|
Reply #20 raeshad's post
televisyen ialah ciptaan ajaib (the magic box) manusia yg menggunakan otak yg dianugerahiNya utk mendekatkan manusia dgn alamnya. baik atau buruk pengaruh TV kpd manusia juga tergantung pada kepenggunaan pengguna terhadap kotak ajaib ini. jika digunakan utk tujuan baik, maka rancangan2 yg disiarkan mestilah berunsurkan kebaikan manusia sejagat, tetapi jika digunakan dgn tujuan utk mendapatkan keuntungan semata2 maka, natijah drpd kejumudan terhadap kekayaan akan menghasilkan rancangan porno dan popular yg akan merosakkan masyarakat yg ketagih terhadapnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 mysara's post
hmm....tak pernah plak nmpk p*** kat tv..kes kes...kat tenet tu banyakler....but the main point is that this so called idiot box, depends on their creator to label them....
tv means a whole lot of different things to different ppl:
as a means of education for teachers,
as a means of entertainment for kids esp,
as a means of dakwah to priests, preachers,
and a whole lot of different meanings and label are given to the exact same "box"
it all depends on the viewers....who are they? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 raeshad's post
TV pada asalnya dicipta sbg satu alat komunikasi dan penyampai maklumat atau perantara antara satu pihak dgn audiens nya. pada masa yg sama, lantaran nilai masyarakat yg berubah, tuntutan kebendaan yg kian meningkat, budaya popular yg kian menyubur telah mengubah persepsi manusia terhadap TV.
bahkan sikap segelintir pengusaha rancangan TV, yg lebih menonjolkan rancangan2 yang seakan-akan membodohkan penonton tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sedikit sebanyak, walau dipantau, pendedahan yg berkala dan tekal akan menjadikan penonton ketagih dah asyik masyhuk dgn rancangan2 sedemikian. minat menonton di kalangan penonton bertambah, maka generasi yg menonton rancangan2 yg membodohkan audiensnya juga akan melahirkan golongan penonton yang jumud dan taksub akan budaya hendonistik. lantas, interpretasi drpd kepenggunaan penonton akan rancangan yg sedemikan akan dizahirkan dalam tingkah laku bersosial. lalu, wujudlah kebejatan gejala sosial. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 mysara's post
adus....mcm karangan untuk world lit plak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 raeshad's post
hehehe.. dah biasa wat assignment lit.. and chritical thinking :lol |
|
|
|
|
|
|
|
.....dr. idiot box ---> idiot apa le plak...
IPTV akan sisih TV konvensional
Oleh Ramli Abdul Samad
Bayangkan senario ini. Kini anda boleh mendapat antara 100 saluran televisyen melalui TV kabel. Di sesetengah negara seseorang itu boleh memperoleh akses lebih daripada 100 saluran lagi, malahan sehingga 500 melalui bukan saja TV kabel tetapi dengan berjuta-juta hibrid syarikat satelit komunikasi yang mengadunkan video, teks dari web dan juga interaktif mainan video.
Pendeknya anda boleh melayari Internet, membuat panggilan telefon suara melalui IP, memainkan pelbagai aplikasi siaran TV dan video. Perkembangan baru ini digelar sebagai IPTV dan akan bersedia untuk tatapan umum tidak lama lagi. Dijangkakan pada tahun 2008, 4.5 juta rakyat Eropah boleh menonton perkhidmatan IPTV.
IPTV adalah singkatan kepada televisyen protokol internet (Internet Protocol Television).
Terdapat satu kaedah untuk memungkinkan seseorang itu memperoleh televisyen terus melalui Internet. Program TV dari Internet boleh berjumlah lebih daripada yang kini sedia ada melalui TV kabel. Progam televisyen boleh menjangkau sehingga beratus ribu. Ia boleh diakses melalui Internet yang mengguna hubungan berkelajuan tinggi.
Begitu ramalan dalam dunia telekomunikasi teknologi dan senario baharu ini akan menjadi kenyataan satu hari nanti. Pastinya usaha ke arah itu tidak dapat dielakkan lagi. TV Internet akan menyisih TV konvensional. Ini tidak menghairankan kita kerana kemajuan dalam bidang Internet dan teknologi komunikasi sememangnya tidak dapat disekat.
