Kredit foto: IG Farah Nabilah
So sweet! Itulah dapat digambarkan apabila melihat perkongsian Farah Nabilah mengenai suaminya yang membantunya bertungku.
Katanya menerusi satu entri di Instagram, dia dibantu suaminya, Mohamed Amirul ketika bertungku sementara anaknya, Andre Omar sedang lena.
Menerusi ruangan komen, ramai memuji Mohamed Amirul seorang penyayang selain berkata, Farah sangat beruntung dikurniakan suami bertanggungjawab.
Kredit foto: IG Farah Nabilah
Farah dan juruterbang Mohamed Amirul berkahwin pada 20 Disember 2019 dan selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 22 Oktober lalu. - CARI
|