daratista This user has been deleted
|
Originally posted by terubok at 25-4-2005 12:35 PM:
.
.
Jeruk peta
i kalo nak keluar isu biar ada asas dan fakta dan nmpak pandai..
kan apa nanti orang kata kita suka ckp ikut sedap mulut
lagi pun u punya tajuk tu bernada marah dan kureeeng m ...
:setuju: mungkin juga...:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jerukPetai at 2005-4-25 08:54 PM:
Untuk pengetahuan ikan TERUBOK pekasam jerukpetai adalah seorang peguambela dan peguamcara, mempunyai beberapa buah firma guaman di Ipoh dan Kuala Lumpur
Jerukpetai merasakan isu pendidikan a ...
menarik perkataan ko .. impak yg mampan ... pergh .. sustainability of an impact .. cam na tu ... cuba explain |
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang benci guru sebab ada sejarah buruk dengan gurunya.
Tapi macammana pulak yang dah berjaya as-sebab gurunya?
Agak2..yang mana ramai? Yang mempunyai kenangan manis dengan guru atau yang mempunyai kenangan yang tak best dengan guru2nya?
kan? |
|
|
|
|
|
|
|
"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca."
- Allahyarham Usman Awang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jerukPetai at 4/2005/7 09:11 PM:
Untuk makluman, sebenarnya kualiti guru-guru (BUKAN SEMUA SEGELINTIR SAHAJA) pada hari ini amatlah hampas. Khususnya yang dimaksudkan di sini ialah guru-guru lepasan KPLI.
Sebenarnya guru ...
Bagi tugas seorang guru adalah paling mulia... mendidik, mengajar dan mengasuh murid untuk menjadi insan yang mulia.... meamng kedapatan sesetengah guru yang hanya sekadar batuk ditangga.. malah ada yang sanggup menyerahkan segala keputusan itu ditangan murid sendiri.. sama ada mereka hendak belajar atau sebaliknya
dan kedapatn juga guru |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jerukPetai at 7-4-2005 09:11 PM:
Untuk makluman, sebenarnya kualiti guru-guru (BUKAN SEMUA SEGELINTIR SAHAJA) pada hari ini amatlah hampas. Khususnya yang dimaksudkan di sini ialah guru-guru lepasan KPLI.
Sebenarnya guru ...
Kenapa KPLI yang hendak dihighlightkan...
sbb berdasarkan pengalaman aku..
masa aku ambik kpli dulu. aku ada bersembang ngan sorang bdk kdpm.. semester akhir... dia kata dia sebenarnya tak berminat ngan cikgu. kalu ada peluang dia nak kuar dari profesion perguruan...
situasi kedua..
ada sorang cikgu lulusan diploma di sekolah aku.. cam takde komitmen langsung ngan sekolah. leh datang lewat.. balik awal. masuk kelas pun tak...
jadi tak timbul lepasn kpli atau guru yang hampas... sebab semuanya bergantung kepad diri sendiri.. mmg takde 100% guru yang betul2 mempunyai komitmen ngan kerjaya yang dipilih.. tp tu dikira kes2 terpencil...
sbb mana2 kerja pun. kita takkan jumpa org yang 100% mempunyai komitmnet ngan kerja mereka....
Orang kata cikgu bertuah.. balik separuh hari. cuti banyak..
CIkgu memang bertuah dapat cuti banyak dan lagi bertuah masa cuti datang sekolah buat kelas tambahan..
cikgu memang bertuah kerja separuh hari sahaja dan lagi bertuah kerana itu secara formalnya sahaja.. masuk kul 7.30 pagi dan balik kul 1.00 tp cikgu bertuah kernaa lepas tu kena datang ke sekolah |
|
|
|
|
|
|
cclee This user has been deleted
|
Originally posted by jerukPetai at 7-4-2005 21:11:
Untuk makluman, sebenarnya kualiti guru-guru (BUKAN SEMUA SEGELINTIR SAHAJA) pada hari ini amatlah hampas. Khususnya yang dimaksudkan di sini ialah guru-guru lepasan KPLI.
Sebenarnya guru ...
