CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] KFC perjelas isu harga makanan

[Copy link]
Post time 27-12-2018 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kompom mmg naik harga. Dulu pkir dari mkn foodcourt lagi mhl dari kepci. Skg kepci lagi mahal. Pui!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2018 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Set lunch kedai biasa dah RM 8, KFC rm15. 20 tahun lagi lunch RM 20 KFC RM 40. Apa yg korang simpan gaji harini tak mampu byr mknn di masa hadapan. Elokla tua2 balik kg sambil berhimpit tanah 1 ekar ada ayam lembu kambing sayur kolam ikan rumah sewa blkg rumah. Wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
GORENG AYAM SUNDRI JA LA DASAR MALAYSIANS PEMALAS!

kata Tun Mahathir.

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
patut osmate iols hehari bawak bekal....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kfc ni macam rokok. Naik harga macam mana pun still orang makan juga, sambil mengeluh mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau rm15 dan rm19 mcm mhl sgt tu...

nk bg bonus kat staff ke? huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2018 09:34 AM | Show all posts
Tak muak ke selalu sangat makan ayam.. goreng pulak tu.
Mahal. Tak payah la makan kat situ. Nasib baik anak2 aku memang bukan penggemar KFC dan seumpamanya. Bg kita org, makan kat KFC tu macam tak tau nak pergi mana dah.

Beli ayam sendiri yang fresh dan goreng kat rumah.. lbh sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 09:44 AM | Show all posts
Antara makanan cheat meal pilihan Paz. Lagi satu senang, sebab boleh drive thru aja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2018 10:11 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 26-12-2018 11:10 PM
Makan je jenama tempatan ni, KFC jugak

eja Fried ngan Chicken pn x betul..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 10:12 AM | Show all posts
R2D2 replied at 26-12-2018 08:48 PM
Pasar Malam kan ada jual ayam kerangka aka Ayam Tulang
beli je yg tu

dulu masa hidup tgh bajet2 tahan diri makan kepci, mmg beli rangka ayam kt pasar malam je rm3 nak lepas gian..masa tu tu pun dah rasa sedap sgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 10:15 AM | Show all posts
Penjelasan KFC contoh SST tidak telus - Najib

https://m.malaysiakini.com/news/457807

27 Dis 2018, 9:08 pagi (Dikemaskini 27 Dis 2018, 9:08 pagi)



Kenaikan harga produk restoran makanan segera KFC adalah contoh bagaimana cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak telus berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib dalam catatan Facebook berkata demikian berdasarkan penjelasan KFC bahawa kenaikan harga pada menu popularnya disebabkan penyelarasan harga selepas SST.

“Penjelasan pihak KFC semalam bahawa kenaikan harga jualan mereka ialah akibat memasukkan cukai SST merupakan satu contoh mengapa SST tidak telus.

“Rakyat semakin sedar mereka masih dicukai di bawah SST walaupun resit tidak lagi menunjukkan cukai kerajaan dikutip sebagaimana sistem GST,” kata Najib.

Semalam, KFC memaklumkan pihaknya telah melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan SST sebanyak 6 peratus, berkuatkuasa mulai Disember 2018.

Sebelum itu media melaporkan tular di laman-laman sosial mengenai kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi.

Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Najib turut berkata walaupun harga sesuatu barang itu akan atau sudah naik, pelanggan tidak akan sedar memandangkan cukai yang dibayar tidak dinyatakan dengan jelas kepada pengguna.

Najib juga mendakwa, Menteri Kewangan Lim Guan Eng memainkan propaganda bahawa kebanyakan barangan dan perkhidmatan tidak dikenakan cukai SST atau bilangan lebih rendah berbanding GST juga tidak tepat.

“Boleh dikata hampir semua barang dan perkhidmatan yang dijual di Malaysia kini menerima kesan dari cukai SST.

“Setiap perniagaan perlu menanggung kos servis guaman, kos servis perakaunan, kos pengangkutan dan sebagainya dan semua jenis servis ini dikenakan cukai perkhidmatan 6 peratus di bawah SST,” kata Najib lagi.

Anggota Parlimen Pekan itu turut berkata, dibawah GST, semua cukai dan servis boleh dituntut balik oleh peniaga tetapi tuntutan seumpama ini tidak dibenarkan di bawah SST.

Justeru Najib berkata, pengguna menerima kesan dari cukai-cukai SST tersembunyi ini.

“Apabila kos mereka naik, maka pengguna yang akhirnya akan tanggung kenaikan harga sekaligus, kos sara hidup akan melambung,” katanya.

