View: 5668|Reply: 29
|
[Tempatan]
Kerna mengeletis berbasikal rentas negeri artis wanita ditahan.....CASH!
[Copy link]
|
|
Gombak: Tindakan seorang pelakon wanita bersama rakannya berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah, pada 18 Oktober lalu, mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu apabila melihat hantaran dimuat naik artis wanita terbabit di akaun Instagram pada 3.14 petang semalam.
"Kami melihat ada satu gambar dimuat naik pada hantaran itu yang memaparkan dua wanita sedang berbasikal.
"Gambar itu diambil secara swafoto oleh pemilik akaun berkenaan yang juga artis wanita terbabit berusia 29 tahun itu.
"Berdasarkan gambar berkenaan, kami mengesyaki pemilik akaun berkenaan merentas negeri tanpa kebenaran pihak polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Arifai berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua wanita berkenaan bergerak dari rumah di Dutamas ke sebuah restoran berhampiran Hospital Orang Asli Gombak dan meletakkan kereta di kedai terbabit pada 7.45 pagi pada 18 Oktober lalu.
Beliau berkata, mereka kemudian berbasikal melalui jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah pada 8.30 pagi.
"Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke Kuala Lumpur.
"Kedua-dua wanita terbabit ditahan ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 8 malam tadi sebelum dibebaskan dengan jamin polis," katanya.
Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 11 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 8) 2020.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 10:53 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sampai gombak tu pun mcm mana bole lepas?
bawak mahkamah je terus dakwa
xyah buang masa |
|
|
|
|
|
|
|
Gelenyar sungguh.. Berbasikal kat rumah je la dek... Kayuh kat gym pon boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti di gamble je tu cuba try test kot2 lepas sayangnya kantoi pulak |
|
|
|
|
|
|
|
thread da ade
bella si anak dali
|
|
|
|
|
|
|
|
bengap...sapa artis bengap ni...eh lupa pulak, artis mana pernah ada yg bijak...semua bengap...termasuk batak artis
|
|
|
|
|
|
|
|
janda si nazim kannn |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya la.. bodoh nak mampus..
kawasan setempat tak boleh berbasikal ke sampai nak kena ke gombak genting bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
sheol orang s**** gedik tak reti bahsa bingai ke apa..pasal diorg la covid makin merebak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur elakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua berdekatan dengan sempadan negeri Selangor dan Pahang, baru-baru ini.
Ia susulan laporan Harian Metro mengenai tindakan seorang pelakon wanita bersama rakannya berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah pada 18 Oktober lalu, mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.
Bagaimanapun Bella menjelaskan, dia tidak merentasi sempadan negeri seperti yang ditularkan.
"Saya mengambil maklum laporan media termasuk yang tular di media sosial berkaitan dakwaan saya mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini.
"Saya sudah memberi keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.
"Gambar yang saya muat naik di Instagram dengan kapsyen "Woohoo Genting Sempah with ..." menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya merentasi sempadan negeri Selangor dah Pahang serta melanggar PKPB.
"Saya ambil maklum kekeliruan yang berlaku namun perlu saya jelaskan kami masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri," katanya.
Menurut Bella, dia mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
"Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.
"Apapun saya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada hantaran di Instagram saya tempoh hari.
"Ini sahaja kenyataan saya bagi merungkai kekeliruan yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.
"Saya memohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Saya doakan semoga kita semua berada dalam keadaan selamat sentiasa," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 1:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ikat jamin berapa ribu? tak paham betul kenapa x paham.. kan x leh rentas negeri, simple aje weh arahan gomen. |
|
|
|
|
|
|
|
Artis minta maaf…. settle la...
dah bayar saman kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Duk santai2 kat rumah kan lagi best. |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 21-10-2020 12:18 PM
Kuala Lumpur elakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di se ...
Bodoh nya ya bangang. Pkpb takleh rentas daerah laaaaa bengong oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
apedehal.deme banyak duit. boleh byor saman. |
|
|
|
|
|
|
| |
|