Sokong :setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
hehe ye btol btol...
mane2 kerja pon memang ader 'challenges' nya kan.... tak bleh la nak ckp keje tuh senang keje nih susah... sebab apa2 yg dianugerahkan pada kiter tuh memang dah khas utk kiter hadapi.... kan... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana ko boleh kata kualiti mcm hampas? bukan ke sumer kpli kena ambik exam Mtest and interview...? susah jugak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
saya tak kiralah guru tu lepasan mana...tapi saya plg BENCI....guru2 yg ambil sikap sambil lewa serta tak prihatin dgn masalah murid...cthnya...adik saya mengajar di sekolah tadika..walaupun hanya pra-sekolah..tapi ianya tetap penting. kata adik saya, salah seorg anak murid dia umur 5 thn seringkali bercerita bhw dia selalu dipukul, di cubit dan pelbagai lagilah..budak tu cite details lagi psl how his parents bergaduh sampai pengasan2 mak dia..pastu mak dia lepaskan geram kat dia pula..budak tu kat tadika adalah seorg yg amat agresif..ni adalah kesan secara langsung yg dia terima kat ghumah...masalahnya di sini...cikgu2 kat pre-school tu tak de sorang pun amik tindakan apa2..termasuklah adik aku! dia tahu bercerita psl budak tu saja tapi bila saya soh adik buat report or sth...dia tersengih2 jek...up until now, mmg tiada tindakan langsung..budak kecik tu selalu gak tunjuk bruise dia kat my sister...what a shame! teacher yg mcm ni, how good they r in teaching....tetap hampas!
Lagi satu, cikgu yg tak amik pot pun psl perkembangan semasa. tak tahu apa yg berlaku kat sekeliling dia..tak baca surat khabar..tak dengo berita...ilmu yg diajar, tak up to date..hanya ikut syllabus aje..guru yg zero pengetahuan am..kalo ada pun, bab gossip jek! this kind of teacher...is not a teacher...they r just like a parrot...marah ke cikgu? well... |
|
|
|
|
|
|
|
he he he ...
setiap pekerjaan akan ade risiko akan kewujudan golongan kuman @ parasit @ virus .. |
|
|
|
|
|
|
|
dah terlanjur kome citer pasal hal ehwal guru ni..teringin pulak teman nak tanya..
guru2 yang dalam kategori apa yang dibenarkan merotan/menampar murid?
guru2 disiplin ka...gurubesar ka... guru hal ehwal murid ka...atau semua guru?
ada sesiapa yang jadi guru kat cni yang boleh jawab... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dulu2.. guru mengaji pun ader kebenaran merotan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Agul at 4-8-2005 15:11:
Guru Besar
maknanya guru disiplin ka..guru kelas ka.. dan lain2 guru semua tak boleh tampar/rotanl sesuka hati la ya. teman nak kemukakan satu kes di sini. boleh ka guru2 di sini bagi pandangan.?
kes 1.
satu hari anak teman main sepak2 bola kertas kat kelas... sepakan terakhir dilakukan oleh kawan kpd anak teman dan kertas itu masuk ke dalam tong sampah. kebetulan masa itu cikgu masuk dan nampak bola kertas tu melayang tapi tak nampak siapa yang sepak. bila cikgu A tanya..budak yang sepak tadi terus menyebut nama anak teman. cikgu tanpa usul periksa terus menepuk muka anak teman..(bukan menampar)..kalau menampar di pipi...ini di tengah2 muka.kira2 kena cepuk la.. betoi ka perkataan nih.:hmm:
anak teman rasa malu sebab bukan dia yang buat, cuma silapnya dia tak bagitau pada cikgu A. bila kelas hampir tamat..anak teman marah dan menolak kawannya yag sebut namanya pada cikgu A tadi.. budak tu pun menumbuk muka anak teman sehingga pecah bibir dan berdarah.. teman dan suami menunggu anak teman di pagar tapi tak keluar2. (biasa memang kami yang jemput dia dari sekolah. :stp:
ok. nanti sambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
rupanya anak teman dibawa ke bilek guru..tapi gurubesar tak dak..jd suami teman diminta berjumpa dgn guru..dan mengambil anak teman setelah semua lapuran dibuat. semasa ke bilek guru, suami teman berselisih dengan cikgu A dan cikgu A minta maaf pada suami teman kerana memukul anak teman(tanpa nyatakan sebabnya).suami teman yang pada masa tu tak tau apa2 pun berkata.. kalau dah salah, nak buat macamna?
dalam kes ni teman salahkan anak teman kerana main dalam kelas dan menolak kawanya hingga menyebabkan kawannyaa membalas dengan tumbukan tp menurut anak teman... kawan dia dan cikgu A yang mulakan....dia menolak kawannya sebab malu...
