CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: JohnyEnglish

[Tempatan] Najib cash lagi-Mahkamah tolak permohonan Najib untuk tangguh bayaran cukai rm1.

[Copy link]
Post time 14-6-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukai RM1.69 bilion: Najib gagal batal notis kebankrapan LHDN

Hidir Reduan Abdul Rashid

Diterbitkan sejam lepas
Dikemaskini sejam lepas
6
A
+
A
-
Najib Razak gagal mendapatkan penangguhan berhubung keputusan mahkamah yang berkaitan dengan tuntutan cukai kerajaan sebanyak RM1.69 bilion terhadap dirinya.

Sehubungan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh meneruskan notis kebankrapan terhadap bekas perdana menteri itu.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Ahmad Bache melalui e-mel kepada pasukan peguam yang mewakili Najib dan LHDN.

Bekas perdana menteri itu mengemukakan permohonan berkenaan atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Februari lalu adalah berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Dia juga mendakwa notis itu merupakan taktik konspirasi politik yang bertujuan untuk merosakkan karier politiknya.

Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang.

Kalau anda terlepas...

ULASAN | Bank Negara ada kuasa arahkan moratorium untuk M40
Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 22 Julai tahun lalus, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun ini untuk pendengaran.

Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran tersebut kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 03:36 PM
Mana masuk penjara lagi. Lepas file bancrupt kerajaan boleh sita semua duit dan harta najib. Mem ...

Tengok je sejauh mana puak ph nak buat

benda ni seluruh pakar perundangan tengok

bukan semua sokong ph pun terutama yang di luar negara

bagus la jadi precedent
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
enchantedlurve replied at 14-6-2021 03:36 PM
pasni seme derma2 kena la cukai yekk..

Dulu baca (dkt forum cari juga rasanya), boleh buat declaration dkt Lhdn kalau ada apa2 sumbangan diterima yg memerlukan pengecualian cukai
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
orion_pax replied at 14-6-2021 03:40 PM
Yea kannn…PN tu dah xdak apa ngn PH..lagipon antara yg bertenggek dalam PN tu ahli parlimen umnoo ...

Pening umno ni. Dia pembangkang dia kerajaan.

Najib n zahid hamidi xde jawatan dah cukup pening.

Ada plak lagi macam hisham. Menteri pun kritik kerajaan pn lembab. Siap kritik sesama menteri umno sebab lembab vaksin dan menteri kesihatan sebab xberjaya kawal covid.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 03:43 PM
Pening umno ni. Dia pembangkang dia kerajaan.

Najib n zahid hamidi xde jawatan dah cukup pening ...

Umnoo nak bagi tekanan kat mahiaddin sebenarnya..tapi sekali kena bayau 1.6 billion bhaii..berpinar bijik mata..tapi, aku harap DS najib tabah..deal dengan saman ka, kompaun ka yang libatkan duit ni memang sakiittttt
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 03:43 PM
Pening umno ni. Dia pembangkang dia kerajaan.

Najib n zahid hamidi xde jawatan dah cukup pening ...

Outsider tak payah pening

dah jelas sokongan bersyarat sampai bulan 8 je

nak elak DAP naik balik

tunggu je mesyuarat MRR 16 jun ni

dan apa keputusan Mt umno next
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2021 03:59 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 03:43 PM
Pening umno ni. Dia pembangkang dia kerajaan.

Najib n zahid hamidi xde jawatan dah cukup pening ...

Umno tak pening...
kes yg najib hadapi tidak melibatkan Umno, Najib pun sudah tiada jawatan lagi dengan Umno.
Yg nampak pening dengan Najib nie adalah kerajaan PN. dulu masa PH, bukan saja pening, sampai tumbang dibuatnya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mustahil pun 1.6 billion boleh diperolehi

dalam dan luar negara, ada ramai yang ikuti perkembangan kes2 dihadapi DSN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 14-6-2021 03:59 PM
Umno tak pening...
kes yg najib hadapi tidak melibatkan Umno, Najib pun sudah tiada jawatan lagi  ...

Adakah ianya satu kebanggaan berjaya tumbangkan kerajaan yang telus, besih dan amanah?

Lepas dah berjaya jadi kerajaan. Sendiri nak tumbangkan kerajaan sendiri. Pening.

Dah ar dijatuhkan hukuman bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 04:02 PM
Adakah ianya satu kebanggaan berjaya tumbangkan kerajaan yang telus, besih dan amanah?

Lepas da ...

Yang berjaya tumbangkan kerajaan yang telus dan bersih tu PH
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti najib jawab dekat fesbuk dia dgn panjang lebar....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 14-6-2021 04:06 PM
Yang berjaya tumbangkan kerajaan yang telus dan bersih tu PH

Xnampak ke pencuri tu pun dah dijatuhkan hukuman. Lari tax, mencuri.

Yang guna yayasan terima rasuah lain.

Ph lah kerajaan bersih. Xder terlibat pelakuan macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:11 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 14-6-2021 04:08 PM
Nanti najib jawab dekat fesbuk dia dgn panjang lebar....

nanti pergi jungjung quran kt kg baru
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kakiah12 replied at 14-6-2021 03:01 PM
Tarik je lah sokongan pada PN tu..dorg pun x nak tolong boskuuuuu..!

Tak boleh tarik la!!.
kalau mahiadin jatuh, najib pun jatuh sekali dgn zahid jgak.kluster mahkamah TAKBoleh duduk outdoor gov. Derang kena maintain stay indoor gov walau camne sekali pun.Faham ni khuenz?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 04:08 PM
Xnampak ke pencuri tu pun dah dijatuhkan hukuman. Lari tax, mencuri.

Yang guna yayasan terima r ...

Yang jelas nampak perundangan diekspolitasi ke tahap paling hina dalam sejarah Tanah Melayu ini

individu sejahat atok saka dan kuncu2 nya sahaja yang tergamak buat begini kerana level dendam dan zalimnya sangat tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 14-6-2021 03:31 PM
Babi je tak nampak midin jemin semua tu asal PH

UMNGOK jugak yang gatai burit pi sokong Jemin.... Boooooo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 05:06 PM | Show all posts


"Elak bayar cukai dianggap pengkhianat negara" -Najib Razak, 24 Nov. 2013

Kalau cukai pendapatan shj dah RM1.69 bilion, berapakah pendapatan sebenar Najib ??!

#PRKpekan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 05:07 PM | Show all posts
Pada 22 Julai tahun lalus, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.


LHDN ni kalau kita under declare atau tak declare langsung , dia akan tahu dan akan buat anggaran sekiranya tak declare bila di minta kan.... memang padan la la tu..

kalau sorang anak kena bayar dekat 40 juta...   bapak kena bilion bilon lah  ..


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 14-6-2021 04:53 PM
UMNGOK jugak yang gatai burit pi sokong Jemin.... Boooooo...

Sokong sementara gabungan yang tak ada DAP

bukan sokong individu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 05:11 PM | Show all posts
dizekni replied at 14-6-2021 03:22 PM
It would set a bad precedent..

yang tu je aku agree

Aku nak tanya kau ni. Duit yg masuk ke dalam akaun Najib itu apa? Derma? Rasuah? Hadiah? Kalau derma biasanya akan masuk ke dalam akaun pertubuhan bukannya akaun peribadi. Kalau betul hadiah, memanglah kena cukai sebab duit hadiah tu masuk akaun peribadi,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.430512 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list