Najib turut mengakhiri status Facebooknya itu dengan mengungkapkan:
Untuk PH: Senyap-Senyap Tibai.
Untuk peniaga: Senyap Senyap Tambah.
Untuk pengguna: Senyap Senyap Terkena.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 10:15 AM | Show all posts
Kalau kat negara lain, unhealthy food mcm ni murah jah. Pelik di Malaysia, makanan yg healthy murah, tp yg tak healthy mahal pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 10:22 AM | Show all posts
so lepas nih makin bertambah la customer yg beli 'take away' tp mkn dlm restoran….hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 10:31 AM | Show all posts
MarryPottet replied at 26-12-2018 11:10 PM
dah tahu ada pesaing i.e texas chicken yg dapat sambutan hebat sebab harga lebih murah, size ayam le ...

1st time try texas arituh...not bad jugak ayam depa... big size  .. yg best free flow air.. mmg value for money
KFC ni kadang tgk tempat... kalo ramai yg budak2 je pekerjanya... quality kang hampeh...
ayam pun kecik jah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 10:44 AM | Show all posts
mmg mahal punn.. baik beli ayam goreng pasor mlm jer..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2: Pasar Malam kan ada jual ayam kerangka aka Ayam Tulangbeli je yg tu

rangka ayam pn dah naik hargaaaa{:cryrun

Tp fevret aiolzs rangka ayam tu..ratah2 cari2 isi ayam..adventurous gitu..hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2018 11:04 AM | Show all posts
Penjelasan KFC contoh SST tidak telus - Najib
Diterbitkan 27 Dis 2018, 9:08 pagi

   

Kenaikan harga produk restoran makanan segera KFC adalah contoh bagaimana cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak telus berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib dalam catatan Facebook berkata demikian berdasarkan penjelasan KFC bahawa kenaikan harga pada menu popularnya disebabkan penyelarasan harga selepas SST.

“Penjelasan pihak KFC semalam bahawa kenaikan harga jualan mereka ialah akibat memasukkan cukai SST merupakan satu contoh mengapa SST tidak telus.

“Rakyat semakin sedar mereka masih dicukai di bawah SST walaupun resit tidak lagi menunjukkan cukai kerajaan dikutip sebagaimana sistem GST,” kata Najib.

Semalam, KFC memaklumkan pihaknya telah melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan SST sebanyak 6 peratus, berkuatkuasa mulai Disember 2018.

Sebelum itu media melaporkan tular di laman-laman sosial mengenai kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi.

Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Najib turut berkata walaupun harga sesuatu barang itu akan atau sudah naik, pelanggan tidak akan sedar memandangkan cukai yang dibayar tidak dinyatakan dengan jelas kepada pengguna.

Najib juga mendakwa, Menteri Kewangan Lim Guan Eng memainkan propaganda bahawa kebanyakan barangan dan perkhidmatan tidak dikenakan cukai SST atau bilangan lebih rendah berbanding GST juga tidak tepat.

“Boleh dikata hampir semua barang dan perkhidmatan yang dijual di Malaysia kini menerima kesan dari cukai SST.

“Setiap perniagaan perlu menanggung kos servis guaman, kos servis perakaunan, kos pengangkutan dan sebagainya dan semua jenis servis ini dikenakan cukai perkhidmatan 6 peratus di bawah SST,” kata Najib lagi.

Anggota Parlimen Pekan itu turut berkata, dibawah GST, semua cukai dan servis boleh dituntut balik oleh peniaga tetapi tuntutan seumpama ini tidak dibenarkan di bawah SST.

Justeru Najib berkata, pengguna menerima kesan dari cukai-cukai SST tersembunyi ini.

“Apabila kos mereka naik, maka pengguna yang akhirnya akan tanggung kenaikan harga sekaligus, kos sara hidup akan melambung,” katanya.

Najib turut mengakhiri status Facebooknya itu dengan mengungkapkan:


Untuk PH: Senyap-Senyap Tibai.

Untuk peniaga: Senyap Senyap Tambah.

Untuk pengguna: Senyap Senyap Terkena.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:07 AM | Show all posts
Boleh dpt harga seekor ayam, ayam kan harga dh murah.. beli jela sekor goreng sendiri..

Teringin sgt nt baru pi KFC hihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kfc ni kilang ke?

Bukan ke pengilang je kena sst
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:20 AM | Show all posts
alah! take it easy je! macamlah kfc ni makanan ruji!!! sakai betul korang ni...patutlah org mesia ni badan sekor2 mcm tong sampah sbb melantak fastfood hari2...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.270535 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list