anas93 This user has been deleted
|
squash
sape kat sini minat sukan squash???? |
|
|
|
|
|
|
|
minat gak tgk....tapi nak main tak larat le.....
penat ya amat.....tgk gelanggang tu dari luar kecik je.....dah masuk ke dlalam....
mak oi....besornye..... |
|
|
|
|
|
|
|
dlu pakai bola tenis jek
men kt dinding
hehehhee |
|
|
|
|
|
|
|
aku up lagi 20 sen :lol
nicol david...oooh so cute oooh :love:
tapi takleh nak lawan ngn dew :love: |
|
|
|
|
|
|
|
knape thread cam x dapat sambutan jer..
Bangga ngan NICOL ANN DAVID!! :clap:
Keep it up 4 the World Open in Belfast,Ireland.. |
|
|
|
|
|
|
|
WIRAWATI NEGARA...NICOL ANN DAVID
tahniah nicol...:tq::tq::love::love:
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah NIcOl aNn DaviD
Jeritan kepuasan Sang Juara... |
|
|
|
|
|
|
|
sEmaNgat "MaLaYsiA BoLeH"
|
|
|
|
|
|
|
|
PM ucap tahniah
PUTRAJAYA |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol, Azlan pertaruhan emas
DOHA |
|
|
|
|
|
|
|
Pemain Asia sudah bangkit |
|
|
|
|
|
|
|
Mohd. Azlan, Beng Hee ikut Nicol 慶ari |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol, Beng Hee tepati ramalan
EMAS: Beng Hee (kanan) menewaskan
Azlan untuk emas perseorangan lelaki.
Tapi dua emas terakhir itu tidak cukup untuk memenuhi hajat MSN capai sasaran sembilan
SKUASY mengubati duka awal kontinjen Malaysia dengan menyumbang dua pingat emas selepas Nicol David dan Ong Beng Heng mengesahkan kejuaraan itu milik mereka di Kompleks Tenis dan Skuasy Khalifa, semalam.
Ketika Nicol |
|
|
|
|
|
|
|
Sharon mahu tebus hampa di Guangzhou
DUA kali mencuba, hanya pingat gangsa menjadi bekalan untuk dibawa pulang bagi pemain skuasy negara, Sharon Wee.
"Saya gembira dan ketika sama kecewa kerana gagal meningkatkan kemajuan dalam posisi saya selepas memenangi gangsa di Busan. Tapi saya tidak mahu menyerah kalah lagi.
"Saya mahu ke Sukan Asia Guangzhou 2010 untuk mencari emas pertama dalam skuasy bagi diri saya," kata pemain berusia 29 tahun itu.
Dalam perlawanan separuh akhir wanita, kelmarin pemain yang memiliki ijazah dalam pentadbiran perniagaan itu tewas kepada juara bertahan, Rebecca Chiu 3-0 tanpa banyak saingan buat menggoncang cabaran lawan di Kompleks Skuasy dan Tenis Khalifa.
Sharon yang bermain skuasy sejak berusia 12 tahun masih bertekad untuk menjadi pemain profesional terbaik dan akan mengusahakan laluan itu walau pun akur sukar mengejar rakan sepasukan, Nicol David.
"Saya tidak mahu ketinggalan dalam sukan ini dan akan terus berlatih untuk mencari nama. Sukan Asia di sini juga memberi saya gambaran tahap terbaik di Asia," katanya yang berlatih di Antwerp, Belgium.
Anak kelahiran Melaka ini yang turut kecewa selepas meraih gangsa dalam Kejohanan Asia di Taiwan, tahun ini berkata dia mahu pulang ke rumah untuk bersama keluarga bagi menghilangkan rasa letih dan tekanan sejak menjalani latihan bagi Sukan Asia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Asia: Beng Hee, Azlan terbang ke Saudi
TIADA istilah rehat buat Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar yang mencipta kejayaan 1-2 negara dalam acara skuasy perseorangan lelaki di Sukan Asia, kelmarin.
Sejurus selepas Beng Hee menundukkan Azlan dalam pertarungan 73 minit di Pusat Tenis dan Skuasy Khalifa, Doha untuk meraih emas, kedua-dua pemain itu dijadualkan terbang sejauh 493 km ke negara jiran, Arab Saudi untuk menyertai pertandingan penamat musim sirkit profesional Siri Super, Kejohanan Antarabangsa Saudi, bermula hari ini.
Namun, kedua-dua pemain itu tidak diletakkan harapan tinggi untuk melakar kejayaan kerana berdasarkan undian, cabaran mereka mungkin setakat pusingan kedua saja.
Pilihan ke-10, Azlan akan membuka cabarannya bertemu pemain yang mara dari kelayakan, Hisham Mohd Ashour dari Mesir dan jika berjaya, pilihan ketujuh dari Perancis, Gregory Gaultier menantinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Asia: 慣enaga saya begitu tinggi抂/b]
APABILA berdepan wartawan Malaysia sebaik memenangi pingat emas skuasy wanita, kata-kata pertama yang terbit dari mulut Nicol David adalah: "Seluruh Malaysia menyokong saya untuk menang dan saya mendapati tahap tenaga saya begitu tinggi pada masa itu."
Tidak dinafikan juara dunia itu tampil di gelanggang Kompleks Tenis dan Skuasy Khalifa untuk menang dan merampas emas yang hilang di Busan, empat tahun lalu - kebetulan pada lawan yang sama, Rebecca Chiu di final acara perseorangan wanita.
Dalam perlawanan yang hanya mengambil masa 30 minit, gadis berusia 23 tahun itu menamatkan dengan kemenangan 9-0, 9-3, 9-3 dan bangga menyanyi lagu Negara Ku semasa berdiri lebih tinggi daripada lawan di atas podium.
Ia juga kerahan keringat yang bakal membuat koceknya kembung dengan RM80,000 - insentif Majlis Sukan Negara kepada atlit juara di Sukan Asia kali ini.
Apa pun, Nicol bersikap merendahkan diri apabila berkata banyak lagi harus dipelajari untuk terus menjadi juara dan kagum dengan liputan media mengenai pencapaiannya di Doha.
"Saya mengerti macam mana peminat skuasy kita mahu saya berjaya. Ini juga hadiah bagi mereka. Selepas ini saya mahu berehat dan kembali ke latihan bagi kejohanan lain tahun depan.
"Saya akan kembali ke Amsterdam untuk berlatih semula dengan jurulatih dan rakan sepasukan lain. Selepas itu saya akan pulang ke Pulau Pinang untuk menyambut Krismas dan tahun baru," katanya dengan wajah riang yang menceritakan betapa penting emas itu untuk dirinya dan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|