CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mierald

Burung Garuda

[Copy link]
Post time 13-6-2006 03:31 PM | Show all posts
Garuda ni setahu fox, burung yg sgt besar... mitos ttgnya byk di Indonesia... fox tau pun sbb arwah atuk (asal Jawa) penah citer pasal burung yg amat besar ni... kalau dia lalu, mmg gelap bumi disebabkan saiznya yg amat besar... suaranya juga begitu gegak-gempita bunyinya... Indonesia nyer simbol nasional berasaskan burung ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2006 03:00 PM | Show all posts
betul kot..tapi maybe dah pupus..:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 08:55 PM | Show all posts
garuda ni tak sama ngan jentayu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 02:59 AM | Show all posts
dah nama hikayat..............kalo ikut kajian saintifik org tak jumpa lg tulang rangka burung garuda.jd nak kata secara saintifik burung garuda tu lagenda dongeng.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 03:58 AM | Show all posts
pelikkan..garuda ni ade disebut dlm kebanyakan tamadun2 purba yg berlainan tempat..bukan stakat 1 tempat tapi di seluruh dunia..:hmm:

fossil die x dijumpai maybe sbb kat dlm laut kot(mandai2 je aku ni:lol)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 04:50 PM | Show all posts

Reply #25 darthVader's post

dalam laut dah jadik petroleum.

ekekekekekek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2006 04:56 PM | Show all posts
burung condor adalah. tu pon stakt besar sket dpd helang jek. taklah sebesar mcm dlm drama condor heroes tu. rasany burung kasuari lagi besar.

klu x silap dlm bahasa melayu dipanggil burung hering.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 08:16 PM | Show all posts
kalo ni buleh pakai tak??


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2006 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by chep at 25-7-2006 08:16 PM
kalo ni buleh pakai tak??





ape tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 01:14 AM | Show all posts
Aku rasakan Garuda ni memang wujud tapi taklah sebenar yang sering digambarkan dan asal burung Garuda ni di New Zealand. Korang pernah dengar Burung Helang Haast (Haast's Eagle). Burung ini merupakan keluarga burung helang dan merupakan burung yang paling besar sekali. Tak mustahil burung pernah terbang hingga ke nusantara mencari makanannya. Burung dah pupus pada sekitar kurun-15 M.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 09:59 AM | Show all posts

Burung Garuda...

Banyak dikisahkan dalam kisah lama terutama kisah yang dibawa dari Hindu.. umpamanya kisah Sita Dewi... dan kisah ini di bawa ke nusatara ke Pulauan Melayu melalui Agama Hindu... dan tak mustahil ianya diadaptasikan ke dalam kisah-kisah orang-orang melayu... memandangkan tiada perjumpaan bukti samaada tulang atau lukisan kuno... maka burung ini mungkin hanya ilusi orang dulu untuk membawa watak gagah dan mengerunkan kepada seekor haiwan yang boleh terbang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 03:05 PM | Show all posts

Reply #27 junkredish's post

ooo..wujud rupanyerr burung condor ni!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by zilandi at 27-7-2006 12:14 AM
Aku rasakan Garuda ni memang wujud tapi taklah sebenar yang sering digambarkan dan asal burung Garuda ni di New Zealand. Korang pernah dengar Burung Helang Haast (Haast's Eagle). Burung ini merupak ...



mungkin satu masa dulu burng helang tu wujud di nusantara seperti harimau di pulau jawa dan bali
dimana harimau telah pupus dikedua-dua pulau tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by malarky at 26-7-2006 05:55 PM



ape tu?



buck beak dlm citer harry potter & the prisoner of azkaban... hehehe..

itu pun myth jugak...ala2 garuda gak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 01:26 AM | Show all posts
Originally posted by Foxey at 13-6-2006 03:31 PM
Garuda ni setahu fox, burung yg sgt besar... mitos ttgnya byk di Indonesia... fox tau pun sbb arwah atuk (asal Jawa) penah citer pasal burung yg amat besar ni... kalau dia lalu, mmg gelap bumi dise ...



