh Azmi Md Deros
PETALING JAYA: Bedah siasat ke atas mayat Norizayani Amilya Ahmad semalam mendapati kanak-kanak itu mengalami pendarahan teruk di perut dengan hati dan usus kecilnya pecah, hingga menyebabkan kematiannya.
Polis pula menolak kemungkinan kanak-kanak berusia dua tahun itu didera oleh bekas pembantu rumah kerana kecederaan serius yang dialaminya berlaku tiga hari selepas wanita itu berhenti bekerja.
Bedah siasat oleh Pakar Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr K Nadeson mendapati hati dan usus Norizayani Amilya pecah disebabkan hentakan objek yang kuat pada perutnya tetapi belum dapat memastikan jenis objek berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Hassan Abdul Rahman (gambar), berkata bedah siasat juga mendapati bahagian perut mangsa dipenuhi darah, menunjukkan kecederaan dalaman yang amat serius dialami kanak-kanak itu.
揔ecederaan serius itu didapati dialami tidak lama sebelum mangsa meninggal dunia, |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ni lak pasal pelajar bukan melayu kissing. Ni bukan la kes jenayah.. tapi masalah sosial. Saja Gadis selitkan skit.
Pelajar dituduh bercumbu di KLCC
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Majistret Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh kerana berpeluk dan bercumbuan dengan pasangannya seorang guru sandaran di Taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Ogos tahun lalu.
Siow Ai Wei, 21, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berpeluk dan bercumbu dengan Ooi Kean Thong, 23, di bawah rimbunan pokok di Taman KLCC, kira-kira jam 5.20 petang, pada 2 Ogos 2003.
Mereka ditahan penguat kuasa DBKL ketika berbaring di atas rumput di kawasan berkenaan.
Pada 21 April lalu, Ooi yang menghadapi tuduhan yang sama di mahkamah yang sama, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.
Ketika itu, Siow tidak dibawa ke mahkamah kerana sapina terhadapnya tidak dapat diserahkan.
Majistret Mohammad Khairi Haron menetapkan perbicaraan kes terhadap Siow dan Ooi pada 21 Julai ini.
Siow didakwa mengikut Seksyen 8(1) Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan) 1981 dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
Ooi diwakili peguam S Selvam manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Zaki Mohammad Yunus.
Sebelum itu, Selvam memberitahu mahkamah yang pihaknya akan membuat semakan berhubung kes itu di Mahkamah Tinggi.
揑ni kerana Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam kenyataannya dalam akhbar New Straits Times pada 16 September lalu, menyatakan pegawai DBKL bersalah kerana meminta rasuah daripada pasangan terbabit.
揃agaimanapun, Datuk Bandar juga mengeluarkan saman kepada pasangan ini untuk didakwa di mahkamah. Ini membangkitkan keraguan, |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah yang hampir tidak selesai........ |
|
|
|
|
|
|
|
4 anak peneroka dituduh rogol pelajar
KUALA PILAH: Empat anak peneroka Felda Gugusan Jelai, Gemas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini kelmarin, atas dakwaan merogol pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di tanah rancangan berkenaan awal bulan ini.
Seorang daripada mereka membuat pengakuan bersalah, manakala tiga lagi termasuk seorang yang sudah dituduh di mahkamah sama berhubung dua kes rogol lain tidak mengaku bersalah.
Keempat-empat tertuduh yang memakai baju-T dan berseluar jeans kelihatan gementar ketika membuat pengakuan masing-masing di depan Hakim Sabariah Atan.
Mohammad Hairul Safar, 19, mengaku bersalah atas tuduhan merogol pelajar terbabit di ruang tamu di sebuah rumah di Blok 4, Felda Jelai 3 pada jam 2 pagi 7 April lalu.
Mohammad Halim Wahab, 19, yang mempunyai dua kes rogol lain tidak mengaku bersalah atas tuduhan sama di dalam bangsal di sebuah kebun getah Felda Jelai 1, jam 9.30 malam pada tarikh yang sama.
Syed Rizal Syed Abu Bakar dan Muhammad Darma Kassema, masing-masing 21, juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama di tempat yang sama pada jam 11.55 malam dan 12.05 pagi pada 7 dan 8 April lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.
Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Muhammad Daniel Lim Abdullah memohon kepada mahkamah supaya tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin kerana mendapat arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Bagaimanapun, tiada alasan diberikan terhadap permohonan itu. Sabariah meluluskan permohonan itu.
Sabariah menetapkan hukuman terhadap Mohammad Halim diputuskan pada 15 Jun ini, manakala tiga lagi tertuduh dibicarakan selama tiga hari bermula 25 Oktober.
Isnin lalu Berita Harian melaporkan Polis Daerah Tampin menahan tiga anak peneroka Felda kerana disyaki merogol secara bergilir-gilir pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah.
Sehari selepas itu, tiga anak peneroka Felda dilaporkan ditahan kerana disyaki merogol pelajar yang sama. Mereka semua ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Kejadian rogol itu terbongkar selepas ibu mangsa dikatakan mengugut menghantarnya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana tidak tahan dengan kerenahnya yang sering keluar malam.
Oleh kerana takut, mangsa memberitahu ibunya dia dirogol temannya sebelum membuat laporan polis. |
|
|
|
|
|
|
|
sangat geram ngan budak dua tahun kene bunuh tu jer...kat taiping...sangat geram...dahler comei giler... |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak berikan kesedaran pada masyarakat kita skang ni... kalau sedar pun diorang buat2 tak sedar. Kalau ada sifat berperikemanusiaan dan keimanan tu mungkin sedikit sebanyak tak la sampai ke tahap jenayah bunuh membunuh ni. Wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
Bawaklah bersabor yek......... |
|
|
|
|
|
|
|
Jenayah: Dua lagi remaja ditahan
Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
[email protected]
ALOR GAJAH: Dua lagi remaja termasuk seorang pelajar tingkatan lima ditahan polis dan dikenakan tahanan reman kerana disyaki terbabit dengan kejadian pembunuhan Norsafiera Liyana Jaafar, Khamis lalu.
