|
Decaffeinated replied at 28-2-2019 09:40 PM
dakwaan wanita kena tutup litup untuk bendung nafsu lelaki tu tak betul...
kalau dah nak merogo ...
Perogol adalah manusia yg gagal mengawal ghairah nafsu syahwatnya lantas dia akan mengambil kesempatan yg ada. Itu sebab ada kejadian sumbang mahram/rogol antara atuk dn cucu, adik beradik, anak tiri, orang luar lagilah. Kalaupun pakaian bukan sebab utama ttpi tak dinafikn ia adalah sebahagian yg mencetuskan sebab. Itu sebabnya hukun mewajibkan wanita menutp aurat. Umpama habuan di depan mata, tak dikawal, tak dijaga, tak diselindungi pastilah mengundang gelojoh bagi mereka yg lapar.
Hari ini kedekatan lelaki dn perempuan harus dicemburui, waima dlm keluarga sekalipun. Perhatikanlah tingkah antara keluarga, anak gadis dara sunti jgn terlalu berpakaian ghairah di depan abang, atuk, pak sdra kerana itu boleh mengundang pelecehan seksual dn berakhir dgn perkosaan. Anak2 harus diberi pengertian apa itu rogol, jenayah rogol dn konsikuennya. Dunia sosial anak2 harus diambil tau, sape rakan taulan anak2, dgn siapa mereka bergaul dn aktiviti mereka ape. Anak2 gadis jgn dibenarkn keluyuran selepas jam sepuluh mlm. Ambillah segala pendekatan agar jenayah rogol tak terjadi dlm keluarga sekalian. Mudah2an yg keji ini dpt dijauhi, wallah hu wa'lam. |
|