aku budget.. tu Garuda Indonesia.. kapal terbang indonesia terbang rendah.. haha tu sbb gelap  kawasan tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by darthVader at 17-6-2006 03:58 AM
pelikkan..garuda ni ade disebut dlm kebanyakan tamadun2 purba yg berlainan tempat..bukan stakat 1 tempat tapi di seluruh dunia..:hmm:

fossil die x dijumpai maybe sbb kat dlm laut kot(mandai2 je  ...



yup...sama lah macam naga....semua tamadun ada mengatakan kewujudan naga tapi sampai skarang org blom jumpa bukti2 saintifik tentang kewujudan makhluk ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2006 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by jasmine at 27-7-2006 03:05 PM
ooo..wujud rupanyerr burung condor ni!!!


Burung condor memang wujud.Orang di Malaysia memanggilnya dengan panggilan burung ereng.Sebelum projek pengairan Muda bermula di Dataran Kedah ,wilayah tersebut merupakan kawasan taburan burung-burung ini yang utama di semenanjung dengan gunung Jerai menjadi habitat atau sarang utamanya.Namun oleh kerana burung ini adalah jenis pembangkai ,dataran yang di saliri air telah mengurangkan sumber makanannya (pendeknya musim kemarau mengurangkan jumlah haiwan yang mati).
kali terakhir ereng di lihat di kawasan ini ialah pada 1995 pada musim kemarau januari hingga awal mei.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 10:52 PM | Show all posts

fakta...

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 10:55 PM | Show all posts
Originally posted by chep at 25-7-2006 08:16 PM
kalo ni buleh pakai tak??



buck beak tu kacukan burung helang dan kuda kan?
a bit different dpd griffin (helang & singa).
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 06:39 AM | Show all posts
sorry, up-kan balik thread lama..
tapi nak kongsi cerita ni : macam menarik..
maybe yg bertanya2 & tertanya2 sebelum ni leh baca sama2..

---

Diriwayatkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, di suatu masa, dunia ini didiami oleh ratusan jutaan burung-burung dari pelbagai jenis dan juga warna. Sering alam dan juga dada langit berubah-ubah warnanya apabila kumpulan burung-burung yang berjumlah berjuta-juta itu terbang ke sana dan ke mari. Sebentar berwarna kuning, sebentar lagi berwarna kemerahan dan juga kehitaman dan begitulah silih berganti, alam bertukar dalam kesukacitaan dunia ketika itu.

Adapun burung-burung ini berpenghulukan dua ekor burung yang teramat besar. Seekor Burung Jentayu dan seekor Burung Garuda. Dikatakan Burung Jentayu dan Burung Garuda ini sudah mengaku bersaudara. Beramat kasih akan satu sama lain.

Burung Jentayu ini seekor burung kesaktian yang cantik dan membawa unsur air. Bulunya berwarna Putih kebiruan dan ekornya laksana ekor burung merak. Di atas kepalanya terdapat jambul seperti sebuah mahkota yang bersinar-sinar seperti intan. Manakala Burung Garuda pula seekor burung kesaktian yang hebat. Membawa unsur api dengan bentuk seperti helang. Berbulu kuning keemasan dengan tanduk di kepala yang menyala seperti api.

Kedua-dua ekor burung ini tugasnya menerima amanah Allah mengatur kehidupan burung-burung lain. Mereka sering dilihat berputar-putar mengitari alam membawa dua hawa sejuk dan panas. Adapun di dalam erat persaudaraan itu terserlah perbezaan keperibadian kedua-dua ekor burung ini. Jentayu amat merendah diri. Manis tutur kata, perlakuan dan juga berdikari. Manakala Garuda pula panas baran dan amat cintakan kekayaan dunia.