Pelajar tingkatan lima berusia 17 tahun itu adalah rakan sekolah mangsa manakala seorang lagi ialah penganggur yang berusia 18 tahun.
Mereka ditahan di rumah masing-masing di sekitar daerah Alor Gajah kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Kedua-dua remaja itu ditahan reman selama seminggu mulai semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Ariffin Sutan ketika dihubungi berkata, kedua-dua remaja itu ditahan bagi membantu polis menjalankan siasatan kejadian pembunuhan itu.
Dalam kejadian Khamis lalu, mayat Norsafiera Liyana, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Seri Pengkalan ditemui dalam keadaan bogel dan berulat di sebuah rumah kosong di ladang getah Lian Huat Pengkalan dekat sini.
Mayat pelajar yang berasal dari Kampung Melaka Pindah itu ditemui dalam keadaan terlentang dan dipercayai dirogol sebelum dibunuh.
Ketika ditemui oleh seorang pekerja estet, mayat pelajar perempuan itu sudah berbau busuk dan berulat serta dipercayai mati lebih daripada seminggu lalu.
Norsafiera Liyana dijangka menyambut hari lahirnya yang ke-15 pada 16 Mei ini.
Ariffin berkata, penahanan dua remaja itu menjadikan mereka yang sudah ditahan dan dikenakan tahanan reman ialah seramai enam orang.
揇aripada jumlah itu, tiga adalah pelajar, dua penganggur dan seorang pengawal keselamatan yang semuanya berusia di antara 15 hingga 35 tahun.
揇ua daripada remaja yang ditahan reman ialah pelajar Sekolah Menengah Seri Pengkalan manakala seorang lagi dari sebuah sekolah menengah di Bukit Baru, |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 perangai cam hantu sekarang..masa zaman qilla dulu ok jer semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MyAqilla at 10-5-2004 01:05 PM:
budak2 perangai cam hantu sekarang..masa zaman qilla dulu ok jer semua..
zaman kau zaman apa, zaman 60an ke 70an ke atau zaman Tok Kaduk lagi.lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Zudiex at 10-5-2004 03:50 PM:
zaman kau zaman apa, zaman 60an ke 70an ke atau zaman Tok Kaduk lagi.lol
:bgrin::lol ..sabar jelah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suami isteri dera budak ditahan
TAMPIN: Sepasang suami isteri dari Taman Indah dekat sini, ditahan polis Jumaat lalu, selepas dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun sejak tiga bulan lalu.
I k l a n
Kanak-kanak itu cedera dan lebam di beberapa bahagian badan dan tangan dimasukkan ke Hospital Tampin, Jumaat lalu, selepas menerima maklumat daripada jiran.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ab Rashid Ab Wahab, berkata polis menahan seorang lelaki berumur 34 tahun dan isterinya, 24 tahun, untuk soal siasat.
揗angsa dipercayai didera sejak tiga bulan lalu berdasarkan maklumat jiran terdekat. Jiran terbabit yang tidak tahan lagi mendengar tangisan mangsa menghubungi polis jam 7 petang, Jumaat lalu.
揃erdasarkan maklumat itu, polis menyerbu rumah pasangan suami isteri terbabit dan menahan mereka, manakala kanak-kanak itu di hantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Zudiex at 10-5-2004 03:50 PM:
zaman kau zaman apa, zaman 60an ke 70an ke atau zaman Tok Kaduk lagi.lol
zaman aku zaman tok kaduk..
so aku lebih muder dari ko..
maknanyer ko zaman pak pandir arr...ish..ish..ish...:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MyAqilla at 11-5-2004 09:34 AM:
zaman aku zaman tok kaduk..
so aku lebih muder dari ko..
maknanyer ko zaman pak pandir arr...ish..ish..ish...:lol
Ohhh jadi kau mengaku lah kau dok zaman tok kaduk,lol:lol
Aku tak ngaku ......sebab masa zaman pak pandir tuh ada jin, masa zaman aku mana ada jin, yang ada jin lain je......yang aku tau Jin Samsudin, Oi Eow Jin, itu je lah kot
Nak tanya sikit, kau dengan labu kau camana........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Zudiex at 11-5-2004 04:58 PM:
Ohhh jadi kau mengaku lah kau dok zaman tok kaduk,lol:lol
Aku tak ngaku ......sebab masa zaman pak pandir tuh ada jin, masa zaman aku mana ada jin, yang ada jin lain je......yang aku tau ...
orang yang tak ngaku bukan orang arr tuh...
psst aku ngan labu cam tu arr....hadirnya ko buat aku renggang je rasernya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu dituduh bunuh anak:
Kes budak perempuan dua tahun meninggal akibat didera
Oleh Munira Yusoff
PETALING JAYA: Ibu kepada Nor Iszyani Amylia Ahmad Iskandar, budak perempuan berusia dua tahun yang mati akibat didera bulan lalu, semalam didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan membunuh.
I k l a n
NOR Haryanti yang dituduh
membunuh anaknya Nor Iszyani
Amylia (gambar kecil)
didakwa di Mahkamah Majistret
Petaling Jaya, semalam
mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan, yang
membawa hukuman mati
mandatori jika sabit
kesalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
tu ar sampai hati mak dier kan...kalau aku anak comei ruper itu..nyamuk gigit pon aku ngamuk..anak sulung tatang cam minyak ..tak hensem...anak kedua skit punyer cun...hampeh tul ibu camtuh...buat anak pandai...jaga hampeh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|