tamat kes. |
|
|
|
|
|
|
|
kes 2
satu hari tiba2 berpuluh2 orang murid di panggil termasuk la anak teman. asal ceritanya seorang murid telah membawa sebatang rokok dan berlakon menghisap rokok. anak teman dan rakan2nya yang lain hanya melihat sambil gulung2 kertas...(mungkin nak buat rokok)
guru yang memanggil adalah cikgu A (guru yang sama sepeti kes 1 di atas) asalnya cikgu A ingin membawa murid2 yang kononnya terlibat berjumpa Guru Besar tapi Guru Besar tiada pada hari itu. tanpa soal jawab..anak teman dan rakan2nya diperintahkan membongkok mengadap papan hitan dan dirotan sekali... (anak teman tidak menceritakan kes ini kepada teman)
kes 3
2 minggu kemudian..sekali lagi anak teman dan rakan2 dipanggil..kali ini cikgu B. bilangan ahli yang dipanggil 2 kali ganda dari kes 1.. kerana termasuk budak2 perempuan.. anak teman yang tidak tau menahu tertanya2 akan sebabnya. anak teman telah menyebut beberapa nama yang memang teman kenal/yakin tidak terlibat dengan kes rokok ni..
rupa2nya kes 1 telah berbangkit semula(tak tau siapa yang mengadu kpd cikgu B)... cikgu B ingin membawa mereka berjumpa Guru Besar... malang sekali Guru Besar tidak ada juga pada hari itui... jd cikgu B telah mengarahkan murid2 yang kononnya terlibat tu mengangkat tangan dan di rotan di kedua belah tapak tangan... cikgu mengatakan yang dia akan tetap bawa kes ini ke Guru Besar... dan teman pasti Guru Besar juga akan merotan murid2 yang belum pasti salahnya. kes tuduhan tanpa bukti.
anak teman mengadu pada teman setelah kes 2... kerana dia tidak puas hati dengan tindakan cikgu A dan B. menurut anak teman..takkan satu kes sampai 3 orang nak pukul. teman kata kepada anak teman..kalau dah sampai ke GB, dan GB pun turut merotan atas kes yang sama..teman nak buat pengadukan/berbincang tentang akta rotan merotan ni dengan guru disiplin dan GB...
jadi...pada pendapat guru2 di sini...betul ke tindakan teman? teman amat2 berharap agar guru2 di sini dapat memberikan pandangan/pendapat. teman bukan nak menangkan anak teman, cuma teman rasa guru2 sekarang terlalu nak menunjuk kuasa....
maaf la...bukan semua guru... teman maksudkan Cikgu A dan Cikgu B...kerana bukan teman sorang saja yang tidak puas hati... teman kira hampir semua ibubapa pelajar di sekolah itu...:gado: |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak pasti cikgu disiplin ada kuasa merotan ke tidak tapi cikgu biasa memang tak ada kuasa untuk merotan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awan at 5-8-2005 11:02 AM:
kes 2
satu hari tiba2 berpuluh2 orang murid di panggil termasuk la anak teman. asal ceritanya seorang murid telah membawa sebatang rokok dan berlakon menghisap rokok. anak teman dan rakan2nya ya ...
Yang ada kuasa merotan hanyalah Guru Besar dan Guru Displin... yang lain takde kuasa..
tu yang menyebabkan anak2 muda kita semakin naik tocang di sekolah.. salah skit cikgu terus nampak.. tp salah diorg langsung tak nampak..
Anak2 sekarang takleh disentuh langsung dah... payah..
tp kalu cikgu yang menghukum tanpa usul periksa mmg bersalah.. tp aku rasa better mende ni selesai face to face. jumpa ngan cikgu yang terlibat. jumpa ngan GB.. selesaikan dengan baik..
maybe ada kesalahan lain yang anak saudara/saudari yang tidak dinyatakan. maybe kena sbb kes lain. tp dia bagitau ke mak ayah cikgu hukum tanpa usul periksa..
Sebab satu nak naytakan. perangai budak2 ni kat umah dan sekolah amat berbeza.. kalu kat umah. tak berani buat perangai jahat. tp kat sekolah dialah ketuanya...
Jadikan cam sorang budak ni. cite benar.. 2 kali digantung sekolah kerana terlibat dlm kes displin..
kali ketiga kena buang sekolah.. lepas tu pak saudara(ayah dia malu dah nak gi sek.) dia merayu di sekolah. bagi peluang ke budak ni bersekolah balik.. lepas tu pak saudara dia bagitau cikgu.. cikgu hukumla apa sahaja anak saudara saya ni kalu lain kali dia melanggar peraturan sekolah.. asal jangan mati sudahlah..
alhamdulillah. anak saudara dia lepas tu terus jadi baik.. pasal takut cikgu hukum pasal pak saudara dia dah bagi lesen ke cikgu utk bagi hukuman kalu buat salah.. |
|
|
|
|
|
|
|
sory double post..
[ Last edited by tuahayam on 6-8-2005 at 05:45 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|