Di dalam kerajaan manusia pula, dunia pada ketika itu terbahagi kepada 3 kerajaan yang besar. Kerajaan Rom di Barat yang meliputi Benua Eropah dan Asia Utara. Kerajaan Raja Sulaiman di tengah-tengah meliputi Afrika, Timur Tengah, Asia Tengah, India dan Nusantara. Kerajaan China di Timur yang meliputi Indo-China, China dan juga Timur Jauh.

Tersebut pada suatu hari, sedang Jentayu dan Garuda berbual-bual, timbullah satu hal musabab. Garuda amat berbangga dengan kehebatan dirinya dan ingin mengaut segala kekayaan dunia untuk dirinya. Jentayu kemudian mengingatkan Garuda bahawa tugas mereka adalah memenuhi amanah Allah sebagai Penguasa Mergastua di muka bumi ini dan setiap diri makhluk itu punya banyak kelemahan. Nasihat Jentayu itu rupa-rupanya menimbulkan kemarahan dalam hati Garuda. Lantas dengan ketika itu juga Garuda memerangi Jentayu dengan segala kesaktian. Jentayu tidak mahu mencetuskan huru-hara.

"Abang Garuda, maafkan hamba" kata Jentayu.

"Sudah. Mulai saat ini, Putus sudah persaudaraan kita. Aku tidak ingin lagi melihat wajahmu. Nyah kamu dari pandangan mataku atau engkau akan kubunuh"

"Sampainya hati Abang Garuda berkata demikian. Sudah lupakah Abang Garuda pada sumpah persaudaraan kita. Sudah lupakah Abang?" Jentayu cuba menjernihkan suasana.

Namun Garuda sudah tidak lagi menerima sebarang kata kemaafan. Hancur sebuah persaudaraan. Jentayu berduka lara lantas terbang jauh ke kaki langit. Dalam perjalanan itu, Jentayu singgah di Kerajaan Rom dan bertemu dengan Raja Merong Mahawangsa, sepupu Maharaja Rom yang menyelamatkannya daripada Racun Buah Megabayu. Sebagai tanda terima kasih itu, Jentayu mengubah dirinya menjadi sebilah anak panah sakti dan mengingatkan Raja Merong Mahawangsa agar melepaskan anak panah itu di saat Raja itu dalam bahaya.

Setelah bertahun-tahun pemergian Jentayu, tidak sedetik pun di dalam hati Garuda terkenangkan saudaranya Jentayu itu. Tiba-tiba pecah berita, Maharaja Rom ingin mengahwinkan puteranya dengan puteri Maharaja China. Mendengar berita itu, Raja Sulaiman menjadi hairan bagaimana Allah mengatur jodoh manusia sekalipun kedua-dua mempelai berasal dari negara yang jauh jaraknya antara satu sama lain.

"Ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya".

Garuda yang ketika itu berada di Balai Penghadapan itu terdengar madah Raja Sulaiman itu.

"Ampun, Tuanku. Patik percaya, dengan kesaktian patik ini, patik berupaya menghentikan majlis pernikahan tersebut. Putera Rom itu tidak akan sama sekali mengahwini Puteri China. Jika patik gagal, patik akan mengurung diri patik di dalam kawah gunung berapi" kata nekad Garuda.

"Jangan Garuda. Kita makhluk Allah terlalu banyak kelemahan. Jangan menyombong diri" nasihat Raja Sulaiman.

Garuda langsung tidak memperdulikan nasihat Raja Sulaiman. Dia bertekad menghalang perkahwinan itu kerana dia berkuasa berbuat demikian. Langkah pertamanya ialah menyerang istana Maharaja China. Terlalu ramai bala tentera China yang terkorban dalam usaha menghalang tindakan Garuda itu. Garuda mematahkan tingkat atas pagoda istana, memasukkan puteri Maharaja di dalamnya dan terus dibawa terbang ke Pulau Langkawi.

