|
Originally posted by mok_nik at 2-3-2006 02:36 PM
mok nik banyak buku buku sejarah yang lama-lama, simpan baik baik untuk koleksi
jom lah kongsi kongsi bahan sejarah yg lama lama kat sini
Boleh pinjam Mok Nik  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 mok_nik's post
hehehehe...ntah ler mok..saya mmg suka sgt ngan sejarah..dr kecik lg..sejarah nabi..sejarah malaysia yg dulu2....sejarah columbus..sejarah iskandar dzulkarnain....citer2 fairy tale..semua saya minat...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jpl_fan at 2-3-2006 09:51 PM
hehehehe...ntah ler mok..saya mmg suka sgt ngan sejarah..dr kecik lg..sejarah nabi..sejarah malaysia yg dulu2....sejarah columbus..sejarah iskandar dzulkarnain....citer2 fairy tale..semua saya mina ...
bagus tuh sebab ramai yang tak minat sejarah..membosankan kata anak2 muda
p/s pasal sultan alauddin riayat shah dan parameswara akan mok nik buat nanti..nak kena kombinasi banyak buku baru boleh tulis. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 mok_nik's post
thanx mok...love u...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Semlm saya ada baca artikel tentang Sultan Alauddin Syah, baginda dikatakan mati diracunkan ...
Tun Mutahir juga dikatakan terlibat dalam kejadian tersebut bersama Raja Ahmad dari Pahang, Sultan Alauddin dikatakan hendak melantik Raja Zainal sebagai pengganti baginda. Kemangkatan baginda Sultan Alauddin dikatakan tak sempat meninggalkan wasiatnya dan Tun Mutahir kemudiannya menabalkan Raja Mahmud sebagai Sultan Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 3-3-2006 09:32 AM
Semlm saya ada baca artikel tentang Sultan Alauddin Syah, baginda dikatakan mati diracunkan ...
Tun Mutahir juga dikatakan terlibat dalam kejadian tersebut bersama Raja Ahmad ...
zaman ni dah ader konspirasi dah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Alauddin Riayat Shah
Selepas kemangkatan Sultan Mansur Shah pada tahun 1477, puteranya yang bongsu iaitu Raja Hussain yang juga anak saudara Tun Perak telah dilantik menjadi sultan. Semasa ini baginda terlalu muda.
Sepatutnya putera sulung Sultan Mansur iaitu, Raja Muhammad dilantik menjadi pengantinya. Tetapi atas arahan Tun Perak, Raja Muhammad telah disingkirkan ke Pahang berikutan pembunuhan anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga yang dipakai oleh bakal pengganti sultan; Raja Muhammad. Tun Perak bertindak membalas dendam dengan meminda keseluruhan sistem menaiki takhta kerajaan dengan menyingkirkan Raja Muhammad putera sulung sebagai penganti dan melantik Raja Hussain sebagai sultan baru dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah.
Sultan Aluaddin dikatakan sebagai sultan yang paling berkebolehan di Melaka. Baginda bercadang memerintah negerinya secara bersendirian dan meletakkan menteri-menteri di bawah kekuasaannya. Akibatnya baginda ramai musuh. Pernah dikatakan baginda memulau Temenggung Tun Mutahir dikhalayak ramai dan ini mungkin menjadi salah satu penyebab kepada pembunuhannya.
Semasa baginda mula-mula menaiki takhta, Melaka pada masa itu terdapat ramai pencuri. Baginda mengarahkan Temenggung bertindak menghapuskan pencuri tetapi tidak berkesan. Baginda akhirnya bertindak menyamar dan keluar pada waktu malam dan menangkap sendiri pencuri-pencuri itu. Melaka menjadi aman dan pelabuhannya dikunjungi ramai pedagang asing.
Semasa zaman pemerintahnya, beberapa buah negari kecil mengaku tunduk kepada kesultanan Melaka serta membayar ufti perlindungan seperti Kepulauan Maluku, Rokan, dan Terengganu .
Pada tahun 1488, setelah memerintah hampir 7 tahun, Sultan Alauddin Riayat Syah mangkat ketika berumur lebih kurang 30 tahun. Tidak diketahui dengan jelas sebab kematian. Mungkin benar teori menyatakan baginda diracun sebab ketegasan baginda menyebabkan baginda mempunyai ramai musuh.
Baginda dikenal sebagai Marhum Berdarah Putih atau White Blooded King dan dikebumikan di Pagoh dekat Muar. Walaubagaimana pun tidak ada maklumat mengapa baginda dikemubikan di sana yang agak jauh dari Melaka. Berkemungkinan Pagoh mempunyai hubungan dengan pembesar Melayu Melaka dan terdapat beberapa pembesar Melayu di kebumikan di Pagoh.
Sumber rujukan : Malaysia, Singapura dan Brunai 1400-1965, Joginder Singh Jessy –1975. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 3-3-2006 09:32 AM
Semlm saya ada baca artikel tentang Sultan Alauddin Syah, baginda dikatakan mati diracunkan ...
Tun Mutahir juga dikatakan terlibat dalam kejadian tersebut bersama Raja Ahmad dari Pahang, Sultan Alauddin dikatakan hendak melantik Raja Zainal sebagai pengganti baginda. Kemangkatan baginda Sultan Alauddin dikatakan tak sempat meninggalkan wasiatnya dan Tun Mutahir kemudiannya menabalkan Raja Mahmud sebagai Sultan Melaka.
