|
"Sebab Dia Tak Nak Kawan Saya" - Ibu Terkejut Punca 'Pembuli' Cekik An
[Copy link]
|
|
Btw, mak bapak sometimes kenalah ajar diri untuk berfikiran rasional. Jangan fikir anak kita tu baik sangat. Entah2 dia pun ada nakal juga? Macam anak buah Munah masa tadika pernah mengadu dia kena tumbuk. Tapi Munah memang nampak perangai anak buah Munah ni memang jenis yang tak nak kalah dan suka ambil barang orang lain. Mungkin dia kena tumbuk sebab perangai dia tu. Tapi kakak ipar Munah tetap rasa anak dia baik dan anak dia tu mangsa. Munah, as mak cik je tak ada hak la nak cakap apa2 walaupun Munah memang nampak anak buah Munah tu pun suka buat perangai.
Munah bukan nak kata mak bapak jangan percaya kata2 anak. But, cuba jadi rasional sikit. Entah2 anak akak fb tu ada je buat nakal? Budak kalau kena interrogate dengan mak orang kecut kot tak kan la nak buruk2 kan anak dia. Walaupun mak budak tu cakap baik2 tapi still, itu adalah serangan halus juga oleh dia.
Mak budak tu patut bagitahu je lagi kat pihak sekolah anak dia kena buli lagi walaupun tindakan asing kelas dah dilakukan and request kat pihak sekolah untuk jemput parents pembuli tu datang sekolah untuk bincang. At least, budak tu tak defenseless. Bagi peluang lah untuk budak tu tell her side of story.
Tapi tak dinafikan, budak2 sekarang memang nakal. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya aku pun pernah jumpa budak pembuli anak aku sama macam penulis tu. Anak aku tu memang selalu jadi mangsa buli sejak sekolah rendah, malah di rumah baby sitter pun, dia dibuli anak baby sitter yang sebaya dengannya. Kalau aku pandai menulis, memang boleh buat novel lah.
Anak aku jenis pendiam dan mengalah walau dengan adik-beradik sendiri. Dan dia takkan cerita apa2 pada aku melainkan benda tu aku nampak secara fizikal seperti tudung sekolahnya penuh selut selepas dicampak ke dalam air longkang.
Kisah yang kat sekolah ni, mula2 aku minta dia bersabar je sebab tahap buli yang tak teruk sangat dan ku rasa cikgu sendiri boleh selesaikan dalam kelas. Tapi bila satu hari dia balik ke rumah dengan mulut berdarah, aku kena ambil tindakan.
Pagi tu aku sekolah sebab nak berjumpa cikgu. kebetulan masa rehat, semua cikgu ada di bilik khas di kantin. Masa aku tunggu di kantin, anak aku tunjukkan budak yang selalu buli dia. Aku minta anak panggil budak tu datang jumpa aku. Mood aku masa tu memang nak meletup nak bahan dia cukup2.
Tapi bila aku pandang aje muka dia, terus jatuh kasihan dan simpati yang amat. Aku bayangkan muka bengis muka pembuli macam selalu tunjuk kat movie. Tapi budak ni, muka dia penuh garisan2 parut luka. Gigi dia rosak sepenuhnya, patah2 dan hitam. Baju lusuh. Muka nampak lost, macam dahagakan kasih sayang.
Tak jadi marah, aku cuma tanya je elok2 betulkah dia tolak anak aku hingga mukanya terkena bucu meja dan mulutnya berdarah. Mula2 memang dia nafikan sambil pandang dan minta support dari anak aku. Saya tak tolak awak kan? Anak aku diam dan tunduk je. Akhirnya baru dia nak mengaku pernah tolak, dan buli2 yang lain di masa lalu. Aku minta dia minta maaf dan berjanji tak akan buat perkara2 tu lagi, serta apa yang akan aku buat kalau berlaku lagi kes buli ni. Budak tu ingat aku cikgu sebab sepanjang masa dia panggil aku cikgu.
Aku tak tanya direct pada budak tu, tapi aku dapat tau dia memang kekurangan perhatian di rumah. Ibunya bekerja dan tinggal di tempat lain, cuma ayah dan abang2 yang ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu2 sekolah dan KPM kena pantau.. lebihkan kelas interaksi dan adab sopan... semua kena main peranan..mak bapak utk pelajar bermasalah ni perlu dipanggil dan diberi amaran oleh pihak sekolah.. |
|
|
|
|
|
|
|
sama kes dengan satu budak kat kelas anak i...mak kepada kawan satu klass tu tanya i...anak i pernah kena buli tak dengan sorang budak nama putri...i tanya anak i..katanya tak tapi sorang budak ni memang slalu kena buli (anak kepada mak yang bertanya)...bila bagitahu teacher..mmg dah kena tegur budak tu tapi masih sama..budak lain pulak dia buli...bila panggil mak dia dtg..upanya...keluarga ada masalah....jadi budak tu nak kan perhatian... |
|
|
|
|
|
|
| |
|