Rombongan mempelai putera Rom sudah memasuki Tanjong Pengharapan diketuai oleh Raja Merong Mahawangsa sebagai paman kepada putera Maharaja Rom. Burung Rajawali yang sedang berlegar di angkasa terbang ke Pulau Langkawi mengkhabarkan kepada Garuda bahawa rombongan mempelai Kerajaan Rom sudah sampai di Teluk Benggala.

Di Teluk Benggala itu, Garuda melancarkan segala kesaktian untuk memusnahkan Jong Bahtera Rom yang berjumlah 100 buah lengkap bersenjata. Anak panah umpama hujan menuju ke arah Garuda namun sedikit pun tidak berupaya melukakannya. Garuda memuntahkan api dari paruhnya menyebabkan habis sekelian bahtera hangus terbakar. Putera Maharaja Rom jatuh ke laut lalu terkapai-kapai hilang dari pandangan.

Di saat yang genting itu, Raja Merong Mahawangsa melepaskan anak panah kesaktiannya. Anak panah itu meluncur laju ke udara umpama kilat putih membelah langit, berputar-putar menjelma menjadi Jentayu berhadapan dengan sahabat lamanya, Garuda.

Jentayu........!!!

Peperangan sengit sudah tidak dapat dielak lagi. Satu pertarungan hidup dan mati. Setitis airmata Jentayu jatuh ke bumi. Pertempuran bermula. Kedua-dua pihak mengerah segenap kesaktian yang ada. Halilintar sabung menyabung di langit tinggi. Ombak beralun tujuh hasta manakala Nusantara sudah gempa dengan api lahar naik membuak-buak akibat tekanan dari tenaga kesaktian yang dikeluarkan.

Pertarungan itu amat memeranjatkan Garuda. Kekuatan Jentayu rupanya seimbang dengan dirinya. Tidak pernah diketahuinya sebelum ini. Sedikit kemegahannya tercalar.

Di dalam azamat pertempuran itu, Jentayu dan Garuda masih sempat berhubung secara laduni.

"Bersungguh benar Abang Garuda ingin menghapuskan kita. Sampai hati Abang.."

"Aku akan hapuskan sesiapa sahaja yang menghalangi rancangan aku, termasuk dirimu, Jentayu!!" mata Garuda sudah menyorot ganas.

Mereka bertembung. Mereka bertembung di dalam kesaktian yang teramat hebat.

"Jadi benarlah Abang Garuda ini ingin melenyapkanku" fikir Jentayu.

Jentayu sengaja membuka ruang. Tikaman susuh kiri Garuda terbenam ke ulu jantung Jentayu. Jentayu kehilangan nyawanya di tangan saudaranya sendiri. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, setitis airmatanya jatuh ke laut disambut Sang Tiram dan disimpan menjadi mutiara sebagai tanda kenangan dari Jentayu. Begitulah asalnya mutiara, konon-kononnya. Jasad Jentayu jatuh ke dalam Laut Khalzum. Di dasarnyalah Jentayu bersemadi.

Garuda bersorak riang. Terbang mengitari alam mengkhabarkan berita kejayaannya. Raja Sulaiman mendapat ilham bahawa putera Maharaja Rom hanyut terdampar di Selat Melaka dan bertemu dengan Puteri Maharaja China di Pulau Langkawi. Raja Sulaiman menitahkan agar dibawa pagoda itu ke istana baginda.

Sebaik sahaja dibuka pintu pagoda itu, keluarlah Putera Maharaja Rom bersama Puteri Maharaja China mengadap Raja Sulaiman. Garuda merasa amat malu sekali lantas menghumbankan dirinya ke dalam sebuah kawah gunung berapi di Lautan Pasifik. Wallahua'lam.

credits : indera kencana

---

pernah dengar pasal pertarungan jentayu & garuda,
tapi tak pernah tau details.. takat dengar lagu/puisi "jentayu" je..

lautan khalzum kat mana ekk ? siapa 'raja sulaiman' tu ekk?

[ Last edited by  Jiman at 15-5-2008 06:41 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.083703 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list