Pada awal Januari lalu, di Pameran Pengguna Elektronik Antarabangsa (International Consumer Electronics Show) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), ramalan senario baru itu di mana pendominasian teknologi baru IPTV terhadap TV tradisional tetap akan berlaku bagaikan dipastikan.
Syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) gergasi seperti Yahoo dan Google kini telah bertindak dan menumpukan perhatiannya ke arah membekalkan program baru Internet sementara syarikat Intel sudah memperkenalkan cip dan pelantarnya yang akan membolehkan video dikirimkan melalui hubungan Internet terus ke skrin di rumah mahupun di pejabat anda. Kemajuan teknologi video pula akan memastikan mutu video kelak melalui IPTV adalah yang berkualiti tinggi. Syarikat Microsoft pula sedang mencari rakan gabungan untuk membolehkan sofwernya mendominasi dunia IPTV.
IPTV menggabungkan komunikasi dan hiburan.
Meskipun masih berstatus baru, IPTV sudah boleh diakses secara komersial di beberapa kawasan terhad sama ada di AS dan di tempat lain di luar AS. Di United Kingdom sekurang-kurangnya terdapat dua perkhidmatan IPTV telah beroperasi. Pelanggan IPTV di sana boleh memilih 1,000 filem, persembahan TV dan lebih daripada 3,000 muzik video.
IPTV tetap akan menemui rakyat Malaysia satu hari nanti. Setiap hari bilangan rakyat Malaysia yang melanggan kepada hubungan tingkat tinggi jalur lebar bertambah. Seseorang itu perlu sebuah komputer yang berkelajuan tinggi yang dihubungi dengan TV untuk menikmati teknologi IPTV. Apa pun akan terbina satu arah aliran untuk memilih Internet sebagai perantara pengagihan saluran dan kecenderungan ini tidak dapat dihentikan oleh sesiapa jua.
Kemunculan mendadak akan industri elektronik pengguna dan syarikat komputer sebagai pembekal video Internet sudah tentunya akan mencabar penguasaan syarikat-syarikat kabel, telefon dan satelit yang berhasrat mendominasi pengagihan kandungan digital kepada orang ramai.
Taraf
Persaingan telah meningkat apabila lebih banyak lagi pengguna kian menaik taraf sumber hiburan dan maklumat mereka kepada televisyen digital.
Apa yang pasti adalah betapa mudahnya nanti seseorang itu boleh memilih lebih banyak program TV melalui IPTV. Mereka bebas dan mempunyai banyak pilihan terhadap kandungan video digital tidak seperti yang boleh dibekalkan oleh TV konvensional. Dalam TV tradisional seseorang itu terpasung dengan program yang terlebih dulu telah disediakan dan ditentukan oleh jaringan pembekal penyiaran, kabel atau satelit TV.
Program TV tradisional yang seolah-olah dijanji temu akan menjadi arwah. Industri TV kabel akan mati lambat laun jika tidak, ia akan bersua dengan satu persaingan sengit dengan IPTV.
Pada era dotcom dulu, banyak syarikat perkhidmatan dalam talian seperti AOL, Compuserve dan MNS mencuba memasungkan pengguna ke dalam satu dinding informasi digital. Namun penguasaan itu akan runtuh dengan kehadiran web yang mampu membekalkan pelbagai sumber informasi dan hiburan. Web bagaikan mampu membekal berbagai-bagai aneka program hiburan , lebih daripada apa yang boleh dibekalkan oleh TV konvensional. Industri elektronik pengguna masih belum selesai dengan masalah atau isu persetujuan memelihara salinan dengan Hollywood dan pembekal-pembekal lain.
Kelebihan IPTV adalah ia akan melibatkan kos yang lebih rendah berbanding dengan sistem televisyen kabel kini, selain daripada memberi pengguna ciri-ciri seperti ia berupaya merakam beberapa program serentak tanpa melibatkan kos tambahan. IPTV boleh merakam banyak program jika jalur lebar tersedia ada. Contohnya, sebuah perkhidmatan IPTV Microsoft dikenali sebagai saluran matriks membenarkan beberapa permainan besbol boleh dilihat serentak bersama dengan informasi statistiknya sekali. Keupayaan ini tidak mungkin boleh diperoleh dari TV konvensional.