Teori ini memang ada betul nya baginda diracun sebab baginda menjalankan sistem pemerintahan yang tegas dan bersendirian dengan mengenepikan pegawai2nya. Ketua konspirasi mungkin Temenggung Tun Mutahir sebab baginda sultan pernah memulau dan memalukan Temneggung tun Mutahir akibat dari insiden penagkapan pencuri di waktu malam.
Mok nik rasa bukan Raja Ahmad Pahang ..tetapi Raja Muhammad Pahang sebab Raja Muhamad yang sepatutnya menjadi sultan kerana beliau putera sulung Sultan Mansur tetapi disingkirkan ke Pahang sebagai Naib Raja di Pahang. Kemungkinan beliau berkonspirasi dengan Tun Mutahir sebab sama sama mempunyai alasan untuk membunuh Sultan Alaudin. Tun Mutahir sebab marah dan malu begitu juga Raja Muhammad yang ingin merampas jawatan yang sepatutnya hak beliau. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mok_nik at 3-3-2006 10:18 AM
Teori ini memang ada betul nya baginda diracun sebab baginda menjalankan sistem pemerintahan yang tegas dan bersendirian dengan mengenepikan pegawai2nya. Ketua konspirasi mungkin Temenggung Tun ...
oooo.. macam tu.. Ada sesetengah buku sejarah meletakkan Raja Muhammad ni sebagai Raja Ahmad ... |
|
|
|
|
|
|
|
naper sultan alauddin tuu digelar marhum berdarah putih?? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu dulu zaman sekolah, aku kena hafal 350 essay untuk ambil paper O level history, lah nie kalau ko suruh aku buat essay pun, masih banyak yg aku boleh ingat main point |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jpl_fan at 5-3-2006 01:59 AM
naper sultan alauddin tuu digelar marhum berdarah putih??
Darah orang putih ke atau darah putih? Kalau darah putih mesti ada penyakit leukemia. That explained why they were all morally defective.  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jpl_fan at 5-3-2006 01:59 AM
naper sultan alauddin tuu digelar marhum berdarah putih??
ada dua teori di sini:
1. berkemungkinan sebab cara baginda mangkat - ada yang menyatakan ketika baginda mangkat darah yang keluar adalah putih sebab kematiannya yang pelik ( dongeng mungkin - ini sama kes dengan mahsuri kot )
2- kerabat raja biasanya dikatakan berdarah putih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Remy_3D at 6-3-2006 12:46 AM
dulu dulu zaman sekolah, aku kena hafal 350 essay untuk ambil paper O level history, lah nie kalau ko suruh aku buat essay pun, masih banyak yg aku boleh ingat main point
tu ler stail lama mengkaji sejarah
sekarang ini mana ada lagi cara tuh Remy
menghafal tanpa minat...cian kat budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mok_nik at 3-3-2006 11:13 AM
Sultan Alauddin Riayat Shah
Selepas kemangkatan Sultan Mansur Shah pada tahun 1477, puteranya yang bongsu iaitu Raja Hussain yang juga anak saudara Tun Perak telah dilantik menjadi sultan. Semas ... Sepatutnya putera sulung Sultan Mansur iaitu, Raja Muhammad dilantik menjadi pengantinya. Tetapi atas arahan Tun Perak, Raja Muhammad telah disingkirkan ke Pahang berikutan pembunuhan anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga yang dipakai oleh bakal pengganti sultan; Raja Muhammad. Tun Perak bertindak membalas dendam dengan meminda keseluruhan sistem menaiki takhta kerajaan dengan menyingkirkan Raja Muhammad putera sulung sebagai penganti dan melantik Raja Hussain sebagai sultan baru dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah.
Pls check on this mok_nik......Raja Muhammad atau Raja Ahmad yang di buang negeri ke Pahang tu....Thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mok_nik at 6-3-2006 10:31 AM
ada dua teori di sini:
1. berkemungkinan sebab cara baginda mangkat - ada yang menyatakan ketika baginda mangkat darah yang keluar adalah putih sebab kematiannya yang pelik ( dongeng mung ...
An interesting thought...we have red blooded, white blooded, blue blood ....ada lagi tak?:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hamizao at 6-3-2006 11:36 AM
Pls check on this mok_nik......Raja Muhammad atau Raja Ahmad yang di buang negeri ke Pahang tu....Thanks.
Raja Muhammad yang dibuang ke Pahang dan tentang bagaimana Raja Muhammad dirajakan di Pahang, sila lihat W.G.Shellabear, Sejarah Melayu, m/s 110-111 atau Haji Buyung Adli, Sejarah Pahang m/s 32-33; atau Jocinder Singh Jessy, Malaysia, Singapura dan Brunai m,s 42. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 3-3-2006 04:51 PM
oooo.. macam tu.. Ada sesetengah buku sejarah meletakkan Raja Muhammad ni sebagai Raja Ahmad ...
Raja Ahmad ini adalah bukan berketurunan Melayu Melaka. Raja Ahmad ini kalau tidak silap mok nik adalah berketurunan Bendahara.
Boleh Mahathir beri buku sejarah itu, sebab mok nik dok belek buku sejarah yan gada dalam simpanan mok nik semua menyatakan Raja Muhammad. Raja Ahmad adalah orang yang berlainan. |
|
|
|
|
|
|
|
mok nik : dulu dulu masa sekolah2 dulu... buku2 cerita yg berbahasa melayu klasik pon ada simpan spt hikayat merong mahawangsa, raja bersiong dll.
hamizao : selain dari jenis2 darah tu, ada sejenis lagi darah yg ramai org ada, termasuk la saya ni.. darah gemuruh.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|