Penyokong-penyokong usaha membina IPTV menyedari bahawa konsep terbuka TV baru ini masih dalam tahap perkembangan dan selagi generasi baru hubungan Internet berkelajuan cepat belum wujud, teknologi IPTV belum boleh menjadi realiti. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semakin banyak pilihan diberi kpd penonton
semakin ketagih lar org2 yg 'hantu' TV menghadap TV
nanti timbul pula masalah kesihatan.
tapi krn TV sudah menjadi sumber pendapatan bagi kebanyakan org,
maka langkah memperbanyak rangkaian TV adalah suatu langkah komersial. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 1-2-2006 01:17 PM
.....dr. idiot box ---> idiot apa le plak...
IPTV akan sisih TV konvensional
Oleh Ramli Abdul Samad
Bayangkan senario ini. Kini anda boleh mendapat antara 100 saluran televisyen melalui T ...
dulu masa vhd recorder..video tu kuo satu dunia pakat wisau apa nasib silver screen..but tenguk lah sampai sekarang nasib sapa lebih untung..panggung wayang ka tape video?
kendian mai vcd mai dvd..besok luse ntahapa D lagik datang (read digital) so kita tak wajar terkezut apa pun..cool and steady gitu..penulis seme tu war war because keje depa carik makan dengan menulis.
changes..apresiasi changes..how to adapt new changes due to new techno..tu mungkin but extinction i dont think so even surat menyurat, walau ada emails still bab rasmi protocol seme nya black white bertulis lagi.
back in 1998 saya dah tenguk tv guna pc..pakai tv card ler. that was 8 years ago still kalo teknoloji cam ni jadi rasmi kebiasaan kita sekarang pun, the seductive nature of living room dengan surround system beramai ramai bersama kawan or isteri anak beranak tu sukar di tandingi oleh pc macam budaya video tidak dapat membunuh 'aura' panggung wayang. internet and multi media cuma baru dikomersialkan around '95. term dunia it pakai sekarang isu PACKAGING. just one package meliputi seme kemudahan, telephon conference video audio visual information shares business etc. itu arah yang saya nampak..dengan muncul peralatan tekno semakin canggih kini but still human ada nostalgic factor walau tak ramai suke simpan kereta CLASSIC. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dalam menangani masalah penyalahgunaan TV, sara rasa semua pihak harus bertanggungjawab utk melaksanakannya.
ibu bapa harus memantau masa yg dihabiskan oleh anak2 di hadapan TV serta jenis tayangan yg ditonton. Jika rancangan itu kurang sesuai utk anak2 tetapi anak2 masih nak menontonnya, eloklah ibu bapa sama2 menonton agar apa2 yg tak difahami oleh anak2 dapat dijawab sendiri oleh ibu bapa. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah anda ketagihan menonton TV???
jika ya... anda perlu buat sesuatu utk menghilangkan ketagihan itu.
sibukkan diri dgn aktiviti lain.
cuba menjadi pengkritik yg tegar agar anda tidak terlalu ingin menonton TV.
habit anda, andalah sahaja yg patut mengawalnya. |
|
|
|
|
|
|
|
It is depend on us actually
How we manage to use 'that box'
I am the one who literally works at the company which made 'that box' but ironically i dont own it.
It is not so important anymore
I can live happily without 'the tv' |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Im a certified couch potato...but i learn a lot from tv via natgeo alhijrah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Television characters live inside our minds as though they're actual people. In fact, we know more about them than we do about most people in our physical lives.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah thread ni dah lamaaa. hehe. i dont blame the box i blame the people who misuse the box for their own advantages. |
|
|
|
|
|
|
|
Im not blaming the box, the content of the box yg we need to filter and choose. Kalo dah pagi sampai ke malam dok tgk astro warna.. apa yg u dapat compared u tgk tviq, nat geo or bbc.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pandangan dan pendapat setiap orang berbeza...bukan 24hours just sit infront of the tv..dah masuk waktu, bole off or just let it the tv is on, pergi lah menunaikan kewajipan ker, do others thing or tasks...atas inisiatif dan sikap individu..not the idiot box as the reason...you got the button to choose and control not the button control and choose you |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok je tgk tv, rasanya mengadap henset lagi teruk dan leka,dari mengadap tv. aku suka tgk rancangan memasak kat tv, lagi mudah faham dan belajar. lagi satu suka tgk citer ala-ala national geografik. dulu suka tgk berita kat tv, sekarang tak minat dah tgk berita kat tv...macam bias je berita kat tv sekarang ni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|